RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, March 15, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 11)


BAB 11

ARIANA MERAUP muka dengan tapak tangan. Sekarang waktu rehat. Semua guru-guru berada di kantin. Sengaja dia tidak ke kantin. Malas dan penat. Semalam hampir sepanjang malam dia tak boleh tidur teringat kata-kata Akmal. Memang masalah betul. Macam mana dia nak buat ni? Anak murid sendiri jatuh cinta pada dia. Memang tak tergambar dalam kepala otaknya yang dia akan berhadapan dengan kes macam ni. Dalam banyak-banyak manusia kenapa Akmal? Dan dalam banyak-banyak perempuan, kenapa dia? Haih.

KEDEGANG.

Ariana terkejut. Spontan dia memandang ke arah pintu bilik guru. Rasa macam nak terkeluar biji mata.
“Akmal? Awak buat apa kat sini?” Ariana hampir terjerit apabila melihat Akmal berjalan laju ke arahnya. Raut wajah lelaki itu berang seolah-olah menahan marah.
“Kenapa tak jawab telefon? Kenapa off handphone?” Akmal bertanya keras seolah-olah cuba menahan volume suara. Ariana memandang ke arah pintu. Bimbang cikgu-cikgu lain kembali dari kantin.
“Akmal, awak buat apa kat sini? Awak tak sepatutnya datang sini..” Ariana menjawab cemas. Sesekali dia menjeling ke pintu.
“Kenapa off handphone?” Akmal bertanya lagi.
Off handphone? Bila masa pulak saya off handphone..”
“Habis tu, aku call kenapa tak masuk?”
“Bila awak call?”
“Semalam dan hari ni. Sepanjang hari ni aku call kenapa off?” Akmal semakin berang. Ariana pulak semakin tak faham.
“Akmal? Awak ni kenapa? Otak tu banyak sangat makan asap rokok ke? Tak cukup asap rokok, asap motor pun awak sedut sekali ke sampai tak boleh nak fikir dengan betul?”
Akmal mara mendekati Ariana.
“Akmal. Ingat sikit kita kat mana sekarang...”
Akmal menarik nafas panjang.
“Kenapa?”
Giliran Ariana pula menarik nafas panjang.
“Akmal, awak dah lupa ke? Telefon saya kan hilang. Tercicir semalam...”
Akmal terdiam seketika. Baru dia ingat.
“Akmal..! Ish...blah macam tu je...” Ariana merungut perlahan namun terhenti. Akmal berpatah balik ke arahnya. Dia menyeluk poket.
“Akmal, awak tahu tak telefon tak boleh bawak ke se...” Ariana terdiam ketika Akmal mencapai tangannya. HTC diletakkan di tapak tangan Ariana.
“Tunggu aku call. Jangan tak jawab. Jangan hilangkan. Kalau tak nahaslah...” Sempat Akmal memberi amaran. Ariana hanya memandang HTC di tapak tangannya. Dia mengangkat kepala mahu memanggil Akmal namun Akmal telah hilang dari pandangan.
Ariana segera memasukkan telefon ke dalam beg tangan sebelum duduk ketika suara guru-guru kembali ke bilik guru. Dia mengeluh lega. Nasib baik tak kantoi dengan sesiapa.

                                                                  ***
“Tolong hulurkan garam tu...”
Ariana mencapai bekas letak geram ke arah Suzi yang sedang menngacau nasi goreng tomyamnya.
“Hmm. Sedapnya bau. Pandai kau masak...” Ariana menghidu bau nasi goreng yang sedang dikacau oleh Suzi tu.
See my leg lah...”
Ariana mencebik namun dia tak menjawab. Suzi memang pandai masak. Kalau duduk dengan Suzi ni confirm tak mati kebulur punya. Nak harapkan dia? Masak nasik pun tak pass lagi.
“Cuba rasa...” Suzi menghulurkan sudu berisi nasi goreng ke arahnya. Ariana mengangakan mulut sebelum sudu masuk ke dalam mulut. Dia mengunyah perlahan.
“Macam mana rasa?” Suzi bertanya.
“Sedap. Cukup rasa semua...”
Suzi mengacau nasi di dalam kuali beberapa kali sebelum mematikan gas. Ariana menghulurkan mangkuk kaca berwarna jernih ke arah Suzi. Suzi mengisi mangkuk tersebut dengan nasi gorengnya lalu diberikan kepada Ariana semula.
“Kau bawa ke depan dulu. Aku nak kemas dapur...”
Ariana hanya menurut sebelum membawa mangkuk tersebut ke meja makan. Dia kemudian mengambil dua biji pinggan dan sudu lalu di susun di atas meja. Kemudian,pintu peti sejuk ditarik dan jug berisi jus mangga dikeluarkan. Dua biji gelas turut diambil dari dalam kabinet di dapur lalu dibawa ke dapur.
“Siap dah?” Suzi masuk ke ruang tersebut sambil mengelap tangan yang basah dengan kain buruk.
“Siap dah ni. Boleh dah kalau nak makan...”
Suzi mengangguk sebelum berjalan menuju ke ruang tamu. Remote tv dicapai sebelum punat ditekan. Drama Meteor Garden baru mula. Suzi berjalan menuju ke meja makan dan meletakkan remote tv di atas meja. Matanya memandang HTC yang berada di atas meja.
“Telefon siapa ni? Kau?” Suzi mencapai HTC tersebut. Ariana terkejut sebelum cepat-cepat merampas telefon tersebut dari tangan Suzi. Giliran Suzi pula terkejut.
“Err. Tak adalah. Pinjam je...” Ariana segera memasukkan telefon tersebut di dalam poket baju tidurnya. Kening Suzi terangkat.
“Telefon siapa kau pinjam? Mahal kot telefon tu. Mahu beribu..”
Ariana terdiam. Namun jantung dah mula berubah rentak. Kalau Suzi tahu siapa punya telefon tu, sure kecoh satu sekolah.
“Err. Dahlah, Jom makan. Lapar...” Ariana mengusap perut. Suzi mencebik sebelum menarik kerusi sebelum duduk di sebelah Ariana. Ariana menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada Suzi. Suzi menuangkan jus mangga ke dalam gelas lalu diberikan kepada Ariana. Setelah siap, masing-masing menadah tangan. Malam tu giliran Ariana pula membaca doa makan. Setelah selesai, masing-masing senyap ketika menikmati makan malam. Suzi pula asyik menonton tv sambil makan. Cerita kegemaran dia mana boleh miss. Ariana pula lebih suka melayan perasaan sendiri. Memikirkan konflik yang sedang dia alami bersama Akmal.
Akmal; samseng sekolah yang juga merupakan ketua geng enam jahanam. Hmm, dia tak sempat tak tanya kenapa dinamakan enam jahanam? Adakah Akmal merupakan peminat fanatik P.Ramlee sampai mengabadikan salah satu tajuk filem P.Ramlee? ataupun nama itu diberikan oleh guru-guru di sekolah sebagai gambaran macam mana dasyatnya tahap displin budak berenam itu. Walaupun mereka berenam, dia hanya selalu lihat Akmal selalu bersama dengan tiga orang rakannya. Fadil, Farid dan Aidil. Yang lain hanya muncul sekali sekala sahaja membuatkan dia tidak mengetahui nama mereka.
Tapi, macam mana Akmal yang samseng tak makan saman tu boleh jadi macam sekarang? Paling ngeri bila Akmal masuk ala-ala mood jiwang. Naik seram rasa. Meremang bulu roma satu badan. Masa tu kalau kata Akmal ni samseng sekolah memang sumpah dia takkan percaya. Akmal samseng dengan Akmal yang dah masuk mood jiwang tu memang tak sama langsung. Rasa macam melihat dua orang Akmal. Ariana mengeliat kegelian. Suzi menoleh ke arahnya apabila iklan ke udara.
“Kau apa hal?”
Ariana mengangkat kepala.
“Hah? Tak ada apa-apa..” Ariana mengeleng laju sebelum tunduk merenung nasik. Suzi turut sama merenung pinggang yang macam tak luak itu.
“Kenapa tak makan? Tadi kata lapar sangat. Tak sedap ke?”
Sekali lagi kepala Ariana diangkat.
“Taklah. Cuma perut aku tiba-tiba rasa tak sedap. Sebu kut..”
Suzi mengerutkan dahi.
“Sebu? Kau makan apa sampai sebu?”
Ariana mengangkat bahu sebelum menyuap nasi ke mulut. Dia cuba sedaya upaya makan seperti biasa dan mengenyahkan ingatannya terhadap Akmal. Fikir banyak mana pun memang takkan selesai. Tambah-tambah Akmal tu jenis tak makan saman.
Setelah berjaya menghabiskan suapan terakhir nasi gorengnya, Ariana mencapai gelas berisi jus mangga dan meneguk sehingga habis.
“Wei, kau ni kenapa?”
Ariana terkejut sehingga hampir tersedak apabila mendengar sergahan Suzi. Suzi menepuk-nepuk belakang badan Ariana ketika Ariana terbatuk-batuk.
“Tulah, gelojoh sangat siapa suruh...”
Ariana mengelap mulut dengan belakang tangan.
“Gelojoh apanya, kalau kau tak sergah aku. Takdelah aku tersedak sampai macam ni...”
Suzi tersengih dengan rasa bersalah.
“Sorry...”
Ariana menjeling namun tidak membalas.
“Kau kenapa? Aku tengok sejak dua menjak ni kau macam lain sangat. Ada masalah ke?”
Ariana diam. Dia menghalakan pandangan pada skrin tv.
“Rin, cakaplah kalau kau ada masalah...”
“Tak ada apalah. Aku cuma penat je...”
Suzi diam.
“Tak apalah. Tapi kalau kau ada masalah, kau cerita ye...”
Ariana diam. Memang sampai mati pun dia tak kan saja-saja nak cerita pada Suzi. Huhu.
“Aku nak masuk dulu. Penat. Nak rehat-rehat kejap...”
Suzi mengangguk. Dia hanya memandang Ariana yang sudah menghilang ke dapur sambil membawa pinggan dan gelas. Dia dapat rasakan Ariana menyimpan sesuatu dari pengetahuannya.
Ariana merebahkan tubuh ke katil. Badan terasa penat sangat. Mata dipejamkan seketika. Cuba mengenyahkan ingatannya pada Akmal. Fikir pasal Akmal bermaksud fikir pasal masalah negara. Haih. Tak tahu macam mana nak selesaikan. Mana mungkin dia bercinta dengan Akmal. Tak mungkin. Walaupun dia tahu Akmal tu sebenarnya baik tapi hatinya tetap tak boleh terima. Memanglah muka Akmal tu handsome macam pelakon Korea, putih. Tinggi pulak tu tapi hati dia tetap tak boleh terima. Dalam kepala dia hanya nampak Akmal sebagai pelajar dia sahaja. Mana mungkin dia bercinta dengan pelajar sendiri. Haih, masalah betul. Yang Akmal ni pun satu, entah apalah yang budak tu nampak pada diri dia sampai boleh jatuh cinta macam tu. Tak lojik langsung.
Lamunan Ariana terhenti apabila HTC dipoket bajunya berbunyi. Ariana mengeluarkan HTC tersebut. Ada satu mesej masuk. Ariana teragak-agak seketika. Sama ada nak baca atau tidak. Rasa macam tak proper pulak nak baca mesej orang. Namun dia terfikir mungkin ada kes kecemasan ke kan. Segera Ariana menekan butang untuk membaca mesej.
‘Mal, jamming mlm nanti?’
Mesej yang dihantar oleh Fadil.
Ariana berfikir sejenak. Nak jawab ke tak? Atau biar je? Ah, biar jelah. Siapa suruh Akmal bagi telefon ni pada dia. Mana dia tahu si Akmal tu nak jamming ke tak malam ni kan. Ariana meletakkan kembali telefon di atas katil di sebelahnya. Dia merenung siling. Kenapa dia harus berhadapan dengan masalah rumit macam ni? Patut dulu masa dekat Uni dia patut ambil subjek kauseling bukan matematik. Boleh dia bagi kauseling si Akmal tu kaw-kaw. Ariana menarik nafas panjang. Dia mengiring ke sebelah. HTC hitam di sebelah dipandang. Tiba-tiba datang idea jahat. Dia mencapai HTC tersebut lalu ditenung lama. Rasa bersalah pula tapi cepat-cepat dia tepis. Inilah masa nak kenal si Akmal tu dengan mendalam, ye tak? Bila dah kenal luar dalam, barulah senang nak berkomunikasi dengan Akmal tu.
Laju tangannya menekan butang inbox. Penuh mesej dengan Fadil. Ada juga mesej dengan Aidil dan Farid. Ariana mengeluh. Bosan betul life Akmal ni. Dunia dia asyik jamming, jamming dan jamming je. Apa nak jadilah dengan budak tu nanti. Jangan cakap nak jadi ahli muzik pulak. Tiba-tiba Ariana teringat dialog dalam cerita Kassim Selamat.
Ahli muzik??
Ariana tergelak sendiri. Dia menekan butang untuk keluar dari menu ‘messege’. Skrin HTC direnung. Dia mencebik. Gambar ninja merah menjadi wallpaper HTC Akmal. Suka benar dengan motor cabuk tu. Well, tak adalah cabuk pun malah memang jauh berbeza dengan cabuk namun sebab dia tak suka dengan ninja yang telah memberi kenangan sakit hati kepadanya, membuatkan istilah cabuk tu memang sesuai sangat dengan ninja merah Akmal.
Ariana terdiam sejenak. Idea bijak datang lagi. Entah kenapa malam ni otaknya mampu berfungsi dengan normal. Ariana bangun dari baringan sambil mencari-cari butang untuk menekan kamare pada HTC tersebut. Dia membetul-betulkan kedudukan baju tidur berkolarnya. Rambut disisir rapi dengan mengunakan jari. Setelah dirasakan okey, Ariana menangkap gambar sendiri beberapa kali. Macam-macam posing dia buat. Siap buat ‘peace’ lagi sambil tersenyum. Dia ketawa sendiri apabila melihat gambar yang diambil. Sure Akmal bengang bila dia tahu Ariana dah tukar gambar ninja merah dengan gambar dia sendiri. Ala nanti kalau nak pulangkan balik pada Akmal, dia tukar lah balik gambar ninja merah tu. Hehe.
HTC ditangan hampir terlepas apabila telefon itu tiba-tiba berbunyi menyanyikan lagu entah apa. Naik binggit telinga dengar. Citarasa Akmal pada muzik ni memang teruk betullah. Dia hampir tak memahami lirik yang dinyanyikan oleh penyanyi itu. Ariana merenung skrin HTC. Nombor yang tidak bernama naik pada skrin. Ariana serba salah. Nak angkat ke tak nak? Namun belum sempat dia membuat keputusan, bunyi itu terputus. Ariana menarik nafas lega namun perhatiannya teralih. Satu mesej masuk. Dia menekan butang pada skrin lalu membaca.
‘Knpa x angkt? Nk cr pasal ke?’
Ariana membuat muka. Tahu benar siapa yang baru telefon tadi. Laju dia membalas.
‘mana sy tahu siapa yg call.
Kang kalu angkt. Sush pulk.
Btnya bukn awk yg call, kn dh kantoi.’
Hantar.
Ariana menunggu selama beberapa saat sebelum telefon tersebut berbunyik lagi. Ariana menelan air liur. Tiba-tiba rasa berdebar pulak. Dia menekan butang hijau sebelum HTC dibawa ke telinga.
“Kenapa lambat sangat angkat???!”
Ariana menjauhkan telefon tersebut dari telinga apabila mendengar suara tengkingan Akmal itu.
“Awak ni kalau sehari tak tengking saya tak boleh ke?” Ariana bertanya.
“Dah tu yang lambat sangat angkat tu kenapa?!”
Ariana menarik nafas panjang.
“Suka hati awaklah. Apa hal telefon ni?”
Akmal terdiam.
“Helo? Nak cakap ke tak nak ni? Kalau tak nak cakap saya nak letak...”
“Saja telefon...saja nak tengok kau hilangkan ke tak telefon aku ni...”
Ariana mencebik lagi. Kotlah nak cakap rindu ke apa kan. Tengok-tengok risau telefon dia hilang. Huh.
So sekarang dah tahu telefon awak selamat dengan saya kan, so boleh letak sekarang?”
“Nanti..!”
“Apa lagi?”
Akmal diam. Ariana menarik nafas panjang. Dah apa kena pulak dengan budak ni nak main senyap-senyap pulak. Jangan cakap saja nak dengan suara dia sebelum tidur pulak. Haih.
“Saja nak dengar suara awak sebelum tidur...”
Tubuh Ariana tiba-tiba keras. Tak tahu nak kata apa. Rasa macam mimpi.
“Ariana?”
“Hah? Err...apa?” Tergagap Ariana bertanya. Heart attact. Heart attact!
“Kenapa diam? Tak suka saya telefon?”
Ariana mengelabah. Tak tahu nak jawab apa.
“Err..tak...maksud saya..er..awak tengah buat apa?” kelang kabut Ariana bertanya. Jantung dah tak reti nak duduk diam dah.
“Hmm, tak buat apa. Tak boleh nak buat kerja. Asyik...teringat awak je..”
Ariana hampir rebah. Dada tiba-tiba rasa sesak.
“Ariana? Kenapa ni?”
“Tak..err..tak de pape...” Ariana telan air liur.
“Hmm, awak dah fikirkan?”
Dahi Ariana berkerut.
“Fikir apa?” tanya Ariana. Dia ada kena fikirkan apa-apa ke?
“Pasal...perasaan saya?”
Sekali lagi Ariana rasa nak rebah. Akmal ni betullah boleh buat dia sakit jantung.
“Err...errr...Akmal, saya mengantuklah. Nak tidur dulu. Esok kerja.” Ariana memberi alasan. Akmal diam.
“Akmal?”
“Hmm, tak apalah. Jumpa esok...”
Ariana diam. Tak mo jumpa esok. Malu.
“Ariana...”
“Hmmm...?”
I love you...”
Tubuh Ariana keras lagi buat kali kedua.
Bye..” terus Ariana memutuskan talian dan melontarkan telefon ke sebelah. Dia masuk ke dalam selimut. Malunyaaaa!

p/s: TO BE CONTINUED...

10 140 tukang karut:

Yien Wildan said...

terbayang2 plak camane aktor n aktressnya..hihii

Cahaya said...

yien>>kalau artis malaysia..sy bayangkan vence af1 dengan hetty sarlini..heee..

Mrs Poyo said...

Saya bayangkan Izzue Islam dan Emma Maembong..bleh ka?huuuuu!

Cahaya said...

mrs poyo>>bolehhh je.imaginasi sendiri hehe.

Anonymous said...

Ironi sngguh! Cerita ni benar2 dn sdg brlaku pada diri ini....:0

Cahaya said...

anon>>serius????

Anonymous said...

Serious! Sya seorng guru dn ada seorang pljar lelaki menyintai saya.., Jln cerita ada byk persamaan...

Cahaya said...

anon>>really??so awak suka dia?heeee.

Anonymous said...

Hati mmg cinta...,tp perbezaan umur yg sgt jauh...,(19 tahun tau beza!) membuatkan saya malu utk mengaku kpdnya....,tp pljar ni mmg degil..,sama mcm watak Akmal....:/

Cahaya said...

anon>>yeke kak? tak pe umur tak penting pun. yang penting bahagia heee.

Post a Comment