RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, March 14, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 10)


                                                                
         BAB 10

ARIANA BERJALAN perlahan-lahan sambil menjinjit beg plastik hasil belian di pasar malam berdekatan. Sengaja dia tak memandu kereta kerana dia tahu susah nak cari parking dekat area sini. Lagi pun bukan jauh mana pun. 200 meter je dari rumah.
Ariana menyuluh jalan dengan lampu telefon bimbitnya. Telinga yang tersumbat dengan earphone membuatkan dia pekak dengan dunia sekeliling. Sesekali mulutnya menyanyikan lagu Devi Lovato- Give Your Heart A Break. Jalan yang agak gelap itu langsung tak menganggu ketenangan jiwanya pada malam itu. Dua tiga minggu ni kepala dia serabut dengan hal sekolah terutama pasal Akmal. Budak tu dah makin gila agaknya. Arghh! Malas nak fikir.
Ariana berjalan ke tepi sedikit apabila beberapa biji motor melintas laju ke arahnya. Dalam hati merungut. Kat kawasan ni pun nak merempit. Sama je macam Akmal. Huh. Namun hati Ariana jadi tak sedap apabila motor-motor itu berpatah balik dan menghampirinya. Ariana dah cuak. Dia menolek ke kiri dan ke kanan. Kawasan sunyi tak ada orang lalu lalang. Dalam hati dah rasa cuak tahap giga. Sekarang barulah menyesal tak bawak kereta.
“Hai cik adik, sorang je? Nak abang tumpangkan?”
Ariana menepis tangan lelaki yang cuba menyentuh rambutnya. Tiga biji motor bergerak mengelilinginya. Ariana semakin cuak. Tak tahu apa nak buat.
“Jomlah abang tumpangkan. Free je..” Seorang lelaki menarik tangannya. Ariana meronta-ronta.
VROMMMMMMMMMMMMMMMMM!
Spontan Ariana memandang ke arah belakang. Cahaya lampu membuatkan matanya silau.
“Lepaskan dia..!”
Ariana mengosok mata yang silau. Rahang dah jatuh beberapa inci apabila melihat siapa yang datang. Akmal menongkat ninjanya. Helmet dipegang di tangan.
“Lepaskan dia...” Akmal berdiri di hadapan mereka. Ariana menarik tangan minta dilepaskan namun lelaki yang memegangnya seolah-olah tak mahu melepaskannya.
“Aku ulang sekali lagi....”
“Jangan banyak cakaplah..!” Salah seorang lelaki menghayungkan penumpuk ke arah Akmal namun Akmal mengelak. Dia melibas helmet full facenya ke arah muka lelaki itu. Seorang lagi lelaki menyerang Akmal namun Akmal tangkas mengelak dan membalas. Rasa macam tengah tengok cerita KL Gangster pulak.
“Naik cepat!” Arah Akmal. Ariana tercengang namun cepat berlari ke arah ninja Akmal. Sempat dia menoleh ke belakang. Akmal menghayunkan penumbuk ke muka lelaki yang memegangnya tadi.  Akmal berlari ke arahnya.
“Pakai ni!” Akmal memberikan helmet ke arah Ariana. Ariana hanya merenung helmet tersebut. Otak tiba-tiba beku tak tahu nak fikir apa.
“Pakailah. Tunggu apa lagi?!” Akmal mengambil helmet di tangan Ariana lalu disumbat di atas kepala Ariana dengan kasar.
“Aduhh...”
“Naik!” Arah Akmal tidak mengendahkan erangan kesakitan Ariana. Ariana memandang ninja dihadapannya. Seumur hidup tak pernah dia naik motor apatah lagi membonceng motor macam ni.
“Naiklah! Tunggu apa lagi?!” Suara Akmal memetir membuatkan Ariana tersentak lalu dia naik membonceng belakang Akmal. Akmal memecut laju meninggalkan tempat itu. Ariana memeluk pinggang Akmal erat-erat sambil memejam mata. Rasa macam motor tak jejak tanah dan dia tak berani nak buka mata. Tangan dah rasa pedih dan kebas.
Akmal berhenti secara mendadak di tepi jalan membuatkan Ariana terhantuk ke hadapan. Nasib baik pakai helmet. Akmal segera turut dari motor.
“Turun!”
Ariana turut dari motor. Kepala terasa pening dan mual. Akmal menanggalkan helmet dari kepalanya.
“Kau ni dah gila ke apa? Tak pakai otak ke?! Jalan malam-malam macam tu sorang-sorang! Cikgu apa kau ni? Bodoh! Tak tengok berita ke?!”
Ariana tidak mengendahkan tengkingan Akmal. Perutnya terasa mual lalu dia berjalan menuju ke semak. Segala isi hasil makan tengah hari tadi dikeluarkan sepuas-puas hati. Rasa macam nak terkeluar anak tekak ketika dia cuba sedaya upaya menahan mual. Dengan ekor mata dia melihat bayang-bayang dibelakangnya. Seketika kemudian dia terasa seperti ada tangan yang mengurut lembut bahunya di belakang.
“Keluarkan semua. Jangan tahan...”
Ariana menjeluak lagi sehingga tiada apa lagi yang mampu dikeluarkan. Dia terduduk lemah. Kepala terasa pening namun rasa mual itu hilang sedikit demi sedikit.
“Nah. Minum ni...” Botol mineral dihulurkan. Ariana menolak.
“Jangan degil. Minum. Basuh mulut tu...”
Mahu tidak mahu Ariana mengambil botol mineral yang dihulurkan. Terketar jari ketika mahu membuka penutup tersebut.
“Sini...” Botol mineral bertukar tangan. Seketika kemudian, botol mineral dihulurkan kembali ke arahnya. Ariana mengambil botol yang telah siap dibuka itu lalu diteguk perlahan. Tekak terasa perit ketika air mineral melalui rengkungnya. Kemudian, dia membasuh mulutnya sendiri sebelum botol dihulurkan kepada Akmal.
“Nah...” Sapu tangan dihulur. Ariana memandang wajah Akmal yang dah melutut dihadapannya. Sapu tangan diambil lalu dilap ke mulut. Nasib baik tak ada bau rokok. Kalau tak sure muntah lagi.
Thanks...” Ariana menghulurkan kembali sapu tangan tersebut.
“Kunyah ni...” Chewing gum berperisa pudina dihulurkan. Ariana mengambil dan dibuka balutannya sebelum dimasukkan ke mulut. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Feeling better?”
Ariana memandang wajah Akmal dihadapannya.
“Gila...”
Kening Akmal terangkat.
“Apa?”
“Dah kalau nak mati sangat, pergilah mati sorang-sorang! Bawak motor laju macam pelesit. Nasib baik tak ada sakit jantung!” Marah Ariana namun dia tak larat nak cakap banyak lagi. Sisa tenaga dah hilang ketika muntah tadi. Akmal hanya diam.
“Boleh bangun?”
Ariana mengangguk sebelum bangun namun dia terhuyung hayang menyebabkan Akmal terpaksa memegang lengannya.
“Kita duduk situ...” Akmal menunjukkan ke arah satu kawasan yang agak luas di hadapannya.
“Okey ke? Ada rasa nak muntah lagi?”
Ariana mengeleng namun tidak memandang wajah Akmal yang duduk di sebelah. Kepala di angkat memandang pemadangan di hadapan.
“Cantik...” Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibir. Kerlipan cahaya yang datangnya dari bandar di bawah bukit itu benar-benar mempersonakan pandangannya. Akmal tidak menjawab.
Thanks...” Perlahan sahaja Ariana menutur. Akmal tidak membalas juga.
Setelah merasakan yang dia dah kembali sihat, dia menoleh ke sebelah.
“Hantar saya balik sekarang...”
Akmal tidak menjawab. Matanya masih memandang ke arah hadapan.
“Akmal, saya nak balik. Nanti Suzi risau...”
“Temankan saya kejap...”
Ariana terdiam. Eh, dia bahasakan diri dia ‘saya’?.
Ariana menyeluk poket seluar kiri dan kanan. Akmal menoleh.
“Cari apa?”
“Telefon. Nak bagitahu Su. Takut dia risau..” Ariana menyeluk lagi poket namun tak ada. Mungkin tercicir semasa naik motor tadi.
“Ada?”
Ariana mengeleng.
“Tercicir kut...” Ariana tunduk. Sedih. Malang datang bertimpa-timpa.
Akmal membuka beg sandangnya. HTC dihulurkan ke arahnya. Ariana menoleh.
“Bagitahu housemate awak...”
Ariana mencapai telefon bimbit tersebut. Terkial-kial sekejap mahu mencari menu mesej.
“Telefon jelah. Bukannya aku tak ada kredit...”
Ariana menggigit bibir. Dah balik guna ‘aku’ pulak. Gayut lama-lama baru tahu. Huh. Ariana menekan skrin telefon tersebut sebelum butang pemanggil ditekan dan diletakkan di telinga.
“Kenapa?” Akmal bertanya ketika melihat Ariana merenung telefon bimbit.
“Tak masuk. Macam off.” Ariana mencuba lagi sebelum menepuk dahi.
“Kenapa?”
“Saya terdial telefon bimbit saya. Memanglah tak masuk...” Ariana menjawab sambil tersengih lemah. Akmal mencebik.
Ariana menekan nombor telefon bimbit Suzi. Seketika kemudian panggilan berjawab. Setelah memaklumkan yang dia keluar berjumpa kawan, Ariana memutuskan talian. Dia menghulurkan kembali telefon ke arah Akmal.
Suasana kembali senyap sunyi.
“Mana awak tahu saya ada kat situ tadi?” Ariana bertanya setelah diam membisu selama sepuluh minit.
“Saya tak tahu. Cuma gerak hati kuat yang menyuruh saya lalu kawasan tu...” Akmal menjawab. Ariana senyum kecil. Akmal dah guna balik perkataan ‘saya’.
“Kalau awak tak ada tadi...” Ariana terdiam. Akmal menoleh ke sebelah.
“Lepas ni jangan buat lagi. Jangan jalan sorang-sorang macam tu lagi...”
Ariana mengangguk. Memang serik dah.
“Cantik tempat ni. Memang awak selalu datang sini ke?”
“Hmm...”
Senyap.
“Err...”
Ariana menoleh ke sebelah apabila dia terdengar seperti Akmal mahu berkata sesuatu.
“Kalau awak nak cakap apa, cakap jelah. Bukan ada orang lain kat sini...” Ariana menutur perlahan. Terdengar nafas kasar dilepaskan di sebelah.
“Pasal awak dengan....cikgu Saufi...”
Ariana telan air liur. Dada dah kembali berdebar-debar.
“Kenapa dengan dia?” Ariana bertanya perlahan.
“Awak dengan dia....ada apa-apa ke?”
Ariana tunduk merenung rumput. Tangan bermain-main dengan rumput di kaki.
“Kalau saya ada apa-apa dengan dia, kenapa? Awak nak cabut empat-empat tayar kereta dia pulak ke?” Ariana bertanya sekadar menguji. Akmal merenungnya tajam. Tiba-tiba dia rasa cuak. Spontan dia memeluk tubuh. Sejuk!
Zap!
Ariana mengetap bibir. Lambat-lambat dia menarik jaket jeans yang menyelubungi kepala dia. Ariana menoleh berang ke arah Akmal.
“Pakai..”
Thanks but no thanks...” Ariana menolak jaket tersebut ke arah Akmal. Akmal memandangnya dengan raut wajah berang.
“Pakai!” Suara dia memetir membuatkan Ariana terkejut. Dia mencapai jaket jeans tersebut dengan kasar lalu disarung ke tubuh.
“Puas hati?!”
Akmal menjeling sebelum memandang ke depan.
“Asyik nak mengamuk je tak tentu pasal...” Telinga Akmal menangkap rungutan di sebelah.
“Awak tak jawab soalan saya lagi...” Mendatar je suara Akmal.
“Penting ke?” Ariana malas menjawab.
“Tak penting bagi awak tapi penting bagi saya...”
Ariana menarik nafas panjang. Rasa macam tak betul sungguhlah situasi sekarang ni. Dia tengah duduk di atas bukit tepi jalan ini dengan Akmal sambil berbual tentang hal peribadi dia. Huh!
“Saya tak ada apa-apa dengan dia. Dia cikgu, saya cikgu. Tugas kami mendidik pelajar. Termasuk awak...” Ariana menoleh ke sebelah. Akmal turut memandang ke arahnya.
“Saya tak pernah anggap awak sebagai cikgu saya...”
“Awak tahu tak yang awak dah guris hati dan perasaan saya bila awak cakap macam tu...”
Akmal terdiam. Dia memandang ke depan.
“Saya tak pernah anggap awak sebagai cikgu saya..sebab....”
Kening Ariana terangkat.
“Sebab?”
“Sebab awak lebih dari sekadar cikgu bagi saya...”
Ariana terbatuk-batuk apabila mendengar kata-kata Akmal ni. Gila lah. Sejak bila Akmal si samseng ni pandai nak berjiwang bagai ni? Menakutkan.
“Akmal, saya tak tahu apa sebenarnya yang tengah berlaku sekarang. Fikiran saya tengah bercelaru. Saya rasa mungkin kesan dari kes dalam hutan. Awak...mungkin terlalu terbawa –bawa dengan perasaan sendiri. Saya faham kalau awak tak bermaksud apa yang awak katakan pada saya sebelum ni...”
“Saya maksudkan setiap apa yang saya katakan pada awak tentang perasaan saya. Every.....single....words....”
Ariana menelan air liur. Rasa macam jam tu juga nak terjun bukit bawah tu. Macam manalah dia boleh terlibat dengan cinta monyet budak sebelah ni. Aduh.
“Akmal. Menjadi satu kesalahan jika seorang guru ber...err...bercinta dengan pelajar sendiri. Saya tak boleh...saya ada etika keguruan yang saya perlu patuh. Tugas saya mendidik pelajar-pelajar saya, termasuk awak...”
Akmal memandang ke arahnya. Ariana turut menoleh.
“Saya tak pernah anggap awak sebagai cikgu saya...never...”
Ariana menarik nafas panjang. Susah betul nak bagi budak sebelah ni faham situasi. Dah kata tak boleh tu maksudnya tak bolehlah. Tak faham bahasa langsung.
“Cuba....fikirkan...”
Ariana diam. Otak terasa lembab nak loading.
“Fikir apa?”
“Tentang perasaan saya...pada awak...”
Ariana telan air liur lagi.
“Akmal...saya...”
“Ariana...saya serius....”
Tergamam seketika Ariana ketika mendengar kata-kata Akmal. Pertama sebab ini kali pertama Akmal menyebut namanya dengan nada lembut macam tu. Rasa macam mimpi je. Dan yang kedua, ayat terakhir Akmal.
“Akmal, awak tak perlu serius sampai macam ni. Saya faham perasaan awak. Awak terlalu muda. Perasaan ingin menyanyangi dan disayangi tu sentiasa ada tambah-tambah umur macam awak. Saya faham...” Ariana terdiam. Tiba-tiba hati terasa pedih ketika menuturkan kata-kata tersebut.
“Ariana...”
Ariana tunduk. Tak sanggup nak pandang sebelah. Jantung dah melompat-lompat di dada.
“Ariana, pandang saya...”
Ariana masih tunduk. Gila jantung dah tak reti nak duduk diam.
“Ariana...please...”
Lambat-lambat Ariana mengangkat kepala dan menoleh ke sebelah. Pandangan mata mereka bertemu seketika. Ariana menggigit bibir menahan debaran. Air liur ditelan lagi. Jantung jangan cakaplah. Dah tak tentu hala kat dalam tu.
“Saya tak mudah nak jatuh cinta pada seseorang. Sekali saya dah sayangkan seseorang, sampai mati saya akan sayang dia....sayang awak...”
Mak! Ariana dah tak tahu nak buat reaksi muka macam mana dah. Boleh tak pura-pura pengsan? Huhu.
Ariana segera mengalihkan pandangan ke hadapan. Muka dah tak tahu nak letak mana. Tebal berbelas-belas inci. Tiba-tiba dia terasa panas sangat. Ada benda terbakar ke? Tak ada? Tapi kenapa muka terasa panas berbahang?
 “Jom. Saya hantar awak balik. Esok kerja kan?”
Ariana mendongak melihat Akmal yang sudah berdiri itu.
“Jom...” Akmal menghulurkan tangan ke arahnya. Ariana serba salah. Nak sambut ke tak? Kalau tak sambut tak pasal-pasal kena maki lagi. Kalau sambut rasa macam janggal pulak.
“Jom...” Akmal masih lagi menghulurkan tangan. Lambat-lambat dia menghulurkan tangan menyambut huluran tangan Akmal. Terasa macam ada arus elektrik yang mengalir ketika kulit mereka tersentuh. Sejuk tapak tangan Akmal.
Akmal menarik tangan Ariana lalu dibawa ke bibirnya. Spontan Ariana menarik tangannya.
“Sorry...”
“It’s okey. Lepas ni jangan buat lagi. Saya....tak selesa...” Ariana menjawab perlahan. Akmal memandang wajah Ariana yang tertunduk malu.
“Nah. Pakai ni. Jaket tu butang elok-elok. Sejuk nanti...”
Ariana mencapai helmet lalu disarungkan ke muka. Butang jaket dibetulkan. Akmal menghidupkan ninjanya. Ariana merenung ninja dengan rasa bersalah.
“Awak tengok apa?”
Ariana mengangkat kepala sebelum mengeleng.
“Naiklah...”
Ariana mengangguk. Dia membetulkan kedudukan dibelakang Akmal. Tangan diletakkan di bahu Akmal. Tak nak peluk pinggang Akmal. Segan. Huhu. Ariana mendekatkan kepala yang berhelmet itu ke telinga Akmal.
“Akmal, jangan bawa laju-laju. Saya tak nak mati lagi....”
Akmal ketawa kecil sebelum memulas minyak meninggalkan tempat itu.

p/s: TO BE CONTINUED.

0 140 tukang karut:

Post a Comment