RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, January 24, 2013

Trip to singapore : the mystery part!

Assalamualaikum...
salam maulidur rasul.

hari ni aku nak sambung cerita tentang trip ke singapore tu. sementara mood tengah ada dan masa pun ada ni, moleklah aku cerita sikit pasal hari kedua aku di singapura. oh ya, sebelum aku pergi jauh. aku nak cerita satu benda yang bagi aku agak menakutkan. menakutkan sebab benda ni tak pernah lagi terjadi pada aku. nak dijadikan cerita, bilik tempat aku menginap tu ada 6 katil. aku pilih female only. yelah, takkan naka mix pulak kan. masa sampai tu hanya ada dua katil kosong. sepatutnya kawan aku duduk sorang tapi dah dia tak datang, tgl dua. masa kitorang balik dari chinatown malam tu, dah masuk sorang girl(?). kitorang memang takde nak sembang sangat sebab most of the time bebudak bilik aku tu akan lepak luar (kat ruang santai) dengan mat saleh yang lain. kira sembanglah sambil bertukar-tukar cerita. aku n kawan aku memang duduk dalam bilik buat hal sendiri. tambahan pula dah penat kan. lepas kemas barang-barang yang dibeli, kitorang pun makan megi kejap. aku dah kenyang sebenarnya tapi kawan aku tu lapar pulak. so kitorang pun keluarlah makan kat dapur. boleh nampaklah geng mat saleh ni kat depan tu.

nilah megi cup kalau korang tak pernah tegk. hik3.

bila dah siap makan semua, kitorang pun masuklah tidur. alhamdulillah aku takde masalah tak leh tidur walaupun tempat baru. selalu tu takut jugaklah kan. tapi maybe sebab penat sangat kut. lepas tu korang nak tahu tak ape terjadi pada aku pukul 6 pagi? jengjengjeng. kita bersambung pada entri akan datang. hahaha.







oklah acah je. aku sambunglah ni. janganlah marah. hik. masa pukul 6 pagi tu, ada sorang girl (?) dari taiwan kejut aku. kau tahu sebab apa dia kejut aku pagi2 buta tu? bukan nak kejut subuh sebab aku rasa dia bukan islam. tapi sebab dia nak jual selendang hitam kat aku. gila tak gila. dalam gelap kot. mahu tak terkejut aku. nasib baik aku tak menjerit dan tak mamai jugak. aku terus sedar dan tolak tangan ke arah dia and said please i dont. tapi dia sibuk suruh aku try. aku cakap i dont want! barulah dia cakap okey2 dan naik semula atas katil dia. pastu aku terus terduduk atas katil. capai jam tengok dah subuh. aku baring kejap sambil beristifar sebab otak aku dah fikir bukan-bukan. aku fikir dia nak pukau aku ke apa kan. pastu dlm 6.30 aku bangun terus ke tandas dan subuh. aku cepat2 kejut kawan aku untuk subuh dan cerita sikit kat dia. kawan aku tu ckp mungkin pompuan tu mengigau. tapi aku tak rasa pun dia mengigau.  entahlah. aku cuba berjaga-jaga je dan terfikir. aku ada semalam lagi kat sini. takut tu takdelah sangat tapi yelah. anything can happend kan. lepas subuh tu aku baring kejap sampai tertidur dekat pukul 8. huhu. 

nanti aku sambung pula day kedua ek. haha.

0 140 tukang karut:

Post a Comment