RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, March 4, 2013

Muridku Suami aku?( Bab 2)



BAB 2

“Morning....”
“Morning. Tak makan dulu ke?” Tanya Ariana ketika melihat Suzi yang kelihatan tergesa-gesa itu.
“Aku makan kat sekolah jelah. Lagi pun aku dah lambat ni.” Suzi menjawab sambil terkocoh-kocoh membuka almari kasut. Sepasang kasut tumit tinggi dikeluarkan. Ariana menjeling jam di tangan.
“Awal lagi ni. Makanlah dulu. Penat aku bakar roti ni...”
“Aku dah lambat ni. Minggu lepas kan aku bertugas. Nanti kena bentang report masa perhimpunan. So aku kena datang awal nak semak report balik...”
“Okey...”
“Aku pergi dulu...”
“Bawa kereta hati-hati. Jangan nak laju sangat...” Ariana sempat berpesan.
“Yelahhh...” Suzi melaung dari luar. Ariana mengeleng sambil membawa gelas berisi vico panas ke bibir. Dia mengambil sekeping lagi roti bakar lalu disapu dengan mentega dan peanut butter. Setelah menghabiskan roti bakar tersebut, dia bangun lalu menuju ke pintu depan sambil membimbit beg tangan. Alarm Myvi ditekan sebelum pintu pemandu dibuka. Beg tangan di letakkan di bahagian kaki di tempat duduk sebelah. Dia cuba menghidupkan engin. Tak hidup. Dia cuba sekali lagi. Tak hidup jugak. Hati dia dah mula berdebar. Janganlah nak buat hal pagi-pagi Isnin ni. Dia cuba lagi buat kali ketiga, keempat dan ke lima. Memang sah tak boleh hidup. Ariana dah mengelabah. Dia mencapai beg tangannya lalu dikeluakan telefon bimbit. Nombor angah didial.
“Helo angah. Kat mana tu?” Ariana bersuara tanpa salam ketika panggilannya disambut.
“Kat rumahlah. Ada apa call pagi-pagi ni? Rindu ke?”
Whateverlah. Angah, kereta adik tak boleh hidup.”
“Kenapa tak boleh hidup?”
“Manalah adik tahu. Kalau adik tau, adik tak call angahlah...” Ariana menjawab separuh berang. Dahlah tengah nak marah pagi-pagi ni. Boleh pulak angah tanya soalan bijak macam tu.
“Hmm, dah tu nak buat macam mana? Dah cuba start lagi?”
“Dah cuba banyak kali dah. Tak nak hidup jugak...” Ariana menjawab sebal sambil cuba menghidupkan enjin kereta buat kesekian kalinya.
See. Tak nak hidup pulak. Ish.”
“Bila last adik service kereta?”
“Entah tak ingat. Macam mana ni angah. Adik dah lambat nak ke sekolah ni...”
“Dah tu angah nak buat macam mana. Bukan dekat nak ke sana tu. Macam ni lah. Adik naik je public transport dulu. Bas ke, teksi ke. Mesti ada kan area situ...”
“Lecehlah nak cari public transport pagi-pagi ni. Dahlah jauh nak jalan ke bus stop tu.”
“Ala adik, susah sikit je kan. Bila lagi nak belajar berdikari...”
“Angah ni tak membantu langsunglah...” Ariana merungut. Angah ketawa kecil di sebelah sana.
“Susah sikit je dik. Takpelah. Hujung minggu ni kalau free angah datang tengok kereta. Okey?”
“Kalau tak okey pun kena okey jugak kan?”
Angah ketawa lagi. Hai manja betul adik bongsu sorang ni.
“Tak apalah. Adik nak letak dulu. Nanti apa-apa adik call balik...”
“Okey, take care..”
“Bye..” Ariana mencampakkan telefon bimbit ke dalam beg tangan. Dia menjeling jam di tangan. Hampir pukul 7.15 pagi. Alamak. Dah lambat. Perhimpunan akan bermula pada pukul 7.45 pagi. Harap-harap sempat sampai sebelum perhimpunan bermula.
Ariana berjalan agak laju di sepanjang jalan menuju ke perhentian bas itu. Jauh jugaklah nak menapak ke situ. Naik banjir ketiak. Kasut tumit tinggi tiga inci yang dipakai menyukarkan dia melangkah dengan lebih teratur ditambah pula dengan lecah yang bertakung di sana sini hasil hujan semalam. Setelah hampir lima minit berjalan, akhirnya dia sampai juga di perhentian bas. Orang agak ramai terutama pelajar sekolah. Hai memang nasib jelah hari ni kena pergi sekolah nak bas atau teksi.
Setelah hampir lima minit menunggu, bas rapid KL itu pun tiba dan berhenti di hadapan perhentian bas. Kasut tumit tinggi yang dipakai menyukarkan dia bergerak membuatkan dia membiarkan orang lain naik dahulu bas itu. Buat apa nak berebut kan. Namun apabila tiba giliran dia, dia lihat bas telah penuh sehingga ada yang berdiri di muka pintu bas.
“Cik adik nak naik tak?” Tegur pemandu bas tersebut. Ariana memandang isi bas yang dah padat macam sardin itu. Kalau naik juga mahu kena himpit ni. Ariana mengeleng.
“Tak apalah. Saya tunggu next bas.”
Ariana hanya mampu memandang dengan sayu ketika bas itu berlalu meninggalkan dirinya. Dia menjeling jam di tangan. Ada lebih kurang lima belas minit sebelum perhimpunan bermula.
Ariana memandang ke hujung jalan sambil menyandarkan tubuh pada palang di perhentian bas itu. Mana lah bas ni. Teksi pun tak ada. Ariana merungut perlahan.
Vrommmmmmmmmmmmm.
Ariana tidak sempat menoleh apabila sebuah ninja berwarna merah melintas betul-betul di hadapannya.
“Hey!” Ariana memejam mata ketika percikan lecah yang dilanggar oleh ninja tersebut mengenainya. Ariana mengetap bibir ketika memandang ke arah si penunggang ninja itu. Si penunggang sempat menoleh ke belakang memandangnya sebelum memecut laju meninggalkan tempat itu. Ariana tunduk memandang kain yang basah terkena percikan lecah. Dahlah pakai baju warna krim. Baju kesayanagan pulak tu. Memang dasar mat rempit tak sedar diri. Ariana cuba menahan kemarahannya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Memang hari ini hari tidak bernasib baik. Orang putih kata ‘bad luck’. Dia membuka beg tangan lalu dikeluarkan tisu. Di lapnya hujung kasut yang turut sama berselut dengan lumpur. Dalam hati nak menyumpah seranah mat rempit tersebut. Tengoklah nanti. Kalau dia Jumpa mat rempit tu, akan dicalar balarkan ninja tu. Akan dipancitkan tayar sampai ninja tu tak boleh jalan lagi. Huh!
Pin!
Spontan Ariana mengangkat muka. Dia memandang ke arah cermin kereta saga FLX yang telah diturunkan separuh.
“Cikgu Ariana?”
Ariana tunduk sedikit cuba melihat siapakah gerangan pemandu tersebut.
“Cikgu Saufi. Cikgu buat apa kat sini?”
“Saya nak ke sekolah. Cikgu buat apa kat sini?”
“Tunggu teksi. Lambat pulak...”
“Mana kereta cikgu? Rosak?”
“A’ah. Tiba-tiba tak boleh start pulak pagi ni...”
“Kalau macam tu. Naiklah sekali...”
Ariana menggigit bibir. Terasa serba salah pula. Kang sampai sekolah ada yang nampak, susah pula.
“Tak apalah cikgu. Saya tunggu teksi je...”
“Janganlah macam tu. Lagi pun kita nak ke tempat yang sama kan. Teksi kat sini susah nak dapat. Lagi pun dah lewat kalau nak tunggu teksi...”
Mahu tak mahu Ariana terpaksa juga menumpang kereta cikgu Saufi. Kalau tak mahu pukul lapan juga dia sampai sekolah. Tak naklah ada rekod buruk sedangkan dia baru mengajar di sekolah itu tak sampai sebulan.
“Terima kasih cikgu. Susah-susah je...” Ariana menjawab sambil menarik tali pinggang keledar.
“Tak apa. Kebetulan nak jumpa kat sini kan...” Cikgu Saufi menjawab sambil tersenyum.
Ariana turut sama tersenyum sebelum masing-masing senyam.
“Macam mana mengajar kat sini? Okey?”
“Okey je. Seronok. Budak-budak pun okey je. baik...”
“Hmmm. Budak-budak tu, kalau yang baik tu memang baik. Tapi kalau yang nakal tu, SubhanAllah hanya tuhan je tahu. Sampai kadang-kadang boleh hilang sabar dibuatnya...”
Ariana hanya diam. Lebih suka melayan cikgu Suafi bercakap.
“Cikgu mengajar mata pelajaran apa?” Ariana bertanya setelah masing-masing senyap membisu. Tiba-tiba rasa janggal pula duduk diam macam tu.
“Saya mengajar mata pelajaran muzik. Dan lagi satu, boleh tak jangan panggil saya cikgu? Panggil Saufi je...”
Ariana tersenyum sambil menelan air liur. Rasa janggal pula nak panggil nama. Kalau panggil cikgu kan senang. Formal sikit.
“Eh, tadi cikgu cakap..err..Saufi cakap, Saufi mengajar muzik? Saya ingat bilik muzik kat sekolah tu kawasan larangan. Kalau dah bilik tu tak boleh guna, macam mana Saufi nak mengajar?”
“Hmm, tak ada sesiapa ke yang bagi tahu kenapa bilik muzik tu jadi kawasan larangan?”
Ariana mengeleng namun dalam hati dah membuak-buak nak tahu.
“Susah nak cakap...”
“Maksud Saufi? Takkan bilik tu...err...”
Cikgu Suafi menoleh ke arahnya sambil mengangkat kening.
“Err...jangan cakap bilik tu..err...ber...”
“Ber apa?”
“Err...berhantu?” Ariana berbisik perlahan. Cikgu Saufi ketawa besar membuatkan Ariana terkejut. Tak sangka Cikgu Saufi boleh ketawa sampai macam tu sekali.
“Kadang-kala awak ni kelakarlah...” Cikgu Saufi masih tak hilang sisa ketawanya. Ariana senyum tawar. Orang tanya betul-betul, dia ketawa pulak. Hilang terus mood nak tahu pasal misteri bilik muzik itu. Ah, tak apalah. Lambat laun dia akan tahu juga nanti.
“Dah sampai. Saya turunkan awak kat sini ye. Mana tahu takut awak risau ada sesiapa nampak awak naik sekali dengan saya...” Cikgu Saufi seolah-olah memahami apa yang bermain di dalam fikirannya.
Thanks...” Ariana berkata sebelum membuka pintu setelah kereta diberhentikan di luar pagar sekolah. Nasib baik pengawas yang selalu bertugas di pagar utama dah tak ada. Kalau tak mesti kecoh.
Ariana cepat-cepat menuju ke pagar kecil di sebelah pagar utama yang telah di tutup rapat dan di kunci oleh pak guard setelah kereta cikgu Saufi masuk. Langkah kaki diatur laju ketika berjalan untuk menuju ke pejabat. Apa –apa hal kena thump print dulu. Mata melilau memandang sekeliling kawasan sekolah yang agak sunyi kerana rata-rata pelajar dan guru telah berkumpul di dalam dewan. Sempat juga dia menoleh ke arah kawasan parking kereta dan motor untuk meninjau kalau-kalau kereta Suzi ada terpaking di situ. Balik sekolah nanti boleh tumpang Suzi je. Namun matanya menangkap sesuatu yang macam biasa dia tengok. Dia berhenti melangkah. Matanya difokuskan. Bibir digetap. Memang sah. Ninja merah yang menyebabkan dia hampir mandi lecah tadi. Niat jahat mula bermain difikiran namun dia dah tak ada masa. Dia hanya ada lima minit sahaja lagi sebelum perhimpunan bermula. Tak apa. Yang penting dia tahu mat rempit tu ada di kawasan sekolah ini. Tak sangka. Mat rempit pun tahu ke sekolah ke?. Huh.
Ariana melangkah laju menuju ke arah dewan. Laju dia mengambil tempat duduk di sebelah Suzi.
“Kau pergi mana?”
“Kereta aku buat hal. Tak boleh startlah.”
“Dah tu kau datang dengan apa?” Suzi bertanya.
“Minta perhatian semua. Perhimpunan akan di mulakan sebentar lagi...” Suara Cikgu Azmi selaku pengerusi majlis pada hari itu kedengaran di sekitar dalam dewan. Serta merta juga suasana dewan yang agak bising tadi menjadi senyap sunyi. Setelah menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sekolah, Suzi dijemput untuk membentangkan laporan pada minggu lepas. Ariana turut sama mencatat laporan yang dibentangkan oleh Suzi. Mana tahu esok lusa giliran dia pula yang kena bertugas kan. Perhimpunan tamat tepat pukul 8.45 pagi seperti biasa.
“Laparlah...” Suzi merungut perlahan sambil memegang perutnya.
“Tulah, pagi tadi aku suruh jamah sikit roti tak nak. Jual mahal...”
“Bukan jual mahallah tapi aku dah lambat. Kau ada kelas pagi ni?”
“Tak ada. Kelas aku lepas rehat...”
“Hmm. Jom teman aku makan...”
“Malaslah. Aku ada kerja nak buat....”. Ariana memberi alasan. Sebetulnya dia rasa tak selesa dengan keadaannya yang bermandi lecah itu.
“Eh, kenapa kain kau macam kotor je?”
Spontan Ariana tunduk merenung kainnya yang berwarna agak coklat itu.
“Panjang ceritanya. Aku nak ke tandas dulu...”
“Aku teman kau lepas tu kau teman aku boleh?”
“Apa kes nak main teman-teman ni? Ingat budak kecik lagi ke?”
“Ala. Jom jelah. Banyak bunyi pulak kau ni...” Suzi menarik lengan Ariana menuju ke tandas guru. Setelah berjaya menghilangkan warna coklat kesan lecah yang melekat di kainnya itu. Ariana dan Suzi keluar dari tandas menuju ke kantin. Untuk ke kantin dari tandas guru, mereka perlu melalui bangunan yang menempatkan pelajar menengah atas.
“Peeeewittt....”
Spontan Ariana menoleh. Kelihatan beberapa pelajar lelaki tersengih-sengih di pintu dan tingkap ketika mereka berdua melalui kawasan itu.
“Huh. Tak hormat guru langsung...” Terdengar Suzi mengomel perlahan.
“Budak tingkatan berapa tu?”
“Budak tingkatan enam atas. Biasalah. Diorang ingat diorang dah besar. Sampai tak hormat kita sebagai guru. Kau jangan layan sangat tu. Belajar tak pandai mana pun tapi miangnya kalah ulat bulu...” Suzi membebel lagi. Ariana menoleh ke belakang. Matanya menangkap kelibat seorang pelajar lelaki yang sedang duduk di hujung kelas sambil memetik gitar. Kedua-dua belah kakinya disandarkan pada meja. Mungkin rasa seperti diperhatikan, pelajar lelaki itu mengangkat kepala memandang ke arahnya. Terasa tajam pandangan mata pelajar lelaki itu ketika membalas renungan Ariana. Ariana lantas memandang ke hadapan semula.
“Kat sekolah ni, kau kena hati-hati dengan geng enam jahanam. Kalau boleh jangan cari pasal dengan diorang...”
“Geng enam jahaman? Kenapa aku rasa macam dah kembali ke zaman Jalan Ampas ni?” Ariana cuba melawak namun wajah Suzi kelihatan serius.
“Kau mungkin anggap benda tu lawak tapi aku nak pesan awal-awal. Jauhkan diri daripada mereka kalau tak nak mati..”
“Hah?” Ariana hampir terkejut mendengar kata-kata Suzi itu.

TO BE CONTINUED...

17 140 tukang karut:

nurul nuqman said...

best

Cahaya said...

nurul>>thx hee

eiza mer said...

ADA lg x jual novel nie??

eiza mer said...

ADA lg x jual novel nie??

Cahaya said...

eiza>>blum publish lg citer ni. insyaAllah very soon. skg dlm proses editing. nanti sy akan umumkan secara rasmi ya.

eiza mer said...

XKUA LG KE PAPE NOVEL TERBARU??

Cahaya said...

eiza>>insyaAllah akan ada yang keluar nanti. tgu publisher umum je.. :)

eiza mer said...

XDE cte best ag ker???
cde cter baru??

Anonymous said...

Hihihi...citer ni mcm sy masa muda2 dl jd tutor komputer di sekolah yg ada lower n upper six..umur sy sama dgn bdk2 upper six..tp pihak skolah rahsiakan..sy terpksa dressed up mcm mak cik2..hihihiii..until one day terkantoi bila terserempak dgn kawan lama yg merupakan bekas pelajar kt situ..kecoh satu skolah..kuikuikui..aihhh..tetiba teringat kt my ex-students kat sana..huhuhu..

X sbr nk baca d rest of tis story :D

Cahaya said...

anon>>yeke?haha sengh2 je baca komen akak ni heee..nway citer ni dah keluar tauk tajuk dia MURIDKU SUAMI AKU?under Fajar Pakeer heee.

Anonymous said...

Cahaya...mmg akk tersengih2 bc citer ni..ahahaha..sbb pnh go thru dulu..xley nk imagine kalo tetiba tersempak ngn "that person" at tis age..kisah Ariana n Akmal ni pun dh buat akk tersentak2 sbb baru terase berapa punya ego nya la aku dulu2..ahaksss..akk dh sampai kat bab 44..takotttt nk bc dik oiii..dh mcm walking down memory lane... :'(
Nyway..luv all karya2 adik (yg akk dh bc so far)..looking fwd for more..

Cahaya said...

anon>>heeee..yeke?akk pernh ada pengalm dengn studnt laki mcm ni dulu ke?hehehe.sweetlah bla pk akmal+ariana ada dlm reality sebb sy tk pernh pun alami.rekaan semata-mata heeee..i loikeeee!!hehehe.pasrt akhir2 dlm bab ni mcm tacing sikt kut heh.selamat membaca kak :)

Anonymous said...

Cahaya...akk x sanggup nk bc bab 45......huhuhuuu..nk kene bli buku terus nih bar boley bc..kalo bc kat sini je mmg mau akk berendam air mata lg nehhh..
First time bc novel yg jln citer dia ada kene mengena ngn akk..sadis btl la..
InshaAllah mgu dpn nk g bookstore cari buku ni..
Tq so much for making tis story, Cahaya..
Btw, ada email address x (if u dun mind giving) ;-)

Cahaya said...

anon>>yeke?heeee sy kn tgk balik bab 45 tu pasal apa hehehe. nk emal? boleh. nurulainnismail@gmail.com. kalau nk group fb pon boleh https://www.facebook.com/groups/317897331660048/.
ni plak fb sy https://www.facebook.com/nurul.ainn.71

Anonymous said...

Tq :)) :D

Azizool Hakim Anuwar said...

hye sy org baru kt cni.tp sy dah ade novel ni husband sy belikan..dah repeat baca 5 kali!!mslhnye member pinjam dah lebih sebulan kot xreti2 lg nak pulangkan.baca ke mengeja??huhuhu..i miss ariana n akmal alot..please give me back my novel..anyway,its good to read ur novel.keep it up ok..chaiyok..(adila)

Cahaya said...

adila>>selamat datang sis..repeat sampai lima kali??gigihnya sis..heheh..thanks sis sebab spent masa untuk repead karya picisan macam ni..terharuuu..sobss..yeke kawan pinjam? dia pun nak repeat lima kali jugak kot baru pulangkan dekat sis..hehehe..

p/s: terkejut tengok nick lelaki..hehehehe.

Post a Comment