RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, March 18, 2013

Dia lebih muda...

Assalamaualaikum,

sejak dua menjak ni aku banyak post entri pasal novel je kan. dah takde nak tulis-tulis blog. satu sebab aku malas nak fikir, dua sebab aku sibuk sikit. maklumlah dah dekat tiga empat bulan aku dok bergelumang dengan manuskrip tu. once dah hantar dekat editor, aku terus start manuskrip baru pastu jadi sekerat jalan sebab aku kn stadi dulu pasal benda yang aku nak tulis. tu part aku paling malas sekali. tambah pula aku sibuk dekat opis. buat itulah. buat ini lah. la ni aku di-point jadi commitee OBEYA. menatang apa obeya ni pun aku tak tau. dahlah aku kn handle bahagian training. jangan suruh aku bagi training dekat lecturer lain sudah. aku pon zero tahu. okey, disebabkan kaki aku sakit sampai berbungkus dan berdengkut-dengkut nak ke pejabat sampai ada yang sound kata baru lepas bersalin ke sehingga membuatkan aku bengang dekat mahluk Allah tu, jadi aku just nak paste lagu yang aku rasa mcm best je. bila dengar lagu ni teringat Ariana dengan Akmal. almaklumlah, Ariana kan tua empat tahun. muahaha. sebenarnya cerita Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi ni kira totally out of myself. sebabnya aku tak suka lelaki lebih muda dan takkan jatuh cinta dengan lelaki lebih muda. sebab apa? entah. aku pon tak tau. paling habis pon aku boleh terima yang sebaya. kalau lebih tua pun tua setahun dua je. cukup! bila tulis novel pasal akmal dan ariana ni buat aku terfikir macam mana nak gambarkan watak akmal yang lebih muda daripada ariana sebagai cikgunya. 

korang boleh bayang anak murid jatuh cinta dengan cikgu? atau pun pelajar jatuh cinta dengan lecturer perempuan kalau dekat u? sumpah aku sendiri pon tak boleh nak bayangkan kalau berlaku dekat realiti. cuma yang boleh aku buat, aku jadikan watak ariana ni sebagai gadis remaja biasa yang berperangai ke anak-anakan dan manja walaupun dia seorang guru. sebab aku sebagai lecturer pun kalau dekat luar kolej perangai macam bebudak. sampai kena tegur dengan sekian-sekian 'ish! lecturer kan!'. okey-okey. kekadang saya terlupa tapi apa kisah. kat kolej pon dengan student pakai yo-yo ooo je.student aku lak majoriti lelaki yang mengada-ngada nak salam-salam sebab kenkonon nak ambik berkat jawab exam. atau pun sibuk nak tahu nombor ic aku macamlah aku tak tahu dorg nak tahu umur aku berapa. tu tak masuk tetiba suka hati je nak kol2 aku kata nak berkenalan sebelum kena maki dengan aku terus tak telefon lagi. kahkahkah. pasal watak akmal pulak, aku gambarkan dia seorang yang matang kalau masuk bab hati dan perasaan tapi tetap berjiwa muda gitu. jiwa remajalah. semua pakai ikut kepala dia sendiri. entah. aku pon tak reti nak kata apa. kalau korang semua baca dari bab 1 sampailah bab sekarang ni, korang boleh paham kot akmal tu macam ne. masa aku tulis novel ni jugak, matlamat aku ada empat je. yang pertama, aku nak buat korang-korang semua ni jatuh cinta dengan akmal. so ada jatuh cinta tak kat akmal??heeee. matlamat kedua, aku nak korang rasa macam ariana ni kejam bila sampai dekat bab konflik. matlamat ketiga, aku nak korang rasa ada si polan ni jahat gila sampai korang benci gila dengan dia. siapa? tu kena tunggu. dan matlamat terakhir, aku nak korang rasa macam si polan yg lagi satu ni sweet sangat dan korang pon boleh jatuh cinta pada dia. siapa? heeee. kalau baca entri yang lepas2, aku rasa korang tahu kot siapa orang-orang yang aku maksudkan bakal muncul. sementara tu, silalah enjoy lagu ni dulu.

video

Eh aku jatuh cinta
begini rasanya
ini tak biasa

Eh dia lebih muda
memang lebih muda
aku tak biasa

Memanglah cinta tak pandang usia
tapi tetap saja
buat ku tak selesa

terlebih saat dia dekatiku
sikapnya seperti berkata iya iya iyaa

Dik cuba dengarkan saya
usia kita berbeza lima tahun saja
dik sudikah kau menjadi kekasih hati ini
kita saling setia

itulah saja ingin aku bicara
masih rencana tak tahu lagi bila
semoga saja masa itu kan tiba
bersama indahnya

0 140 tukang karut:

Post a Comment