RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, February 27, 2013

Seandainya, aku jatuh cinta lagi...




 [KONFLIK PART]

ARIANA mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir sejak dari tadi lagi. Lepas sahaja dia terserempak dengan Akmal  di pusat beli belah Jusco, dia terus memecut kereta pulang ke rumah. Kalau ke pejabat pun bukan dia boleh buat kerja. Dia tak pernah membayangkan yang dia akan rasa kecewa sebegitu teruk apabila melihat Akmal bersama perempuan lain dan dia yakin perempuan yang dia nampak sedang mendukung anak kecil itu adalah isteri Akmal. Dan anak kecil itu pasti anak Akmal. Dia sangka dia cukup kuat untuk berdepan dengan semua itu tapi dia silap. Dia takkan pernah mampu nak terima hakikat yang Akmal sudah mempunyai kehidupan sendiri yang mana dia bukanlah termasuk dalam kumpulan ‘kehidupan sendiri’ itu.
Ariana menarik nafas panjang. Bantal yang dipeluk rapat ke dada, ditolak ke tepi. Siling direnung dalam-dalam. Dengan satu tarikan nafas yang dalam, Ariana bangun lalu berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur.
“Mak...”
“Hah adik, kamu kenapa tadi? Balik-balik terus naik atas? Tak sihat ke?”
“Adik okey, mak...pasal pinangan Dean tu..”
Emak yang sedang memotong sayur itu terhenti.
“Adik terima...” Dengan bersusah payahnya dia menuturkan dia patah perkataan itu. Mak tersenyum lebar. Dia meletakkan pisau lalu memeluk Ariana erat-erat.
“Syukur alhamdullilah...”
“Tapi dengan satu syarat....”

4 140 tukang karut:

ita mohamad said...

Ape la yg tjdi pas ni ariana ni mmg suka suki buat kputusan terburu tanpa siasat. Agak akhirnya dpt ke ariana n akmal bersama ? Hai teruja betul la. Tp saya dpt akmal saya huhu jgn jealous

Cahaya said...

ita>>hehehehe..tahniah!! semoga berbahagia disamping 'akmal' kamu..hehe..

lee jee joong said...

Hmm bahagianya akmal

Cahaya said...

lee>>hmmmmmmm...

Post a Comment