RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, January 21, 2013

TRIP TO SINGAPORE: PREPARATION

Assalamaualaikum,
selamat hari isnin dan selamat hari bekerja yang masih lagi bekerja. aku cuti hari ni sebab semalam baru sampai KL dari singapore. so entry kali ni nak cerita pasal trip ke singapore. trip bajet dan backpaker je pon. so aku akan cuba cerita details yang mungkin. mana tahu lepas ni ada yang nak pergi ke singapore ke.
apa yang korang perlu tahu, singapore ni negara yang sangat strict. maksudnya, penduduknya memang sangat mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan tak kiralah orang tua ke, muda ke, bebudak ke. semua ikut peraturan dan well organized dari segi bangunan. tersusun je semua dan aku lihat bangunan dia macam sama je. warna pun sama. so korang kena tengok betul-betul landmark sesuatu tempat untuk korang mudah ingat. satu lagi yang aku suka tentang singapore ni tempat dia bersih je. tukang sapu sampah tepi jalan pun sentiasa ada di mana-mana. lepas tu banyak pokok-pokok. macam bandar dalam hutan. pokok pulak tersusun je. kira memang redup je. kebetulan aku pergi ke singapore tu, time hujan. memang sejuk jelah. penduduk dia sangat friendly dan sentiasa nak membantu. cuma slek sikit bila jumpa makcik bekeng masa nak beli tourist pass dekat changi airport. makcik tu orang melayu tak silap aku. islam dan pakai tudung tapi mulut dia. perghhh. agak sakit hatilah jugak kan tapi kita biarkan dia terjun dengan labu-labunya.
okeylah. entri ni aku akan cerita persiapan sebelum ke singapore. tak banyak aku buat persiapan since ayah aku masuk IJN mgu yang sama aku nak pergi ke Singapore. so kelang kabutlah jugak. nasib baik dua tiga minggu sebelum tu aku dah beli barang sikit-sikit. so just packing jelah the day before tu.
barang-barang yang aku bawa :
1.pakaian mengikut keperluan.

2. alatan mandi. ( make sure kuantiti tak lebih 10ml untuk cecair. aku beli bekas kecik2 kat mydin yang boleh letak cecair dan pencuci muka. senang. bwk je yang tu.)
nampak tak benda bulat panjang tu?ha tu lah yg aku guna untuk letak pencuci muka, sanitizer, olay dan scrub muka. tapi aku just pakai dua je. hik3.

3. passport. yang ni paling penting. hmm, patut aku letak kat nombor satu tadi,
4. kain batik untuk mandi. ni terpulanglah. cuma tempat orang kita tak tahu. mana tahu ada hidden camare ke kan. sebab aku bermalam di singapore.
5. kasut yang sesuai untuk berjalan jauh. aku pakai kasut bum je.
6. payung atau baju hujan. ( aku tak bawak pun payung sebab kat flight tak leh bawak payung naik flight. tapi kawan aku selamba je bawak dan lepas. aku pinjam payung dekat owner hostel tu. baik kan dia. hehe)
7. duit secukupnya. better korang tukar siap-sipa duit dolar singapura tu. kalau tukar kat sana dia jadi lagi mahal. so tukarlah kat malaysia. bawa juga duit malaysia sikit. mana tahu akan guna nanti.
8. bawalah makanan ringgan sikit. aku bawk dua meggi dan biskut serta 3 in 1 vico dan nestum. aku guna 1 meggi, dua vico je. yang lain aku tinggal hostel separuh, n bawak balik separuh sebab beg tak muat.
9. sejadah berkompas. penting untuk tahu arah kiblat.
10. apa lagi ek? aku pun tak ingat apa aku bawak. tapi yang paling penting, bawa baju yang sesuai. tak payah banyak2 tapi make sure boleh mix and match untuk jimat ruang. ramai yang kata bila ke singapura, korang takkan dapat shopping sangat. sebenarnya tak betul tu. aku bawak 6 ratus je tapi boleh beli cenderamata untuk family dan kawan2 sampai aku kena beli beg baru nak bawa balik tahu. yang penting, korang tahu kat mana korang nak cari barang murah tapi kualiti dia perghhhhh. kat malaysia pun tak dapat harga tu untuk kualiti tu even korang convert duit malaysia. serius!

okeylah. lain kali aku cerita kat sana by part okey. jumpa nanti. bye.

0 140 tukang karut:

Post a Comment