RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, March 17, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 12)


BAB 12
ARIANA menarik kerusi lalu duduk. Tadi baru je lepas meeting dengan Pengetua. Meeting pasal peperiksaan pertengahan tahun yang akan diadakan pada penghujung bulan empat. Ariana mencapai kalender meja. Lebih kurang sebulan sahaja lagi. Sempat kut nak pulun. Yang penting, latih tubi mesti kena buat banyak-banyak. Keputusan pelajar-pelajarnya masa ujian lepas agak memberangsangkan. Rasa seronok pula bila ramai yang dapat markah yang baik. Hanya ada segelintir sahaja yang lulus cukup-cukup makan. Mungkin sebab terpaksa belajar matematik dalam bahasa inggeris. Tak apalah. Kayuh perlahan-perlahan. Yang penting kena rajin buat latihan banya-banyak. Matematik bukan macam sejarah yang perlu dibaca dan dihafal. Kena buat dan selesaikan latihan. Barulah boleh lekat dalam otak.
Lamunan Ariana terhenti apabila telefon bimbit di dalam beg tangannya berbunyi. Ariana cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbit milik Akmal itu. Terlupa pula nak silent. Dah lah lagu tak best langsung. Skrin HTC dipandang sebelum ditekan.
‘ada klss ke?’
Mesej daripada Akmal.
Ariana berfikir sejenak sebelum tangan laju membalas.
‘Ada’
Hantar.
Baru sahaja mahu dia mahu memasukkan telefon ke dalam beg tangan, satu lagi mesej masuk.
‘jgn nk tipu! Aku nmpk kau
baru msk blik guru td’
Spontan Ariana memandang ke tingkap. Dah tukar profesion pulak ke si Akmal ni. Dari samseng dah jadi spy?
‘Kalau dh tau knp tnya lg???’
Hantar.
‘sj nk test.kau memg ske nk cr pasl dgn aku kn...’
Ariana membuat muka. Dia yang suka nak cari pasal dengan orang lain, kata kita pula. Huh.
‘Whatever.’ Ariana membalas.
‘dtg bilk muzk skg’
Ariana membaca mesej yang dihantar oleh Akmal. Ewah-ewah, suka-suka hati je nak suruh dia datang sana. Apa ingat dia ni kuli ke?
‘xnk. Bz.’ Ariana membalas lagi.
‘fine. Xnk dtg xpe.
Aku dtg blik guru. Ok?’
Bulat biji mata Ariana membaca mesej yang dihantar oleh Akmal. Memang tak makan saman betullah Akmal ni. Hisss!
‘YELAHHHHH!! SY DTG SKG!!!!!’
Ariana menekan kuat skrin tersebut tanda geram. Mulutnya mengomel perlahan. Bengang dengan perangai Akmal yang tak reti bahasa tu. Asyik dia je nak menang.
Ariana bangun dan mengambil beg tangan di atas meja. HTC disumbat kasar ke dalam beg tangan.
“Nak ke mana? Kelas?” Tegur Sofia di sebelah.
“Hah? A’ah. Aku ada kelas sekarang...” Ariana menjawab spontan. Lantaklah. Takkan nak jawab pergi jumpa Akmal pulak.
Akmal tersenyum kecil apabila membaca mesej terakhir daripada Ariana. Boleh bayang macam mana raut wajah Ariana sekarang. Mesti tengah marah.
Fadil menyiku Aidil. Aidil pula menyiku Farid. Tiga kepala memandang ke arah Akmal yang tengah senyum sorang-sorang sambil membelek telefon bimbit.
“Apa hal tu?” Aidil berbisik. Dua lagi hanya mengangkat bahu sebelum masing-masing kembali memandang ke arah Akmal.
KEDEGANG!
Tercungap-cungap nafas Ariana ketika dia berdiri di pintu bilik rehat di dalam bilik muzik itu. Semua yang ada di dalam bilik rehat itu terkejut dan memandang ke arahnya.
“Lain kali kalau masuk tu tak reti nak ketuk dulu ke?” Akmal bersuara tanpa mengangkat muka. Tangan macam biasa, sibuk memetik gitar. Ariana mencebik. Dia berpusing ke belakang sebelum mengetuk pintu kayu itu dengan kuat.
“Puas hati?” Ariana bertanya berang. Dia kemudian berjalan masuk menghampiri meja tempat Akmal sedang duduk. Aidil, Farid dan Fadil saling berpandangan.
“Ada apa nak jumpa saya ni?” Ariana bertanya keras. Sakit hati pula tengok Akmal yang masih sibuk memetik gitar. Kalau sedap tu tak apalah jugak. Entah lagu apalah yang dia main. Tak ada taste langsung. Huh!
“Kau orang keluar dulu...” Arah Akmal sambil memandang tiga orang kawannya itu. Ariana turut memandang ke arah mereka bertiga yang keluar dari bilik rehat tersebut. Fadil menutup pintu bilik itu sambil mempamerkan raut wajah keliru. Ariana kembali memandang ke arah Akmal.
“Apa hal sibuk sangat nak jumpa saya ni?” Ariana bercekak pinggang.
“Duduklah dulu...”
Ariana buat muka.
“Saya datang sini bukan nak duduk. Setakat nak duduk, baik saya duduk dekat bilik guru tu, lagi selesa...”
“Sebab apa? sebab ada cikgu Saufi?!” Suara Akmal naik satu level. Ariana menahan geram. Dia ni kan!
“Jangan nak merepeklah!
“Dah tu. Duduk jelah!”
Ariana meregus geram namun dia menarik juga kerusi di hadapan meja Akmal. Dia menyilang kaki sambil memeluk tubuh. Rasa macam nak cubit-cubit je budak depan dia ni. Geram!
“Nah...”
Ariana spontan menyambut beg kertas yang dibaling oleh Akmal. Ariana memandang beg tersebut sebelum memandang ke arah Akmal yang masih sibuk memetik gitar.
“Apa ni?”
“Bukak dulu. Tengok sendiri...”
Ariana membuka beg keras tersebut. Sebuah kotak kecil dikeluarkan. Dia mengangkat kepala memandang ke arah Akmal.
“Apa ni?”
“Tak reti baca ke?”
Ariana menggigit bibir. Arghhhh! Geramnya.
Handphone? Nak buat apa?”
“Untuk kau..”
“Hah??” Arina macam tak percaya. Biar betul. Dia membuka kotak tersebut. HTC lengkap satu set terpampang dihadapan mata. Baru lagi kut.
“Untuk saya?” Ariana bertanya inginkan kepastian. Biar betul. Mahal beribu kot.
“Hmmm...”
“Tapi kenapa?”
“Boleh tak jangan nak banyak tanya! Orang dah bagi tu ambik jelah!” Akmal menjawab keras. Ariana menjeling.
“Tanya sikit pun nak marah...” Gumam Ariana perlahan. Dia membelek HTC ditangan.
“Macam awak punya kan?” Ariana bertanya inginkan kepastian namun Akmal tak menjawab.
“Jaga elok-elok. Kalau hilang, siap kau..”
Ariana membuat muka namun tangan masih ralit membelek telefon tersebut. Selamat duit dia. Tak payah beli baru. Haha. Dia gelak jahat di dalam hati.
“Tapi Akmal, mesti mahal kan telefon ni...”
“Jangan risau. Aku tak suruh kau bayar pun. Ambik je...”
“Siapa cakap saya nak bayar? Dari beli telefon mahal macam ni, baik saya beli benda lain. Beli handbeg ke, baju ke, kasut ke. Ada jugak faedahnya..”
Akmal merengus namun Ariana buat tak tahu. Dia masih leka membelek telefon tersebut. Memang sebijik macam telefon Akmal. Tak ada taste lain ke? Paling-paling pun beli lah Tab ke Iphone 5 ke kan best. Hehe.
“Mana telefon aku?”
“Hah?” Ariana mengangkat kepala.
“Telefon aku mana?”
“Ada...” Ariana mengeluarkan HTC Akmal lalu diberikan kepada Akmal. Dia kembali membelek HTC barunya.
“Akmal...macam mana nak...” Ariana terdiam apabila melihat Akmal merenung tanpa berkelip pada skrin HTC yang baru dihulurnya tadi. Ariana tergamam. Dia baru teringat. Lantas dia cuba merampas HTC itu dari tangan Akmal namun Akmal lebih pantas. Dia terus memasukkan ke dalam poket seluar.
“Akmal, bagi balik telefon tu...”
“Apsal pulak?”
“Bagilah kejap....” Ariana dah rasa macam nak nangis apabila melihat senyum hampir terukir di bibir Akmal. Macam mana boleh terlupa nak delete gambar pada wallpaper HTC tersebut. Gambar lain dalam memory card pun tak delete lagi.
“Akmal....”
“Dah. Jangan nak sibuk telefon orang....” Akmal menjawab sambil cuba menanah senyum. Ariana menarik muka ketat. Huarggg! Free je Akmal ada gambar dia. Nasib baik gambar senonoh. Kalau tak, mahu terjun lombong jam tu jugak.
Ariana tunduk sambil merenung HTC ditangan.
“Telefon tu aku dah masukkan sim card. So dah boleh terus guna. Nombor dia ada tulis dekat pack tu...”
Ariana hanya diam. Masih tak puas hati lagi dengan Akmal.
“Lepas ni kalau aku call atau mesej, jangan tak angkat. Kalau tak nahaslah...” Akmal memberi amaran.
“Kalau saya tak tahu siapa yang call macam mana? Saya ni tak suka nak angkat nombor yang saya tak kenal...” Ariana cuba memberi alasan.
“Aku dah save nombor aku dalam tu. Yang lain kau save sendiri...”
Ariana terdiam. Habislah. Dia dah tak boleh lari lagi.
“Misallah kan. Kalau saya tak sedar bateri dah kong lepas tu tak ingat nak charge macam mana?”
 Akmal memandang ke arah Ariana dengan tajam. Ariana telan air liur.
“Jangan nak bagi alasan bodoh lagi boleh tak?!” Akmal mula naik angin. Ariana membuat muka.
“Orang tanya je. Tu pun nak mengamuk...”
Akmal menjeling. Ariana melihat jam di tangan.
“Tak apalah. Saya ada kelas kejap lagi. Eh kejap. Awak ni ponteng kelas ke?” Tanya Ariana. Baru dia teringat. Sekarang waktu P&P. Akmal tak menjawab.
“Akmal! Saya tanya ni..!”
“Bisinglah!”
“Hishh! Apa nak jadi dengan awak ni? Asyik ponteng kelas je!”
Akmal buat tak tahu. Tangan makin ligat memetik gitar. Ariana rasa tercabar.
“Akmal. Kalau betul awak nak saya terima awak, ada syaratnya...”
Petikan gitar terhenti. Akmal memandang ke arah Ariana. Gitar diletakkan di atas meja. Kedudukan dibetulkan dan dia mengadap Ariana. Bersedia untuk mendengar kata-kata Ariana yang seterusnya. Ariana kaget dengan perubahan mendadak Akmal itu. Tiba-tiba dia rasa menyesal pula cakap hal tu.
Nak bagi alasan apa?
“Err..kalau awak nak saya...err
“Apa dia?”
“Err...” Ariana tak tahu nak cakap apa. Rasa nak sepak mulutnya sendiri. Tulah, cakap tak nak fikir dulu.
I’m waiting....”
Ariana menarik nafas panjang. Apa nak buat, terlajak update status FB boleh bagi alasan kena hack, kalau terlajak kata nak bag
"Kalau awak nak saya..terima awak..err..awak tak boleh ponteng kelas...walau sekali...”
Deal...”
Ariana telan air liur. Habislah.
“Lagi...err..tukar penampilan awak. Pakai uniform sekolah elok-elok. Proper uniform. Lengkap. Rambut awak tu kasi gunting pendek. Ni tak, dah macam penyangak je saya tengok...” Sempat lagi Ariana mengutuk.
Akmal mengecilkan mata ke arah Ariana namun Ariana buat tak tahu.
Deal...”
Telan air liur lagi. Apa nak buat ni?
“Err..lagi...err...untuk exam hujung bulan depan awak kena dapat..err...4 Flat..”
Akmal merenung ke arah Ariana lama. Ariana cuba berlagak selamba. Dia yakin Akmal takkan setuju. 4 Flat bukan mudah bagi orang yang tak suka belajar macam Akmal ni. Dia yakin yang dia akan selamat sekarang...
Deal..”
Hampir nak terbalik ke belakang dari kerusi apabila mendengar persetujuan dari Akmal itu. Wuarggghhh! Dia rasa dah menjerat leher sendiri.
“Err..lagi satu...”
“Ada lagi?” Akmal bertanya sinis.
“Jangan bawa ninja tu lagi.”
“Kenapa pulak?”
“Saya tak suka. Macam mat rempit je.”
Akmal diam lagi. Kali ini lebih lama. Dia tahu Akmal dalam dilema sekarang sebab ninja tu mungkin antara barang yang paling Akmal sayang. Dan sekarang Akmal terpaksa membuat pilihan, seolah-olah seperti mahu membuat pilihan antara hangbeg Prada dengan hangbeg Jimmy Choo. Kita tengok sekarang mana lagi Akmal sayang, ninja merah atau...
Deal..”
Saat tu rasa macam langit jatuh betul-betul atas kepala dia. Arghhh!

                                                                                 ***

ARIANA MENARIK brek tangan setelah memakirkan keretanya di tempat letak kereta yang disediakan. Jam di dashboad dijeling sekilas. Masih awal lagi. Baru pukul 7.15 pagi. Sengaja dia datang awal. Baju kurung berwarna kuning air berbunga merah dan unggu itu dibetulkan kedudukan di tubuh. Setelah berpuas hati, dia mencapai beg tangan sebelum keluar dari kereta. Sesekali dia tersenyum ketika berselisih dengan pelajar yang mengucapkan selamat pagi kepadanya. Sejuk hati kejap.
PIN!
Spontan Ariana berhenti mendadak. Dia menoleh ke kiri. Sebuah kereta sport berwarna merah melintas dihadapannya. Ariana cuba mengintai di sebalik cermin kereta untuk melihat pemadu kereta tersebut namun gagal sebab cermin tersebut gelap. Dalam hati Ariana tertanya-tanya siapakah pemandu kereta tersebut. Yelah, masuk kawasan sekolah bawak kereta macam tu. Bukankah sengaja menarik perhatian? Orang kaya mana pulak yang tersesat masuk ke sini? Ariana menarik nafas panjang sebelum melangkah menuju ke bilik guru. Semasa dia melalui kawasan letak motor, dia sempat menjeling mencari ninja merah. Tak ada! Huh, lambat lagi lah tu. Dia tersengih sendiri. Dah agak dah yang Akmal mesti tak mampu nak sahut cabaran dia. Akmal kan stok samseng tak makan saman.
Ariana meletakkan beg tangan di atas meja. Jam di tangan hampir menunjukkan pukul 7.20 pagi. Dia memandang sekeliling bilik guru. Tak ramai guru yang naik ke bilik guru. Selalunya guru-guru akan terus ke dewan. Yelah, jarak bilik guru ke dewan tu dah lah boleh tahan jauhnya. Lepas tu, bilik guru ni terletak pula di tingkat dua. Boleh semput jugak nak ulang alik hari-hari.
Setelah mengemas apa yang patut di atas meja, Ariana segera mencapai beg tangan lalu berjalan turun untuk menuju ke dewan. Loceng pertama telah pun berbunyi tadi. Nanti kalau lambat susah pulak. Guru mestilah menunjukkan contoh yang baik, ye tak? Sampai sahaja di dewan, sudah ada beberapa orang guru yang telah mengambil tempat duduk di atas pentas. Para pelajar juga sudah ramai yang berbaris mengikut kelas masing-masing. Ariana cepat-cepat berjalan mendekati Suzi lalu duduk di sebelah teman serumahnya itu.
“Lambatnya. Aku ingat kau keluar awal tadi..” Tegur Suzi.
“Aku naik kejap letak barang...”
Suzi tidak menjawab. Perhimpunan mingguan dimulakan oleh pengerusi majlis.
“Assalamualaikum dan selamat pagi, sebelum kita memulakan perhimpunan kita...” Ucapan pengerus majlis terhenti tiba-tiba. Semua mata tertumpu ke belakang dewan.
“Apa hal pulak tu?” Suzi bertanya perlahan. Ariana turut memanjangkan kepala mahu melihat apa yang berlaku. Hampir nak tergolek jatuh dari kerusi apabila melihat apa yang sedang berlaku di hadapan matanya. Akmal sedang berjalan selamba masuk ke dalam dewan tersebut. Memang sesuatu yang mengejutkan sebab sebelum ini Akmal tak pernah join perhimpunan pagi walau sekali pun sejak dia bersekolah di sini. Namun bukan itu sahaja benda yang mengejutkan Ariana dan warga sekolah. Penampilan Akmal juga dah berubah tiga ratus enam puluh darjah. Dari rambut yang telah dipotong kemas dan rapi, baju yang berbutang kemas, berlencana dan bertali leher terikat kemas dileher. Baju yang dimasukkan ke dalam seluar dan bertali pinggang serta kasut hitam yang berkilat. Ariana hampir tak percaya.
“Macam tak percaya...” Suzi disebelah mengumam perlahan. Hati Ariana pula dah berdebar-debar. Akmal sudah mula laksanakan janjinya. Matanya menjeling ke arah Akmal yang berdiri di bawah.
“Selamat pagi puan pengetua dan cikgu-cikgu semua...” Akmal tunduk sedikit. Kali ini Ariana rasa macam betul-betul nak terbalik ke belakang. Semua yang ada di dalam dewan itu berbisik penuh tanda tanya. Akmal memandang ke arah Ariana yang cuba menyorok di belakang cikgu Hassan.
“Err..terima kasih Akmal. Awak boleh beratur di sana, kelas awak...” pengerus majlis pun dak tak tahu nak kata apa sebab terkejut punya pasal. Rasanya satu sekolah pun terkejut.
Ariana hanya tunduk merenung lantai. Rasa macam tak percaya Akmal boleh berubah sampai macam tu sekali. Memang takde rupa Akmal yang asal langsung. Paling ketara rambut dia. Kalau dulu rambut Akmal tu sipi-sipi je nak sama panjang dengan rambut dia. Siap boleh ikat dua buat tocang lagi. Tapi sekarang hilang terus rambut panjang tu. Dah potong pendek macam budak sekolah. Sumpah Akmal nampak lain sangat. Nampak lebih..err..matang..kot?
Sepanjang perhimpunan tersebut, Ariana hanya tunduk merenung lantai. Apa yang berlaku di sekeliling tidak diendahkan. Tumpuannya teralih apabila terasa beg tangannya bergegar lantas HTC dikeluarkan. Ada mesej. Ariana menjeling ke kiri dan kanan. Cikgu-cikgu lain sedang khusuk mendengar ucapan pengetua. Skrin ditekan.
‘Knp berkerut muka tu?’
Mesej dari Akmal.
Spontan Ariana mengangkat muka memandang ke sekitar dewan seolah-olah mencari Akmal. Ariana tunduk lalu memasukkan HTC di dalam beg tangan. Tak rasa macam nak jawab mesej daripada Akmal.
HTC ditarik keluar lagi apabila telefon itu bergegar buat kali kedua.
‘knp x bls mesj?’
Mesej dari Akmal lagi. Ariana mengeluh perlahan. Dia betul-betul tak tahu nak balas apa. HTC bergegar lagi.
‘Cabarn pertama dh settle. Next...’
Ariana memejam mata. Rasa macam nak lari balik rumah. Akmal betul-betul serius kali ni.
‘tp awk dtg lmbt.’
Ariana membalas.
‘bila sy dtg lmbt?’
Akmal membalas.
‘td.perhimpunan dh mula awk br mask.’
‘sy dh dtg awl td. Awk sndri nmpk.’
Ariana mengerutkan dahi ketika membaca mesej Akmal. Bila pulak dia terserempak dengan Akmal pagi tadi?
‘bila?sy tgk ninja awk xde pun.’
Akmal tersenyum sendiri ketika membaca mesej dihantar oleh Ariana. Tangan laju membalas.
‘jd, pg2 lg awk dh cari sy?
 Miss me already? J
Ariana mengetap bibir. Rasa nak hempuk kepala dengan HTC. Macam mana boleh kantoi? Haih.
‘jgn perasnlah!’
Akmal senyum lagi. Dia menjeling ke arah pentas. Boleh nampak Ariana dengan jelas dari tempat duduk dia sekarang.
‘sy x bwk ninja. Tu kn cabarn awk.
Sy bwk kereta.’
Ariana mengerutkan dahi.
‘yeke? Xnampk pun.’
‘Ada. Sport merah.
Sy lalu dpn awk td. Xperasn?’
Hampir nak jatuh rahang. Kereta sport merah yang lalu depan dia tadi tu, kereta Akmal?
‘sy akn tuntut janji awk lepas sy settle semua cabarn sy.’
Ariana rasa macam nak tumbang ketika membaca mesej terakhir daripada Akmal. Rasa macam nak lari balik rumah. Mak! Adik nak balik!

p/s: TO BE CONTINUED...


P/S: TO BE CONTINUED...

8 140 tukang karut:

Anonymous said...

sweet gilerrrr

Cahaya said...

anon>> thanks dear :)

Anonymous said...

Aaarrgghhh...totally agreed! Sgt2 sweeet..kehkehkeh..

Cahaya said...

anon>>heeeee tang manalah yg sweet tu eh. akmal macam samseng kut.hee.

Haruhi HaNa said...

Akhmal berubah kerana Ariana ? Wah !! Best la cerita akk ni ...... Saya pn boleh jd gila kalau Akhmal dpn mata ... *-*

Cahaya said...

haruhi>>heeee.keistimewaan cinta dan kasih sayang, mampu merubah seseorang :)

cik baba said...

best citer ni......cayalah Akmal dah berubah...

Anonymous said...

Sangat best. Cerita yang lain daripada yang lain :)

Post a Comment