RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, February 5, 2013

Trip to singapore: Day 2

Assalamualaikum,
selamat hari selasa. hari ni bos tak ada tapi dia ada tinggalkan kerja kat semua anak buah dia. kejap lagi lah aku buat. sekarang nak buat entri pasal trip to singapore: day 2. nanti kalau peram lama-lama jadi malas + tak ingat pulak.

okeylah. hari kedua aku bermula dalam pukul 9 pagi. asalnya nak keluar awal jugak sebab target nak sampai awal ke USS tapi uncle owner hostel tu kata tak payah kuar awal pun takpe sebab USS tu bukak pukul 10. tapi memandangkan perjalanan dia dalam sejam jugak, aku decide nk keluar awal jugak. tapi sebab kejadian yang aku cerita hari tu, aku tertido balik lepas subuh dan bangun pukul 8 pagi. lepas breakfast roti dan nutella yang disediakan oleh owner hostel itu, kitorang pun berjalan turun menuju ke perhentian bus di blok melati 2. masa ni dah hujan sikit dan owner hostel tu bagi aku pinjam payung. ;p

ni pandangan dari perhentian bas yang aku selalu tunggu bas. hostel tu seberang sana.

dari sini aku ambil bas ke Vivocity untuk ke herbourfront. dari herbafrount aku ambil MRT untuk ke sentosa island. dari sentosa Island tu lah aku ke USS.









Gambar-gambar kat atas tu sekitar dalam pejalanan ke USS dengan sentosa Express dan juga semasa di sentosa Express. malas nk sort gambar. huhu. tambang pergi balik hanya 3 dolar je. korang tak boleh guna tourist pass tau. harga dia lain. kena guna mesin kat hujung stesen ni. ala jangan risau. korang sampai sana memang korang akan tahu apa nak buat.

Bila naik sentosa express ni korang kena turun stesen pertama. kalau nk pergi beach kena turun stesen seterusnya. masa aku study perjalanan dulu, aku memang konfius dengan USS ni. sebab rata-rata kat internet dia tak cakap pun secara tepat macam mana nak ke USS ni. sebelum ni aku plan nak ke sentosa island untuk main outdoor games guna sentosa play pass. jadi yang membuatkan aku konfius adalah jalan ke uss dan nak main play pass tu macam sama je. tapi tempatnya berbeza tau. so aku mcm tawakal jelah. pakai redah jelah. dan bila dah sampai sana baru aku tahu. memang dua2 tempat tu tak sama tapi naik Sentosa Express yang sama. cuma turun di tempat berbeza je. kalau nak ke uss, korang turun stesen pertama. jangan tak turun pulak nanti dia terus je ke pantai. bila dah sampai uss, apa lagi. bergambar sakanlah. masa ni dah hujan renyai-renyai. sedih jugak tapi hidup mesti diteruskan. orang agak ramai tapi biasalah. ce citer kat mana je tak ramai orang kan. so layan jelah gambar-gambar ni.


















walaupun nampak macam tak hujan, sebenarnya hujan renyai2 sampai kasut aku basah. kat USS ni memang dari lutut sampai kaki aku basah je dari pagi sampai nak balik. jadi terpaksalah beli raincoat harga 3 dolar. huhu. sampai skg aku ada simpan raincoat tu. tapi aku rasa ada hikmah juga hujan ni sebab kat sini ada banyak juga games yang melibatkan air. kalau tak hujan mesti aku pikir banyak kali nk join pasal takut basah. bila dah basah kena hujan, setakat basah kena air masa main games tu apalah sangat. alang-alang dah basah.























sila layan sendiri gambar-gambar di atas ye. haha. masa aku masuk mula-mula ni, aku mula sebelah kanan dulu. make sure korang ambil map dekat tepi masa nk masuk mula-mula tadi. kalau tak ambik susah pulak terutama kalau nak cari tandas. benda pertama yang aku masuk dalam ni ialah LIght, Camare, Action. dalam ni memang perghh. saspen tahu. dia tunjuk cara macam mana filem hollywood buat filem. ayat aku dah macam hape je. lantaklah janji korang paham. heh. dalam ni memang siap ada kapal besar masuk dalam bangunan lagi. terbakar boat dan macam-macam. siap ada tsunami. kawan aku siap menjerit lagi sebab terkejut. aku relax je. haha. lepas tu aku keluar dan jalan-jalan lagi tangkap gambar. masa ni hujan jadi aku pun macam takde mood sangat. tak selesa kan. kasut basah dan sejuk. pastu terus masuk ke transfomers. aku tak tau benda apa dalam transformer ni tapi aku baca kat blog, tempat ni wajib masuk. nak beratur tu punyalah ramai gila dan laluan dia berpusing-pusing. memang rasanya dekat setengah jam jugak nak beratur tu. bila dah sampai tengah jalan, ada sign board tulis kalau mudah pening, mabuk dan muntah jangan naik benda ni. aku macam what?? nape aku baru nampak benda ni? nak pusing balik pun dah jauh aku berjalan dan ramai gila lagi kat belakang aku. last2 aky redah jelah. ingatkan roller coster. rupanya naik kereta macam bumbercar rapi naik sembilan orang. kira dalam tu kitorang pun join sekali bertempur dengan robot-robot besar ni. memang gilalah. kena pakai spek 3d. bila tengok dorang bertempur tu macam kita ada dekat tempat tu jugak. sepanjang masa aku hanya pejam mata sebab takut pening. kau bayangkan macam kau terjun dari tingkat dua puluh ke bawah. muka kau hala ke tanah. mahu tak termuntah. huhu. aku bukak mata kadang-kadang je lepas tu aku pejam balik. haha. masa ni kau nak jerit ke apa takde orang kisah. tapi sebab aku pejam mata, aku tak jeritlah. spek 3d tu aku bukak kejap2 sebab takut muka robot jahat tu macam betul2 depan muka aku.

bila dah habis transformer tu kitorang terus berjalan. sempat juga tangkap gambar besar dengan robot kat luar tu. ;p














lepas tu dah lapar kitorang pergi makan dengan area mummy tu. makan nasi minyak ke nasi beriyani aku tak ingat. tapi sedap. harga bagi aku okeylah. dalam 12 dolar.













aku tak masuk pun dalam mummy ni sebab aku penakut. tengok theme dia tulis ' the revenge of mummy' so korang boleh bayanglah kan ada apa dalam tu. kuang. kalau aku pergi dengan kawan2 rapat aku, maybe aku masuk sebab aku takkan segan silu nak peluk depa bila takut. heh. lepas makan tu kitorang just jalan-jalan je habiskan pusingan. dah hujan ni memang tak semangat nak tangkap gambar. kamare pulak buat hal. terpaksa guna kamare HP. tu pasal gambar tak clear.


















 antara yang aku paling saspen ialah masa naik boat untuk masuk ke tempat dinasor tu. saspen bila start masuk terowong. gelap gila. korang tak boleh nampak muka kawan yang duduk sebelah lagi. siap terpusing-pusing lagi boat tu. aku risau pening je. satu boat 9 orang tak silap aku. bila masuk dalam tu korang seolah-olah berada dalam terowong tempat kurung dinasor lepas tu korang takde jalan keluar. jalan mati okey. lepas tu korang akan diangkat dengan boat2 sekali naik ke atas dan atas kepala korang dinasor tengah nganga mulut nak ngap. masa ni aku memang menjerit dan tunduk kepala. hampeh betul. lepas tu korang akan dihumbankan ke bawah. tanpa isyarat dan memang perghh. sakit jantung. aku naik dua kali yang ni. hik3. kali kedua aku tak takut dah tapi still berdebar sebab tersekat dalam terowong tu.

lepas tu kitorang masuk far-far away. yang ni pon best jugak. ala-ala korang tengok wayang jelah tapi ada efek. kerusi korang akan bergoyang kalau wayang tu naik kuda. dan korang digelar prisoner yang akan diseksa kalau masuk dalam ni. lepas tu kalau keldai tu bersin, air dia terpercik ke kat muka korang. perhhh. sejuk. nasik baju hujan tak bukak. lepas tu spider akan merayap kat kaki korang. haha. aku tunggu yang tu je sebab sebelum ni dah pernah baca kat blog. hik3. nasib baik kejap je geli dia. 



benda ni aku naik. 1st time nk naik benda-benda macam ni. kejap gila tapi laju. tak sempat nk menjerit lepas dia berpusing2 tapi nasib baik kejap je. aku mula nak pening. haha.


dalam madagascar ni sesuai untuk bebudak kecik. dia banyak dalam terowong. yang paling tak boleh belah sepanjang jalan tu haiwan2 asyik cakap please turn back. tempat ni bahaya. jangan menyesal bla bla bla. tapi yg paling saspen bila dah nak habis tu ada air terjun yang menghalang kitorang. aku dah tarik raincoat pasal takut basah. dah sejuk tahap giga. cina kat depan aku dah saling berpandangan pasal dorang tak pakai raincoat. tengok2 bila dah dekat air terjun tu terbelah dan kitorang lalu tanpa kena air. cisss. aku tertipu lagi.











adehh. penat aku nak menaip dan upload gambar. ada gambar yang tak nak view pulak. mungkin banyak sangat kot. huhu. so setakat ini je dulu. next aku cerita pulak lepas ni ke mana. lepas ni shopping di chinatown untuk kali kedua. hik3. tunggguuuuuuu.

thanks for reading. feel free to drop the commet.

5 140 tukang karut:

puteraduyong said...

pergh... seronok bercerita ye... seronok nampak pegi sini.... takde kesempatan lagi nak pegi... ;)

Cahaya said...

puteraduyong>>pergilah. best. skg airasia ada buat tambang murah untuk perjalanan bulan mei. ;p

Shop For Shopaholics said...

patutnya ko masuk revenge of the mummy tuh... huuuu, mmg dasyat gak... aku yg suke benda2 cam tu pun goyah gak..hehehe

Cahaya said...

Shop>>yeke? fuhhhhh. nasib baik tak masuk. kalau tak sure tak boleh tidur malam. huhuhu... *legaaaa*

Anonymous said...

pasport buat mn..bpe hinggit kne

Post a Comment