RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, February 15, 2013

Trip To Singapore : Apa yang korang perlu tahu tentang Singapore


 Assalamualaikum,
selamat hari jumaat. sekarang tengah hujan. malam tadi hujan lebat jugak. pagi tadi stop kejap hujan dan sekarang ni hujan balik. sejak dua menjak ni selalu je hujan tiba-tiba. bila panas tak lama tu hujan terus. pastu benti balik. memang susah nak di jangka. kena bawa payung sentiasa even panas terik pun. entah kenapa aku cakap pasal cuaca laks ni.heh.

ari ni oleh sebab aku bosan tahap cipan lepas pening kepala 2 3 hari lepas crete module chemistry untuk foundation ( bayangkan aku bidang math tetiba kn buat module kimia. apakah?) aku nak cerita sedikit tentang apa yang korang tak tahu tentang singapore ( maybe ada yang sudah tahu). yang ni hanyalah pendapat dan pemerhatian aku je. bukan fakta mahupun auta. kuang.

Benda yang aku nampak di singapore ni rata-rata penduduk dia berdisplin dan mengikut peraturan. contohnya kan. kalau di singapore, aku selalu naik bus dan MRT je. kat malaysia tak ada MRT lg kan? tapi kat sana salah satu pengangkutan utama dia adalah MRT. memang most of the time aku akan naik MRT. aku elak naik teksi sebab tak boleh guna kad tourist pass. aku ada cerita pasal tourist pass hari tu kan. jadi untuk menjimatkan duit, aku memang maksimumkan pengunaan MRT dan bus. tourist pass tu tak murah ye kawan2. 3 hari $30 lebih kurang. dalam rm90 jugak. jadi rugi kalau guna teksi. okey, berbalik pada apa yang aku nak cerita sebenarnya ( maafkan aku kerana suka memesongkan rancangan asal. huhu), apa yang korang nak tahu bila naik MRT singapore ni. ( aku tak sure benda ni apply kat MRT negara lain or tak. yang pasti LRT malaysia tak apply pun. sedih), dalam MRT tu, semua tempat duduk hanya di khaskan untuk empat golongan sahaja. golongan pertama, orang tua, golongan kedua, ibu mengandung, golongan ketiga, ibu yang bawa anak kecil dan golongan keempat, orang yang tak mampu nak berdiri. contohnya macam orang patah kaki ke apa ke kan. so, tempat duduk ini hanya DIKHASKAN untuk mereka ini sahaja. TETAPI, kalau masa korang naik MRT tu dan salah satu daripada empat golongan ini tak ada, korang bolehlah duduk. tapi bila empat golongan ini masuk dalam MRT, korang WAJIB bangun dan bagi tempat duduk korang dekat dorang sebab tempat duduk tu memang dah dikhaskan untuk dorang. dan yang bestnya, memang rakyat singapore mengikut peraturan ini. aku pernah nampak depan mata aku sendiri, ada sorang lelaki ni, kulit gelap2. muka dia macam mat rempit. kalau tengok memang takutlah. tapi bila ada orang tua masuk MRT, dia bangun dan bagi tempat duduk dia dekat orang tua tu. sweetkan. kat Malaysia ada ke? even ladies couch pun orang lelaki bantai masuk. bila cakap ni hanya untuk wanita, dia boleh buat tak tahu je. sakit hati tak?

benda yang kedua aku perhatikan, boleh kata semua tempat kat singapore ada CCTV. dekat lorong mana pun ada CCTV tau. kira korang nak buat jahat buang sampah merata-rata pun tak boleh. ada yang memerhati. so rasa selamat jugaklah. yang tu suka jugak sebab sebelum ni lepas kes kat India tu, aku jadi takut lak nak gi sana. puas aku msg kwn aku yang tiap2 tahun raya balik sana. dia kata sana selamat jugak. aku sampai nak avoid berjalan waktu malam. nasib baik aku tak avoid, nasib baiklah. kalau tak memang rugiiiiiiii.

benda ketiga pula, dekat sana boleh kata ada security guard kat mana-mana even malam-malam. korang nak lintas jalan pun dorang yang akan tolong walaupun ada lampu isyarat. dekat sana korang tak boleh pakai lintas macam tu je yang selalu kita buat kalau nak melintas jalan kat malaysia ni. kalau ada jejantas, guna jejantas. jangan memandai nak lintas bawah tu. kan honlah korang. tapi aku selalu guna lampu isyarat kalau nak lintas jalan. dan tak ada penduduk singapura yang pakai lintas macam tu je. semua ikut peraturan.

benda keempat yang aku nampak, orang singapore ni berjalan laju-laju. memang laju gila macam tergesa-gesa atau kalut. nasib baik aku pun style jalan laju jugak. kalau tak sure aku tenggelam jugak. haha. lagi satu, orang singapore ni agak tinggi-tinggi juga. huhu. tak tahulah kenapa.

pastu, kat sana korang tak boleh buang sampah merata-rata, tak boleh meludah dan ada sesetengah tempat tak boleh merokok. wait! aku tak pernah nampak pon orang merokok kat sana. ehhh, baru ingat. aku tak pernah nampaklah. heeeee. yang meludah tu paling tak boleh buat tau. aku hari tu kan sakit tekak batuk-batuk tau. so selalulah aku makan gula-gula untuk bagi lega tekak ni. pastu ada sekali tu aku nak buang gula-gula dalam mulut pastu tetiba teringat. takut orang ingat aku nak meludah terus tak jadi buang. wakaka.

Ha, satu yang paling penting sekali. kat sana tak ada paip air. wakakaka! so kalau datang sana masa time korang 'cuti' memang terseksalah. tang tak ada paip ni hanya kat tandas awam je. kat hotel ada paip. so aku nasihatkan korang bawa botol kecil ke mana-mana sahaja khas untuk ketandas. tapi aku bagi tips lagi, kalau masuk tandas awam, korang pergi hujunggggggggggg tandas sekali tu. selalunya kat hujung tandas tu ada satu tandas yang ada paip. so bolehlah melepaskan apa yang korang nak lepas. haha.

apa lagi ek? aku tak ingat dah. rasanya tu je kot yang aku nampak. nanti kalau aku teringat, aku bagitahu.

p/s: maybe hujung tahun ni aku nak buat trip ke singapore lagi. ada sesiapa nak join? pm me :P.

thx for reading!


3 140 tukang karut:

roha rohaina said...

salam.. nak tnya klau 2 hr je kat sana brpa ye..n nak beli kat stesen mana nanti..

Cahaya said...

roha>>tak sure lak. lupa dah..try cek sini. http://www.thesingaporetouristpass.com.sg/ tempat nak beli hari tu sy beli dekat stesen MRT. ada jual je kat mana-mana stesen. sy beli dekat stesen MRT dekat changi airport. tp my tip, kalau nk beli dekat stesen MRT cangi airport tu dan ada makcik tua pakai tudung, hati-hatilah. mulut dia 'pedas' sikit. huhuhu.

Anonymous said...

mn cerita hr ke-3..haha..da mcm tv series...good info

Post a Comment