RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, February 20, 2013

Teaser : Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...


Assalamualaikum,
tolonglah wei, aku mengantuk gila tapi nak mengulor tak boleh. bos duduk depan meja facing aku. horror betul. huhu. so aku pun dah pening jugak nak buat analysis untuk cgpa n MO KPI, jadi aku pun nak paste benda ni jelah. selamat membaca. 

Teaser: 
Empat tahun kemudian.

JAM di tangan dijeling sekilas. Masuk kali ni sudah lima kali dia berbuat demikian. Sesekali dia mengangkat kepala memandang hujung jalan Butlin Avenue namun orang yang ditunggu tidak kunjung tiba. Dia mengeluh perlahan. Novel melayu yang memang di bawa dari Malaysia dulu itu di pandang kembali. Masuk kali ni memang dah beratus-ratus kali dia baca. Dah sampai lunyai pun. Maklumlah, kat sini mana nak dapat novel melayu melainkan beli secara atas talian.
Sedang dia ralit membaca novel tersebut sambil bersandar pada tembok batu di persimbangan jalan Butlin Avenue, telinga menangkap bunyi tapak kaki seperti orang sedang berlari. Dia mengangkat kepala lagi. Raut wajah masam sengaja dipamerkan menandakan yang dia tidak suka menunggu.
“Sorry. I’m late..”
“Again....” Dia menyambung kata-kata tersebut. Muka dah mempamerkan raut wajah tidak puas hati. Ini bukan kali pertama. Dalam minggu ni sahaja dah tiga kali dia terpaksa menjadi pak pacak di simpang jalan Butlin Avenue itu. Mana tak angin.
Sorry Ariana. Over slept...”
Ariana menjulingkan biji mata.
Lame. Cubalah bagi alasan lain. Dah bosan dengar, tahu...” Ariana menjawab sambil berjalan menyusuri Butlin Avenue menuju ke University Of Sydney.
Fine. I’m sorry. Lain kali saya akan bagi alasan lain..”
Ariana berhenti melangkah. Dia merenung tajam ke arah tuan punya suara itu.
“Dean!”
Lelaki itu ketawa kecil. Wajah Ariana semakin masam.
“Janganlah marah. Saya bergurau je...” Dean turut melangkah beriringan di sebelah Ariana. Wajah gadis itu masih kelihatan ketat. Masih marah agaknya, fikir Dean.
“Ariana. Jangan marah okey. Petang ni lepas kelas kita ke Da Capo Music Bookshop, okey?”
Ariana mengigit bibir. Dijelingnya lagi lelaki tinggi lampai di sebelah. Dean ni kalau bab memujuk memang pandai.
Fine. Tapi jangan ingat itu boleh mengurangkan rasa marah saya pada awak...”
Dean tersenyum. Tahu yang gadis itu tidak marah lagi.
           
                                                                        ***

ARIANA membelek beberapa buah buku lama yang tersusun di rak. Suasana Da Capo Music Bookshop ketika itu tidaklah ramai. Da Capo Music Bookshop tidaklah besar mana. Kedai dua tingkat itu banyak menjual buku-buku terpakai disamping buku baru. Rata-rata pelanggan yang datang ke kedai tersebut mahu mendapatkan buku-buku lama yang sudah tidak dijual di kedai-kedai buku biasa.
Ariana mencapai salah satu buku terpakai yang sudah agak uzur kulitnya namun isinya masih dalam keadaan baik lagi. Dia membawa buku tersebut lalu berjalan menuju ke meja yang terletak di bahagian belakang kedai tersebut. Dia memandang meja tersebut namun apa yang dicari tidak kelihatan. Laci meja ditarik. Tangan mencari sesuatu namun apa yang dicari masih tidak dijumpai.
“Cari apa?”
Ariana spontan menegakkan badan. Agak terkejut dengan pertanyaan itu. Dean yang baru turun dari tingkat atas kedai itu, ketawa. Mungkin geli hati dengan raut wajahnya ketika itu. Ariana mengetap bibir.
“Buat apa dekat atas lama sangat?” Ariana bertanya tidak puas hati. Dean datang menghampirinya sambil membawa buku-buku tebal lalu diletakkan di atas meja. Kening Ariana terangkat.
We need to fix this books. Dah rosak...”
“We?” Ariana bertanya sambil mengangkat kening. Dean merenung wajah Ariana.
Fine. I will do it by myself...” Dean bersuara ala-ala merajuk. Ariana cuba menahan ketawa. Buruk sungguhlah kalau anak mat saleh ni merajuk. Hilang terus macho.
I will help you....but in one condition...” Ariana tersengih.
What? Nak buku percuma lagi?”
Ariana membuat muka.
“Nope...”
“So....?”
“Macam biasa...” Ariana tersengih penuh makna sambil memandang ke arah tangga yang menuju ke tingkat atas kedai tersebut. 


                                                                        ***

“Ready...?”
Ariana membetul-betulkan kedudukannya di sebelah Dean. Dia menarik nafas panjang. Ariana mengangguk.
“Awak nak saya main lagu apa?”
Ariana terdiam seketika.
“Like always?”
Dean merenung wajah Ariana sebelum melarikan jemarinya pada piano tersebut.
Seketika kemudian, ruang tingkat atas tersebut bergema dengan alunan melodi yang dimainkan oleh Dean. Ariana yang duduk di sebelah Dean itu kelihatan terpegun seketika buat kesekian kalinya apabila melihat jari-jemari Dean yang panjang itu berlari di atas keyboard piano usang itu. Walaupun usia piano itu dua kali ganda usia dia, namun piano tersebut masih kelihatan baik. Mengikut kata Dean, piano itu milik ibunya. Ariana mengalihkan pandangan ke arah wajah Dean yang tenang ketika memainkan lagu My Heart Will Go On itu.
Dean. Dean Iskandar. Satu-satunya lelaki mat saleh yang rapat dengannya. Dengan kata lain, Dean merupakan kawan baiknya di bumi Sydney ini. Dia mula kenal Dean tiga tahun lepas semasa dia memulakan pengajian doktor falsafah selepas tamat sahaja pengajian sarjana. Dia telah terlanggar Dean semasa kelang kabut hendak ke kelas pertama dahulu sehingga dia telah membuatkan hampir separuh thesis Dean rosak kerana terjatuh dalam longkang. Tapi itu bukanlah pertemuan mereka yang pertama.
Kali pertama dia berjumpa dengan Dean secara tidak sengaja ialah di Da Capo Music Bookshop. Selama setahun tinggal di sini, dia tidak tahu pun kewujudan Da Capo Music Bookshop. Da Capo Music Bookshop ini milik keluarga Dean. Ayah Dean merupakan pengumpul buku-buku terpakai dan atas minatnya yang mendalam itu, maka wujudlah Da Capo Music Bookshop. Dia terjumpa dengan kedai buku kecil itu pun hanya kebetulan ketika dia sedang berjalan-jalan selepas memberi barang-barang dapur seorang diri. Ketika melalui kedai buku berwarna merah itu, dia tertarik untuk masuk dan melihat-lihat. Sekadar cuci mata. Apa yang menariknya pada kedai tersebut ialah kedai itu menjual banyak buku-buku lama dan terpakai dengan harga yang sangat murah. Sempatlah dia memborong semua koleksi Harry Potter, Lord Of The Ring dan Narnia. Dia sendiri pun tidak tahu bila masa dia akan membaca kesemua buku-buku tersebut. Namun apa yang paling menarik perhatiannya ketika itu ialah alunan bunyi piano yang datangnya dari tingkat atas. Lagu Sorry Seem To Be The Hardest Word yang dimainkan itu begitu memukau telinganya sehingga dia tidak sedar entah bila masa dia sudah naik ke tingkat atas dan merenung Dean yang sedang bermain piano itu.
Pertemuan kedua ialah semasa dia tersesat ketika mencari The Shepherd Centre, sekolah tempat kanak-kanak cacat pendengaran. Dia yang telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang keberkesanan pendidikan bagi kanak-kanak kurang upaya telah memilih The Shepherd Centre sebagai tempat mengumpulkan maklumat. Ketika itu dia hampir berputus asa kerana tidak menjumpai tempat tersebut walaupun peta ditangan dah hampir lunyai. Dan Dean, lelaki itu datang membantu. Tak sangka yang rumah Dean hanya beberapa meter sahaja dari situ. Dean yang sedang membuang sampah di hadapan rumah bertindak menegurnya dahulu apabila melihat dia seperti orang hilang arah yang asyik berlegar-legar di kawasan tersebut. Pada pertemuan ketiga iaitu ketika dia terlanggar Dean, barulah mereka mula berkawan dan lama-kelamaan mereka menjadi kawan baik. Itu pun sebab dia dapat tahu yang ibu Dean sebenarnya rakyat Malaysia. Semua berlaku secara kebetulan. Pelik tapi benar.
Dean Iskandar merupakan anak kacukan Australia-Malaysia. Ayah Dean merupakan penduduk tetap Sydney beragama kristian manakala ibu Dean pula merupakan wanita kelahiran Terengganu dan beragama Islam. Ayah Dean, Steffand atau nama Islamnya Muhamed Steffand mula berkahwin dengan ibu Dean, Siti Jamilah semasa ayah Dean datang bekerja di syarikat cari gali minyak di Terengganu. Selepas sahaja berkahwin, mereka terus berpindah ke Sydney dan sejak itu mereka tidak pernah pulang lagi ke Malaysia dan Dean juga tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke Malaysia sepanjang 28 tahun hidupnya itu.
Masa mula-mula kenal Dean dulu, lelaki itu begitu bersemangat apabila mengetahui yang dia berasal dari Malaysia. Macam-macam anak mat saleh ni tanya sampai dia sendiri pun letih nak menjawab. Dean sukakan pantai dan begitu teruja apabila dia menceritakan yang di Malaysia banyak pantai-pantai yang cantik termasuk di Terengganu. Dean juga pernah memasang angan-angan untuk ke Malaysia satu hari nanti. Dean juga begitu berminat untuk mempelajari bahasa melayu memandangkan itu merupakan bahasa ibunda ibunya. Dan sebagai syarat pertukaran, Ariana meminta Dean mengajarnya bermain piano. Dan sepanjang tiga tahun selepas itu, Dean semakin fasih berbahasa melayu dan dia juga sudah boleh bermain piano dengan baik.
Already Falling in love with me?”
Ariana tersedar dari lamunan. Dia menelan air liur. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah keyboad di hadapan. Entah kenapa hati berasa berdebar. Bukan kerana dia sudah jatuh cinta dengan Dean, tetapi ayat yang dituturkan oleh Dean itu mengingatkan dia kepada seseorang. Seseorang yang pernah menuturkan ayat yang sama enam tahun lepas.
“So, sekarang giliran awak pula...”
“Hah?” Ariana menoleh memandang Dean di sebelah.
“Play...”
“Play? Play what?” Ariana bertanya tidak faham. Dean mengeleng perlahan.
“It’s your turn to play a song...”
“Ohhh, okey...” Ariana menjawab faham. Dia membetul-betulkan kedudukan pada kerusi. Jari jemari dipatah-patahkan sebelum dia mula melarikan jemarinya di atas keyboard itu. Seketika kemudian, alunan melodi Living To Love You bergema di sekitar ruang tingkat kedai buku itu.
Dean hanya memerhatikan wajah Ariana yang tenang dan khusuk itu ketika gadis itu melarikan jari jemari di atas keyboard. Wajah Ariana ketika itu seperti sedang mengambar sesuatu. Gadis itu seperti sedang tengelam dalam dunianya sendiri.
Wow. That’s good. Awak semakin cekap dan ada improvement.” Puji Dean sambil menepuk tangan. Ariana membuat gaya-gaya seperti sedang perform di atas pentas sebelum ketawa kecil. Dean turut sama ketawa.
Well, selepas tiga tahun saya main lagu ni, what do you aspect?” Ariana menjawab sambil mengangkat kening.



10 140 tukang karut:

moon sarah said...

novel ni dah ada kat pasaran ke?nak belilah..

Cahaya said...

moon sarah>>belum lagi dear. br hantar dekat editor. kalau ada rezeki adalah kat pasaran. doakan ye :)

moon sarah said...

ok :)..harap2lah dapat keluar cepat.saya dah jatuh cinta ngan watak akmal tu..sweet sangat...x sabar nak baca...

Cahaya said...

moon sarah>> heee. hope so.. :P

ita mohamad said...

Adik klu dh kuar novel ni akk nk autograf tau hihihi, akk doakn semoga allah pmudahan segala urusan terbitan novel ni

Cahaya said...

ita>>heee thx akak...sy harap pon buku ni dpt terbit..tgu jelah apa kata editor nanti..

Zue Azura said...

Nak tnya, novel nie dh diterbitkan ke?

Cahaya said...

zue azura>> novel ni dah terbit lama tapi guna tajuk lain. MURIDKU SUAMI AKU? terbitan fajar pakeer.

Unknown said...

mcm mn sy nk dptkn secara online

Cahaya said...

unknown>> boleh pm fp penerbitan fajar pakeer
https://www.facebook.com/penerbitanfajarpakeer?ref=br_rs

Post a Comment