RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, March 21, 2013

Akmal Yang Nakal


Akmal Yang Nakal 

(Saja letak part ni asing dari bab sebab pendek sangat)

“Okey semua. Sampai sini saja latihan kita hari ini. Kita sambung esok...”
Ariana mengurut leher yang terasa lenguh sambil memerhatikan para pelajar yang terlibat dengan persembahan sempena Hari Guru itu berpusu-pusu keluar dari bilik muzik. Jam di tangan di jeling sekilas. Hampir pukul lima petang. Setelah semua pelajar keluar dari bilik muzik itu, Ariana berjalan ke arah komputer ribanya yang terbuka di atas lantai di suatu sudut. Dia duduk bersila mengadap komputer riba. Ada beberapa lagu baru yang dia baru habis download. Ingat nak dengar dulu dan terus pilih untuk dimasukkan dalam persembahan itu nanti. Balik rumah nanti boleh terus rehat je.
Akmal yang dari tadi tersandar di pintu bilik rehat hanya memerhatikan Ariana dari jauh. Matanya tidak berkelip memandang Ariana yang khusuk memandang skrin komputer riba sambil sesekali kepala dan bibir gadis itu digerakkan mengikut alunan muzik. Anak rambut Ariana terjatuh di dahi membuatkan gadis itu kelihatan cukup menggoda pada pandangan matanya ketika itu. Ariana kelihatan tidak menyedari yang dirinya diperhatikan. Akmal menelan air liur. Dia seperti tidak mampu menahan perasaanya lagi lantas langkah kaki diatur menghampiri Ariana. Dia melutut di sisi Ariana. Ariana terkejut lalu mengangkat kepala memandang ke arahnya.
“Akmal..apa...” Bicara Ariana terhenti apabila Akmal meletakkan jari telunjuknya pada bibir mugil itu. Ariana telan air liur. Mata mereka bertentangan buat seketika sebelum Ariana tertunduk malu. Akmal mengangkat dagu Ariana ke atas. Sekali lagi mata mereka bertentangan. Akmal mendekatkan wajahnya hampir ke wajah Ariana. Ariana memejamkan mata, seolah-olah merelakan. Akmal semakin hampir ke arah Ariana sehingga bibir mereka hampir bertemu dan..
“Akmalll!”
Akmal tersentak daripada lamunan nakalnya. Dia memandang ke sebelah.
“Awak ni kenapa? Dari tadi saya panggil buat tak dengar je. Ada sound trouble ke?” Ariana bertanya separuh menyindir. Sakit anak tekaknya terjerit-jerit memanggil Akmal dari tadi. Entah apalah yang diangankannya sampai orang panggil pun tak dengar.
Terkebil-kebil Akmal memandang ke arah Ariana yang berdiri berhampiran dengannya.
“Saya nak balik ni. Awak pun jangan balik lambat. Exam dah nak dekat. Kalau awak gagal..faham-fahamlah ye...” Ariana berkata lagi sebelum berpusing.
“Ariana....”
“Hmmm....?” Ariana menoleh ke belakang. Kelihatan Akmal seperti mahu mengatakan sesuatu namun tidak jadi.
“Hmmm, nothing...” Akmal menjawab sambil melepaskan keluhan berat. Ariana mengerutkan dahi dan mengangkat bahu sebelum berpusing dan berjalan keluar dari bilik muzik itu. Akmal menyandarkan badan pada pintu bilik rehat. Kepala didongak ke atas sambil memejamkan mata. Nafas berat dilepaskan.
“Ariana....”

4 140 tukang karut:

lee jee joong said...

wah sempat lagi dia ke alam fantasi ... heheheheheh akmal ni nakal :)

Cahaya said...

lee jee joong>> itu menunjukkan akmal ni manusia biasa. heee.

AmyZa said...

saya dah baca novel ni sampai abis, memang best. saya pun suka gak kat jerry yan tu tapi bila baca saya terbayang fadlan hazim sebab dia pernah berlakon jadi budak jahat dalam 6 progresif lagi pun muka dia macam vic zhou f4 hehehe

Cahaya said...

AmyZa>>heee baru lepas google. hurmmm boleh tahan jugak kikikik.

Post a Comment