RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, January 21, 2013

TRIP TO SINGAPORE: DAY 1

Assalamualaikum,
okey. ni aku nak sambung cerita pasal singapura. aku cerita sikitlah suasana kat singapura tu. tempat dia selamat tau. sebab semua tempat ada cctv even dalam bus pun. nanti aku akan tunjuk gambar dia. lepas tu guard pun ada kat mana-mana. even korang nak lintas jalan pon dorang tolong guide. kat sana korang jangan hentam langgar peraturan macam kat malaysia. ada jejnatas tapi pakai lintas jalan bawah ke. tak boleh. tapi kalau ada lampu insyarat dan lalaun pejalan kaki tu, bolehlah lintas tanpa guna jejantas.


nampak tak CCTV kat dalam bus? lagi satu driver bus kat sini tak dipanggil drive tapi dipanggil captain bus. canggih tak?mcm bawak kapal je. hik2.
 

sebelum ni aku ada cerita apa yang aku bawa ke singapura, sekarang aku nak cerita apa yang aku buat sebelum ke singapura. sebelum korang ke singapura, better korang study dulu. ni sangat penting sebab jalan dia banyak dan kalau korang tak tahu mana nak pergi, korang akan sesat. even aku dah study habis macam nak ambil exam pun, aku tersesat jugak. tersesat sebab keliru dan tak tahu mana nak turun dan aku tersalah tulis gambar bustand yang patut aku turun sebelum ke hostel. hampir dua jam sesat. tapi alhamdulillah. semuanya selamat. lepas tu aku terus master dengan sistem pengangkutan songapure. hik3.

apa yang aku buat bila study pasal singapura ialah, aku plan dulu mana aku nak pergi. aku buat draf guna excel.

ni antara draf yang aku buat. 

bila korang dah tahu mana korang nak pergi, korang cari pulak hotel mana nak mneginap. macam aku, aku menginap di happy snail hostel. rate dia agak murah compared to other backpakers hostel yang lain kat singapore. aku sengaja tdo kat singapore sebab senang nak gerak ke mana-mana. hostel tu korang boleh tengok kat sini happy snail hostel . korang boleh view dulu. memang aku rekomen lah tempat ni. breakfast dia roti, buha-buahan, nutella, peanut butter. korang boleh makan roti2 tu tak kira masa. pagi ke, petang ke, malam ke. dia memang letak atas meja. korang bantai sampai habis satu buku pon takpe dan tak payah bayar. cuma air tin dalam peti sejuk je kena bayar dan laundy. 

okey, setelh hostel. sebelum tu jangan lupa beli flight ticket. haha. bila dah setel tempat tidur dan dah tahu nak ke mana. korang kena study juga pasal lalaun ke tempat2 yang korang nak pergi tu. mcm aku memang aku guna maps.google tu sepenuhnya. study jalan. dan aku prefer guna MRT sebab senang. bus dia pun sangat efisyen dan tepat. aku tak guna pun teksi tau. sebab nak jimat. ini antara tempat-tempat yang aku plan nak pergi.

Day 1:

11.45- Bertolak ke singapura dengan AirAsia. perjalanan mengambil masa selama 1 jam.
12.45- sampai, terus setel kastam dan sebagainya. terus ke hostel.
4.30- sampai hostel. selesai urusan daftar masuk. solat dan mandi.
5-00- keluar ke vivocity untuk makan. lepas tu terus ke chinatown.
11.00- balik hostel.

sebenarnya, ini bukanlah plan asal. tapi kalau korang perasaan tempuh masa nak sampai hostel tu macam lama gila kan. kalah perjalanan dari kl-singapura yang ambil masa sejam je. ni sebab aku tersesat. kitorang turun dia stesen ke depan dam bila puas tanya orang dan tengok papan tanda perjalanan bus. kitorang naik bus. lepas tu saja nak make sure, tanya driver bus. dia cakap bus tak lalu sini padahal. so kitorang turunlah kat depan. bila tanya lagi dan tengok balik papan tanda. memang betullah bus yang kitorang naik dari awal tadi. jadi kitorang dah habsikan masa banyak sangat dekat tunggu bus je. nasib bus tu cepat gila kan. selang lima minit je tak salah aku. plan asal aku akan sampai ke hostel dalam pukul 2.30 paling lewat. lepas tu terus ke sentosa island untuk main play pass. nasib baik tak beli siap2. kalau tak nangeslah sebab dah lambat sampai. lepas tu asalnya aku pergi tiga orang, tapi sorang kawan aku tak dapat join last minit. sedih sangat sebab kitorang dah plan benda ni lama dulu. berbulan2. memang excited kwn aku tu tapi malam tu dlm kol 12 aku dpt msg dr adik dia yg dia eksident. terkejut aku. dahlah yg sorang lagi tu aku tak kenal. dia kawan kepada kwn aku. aku terfikir nak cancel dah trip ni. tapi aku tengok kalau cancel, hostel kena byr full. aku msg kwn kepada kwn aku tu, dia kata pergi berdua jelah. aku takut sebenarnya nak pergi berdua sebab. yelah, korang ada tengok cerita taken tak? dia pergi eropah berdua je. uhhuhu. tapi aku fikir positif dan beringat selalu jadi trip diteruskan. tapi memang sedihlah. yelah, bayangkan kau pergi bercuti dengan orang yang kau tak kenal. di mana keseronokannya? memang seronoklah jugak tapi takkan sama kalau kau pergi dengan bestfriend kau sendiri.

okey, kita sambung balik. bila korang study jalan tu, make sure korang view tempat tu guna maps. google tu. maksudnya ada life picturelah. aku siap print lagi sebab senang tahu tempat tu mcm ne.

 ni chinatown bahagian luar. kalau korang naik mrt, memang akan terus masuk dalam chinatown. so jangan risau. aku cadangkan korang mabik mrt je dari outram park. dua stesen je pun.
 ni outram park. dari changi airport. korang ambik mrt ke tanah merah lepas tu tukar mrt ke outram. dari sini korang ambik bus or teksi nak ke hostel tempat menginap. mcm aku ambik bus je.

 ni simpang masuk laluan hostel. ni jalan depan. aku masuk ikut belakang. tu yang sesat tu sebab aku kompius. hehe.
 ni pearl central. dari outram, korang akan naik bus dan akan trun kat sini dulu. lepas tu, lintas jalan pergi seberang dan ambik bus 124 untuk ke hostel
inilah dia vivocity. aku selalu makan kat sini je sebab sini aku tahu ada makanan halal. tempat lain tak sure.

oh, aku lupa nak cakap satu benda penting. aku nasihatkan, korang beli tourist pass. mcm aku beli tourist pass untuk 3 hari. benda ni mcm touch n go untuk MRT, BUS DAN LRT sahaja. kira korang naik turun 3 transport ni berapa kali pun tak kisah. jimat. kalau korang tersesat sampai hujung singapore pun, korang tak payah risau duit habis kat tambang je sebab pass ni memang unlimited untuk 3 hari. harga 30 dolar dan korang akan dapat refund 10 dolar bila korang pulangkan balik kad ni.

nilah dia tourist pass nya.

bila dah sampai hostel. kitorang rehat kejap sebelum ke vivocity untuk makan dan shopping. belum pape lagi dah sibuk nak shopping hik3.

 barang2 ku humban ats katil sebab penat. haha.
 loker yang disediakan. jangan lupa bawa kunci sendiri.
katil double deacker.

bila dah setel semua. kitorang terus ke vivocity untuk makan dan posing2 kejap.

 ni bustop belakang hostel aku. memang tunggu bus kat sini je.
 makanan pertama di singapura. nasi ayam kat chicken rice shop. haha.

 jalan keluar ke MRT





lepas dah makan tu, terus ke chinatown untuk beli barang sebab esok dan lusa rasa macam tak sempat dah nak pergi. dari vivocity, kotang kena berjalan ke herbourfornt untuk ambil monorel ke chinatown. vivocity ke herbourfront tu dalam 5 minit berjalan je. tapi agak besar dan boleh buat korang hilanag arah tujuan sebab tak jumpa jalan keluar. apa lagi, tanyalah orang. jangan malu bertanya nanti sesat jalan dan buang masa. orang singapura ni friendly. so tanya je lah.











so, korang layan jelah gambar2 kat atas, malas nak tulis caption. hoh. sorry kalau kualiti gambar tak best. tak ramai yang pandai guna kamera ku itu. huhu.

nilah hasil rembatan hari pertama. hari pertama okey. hari kedua belum lagi. barang-barang kat chinatown ni memang murah gila dan kualiti dia memang bagus. aku beli keychain 30 untuk 10 dolar. tshirt 3 helai 10 dolar. ada jugak 4 helai 10 dolar. rata2 yang jual barang2 suka buat mcm beli 3 untuk 10 dolar. 4 10 dolar. kualiti memang best.murahlah bg aku sebab kalau kita convert ke duit malaysia pun, korang mungkin takkan dapat harga macam tu dengan kualiti mcm tu kat malaysia.contoh keycahi, lepas convert dalam RM, korang akan dapat satu keychain dalam 80sen. cuba carik kat malaysia ada tak jual keycahin satu 80sen?? aku tak pernah jumpa lagi. paling cikai pun rm1.50. jadi kalau datang singapura tu, jangan lah asyik nak convert ke RM je. memang korang takkan beli punya sebab fikir mahal. tapi cuba fikir kualiti. sure berbaloi. aku ada beli clutch dinner harga 7.90 dolar. comvert duit malaysia dapat dlm 18 ingit. tak jumpa wei kat malaysia harga macam tu untuk kualiti mcm tu. jadi, jangan teragak2 nak pergi ke sana. aku pun rasa mcm nak pergi lagi. tak puas shopping. kat kl pun aku tak shopping mcm tu. bawak duit bukan banyak pun  240 dolar je tapi last2 dapat jugak duit baki dalam 200++ bila convert ke RM. kira tak habishlah duit tu sebab aku pk tak tau nk bawak balik mcm ne nanti kalau banyak barang.

p/s: nanti aku cerita hari kedua pula. hari kedua ke USS dan juga chinatown. hik3. shopping lagi..

belum baca entri sebelumnya berkaitan singapura? klik sini.



















































0 140 tukang karut:

Post a Comment