RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, February 27, 2013

Alhamdulillah....


Seandainya, aku jatuh cinta lagi...




 [KONFLIK PART]

ARIANA mengesat air mata yang tidak henti-henti mengalir sejak dari tadi lagi. Lepas sahaja dia terserempak dengan Akmal  di pusat beli belah Jusco, dia terus memecut kereta pulang ke rumah. Kalau ke pejabat pun bukan dia boleh buat kerja. Dia tak pernah membayangkan yang dia akan rasa kecewa sebegitu teruk apabila melihat Akmal bersama perempuan lain dan dia yakin perempuan yang dia nampak sedang mendukung anak kecil itu adalah isteri Akmal. Dan anak kecil itu pasti anak Akmal. Dia sangka dia cukup kuat untuk berdepan dengan semua itu tapi dia silap. Dia takkan pernah mampu nak terima hakikat yang Akmal sudah mempunyai kehidupan sendiri yang mana dia bukanlah termasuk dalam kumpulan ‘kehidupan sendiri’ itu.
Ariana menarik nafas panjang. Bantal yang dipeluk rapat ke dada, ditolak ke tepi. Siling direnung dalam-dalam. Dengan satu tarikan nafas yang dalam, Ariana bangun lalu berjalan keluar dari bilik menuju ke dapur.
“Mak...”
“Hah adik, kamu kenapa tadi? Balik-balik terus naik atas? Tak sihat ke?”
“Adik okey, mak...pasal pinangan Dean tu..”
Emak yang sedang memotong sayur itu terhenti.
“Adik terima...” Dengan bersusah payahnya dia menuturkan dia patah perkataan itu. Mak tersenyum lebar. Dia meletakkan pisau lalu memeluk Ariana erat-erat.
“Syukur alhamdullilah...”
“Tapi dengan satu syarat....”

Monday, February 25, 2013

Cerita wajib tonton : Warewolf Boy

Assalamualaikum,

tadi aku baru je lepas tengok movie korea. memang sedih gila tapi aku takdelah nak menangis sebab mood tacing tak datang tadi. kalau tak selalu tu memang berjurai-jurai air mata aku smapai tak cukup tisu sekotak. aku jumpa movie di pun sebab rakan blogger miss banu yang review dulu. puas jugak aku cari link dia. nasib baik jumpa. nanti aku bagi link dia dekat bawah. nak tahu tak cerita apa? kipas susah mati korea mesti wajib tengok + yang kipas susah mati running man jugak.

Kalau korang minat cerita korea dan suka tengok running man, mesti korang akan minat jugak song jong ki. sekarang ni jong ki dah tak ada dalam running man. dia keluar dari running sebab sibuk katanya. memang sedih bila jong ki takde. dia kan comel + kawan baik gwang soo yang aku minat sangat tu. okeylah, movie yang aku nak review ni tajuk dia warewolf boy. di awal cerita ni macam flash back balik. aku macam dah agak sebenarnya yang perempuan tua masa mula-mula tu adalah si heroin tapi aku tengok jelah sebab ingat happy ending. huhu. cerita dia bermula dengan si heroin ni dibawa balik ke kampung sebab dia sakit. lepas tu satu malam, si hero ni pergi masuk dekat kandang sebab dengar ada bunyi apa entah. bila bukak pintu kandang tengok-tengok macam ada anjing yang melompat keluar. bila pagi tu ada orang kampung cakap kat area situ ada serigala. jadi kena hati-hatilah. bila si heroin ni tengah sidai kain, dia nampak orang menyorok dekat tepi rumah. dia panggil mak dia dan mak dia ajak tinggal dengan diorang. si heroin ni tak suka dengan hero ni sebab cara dia behave tu macam haiwan kan. tapi bila lama-lama, si heroin ni latih si hero jadi manusia biasa, barulah si hero ni berkelakuan sebagai manusia cuma masih tak boleh bercakap lagi. masa ni dah nampak kemas sikitlah si hero ni. adalah rupa jong ki yang kiut tu. masa aku tnegok cerita ni aku tercakap dalam hati. kalau serigala jadian macam ni punya handsome pun aku nak bela. hahaha. macam jacob dalam twilight tulah. tapi yang si jong ki ni versi mcm bodoh-bodoh alang tapi still comel sangat. part sedih bila si heroin halau si hero ni masa dalam hutan demi keselamatan si hero. lepas tu, si heroin sekeluarga pindah balik ke bandar. berbelas -belas tahun kemudian, soi heroin yang dah tua ni datang balik ke rumah tu bersama dengan cucu dia. diorang tidur dekat rumah tu semalam. malam tu si heroin masuk balik dalam kandang tu nampak si hero yang masih tak berubah. masih jong ki yang muda dan comel. hik3. masa ni pun sedih jugak sebab si hero tu masih tunggu si heroin. yang si heroin ni nangis sebab tak sangka si serogala jadian ni sanggup tunggu dia sedangkan dia dah kawin dan ada cucu dah pun. malam tu si heroin yang dah tua ni tidur dekat kandang tu sambil si hero ni bacakan buku yang si heroin pernah bagi dulu. bila pagi eoskya, si heroin balik ke bandar semula dengan si hero tengok dari jauh. huhu. yang part ni sedih betul. kalau korang nak tahu tahap mana sedih dia, korang kena tengok sendiri. kat bawah ni aku bagi link. sediakan sekotak tisu ya. sobbbbssss..

Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...



Akmal

Ariana

 Dean
p/s: mood bosan aka asyik ingat nak balik je.

Friday, February 22, 2013

Teaser :Seandainya, aku jatuh cinta lagi..


 Selamat hari jumaat, hari ni paste lagi. sejak dua menjak ni rasa malas + bizi body sikit dengan kerja hakiki. naik pening kepala. so untuk elak blog bersawang, aku main paste2 jelah ek. huhu.

p/s: tadi 1st time gi bayar saman. hope 1st n last dapar surat cinta dari polis.

                          

ARIANA membetul-betulkan kedudukan baju kurung berpotongan peplum dan berkain kembang seperti princess berwarna merah jambu cair. Rambut separas bahunya disanggul kemas dan disepit dengan penyepit berwarna hitam. Dia menarik nafas panjang ketika memandang tetamu yang kelihatan memenuhi ruang halaman rumah banglo tiga tingkat itu. Mujurlah dia datang sekali dengan Suzi, kalau tak mahu dia jadi mati kutu sorang-sorang macam tu. Akmal yang pada mulanya mahu menjemputnya di rumah, ditolak dengan baik dan berhemah kerana dia tidak mahu Akmal menjemputnya seperti anak raja.
“Rin, kita nak ke mana ni? Ramai sangat oranglah...” Suzi bertanya di sebelah. Ariana masih memandang ke arah tetamu yang rata-rata tergolong dalam kalangan orang kelas atasan. Masing-masing berpakaian sut dan gaun yang tampak mahal dan ekslusif. Dalam hati tertanya-tanya sama ada adakah betul atau tidak yang mereka sekarang berada di rumah Akmal dan majlis pada hari itu adalah sambutan hari lahir Sarah dan bukannya majlis makan malam golongan koperat.
“Kita masuk ikut laluan belakanglah. Tak lah segan sangat...”
Suzi hanya mengekori Ariana ketika mereka berjalan menuju ke tepi halaman rumah untuk ke bahagian belakang yang menempatkan tasik buatan. Tetamu pula semakin ramai membuatkan Ariana gelisah. Akmal kata hanya kenalan terdekat dan saudara mara sahaja yang dijemput. Kenapa seperti satu Malaysia telah dijemput dan adakah hari itu hanya sekadar majlis sambutan hari lahir Sarah?
“Kak Ariana! Kak Suzi!”
Spontan Ariana dan Suzi berhenti melangkah dan memandang sekeliling. Ariana menarik nafas lega apabila melihat Sarah yang sedang berlari-lari anak mendapatkan mereka. Sarah sangat anggun pada malam itu. Dengan gaun panjang seperti princess berwarna biru firus mencecah lantai. Rambutnya yang panjang melepas bahu telah disanggul kemas dan anak rambut terjuntai di dahi membuatkan gadis itu sangat cantik dan nampak lebih matang. Hiasan bunga kristal yang comel turut diselit pada sanggul Sarah membuatkan gadis itu seperti seorang puteri pada malam itu.
“Kakak datang! Sarah ingat kakak tak datang.” Sarah memeluk Ariana erat-erat seperti sudah sebulan tidak berjumpa. Ariana hanya tersenyum.
“Mana boleh tak datang. Bukan kah kakak dah janji?” Ariana masih lagi tersenyum. Sarah melepaskan pelukannya.
“Hai Kak Suzi. Thanks for coming...”
Suzi hanya tersenyum.
“Kakak dah jumpa abang?” tanya Sarah.
“Belum lagi. Kakak baru je sampai. Hmmm, ramai juga ye jemputan. Akmal kata family Sarah buat majlis kecil-kecilan je...”
Sarah tersenyum penuh makna.
“Hmm, kalau kakak nak tahu. Majlis macam ni kira kecil-kecilan lah. Kalau ikutkan biasa, kitorang selalu buat dekat hotel je...”
Ariana dan Suzi saling berpandangan. Tergambar riak kerisauan di wajah Ariana.
“Kakak jangan risau. Tak ada apalah. Jom masuk dalam. Abang ada kat dalam...” Tangan Ariana ditarik perlahan sebelum mereka mengekori Sarah masuk ke dalam rumah. Sempat lagi Ariana melemparkan pandangan ke arah tasik buatan yang terletak di hadapan mereka. Beberapa buah meja panjang telah di atur mengelilingi tasik tersebut menjadikan tasik itu seolah-olah dipagari oleh meja-meja yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan. Pada tetamu juga sudah memenuhi kawasan tersebut. Air tasik yang sebelum ini kelihatan tenang dan damai kini kelihatan seperti di simbahi cahaya lampu yang berwarna warni. Bunga-bunga kertas juga kelihatan terapung-apung dipermukaan tasik seperti bunga teratai. Kening Ariana terangkat ketika melihat pemandangan indah tersebut. Kelihatan seperti bunga-bunga kertas itu memancarkan cahaya pelbagai warna yang membuatkan air tasik kelihatan seperti bercahaya dipermukaannya.
“Hai...”
Ariana tersedar dari kekusyukan ketika memerhatikan air tasik tersebut. Dia menoleh ke sebelah. Ariana mengigit bibir. Air liur ditelan berkali-kali. Akmal telah berdiri di sisinya sambil tersenyum. Ariana menundukkan kepala apabila Akmal tak putus-putus merenungnya tanpa berkelip. Dadanya terasa berdebar apabila melihat Akmal yang segak berdiri di sebelahnya. Akmal yang lengkap bertuxedo hitam itu benar-benar boleh mencairkan hatinya ketika itu juga namun dia cuba sedaya upaya menahan perasaan yang mampu menyesakkan nafasnya.
“You look gorgeous....and sexy too...” Akmal berbisik perlahan ditelinga Ariana. Merah padam mukanya apabila mendengar kata-kata Akmal itu. Sempat dia menjeling Suzi di sebelah yang kelihatan masih tertumpu pada tasik buatan di hadapan. Entah Suzi dengar atau tidak akan kata-kata Akmal itu, dia sendiri tidak tahu.
“Err. You too...” Ariana menjawab tergagap. Tak berani nak angkat muka memandang ke arah Akmal. Akmal ketawa kecil.
“Saya nampak sexy jugak ke?”
Bertambah darjah kemerahan wajah Ariana apabila Akmal mengusiknya begitu.
“Ehemmm...”
Spontan Ariana menoleh ke sebelah. Sarah dah tersengih-sengih sambil mengangkat kening. Ariana mengigit bibir. Hampir terlupa dia berada di mana. Berada di sisi Akmal ni boleh buat dia lupa segala-galanya kalau Akmal dah masuk mood romantik macam tu walaupun mereka dikelilingi oleh orang ramai. Lain kali dia harus berhati-hati dan tidak mudah terbuai perasaan apabila bersama Akmal. Bahaya.
“Amboi, romantiknya abang dengan kakak. Sampai Sarah berdiri dekat sebelah pun dah tak nampak...”
Ariana tersipu-sipu. Malu sekejap dengan Sarah. Mujurlah Suzi masih sibuk memandang ke arah tasik. Barangkali kagum dengan pemandangan indah tersebut. Yelah, siapa sangka ada tasik buatan di situ siap dihiasi dengan bunga berlampu di permukaan air tasik itu.
“Sarah. Jom. Majlis nak mula...”
Ariana menoleh lagi. Dadanya kembali berdebar ketika dia memandang ke arah Dato Shamsudin. Walaupun Dato Shamsudin sudah separuh usia namun lelaki itu tampak segak dengan tuxedo hitam seperti yang dipakai oleh Akmal. Datin Selinna yang turut berdiri di sebelah Dato Shamsudin itu kelihatan cukup anggun dengan jubah kain chiffon fesyen moden berwarna hitam. Manik-manik bertaburan di sepanjang hujung lengan dan juga di dada menjadikan jubah tersebut nampak mewah walaupun ringkas. Hampir terpegun Ariana apabila melihat pasangan tersebut. Walaupun usia masing-masing sudah menginjak ke angka lima puluhan, namun kedua ibu bapa Akmal masih kelihatan tampan dan jelita. Tidak hairanlah Akmal dan Sarah masing-masing nampak kacak dan cantik. Mereka mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapa mereka.
“Abang, can you....” Sarah memandang Akmal dengan penuh makna. Akmal membalas pandangan adiknya sebelum mengangguk. Sarah tersenyum lebar sebelum memaut lengan abangnya dan dipeluk erat. Sarah memandang ke arah Ariana seolah-olah meminta maaf.
“Sorry kakak. Sarah pinjam abang sekejap.” Sarah berbisik perlahan sambil mengenyitkan mata membuatkan wajah Ariana terasa berbahang. Sempat dia menjeling sekilas ke arah Akmal yang masih tidak putus-putus merenungnya dari tadi.
“It’s okey. Today is your day. Enjoy it...” Ariana menjawab sambil tersenyum.
“Tunggu sini. Jangan ke mana-mana. Saya tak lama...” Sempat Akmal berbisik kearahanya ketika dia berjalan mengiringi Sarah menuju ke meja utama yang terletak betul-betul di tengah-tengah meja yang disusun di tepi tasik. Ariana tidak menjawab. Dia memandang ke arah Akmal yang berjalan menuju ke meja utama sambil diiringi oleh Dato Shamsudin dan Datin Selinna. Setelah Akmal dan Sarah tiba di meja utama, Sarah melepaskan pelukan pada lengan Akmal sebelum Akmal berjalan menuju ke suatau tempat. Ariana terpaksa menjingkitkan kaki untuk melihat ke mana Akmal pergi.
“He can play a piano?” Tanya Suzi agak terkejut. Ariana menoleh sekilas ke arah Suzi. Baru tersedar yang Suzi masih di sisinya sejak dari tadi lagi. Ariana tidak menjawab soalan Suzi itu. Matanya kembali tertumpu ke arah Akmal yang sudah mengambil tempat di hadapan piano berwarna hitam yang diletakkan di atas pentas kecil di sudut tepi tasik tersebut. Kedudukan pentas tersebut agak tersorok di bawah pokok yang rendang itu membuatkan Akmal kelihatan agak misteri. Lampu lip lap yang tergantung di ranting dan dahan pokok itu menambahkan lagi aura misteri pada Akmal membuatkan Ariana hampir tidak mampu mengalihkan mata ke arah lain.
Akmal memainkan melody ‘selamat hari lahir’ sambil dinyanyikan oleh hadirin yang hadir. Sarah kelihatan gembira dan tersenyum sepanjang masa sambil ditemani oleh papa dan mamanya yang masing-masing berdiri di kiri dan kanannya. Ariana masih lagi memandang ke arah Akmal. Buat kali kedua dia melihat Akmal bermain piano. Wajah Akmal kelihatan tenang dan bersahaja namun kacak. Memang sukar hendak dinafikan yang Akmal sememangnya memiliki rupa paras yang mampu memikat mana-mana gadis termasuk dia.
Ariana tersedar. Adakah dia sudah jatuh cinta pada Akmal sehingga dia berani memasukkan diri dalam senarai ‘mana-mana gadis yang terpikat pada Akmal?’ Ariana telan air liur. Adakah benar dia sudah jatuh cinta pada Akmal? Anak muridnya sendiri?
Tepukan gemuruh hadiran membuatkan Ariana tersedar buat kali kedua. Mata dihalakan ke arah piano namun Akmal sudah tiada. Ariana memandang pula ke arah meja utama. Akmal sudah berdiri di sebelah Sarah yang sedang bersedia mahu memotong kek hari jadinya yang setinggi tiga tingkat itu. Matanya masih tertumpu pada Akmal yang mengambil sepotong kek lalu disuapkan kepada Sarah. Sarah pula mengambil potongan kek yang lain lalu disuapkan kepada Akmal, Dato Shamsudin dan akhirnya pada Datin Selinna. Senyum terukir di bibir Ariana tanpa sedar apabila melihat keakraban keluarga Akmal ketika itu. Seolah-olah perselisihan faham antara Akmal dan Dato Shamsudin tidak pernah berlaku sebelum ini. Walaupun dia tahu yang Akmal dan papanya itu mungkin hanya berpura-pura mesra di hadapan hadirin, namun dia sukakan keadaan sebegitu. Melihat kemesraan keluarga Akmal itu mengingatkan dia kepada keluarganya di Taiping. Ah, betapa rindunya dia pada keluarga di sana.
“Rin, jom makan dulu. Aku dah lapar...”
Ariana hanya mengekori Suzi apabila hadirin sudah mula berpus-pusi di sekeliling mereka. Mahu tak mahu mereka terpaksa berganjak dari situ. Ariana hanya mampu berharap yang Akmal mampu mencari mereka di dalam lautan manusia itu.
Ketika Suzi sibuk memenuhkan pinggannya dengan pelbagai jenis makanan, Ariana pula sibuk tertoleh-toleh mencari kelibat Akmal. Nampaknya Akmal sedang sibuk berbual dengan beberapa orang tetamu. Biarlah. Nanti pandai-pandailah Akmal mencarinya setelah selesai sesi beramah mesra dengan tetamu itu. Ariana berkata sendiri seolah-olah memujuk diri.
Setelah hampir dua jam melayan Suzi berbual yang sibuk bertanya itu dan ini tentang Akmal dan keluarganya, Ariana mula berputus asa apabila Akmal masih lagi tidak muncul. Dia sentiasa memujuk hatinya dengan mengatakan yang Akmal mungkin sibuk melayan tetamu yang lain dan dia bukanlah tetamu jemputan khas yang perlukan layanan istimewa daripada Akmal.
“Rin, tak sangka kan yang Akmal ni kaya gila...” Suzi tak habis-habis mengulang ayat yang sama sejak sejam yang lalu sehingga membuatkan Ariana jemu mendengarnya.
“Family dia yang kaya bukan dia..” Ariana menjawab tanpa sedar. Sudu dikuis-kuis tanpa perasaan pada spageti yang hanya luak separuh itu. Kening Suzi terangkat.
“Kau ni kenapa? Macam moody je sejak dari tadi.”
Ariana tersedar. Dia memandang ke arah Suzi.
“Eh, aku cakap apa tadi? Sorrylah. Aku sebenarnya penat. Lepas ni kita balik eh...”
“Tak nak jumpa Akmal dengan Sarah dulu? nanti apa kata diorang pula...”
Ariana memandang sekeliling mencari kelibat dua beradik itu namun hampa.
“Tak apalah. Diorang sibuk tu. Lagi pun kita dah datang ni dah okey apa. Bolehlah eh, aku mengantuk dah ni.”
“Yelah. Aku pun sebenarnya dah penat jugak...” Suzi meletakkan pinggan yang sudah licin itu di atas meja. Ariana hanya memandang ke arah pinggan Suzi itu. Tak sangka. Suzi ni badan je kecil tapi kuat makan.
“Aku nak ke tandas kejap. Kau tunggu dekat kereta tau. Nanti aku datang...” Ariana berdiri. Pinggan yang masih berbaki itu diletakkan di atas meja yang sama tempat Suzi meletakkan pinggan bekas makannya itu.
“Aik? Nak balik dah ke?”
“Dah tu, nak tunggu apa lagi?”
Suzi membuat muka namun dia berdiri juga lambat-lambat. Mereka berjalan perlahan-lahan dan berpisah di pintu masuk dapur rumah Akmal. Ariana masuk ke dalam rumah untuk ke tandas manakala Suzi terus ke halaman depan melalui jalan yang mereka guna semasa datang tadi.
Ariana merenung wajahnya pada cermin tandas. Dia menarik nafas panjang. Ada riak kecewa pada wajahnya itu. Dia sendiri tertanya-tanya kenapa dia beriak begitu. Apa yang dia tak puas hati? Atau...kenapa dia seperti berkecil hati?
Setelah memikirkan yang tak guna dia nak memerap lama-lama di situ, Ariana keluar dari tandas. Sempat dia meninjau keadaan dalam rumah buat kali terakhir. Mana tahu sempat jumpa Sarah sebelum balik. Namun hampa. Mungkin Sarah juga sibuk melayan tetamu yang lain. Mujur hadiah Sarah dah diberikan kepada pembantu rumah mereka awal-awal tadi.
“Balik jelah dulu. Nanti mesej Sarah je bagitahu nak balik dulu.” Ariana berkata sendiri sambil berjalan keluar menuju ke pintu belakang. Sedang Ariana melayan perasaan sendiri ketika kaki melangkah menuju ke halaman depan, telinganya menangkap suara berbual dan sekali sekala diselangi dengan gelak ketawa kecil. Ariana mengangkat muka. Matanya difokuskan ke suatu sudut tempat datangnya suara-suara tersebut. Bulat matanya memandang kelibat Akmal yang sedang berbual dengan seorang gadis tidak jauh dari air pancut buatan yang turut dihiasi dengan kerdipan lampu-lampu berjuntai.
“How Romantic.” Spontan bibir Ariana menutur ketika memerhatikan gelagat mereka berdua. Tiba-tiba dia berasa jauh hati dengan Akmal. Patutlah sibuk memanjang. Rupanya melayan ‘tetamu istimewa’. Ariana cuba mengawal perasaannya yang tiba-tiba diserang rasa cemburu itu. Walaupun dia sedaya upaya menahan diri dari memandang ke arah mereka, namun mata tetap berdegil. Ariana memerhatikan kelibat gadis itu dari atas hingga kebawah. Gadis tersebut sangat cantik dalam busana gaun labuh berwarna merah terangnya. Tinggi dan cantik macam model Victoria’s Secret. Memang sesuailah dengan Akmal. Ariana tersenyum sinis seperti mengejek diri sendiri apabila fikiran jahatnya mula membandingkan dirinya dengan gadis tersebut. Macam langit dengan kerak bumi bezanya. Dengan rasa kecil hati yang semakin mecengkap diri, Ariana berjalan perlahan-lahan meninggalkan tempat itu menuju ke halaman utama tempat dia memakirkan kereta. Rasanya Akmal pasti tidak kisah sekiranya dia pulang lebih awal pada hari itu. Dengan rasa sebal, dia menghampiri Suzi yang sedang bersandar pada keretanya.
“Lamanya. Kau sakit perut ke apa?”
Ariana mengangkat bahu dan tanpa sepatah kata, dia masuk ke tempat duduk pemandu. Riak wajah cuba dikekalkan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Kau dah inform Akmal yang kita nak balik dulu ni?”
“Aku jumpa dia tadi..” Ariana menjawab perlahan ketika dia memandu keluar dari halaman rumah batu tiga tingkat itu.
“Yeke? Amboi, sempat lagi jumpa boyfriend.Patutlah lama. Akmal kata apa?”
“Nothing....” Ariana menjawab lagi. Hati semakin pedih apabila bayangan Akmal berbual mesra dengan gadis itu bermain-main dalam fikirannya. Suzi pula seperti hilang kata-kata apabila melihat Ariana seperti tidak mahu melayannya.

rasanya panjang-panjang ni bukan teaser dah. hoho...

Wednesday, February 20, 2013

Teaser : Seandainya, Aku Jatuh Cinta Lagi...


Assalamualaikum,
tolonglah wei, aku mengantuk gila tapi nak mengulor tak boleh. bos duduk depan meja facing aku. horror betul. huhu. so aku pun dah pening jugak nak buat analysis untuk cgpa n MO KPI, jadi aku pun nak paste benda ni jelah. selamat membaca. 

Teaser: 
Empat tahun kemudian.

JAM di tangan dijeling sekilas. Masuk kali ni sudah lima kali dia berbuat demikian. Sesekali dia mengangkat kepala memandang hujung jalan Butlin Avenue namun orang yang ditunggu tidak kunjung tiba. Dia mengeluh perlahan. Novel melayu yang memang di bawa dari Malaysia dulu itu di pandang kembali. Masuk kali ni memang dah beratus-ratus kali dia baca. Dah sampai lunyai pun. Maklumlah, kat sini mana nak dapat novel melayu melainkan beli secara atas talian.
Sedang dia ralit membaca novel tersebut sambil bersandar pada tembok batu di persimbangan jalan Butlin Avenue, telinga menangkap bunyi tapak kaki seperti orang sedang berlari. Dia mengangkat kepala lagi. Raut wajah masam sengaja dipamerkan menandakan yang dia tidak suka menunggu.
“Sorry. I’m late..”
“Again....” Dia menyambung kata-kata tersebut. Muka dah mempamerkan raut wajah tidak puas hati. Ini bukan kali pertama. Dalam minggu ni sahaja dah tiga kali dia terpaksa menjadi pak pacak di simpang jalan Butlin Avenue itu. Mana tak angin.
Sorry Ariana. Over slept...”
Ariana menjulingkan biji mata.
Lame. Cubalah bagi alasan lain. Dah bosan dengar, tahu...” Ariana menjawab sambil berjalan menyusuri Butlin Avenue menuju ke University Of Sydney.
Fine. I’m sorry. Lain kali saya akan bagi alasan lain..”
Ariana berhenti melangkah. Dia merenung tajam ke arah tuan punya suara itu.
“Dean!”
Lelaki itu ketawa kecil. Wajah Ariana semakin masam.
“Janganlah marah. Saya bergurau je...” Dean turut melangkah beriringan di sebelah Ariana. Wajah gadis itu masih kelihatan ketat. Masih marah agaknya, fikir Dean.
“Ariana. Jangan marah okey. Petang ni lepas kelas kita ke Da Capo Music Bookshop, okey?”
Ariana mengigit bibir. Dijelingnya lagi lelaki tinggi lampai di sebelah. Dean ni kalau bab memujuk memang pandai.
Fine. Tapi jangan ingat itu boleh mengurangkan rasa marah saya pada awak...”
Dean tersenyum. Tahu yang gadis itu tidak marah lagi.
           
                                                                        ***

ARIANA membelek beberapa buah buku lama yang tersusun di rak. Suasana Da Capo Music Bookshop ketika itu tidaklah ramai. Da Capo Music Bookshop tidaklah besar mana. Kedai dua tingkat itu banyak menjual buku-buku terpakai disamping buku baru. Rata-rata pelanggan yang datang ke kedai tersebut mahu mendapatkan buku-buku lama yang sudah tidak dijual di kedai-kedai buku biasa.
Ariana mencapai salah satu buku terpakai yang sudah agak uzur kulitnya namun isinya masih dalam keadaan baik lagi. Dia membawa buku tersebut lalu berjalan menuju ke meja yang terletak di bahagian belakang kedai tersebut. Dia memandang meja tersebut namun apa yang dicari tidak kelihatan. Laci meja ditarik. Tangan mencari sesuatu namun apa yang dicari masih tidak dijumpai.
“Cari apa?”
Ariana spontan menegakkan badan. Agak terkejut dengan pertanyaan itu. Dean yang baru turun dari tingkat atas kedai itu, ketawa. Mungkin geli hati dengan raut wajahnya ketika itu. Ariana mengetap bibir.
“Buat apa dekat atas lama sangat?” Ariana bertanya tidak puas hati. Dean datang menghampirinya sambil membawa buku-buku tebal lalu diletakkan di atas meja. Kening Ariana terangkat.
We need to fix this books. Dah rosak...”
“We?” Ariana bertanya sambil mengangkat kening. Dean merenung wajah Ariana.
Fine. I will do it by myself...” Dean bersuara ala-ala merajuk. Ariana cuba menahan ketawa. Buruk sungguhlah kalau anak mat saleh ni merajuk. Hilang terus macho.
I will help you....but in one condition...” Ariana tersengih.
What? Nak buku percuma lagi?”
Ariana membuat muka.
“Nope...”
“So....?”
“Macam biasa...” Ariana tersengih penuh makna sambil memandang ke arah tangga yang menuju ke tingkat atas kedai tersebut. 


                                                                        ***

“Ready...?”
Ariana membetul-betulkan kedudukannya di sebelah Dean. Dia menarik nafas panjang. Ariana mengangguk.
“Awak nak saya main lagu apa?”
Ariana terdiam seketika.
“Like always?”
Dean merenung wajah Ariana sebelum melarikan jemarinya pada piano tersebut.
Seketika kemudian, ruang tingkat atas tersebut bergema dengan alunan melodi yang dimainkan oleh Dean. Ariana yang duduk di sebelah Dean itu kelihatan terpegun seketika buat kesekian kalinya apabila melihat jari-jemari Dean yang panjang itu berlari di atas keyboard piano usang itu. Walaupun usia piano itu dua kali ganda usia dia, namun piano tersebut masih kelihatan baik. Mengikut kata Dean, piano itu milik ibunya. Ariana mengalihkan pandangan ke arah wajah Dean yang tenang ketika memainkan lagu My Heart Will Go On itu.
Dean. Dean Iskandar. Satu-satunya lelaki mat saleh yang rapat dengannya. Dengan kata lain, Dean merupakan kawan baiknya di bumi Sydney ini. Dia mula kenal Dean tiga tahun lepas semasa dia memulakan pengajian doktor falsafah selepas tamat sahaja pengajian sarjana. Dia telah terlanggar Dean semasa kelang kabut hendak ke kelas pertama dahulu sehingga dia telah membuatkan hampir separuh thesis Dean rosak kerana terjatuh dalam longkang. Tapi itu bukanlah pertemuan mereka yang pertama.
Kali pertama dia berjumpa dengan Dean secara tidak sengaja ialah di Da Capo Music Bookshop. Selama setahun tinggal di sini, dia tidak tahu pun kewujudan Da Capo Music Bookshop. Da Capo Music Bookshop ini milik keluarga Dean. Ayah Dean merupakan pengumpul buku-buku terpakai dan atas minatnya yang mendalam itu, maka wujudlah Da Capo Music Bookshop. Dia terjumpa dengan kedai buku kecil itu pun hanya kebetulan ketika dia sedang berjalan-jalan selepas memberi barang-barang dapur seorang diri. Ketika melalui kedai buku berwarna merah itu, dia tertarik untuk masuk dan melihat-lihat. Sekadar cuci mata. Apa yang menariknya pada kedai tersebut ialah kedai itu menjual banyak buku-buku lama dan terpakai dengan harga yang sangat murah. Sempatlah dia memborong semua koleksi Harry Potter, Lord Of The Ring dan Narnia. Dia sendiri pun tidak tahu bila masa dia akan membaca kesemua buku-buku tersebut. Namun apa yang paling menarik perhatiannya ketika itu ialah alunan bunyi piano yang datangnya dari tingkat atas. Lagu Sorry Seem To Be The Hardest Word yang dimainkan itu begitu memukau telinganya sehingga dia tidak sedar entah bila masa dia sudah naik ke tingkat atas dan merenung Dean yang sedang bermain piano itu.
Pertemuan kedua ialah semasa dia tersesat ketika mencari The Shepherd Centre, sekolah tempat kanak-kanak cacat pendengaran. Dia yang telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang keberkesanan pendidikan bagi kanak-kanak kurang upaya telah memilih The Shepherd Centre sebagai tempat mengumpulkan maklumat. Ketika itu dia hampir berputus asa kerana tidak menjumpai tempat tersebut walaupun peta ditangan dah hampir lunyai. Dan Dean, lelaki itu datang membantu. Tak sangka yang rumah Dean hanya beberapa meter sahaja dari situ. Dean yang sedang membuang sampah di hadapan rumah bertindak menegurnya dahulu apabila melihat dia seperti orang hilang arah yang asyik berlegar-legar di kawasan tersebut. Pada pertemuan ketiga iaitu ketika dia terlanggar Dean, barulah mereka mula berkawan dan lama-kelamaan mereka menjadi kawan baik. Itu pun sebab dia dapat tahu yang ibu Dean sebenarnya rakyat Malaysia. Semua berlaku secara kebetulan. Pelik tapi benar.
Dean Iskandar merupakan anak kacukan Australia-Malaysia. Ayah Dean merupakan penduduk tetap Sydney beragama kristian manakala ibu Dean pula merupakan wanita kelahiran Terengganu dan beragama Islam. Ayah Dean, Steffand atau nama Islamnya Muhamed Steffand mula berkahwin dengan ibu Dean, Siti Jamilah semasa ayah Dean datang bekerja di syarikat cari gali minyak di Terengganu. Selepas sahaja berkahwin, mereka terus berpindah ke Sydney dan sejak itu mereka tidak pernah pulang lagi ke Malaysia dan Dean juga tidak pernah sekali pun menjejakkan kaki ke Malaysia sepanjang 28 tahun hidupnya itu.
Masa mula-mula kenal Dean dulu, lelaki itu begitu bersemangat apabila mengetahui yang dia berasal dari Malaysia. Macam-macam anak mat saleh ni tanya sampai dia sendiri pun letih nak menjawab. Dean sukakan pantai dan begitu teruja apabila dia menceritakan yang di Malaysia banyak pantai-pantai yang cantik termasuk di Terengganu. Dean juga pernah memasang angan-angan untuk ke Malaysia satu hari nanti. Dean juga begitu berminat untuk mempelajari bahasa melayu memandangkan itu merupakan bahasa ibunda ibunya. Dan sebagai syarat pertukaran, Ariana meminta Dean mengajarnya bermain piano. Dan sepanjang tiga tahun selepas itu, Dean semakin fasih berbahasa melayu dan dia juga sudah boleh bermain piano dengan baik.
Already Falling in love with me?”
Ariana tersedar dari lamunan. Dia menelan air liur. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan ke arah keyboad di hadapan. Entah kenapa hati berasa berdebar. Bukan kerana dia sudah jatuh cinta dengan Dean, tetapi ayat yang dituturkan oleh Dean itu mengingatkan dia kepada seseorang. Seseorang yang pernah menuturkan ayat yang sama enam tahun lepas.
“So, sekarang giliran awak pula...”
“Hah?” Ariana menoleh memandang Dean di sebelah.
“Play...”
“Play? Play what?” Ariana bertanya tidak faham. Dean mengeleng perlahan.
“It’s your turn to play a song...”
“Ohhh, okey...” Ariana menjawab faham. Dia membetul-betulkan kedudukan pada kerusi. Jari jemari dipatah-patahkan sebelum dia mula melarikan jemarinya di atas keyboard itu. Seketika kemudian, alunan melodi Living To Love You bergema di sekitar ruang tingkat kedai buku itu.
Dean hanya memerhatikan wajah Ariana yang tenang dan khusuk itu ketika gadis itu melarikan jari jemari di atas keyboard. Wajah Ariana ketika itu seperti sedang mengambar sesuatu. Gadis itu seperti sedang tengelam dalam dunianya sendiri.
Wow. That’s good. Awak semakin cekap dan ada improvement.” Puji Dean sambil menepuk tangan. Ariana membuat gaya-gaya seperti sedang perform di atas pentas sebelum ketawa kecil. Dean turut sama ketawa.
Well, selepas tiga tahun saya main lagu ni, what do you aspect?” Ariana menjawab sambil mengangkat kening.