RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, March 6, 2013

Muridku Suami Aku?(Bab 3)


    BAB 3

Ariana terjenguk-jenguk di sebalik bangunan yang menempatkan ‘kawasan larangan’ tersebut. Walaupun dia tahu tempat itu masih menjadi misteri, namun hatinya meronta-ronta ingin berada di situ. Peta di tangan di lihat sekali imbas, hanya sekadar untuk memastikan yang dia tidak tersesat. Langkah kaki diatur perlahan apabila dia pasti tiada orang lain di kawasan tersebut. Senyum lebar hampir terukir di bibir ketika berada di hadapan pintu bilik muzik itu. Papan tanda ‘No entry without permission’ yang tergantung besar di muka pintu itu tidak mematahkan semangatnya untuk menerjah masuk. Alang-alang dah sampai sini, baik masuk je. Alang-alang dah langgar rule, baik teruskan je. Tak gitu? Hehe.
Ariana memulas tombol pintu bilik muzik itu perlahan-lahan. Erk. Tak berkunci? Hairan juga bila bilik yang dikatakan kawasan larangan itu tak berkunci. Mungkin ini dinamakan rezeki terpijak. Ariana menolak pintu tersebut perlahan sebelum menjengahkan kepala ke ruang dalam. Hanya satu sahaja lampu yang terbuka. Terdapat pelbagai jenis alat muzik seperti gitar, piano, violen dan macam-macam lagi. Trompit pun ada. Ariana semakin teruja lantas menolak pintu bilik itu lebar-lebar. Dia melangkah masuk tanpa ragu-ragu. Dia merenung sekeliling mencari suiz lampu. Seram pulak bila keadaan samar-samar macam ni. Sedang dia asyik memandang sekeliling, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi sesuatu.
Ting...Ting..Ting...
Ariana menelan air liur dan cuba menenangkan diri.
“Bunyi jam je kot. Cuba jangan penakut sangat. Ish..” Ariana berkata sendiri. Dia masih lagi berusaha mencari suiz lampu.
TING...TING...TING..
Kali ini Ariana tidak mampu nak menipu diri lagi. Bunyi itu semakin lama semakin kuat. Agaknya inilah sebabnya kenapa bilik muzik ini menjadi kawasan larangan. Mungkin tempat ini ber...
“Hoi!”
“Arghhhh!” Ariana berpusing sambil menjerit kuat. Tubuhnya terasa menggigil dari hujung rambut sampai hujung kaki.
Akmal terkejut dengan reaksi spontan perempuan yang sedang memeluknya erat itu. Boleh rasa tubuh perempuan itu menggigil ketakutan.
“Tolong jangan makan saya, tolong. Saya tahu saya salah ceroboh tempat ni. Saya mintak ampun...” Terdengar suara perempuan itu mengumam perlahan. Akmal cuba menaham senyum apabila dia sedar apa yang membuatkan perempuan yang memeluknya itu menggigil ketakutan.
“Woi. Lepaslah...!”
Ariana yang sedang mengumam perlahan itu terhenti. Dia membuka mata. Entah kenapa dia rasa macam dia tengah peluk sesuatu, atau seseorang? Jangan-jangan dia tengah peluk han...
“Woi. Aku kata lepaslah!”  Tubuh Ariana ditolak kasar membuatkan Ariana terdorong beberapa tapak ke belakang. Kasut tumit tinggi yang dipakai menyebabkan dia hilang keseimbangan lalu hampir jatuh. Sempat dia menarik hujung lengan baju makhluk di hadapannya itu.
“Aduhh...” Ariana terjerit perlahan apabila buntutnya selamat mencium lantai manakala Akmal di sebelah selamat mencium lantai.
“Arghh...”
Ariana yang sedang mengosok buntutnya itu spontan menoleh ke sebelah. Matanya terkebil-kebil melihat seseorang berbaju dan berseluar putih tersembam mencium lantai sambil mengerang kesakitan. Ariana segera menjarakkan tubuh menjauhi makhluk itu. Entah datang dari mana pun tak tahu. Jangan-jangan hantu tak? Eh, tapi hantu mana mengerang kesakitan. Ariana mengensot menghampiri makhluk itu yang telah di kenalpasti sebagai seorang lelaki atau lebih tempat lagi pelajar tingkatan enam atas mengikut uniform yang tersarung ditubuh lelaki itu.
“Err. Awak okey ke?” Ariana bertanya agak cemas apabila melihat pelajar tersebut tidak bergerak.
“Awak?” Ariana cuba mendekati pelajar tersebut namun dengan sekelip mata pelajar tersebut bangun dan mendekatkan mukanya ke arah muka Ariana.
“BERANI KAU....!” Lelaki itu menengking kuat sehingga membuatkan telingganya hampir binggit. Ariana spontan memejamkan mata.  Rasa macam tempias air liur budak lelaki itu mengenai mukanya.
“Maafkan saya, saya tak sengaja. Awak okey?” Ariana bertanya tersekat-sekat dek kerana masih terkejut dengan tengkingan lelaki itu.
Akmal menjarakkan tubuhnya. Dia mengibas habuk yang melekat di baju. Dia mengesat bibir yang terasa macam lembab itu.
“Bibir awak berdarah. Sini saya tengok...” Ariana mendekati Akmal namun ditepis kasar oleh Akmal.
“Aduh...” Spontan Ariana mengaduh sambil mengosok tangannya. Akmal menjeling tajam ke arahnya sambil mengesat hujung bibir yang berdarah dengan sapu tangan miliknya.
“Awak okey ke? Saya minta maaf. Saya tak tak sengaja...”
“Kau buat apa kat sini? Tak tahu ke ni kawasan larangan?” Suara lelaki itu kasar bertanya. Ariana tergamam seketika. Bukan kerana tergamam dek kerana kekasaran pelajarnya itu, tapi lebih kerana kecil hati kerana pelajar itu tak menghormatinya sebagai guru dengan memanggilnya sebagai ‘kau’.
“Mungkin awak tak kenal saya lagi. Nama saya Ariana. Cikgu Ariana...”
“Apa aku kisah kau siapa...” Lelaki itu menjawab kasar. Hati Ariana tersentuh. Kenapa biadap sungguh pelajar ini?
“Tak apalah kalau macam tu. Maafkan saya. Tapi kalau tempat ini kawasan larangan bagi saya sebagai guru pun, saya rasa awak pun tak patut berada di sini. Saya percaya yang awak merupakan pelajar tingkatan enam atas kan?”
Akmal menjeling tajam ke arah Ariana sehingga membuatkan Ariana kecut perut.
“Bukan urusan kau. Sekarang aku nak kau pergi dari sini. Tak ada sesiapa yang dibenarkan berada di sini tanpa kebenaran...”
“Oh jadi awak ke sini dengan kebenaran? Kebenaran siapa? Boleh saya tahu sebab saya pun nak minta kebenaran daripada dia. Yelah, awak sebagai pelajar pun boleh dapat kebenaran berada di sini, saya sebagai guru mesti lagi boleh kan?” Ariana menjawab separuh geram. Geram kerapa lelaki di hadapannya itu masih tidak mahu menghormatinya sebagai seorang guru. Akmal mengenggam penumbuk.
“Awak tahu tak, melakukan keganasan ke atas seorang guru boleh menyebabkan awak di hukum...”
“DIAM!”
Ariana terdiam. Rasa cuak dah mula menguasai diri apabila melihat raut wajah lelaki di hadapannya itu. Dia seperti merasakan yang dia bukan berhadapan dengan seorang pelajar sekolah, tapi seolah-olah dia sedang berhadapan dengan seorang samseng.
“Apa hal ni?”
Spontan Ariana dan Akmal menoleh ke arah pintu. Ariana mengeluh kelegaan apabila melihat wajah cikgu Saufi tercegat di muka pintu.
“Ariana? Awak buat apa kat sini?”
“Err. Saya..er..”
“Akmal? Awak buat apa kat sini? Ponteng kelas lagi?”
“Akmal?” Arina berbisik sendiri.
“Bukan urusan kau...” Akmal menjawab dingin. Cikgu Saufi menarik nafas panjang.
“Kau nak apa datang sini?” Akmal bertanya sambil merenung tajam ke arah cikgu Saufi. Ariana pula yang terasa gerun apabila melihat cara Akmal merenung cikgu Saufi itu.
“Cikgu nak minta kebenaran untuk guna bilik ni macam biasa. Untuk pelajar tingkatan satu. Awak tahulah, diorang tu teruja sangat bila cikgu cakap yang diorang mungkin boleh belajar mengenal alat muzik...”
Akmal terdiam seketika. Ariana saling memandang antara Akmal dan cikgu Saufi.
“Bila?”
“Pukul satu nanti. Tak lama. Sejam je...”
“Fine. Tapi make sure tak ada alat yang rosak...”
“Okey...”
Ariana makin keliru. Kenapa pulak nak kena minta kebenaran budak nama Akmal ni untuk guna bilik muzik? Dan bercakap pasal Akmal, ni ke ketua geng enam jahanam yang Suzi cerita pagi tadi?
“Ariana? Jom. Saya rasa ni bukan tempat yang sesuai untuk awak...” Cikgu Saufi berkata sambil sesekali menjeling ke arah Akmal yang sudah berlalu dari situ.
“Nasib baik Saufi datang tepat pada masanya tadi...” kata Ariana ketika mereka berjalan beriringan meninggalkan kawasan larangan tersebut.
“Kenapa? Akmal ada buat apa-apa pada awak ke?”
“Eh, tak..tak..maksud saya. Err. Ha, kenapa awak kena minta kebenaran pada budak nama siapa tadi? Akmal? Ha. Budak tu untuk guna bilik muzik? Saya ingat tu kawasan larangan untuk semua...”
“Awak nak tahu kenapa tempat tu jadi kawasan larangan?”
Ariana terdiam seketika. Tiba-tiba dia teringat akan bunyi misteri yang menyebabkan dia ketakutan sampai terpeluk Akmal. Eh, terpeluk?? Mak, malunya! Huhu!

p/s: TO BE CONTINUED

0 140 tukang karut:

Post a Comment