RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, February 14, 2013

Muridku Suami aku?(Bab 1)



BAB 1


“Selamat bertugas. Semoga cikgu dapat mencurahkan segala ilmu yang cikgu ada pada anak-anak saya di sini.” Cikgu Zuhaila selaku pengetua Sekolah Menegah Kebangsaan Sultanah Fatimah itu berkata.
“Terima kasih cikgu. InsyaAllah saya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam mendidik para pelajar di sini.” Ariana menjawab. Cikgu Zulaiha tersenyum senang.
“Kalau macam tu, lepas ni cikgu boleh berJumpa dengan kerani di luar. Nanti dia akan bagi jadual dan tugas-tugas untuk cikgu di sini.”
“Terima kasih cikgu. Saya minta diri dulu.” Ariana bangun dan bersalam dengan pengetua tersebut sebelum keluar dari bilik pengetua. Ariana berjalan menuju ke arah pejabat.
“Cikgu Ariana kan?”
Ariana menoleh.
“Ye saya...”
“Nama akak Siti Jamilah. Boleh panggil kak Siti je. akak kerani kat sini...” Kak Siti memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan salam.
“Ohh...” Hanya itu  yang terkeluar dari mulutnya. Huluran tangan disambut mesra.
“Ni jadual cikgu. Cikgu akan mengajar matematik untuk tingkatan satu sampai tingkatan tiga dan ini buku rekod mengajar untuk cikgu. Yang lain tu nanti kemudian kita bagi. Kelas semua cikgu boleh rujuk pada jadual tu. Yang ni pula jawatan yang akan disandang oleh cikgu. Harap cikgu tak kisahlah kena sandang banyak jawatan tu...”
Ariana meneliti kertas di tangannya. Matanya membaca satu persatu tulisan yang tertera pada kertas putih bersaiz A4 ditangan. Dia meneliti senarai jawatan yang bakal disandang itu. Hmm, guru penasihat kelab bola keranjang, guru penasihat kelab sains dan matematik, guru penasihat rumah sukan Panglima, guru penasihat Pandu Puteri, AJK Kelab Guru dan guru penasihat kelab kembara dan rekreasi. Boleh tahan jugak banyaknya jawatan yang dia kena sandang.

“Jom saya tunjuk kawasan sekolah..” Suara Kak Siti mengejutkan lamunanya. Ariana cepat-cepat mengekori Kak Siti sambil membawa bersama buku rekod mengajar.
“Kita pergi bilik guru dulu ye...”
Ariana hanya mengangguk. Tiba-tiba rasa berdebar pula. Yelah, ini hari pertama dia melapor diri untuk bertugas sebagai seorang guru setelah tamat ijazah sarjana muda pendidikan tiga bulan yang lepas. Alhamdulilah, rezeki Allah nak bagi. Lepas je konvo tiga bulan lepas terus dapat posting. Walaupun tempat posting jauh dari rumah mak dan ayah, namun dia tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya tak adalah dia tanam anggur lama sangat kat rumah tu.
“Assalamualaikum...” Kak Siti memberi salam ketika mereka melangkah masuk ke dalam bilik guru. Arina memandang sekeliling bilik guru tersebut. Agak luas juga bilik guru itu namun hanya ada beberapa orang guru sahaja di situ. Barangkali guru-guru yang lain sedang sibuk mengajar di dalam kelas.
“Waalaikumussalam. Amboi kak Siti, jauhnya menapak...” Tegur salah seorang daripada guru perempuan yang ada di situ. Ariana sempat menjeling tanda nama yang tersemat di tudung sebelah kiri cikgu tersebut. 
“Ni ha akak nak kenalkan cikgu baru posting. Nama cikgu ni cikgu Ariana berasal dari Perak. Cikgu, ni akak kenalkan, cikgu Halimah. Cikgu Halimah ni mengajar bahasa inggeris.”
“Apa khabar kak..” Ariana menghulurkan tangan.
“Baik. Ariana ni umur berapa? Macam muda sangat je..”
Ariana tersenyum namun dalam hati menahan debaran.
“Saya umur 23 kak..” Ariana menjawab sambil tersenyum.
Setelah selesai beramah mesra dengan cikgu-cikgu yang lain, kak Siti mula membawa dia melawat kawasan sekolah. 
“Bangunan ni khas untuk menengah rendah. Kira lepas ni cikgu akan selalu ke sinilah. Yang sebelah sana tu bangunan untuk menengah atas. Cikgu tak mengajar menengah atas so akak rasa cikgu mungkin jarang akan ke sana tapi nanti akak akan bawa juga cikgu ke sana. Sekarang kita melawat kelas yang cikgu akan mengajar dulu...”
Ariana hanya mengangguk. Sesekali mata memandang sekeliling. Sebetulnya dia agak risau. Risau kerana bimbang yang dia mungkin akan tersesat di dalam sekolah ini. Mana tak sesat kalau kawasan sekolah itu luasnya macam stadium negara. Bangunan untuk menengah rendah je ada dua. Ikut pada penerangan kak Siti tadi, tingkatan satu ada sepuluh kelas. Begitu juga dengan tingkatan dua dan tiga. Hmm. Ramai juga ye. Tu belum masuk tingkatan empat, lima, enam rendah dan enam atas. Setiap tingkatan ada sepuluh kelas kecuali untuk tingkatan enam. Tingkatan enam bawah hanya ada tiga kelas sahaja. Begitu juga dengan tingkatan enam atas.
“Ha, ni kelas yang akan cikgu ajar nanti. Tingkatan satu Delima. Sebelah tu tingkatan satu Berlian dan hujung sekali tu kelas satu Permata.  Kelas yang lain tu ada di aras bawah. Yang tu nanti kita turun tengok. Akak tunjuk dulu kelas mana yang cikgu kena mengajar. Takut esok lusa cikgu tersesat pula nak cari kelas...” Kak Siti berkata sambil tersenyum. Ariana turut sama tersenyum. Kak Siti ni macam tahu-tahu je dia tengah risau tersesat dalam sekolah ni.
“Lepas ni kita tengok kelas tingkatan dua dan tiga pula...”
Ariana mengangguk lagi. 
“Okey. Ni kelas tingkatan dua Ruby. Sebelah tu tingkatan dua zamrut dan sebelah tu pula tingkatan dua Nilam...”
“Hmm, kak Siti. Saya tumpang tanya sikit boleh?”
“Apa dia? Kalau cikgu nak tanya apa-apa. Tanya je. Jangan malu-malu. orang kata malu bertanya sesat jalan..”
Ariana tersengih.
“Hmm, kenapa nama-nama kelas di sini diberi nama mengikut batu?”
Kak Siti terdiam seketika seolah-olah berfikir.
“Hmm. Entahlah. Sejak akak bertugas di sini memang semua kelas-kelas diberi nama mengikut nama batu. Tapi senang cakap, pelajar-pelajar di sini umpama batu-batu...”
Ariana hampir tergelak.
“Umpama batu?? Kenapa? Diorang ni keras umpama batu ke?”
Kak Siti ketawa kecil.
“Bukan itu maksud akak. Cuma kalau cikgu perhatikan, nama-nama batu yang diberikan setiap kelas ini sangat berharga akan? Contoh macam batu permata. Sangat mahal dan susah diJumpai. Jadi kita boleh andaikan pelajar di sini pun macam tu juga. Sangat bernilai. Permata tu sangat susah diJumpai. Kita kena korek tanah yang dalamnya berkilometer. Bila dah Jumpa, kita kena bersihkan dan gilap bagi cantik. Bila dah cantik, barulah ada harga.
 Betul tak?”
Ariana terdiam seketika. Tak sangka betul seorang kerani yang hanya bertaraf SPM tu boleh menuturkan ayat-ayat sebegitu. Tiba-tiba dia termalu sendiri.
“Jadi cikgu. Akak dan pihak sekolah harap sangat yang cikgu boleh mendidik pelajar di sini dengan ilmu yang cikgu pelajari di universiti tu. Budak-budak ni biasalah. Nakal. Nak didik mereka bukan senang. Tapi kalau betul gayanya, mudah je nak membentuk diorang ni. Bak kata pepatah melayu, nak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh tua ni payah. Silap-silap boleh patah...”
Sekali lagi Ariana terkedu diam membisu. Nampaknya kak Siti ni bukan calang-calang orang.
“Ish, kita ni asyik bersembang je. Jom akak bawa ke kelas tingkatan tiga pula...”
Ariana mengangguk lagi.
“Ni kelas tingkatan tiga Nilam. Sebelah tu tiga Ruby. Esok cikgu akan masuk mengajar dua kelas ni kan?” tanya Kak Siti.
Ariana cepat-cepat membuka lipatan kertas yang mengandungi jadual waktu mengajarnya. Matanya meneliti jadual untuk esok.
“A’ah. Esok saya akan masuk kelas ni...” Ariana mengintai ke dalam kelas tingkatan tiga Nilam melalui tingkap. Rata-rata pelajar sedang sibuk mendengar penerangan guru di hadapan. Hmm, nampak macam budak baik je.
“Cikgu nak masuk sekarang atau esok je?”
“Hah? Err. Esok jelah. Lagi pun saya tak nak ganggu cikgu tu tengah mengajar...”
Kak Siti mengangguk perlahan.
“Kalau macam tu lepas ni kita pergi ke perpustaan dan gym...”
“Gym? Sekolah ni ada gym?” tanya Ariana tidak percaya.
“Ada. Gym tu kompleks sukan. Bukan gym yang ‘gym’ tu. “
“Ohh...” Ariana menjawab perlahan. Dalam kepala dah bayang gym yang satu lagi. penuh dengan besi angkat berat dan macam-macam lagi.
“Selain gym, ada apa lagi kat sekolah ni?”
“Kita juga ada bilik muzik. Tapi tempat tu kawasan larangan...”
“Bilik muzik?” mata Ariana bersinar-sinar namun hanya seketika sahaja.
“Kenapa tempat tu kawasan larangan?”
“Sebab tempat itu di bina bukan atas peruntukan sekolah atau kerajaan...”
“Habis tu siapa yang bina? Dan kalau bukan untuk kegunaan sekolah, kenapa dia di bina di dalam kawasan sekolah?” Ariana dah rasa macam tak puas hati. Baru berangan nak melawat bilik muzik tu.
Kak Siti hanya mengangkat bahu tanda tak tahu. Ariana mengeluh. Rasa tak puas hati tentang kewujudan bilik muzik yang menjadi kawasan larangan itu benar-benar menganggunya. Namun nampaknya Kak Siti pun macam tak nak mengulas slanjut tentang hal itu. Namun dalah hatinya tetap berazam untuk ‘melawat’ kawasan larangan itu suatu hari nanti.

 Bersambung..... 

Thx For Reading :P


4 140 tukang karut:

nurul nuqman said...

best

Cahaya said...

nurul>>thc heee :)

Lucy Saputri said...
This comment has been removed by a blog administrator.
fitri nur aliya zainuddin said...

Nice

Post a Comment