RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, January 7, 2013

Teaser 3: Seandainya, aku jatuh cinta lagi...

Assalamualaikum, saja nk post sesuatu sebelum pergi training for the whole day jap lagi.
****************


“Ariana umur berapa?”

Ariana terdiam. Rasa serba salah nak jawab soalan tersebut. Bimbang mama Akmal tak suka apabila mengetahui yang dia lebih tua daripada Akmal.

“Saya umur 23 aunty...” Ariana menjawab perlahan. Tak berani nak angkat muka.

“Hmm, kerja apa?”

“Saya mengajar. Err...cikgu di sekolah Akmal....” Ariana menjawab perlahan.

“Hmm, naughty betul anak mama ni. Kacau cikgu sendiri ye...” Mama mencubit pipi Akmal. Akmal hanya tersengih. Sempat Ariana menjeling ke arah Akmal yang dari tadi asyik tersengih je. Sukalah tu tengok orang malu macam ni. Bukan nak cakap apa-apa.

“Ala mama, kalau dah suka. Bukan boleh kira pun cikgu ke apa kan...” Akmal menjawab selamba. Ariana tertunduk malu. Ya Allah Akmal ni. Mulut tu. Ish!

Mama Akmal hanya ketawa kecil.

“Hmm, patutlah sejak kebelakangan ni, abang suka sangat ke sekolah. Ada buah hati rupanya...” usik mama Akmal. Akmal ketawa besar. Ariana dah tak tahu nak kata apa dah. Dada pula dari tadi berdegup kencang je.

“Ariana, aunty minta maaf ye kalau Akmal ni ada buat Ariana marah ke, suka kacau Ariana ke. Dia memang macam ni. Tapi hati dia baik. Harap Ariana jangan ambil hati ye...”

Ariana hanya tersenyum. Tak sanggup nak pandang muka Akmal yang asyik tersengih dari tadi. Lemah jantung dibuatnya.

“Ariana duduklah dulu. Aunty nak ke dapur kejap. Abang duduk diam-diam. Jangan nakal-nakal...” sempat mama Akmal berpesan. Ariana hanya tersenyum ketika melihat mama Akmal berlalu dari situ.

“So..?”

Ariana menoleh memandang ke arah Akmal. Hilang terus senyuman yang terukir di bibir tadi. Dia menjeling tajam ke arah Akmal.

“Awak ni kan. Memanglah. Kenapa tak cakap awal-awal nak bawa saya jumpa mama awak?” Ariana berbisik keras. Bimbang didengari oleh mama Akmal.

“Kenapa pulak? Kalau saya bagitahu, belum tentu awak nak datang kan?” Akmal menjawab tanpa rasa bersalah. Dia duduk menyandar di kerusi sambil memerhatikan wajah Ariana yang dah kelat macam mempelam muda itu.

“Tapi at least bagitahulah awal-awal. Bolehlah saya prepare ke apa. Tangok, baju saya pun tak sesuai tahu..” Ariana menjawab tak puas hati. Akmal memandang pakaian pada tubuh Ariana. Ariana terasa tak selesa direnung sebegitu oleh Akmal.

“Apa pulak tak sesuai? Okey je. Blouse lengan panjang warna purple, jeans hitam. Okeylah tu. Bukan awak pakai seksi pun. Kalau awak pakai seksi, saya tak bawa awak datang sini..” Akmal tersengih nakal. Ariana membulatkan mata. Berderau darah naik ke muka.

“Ka..kalau saya pakai seksi, awak nak bawa saya ke mana?” Ariana bertanya namun dalam hati dah boleh rasa jantung tu jatuh sampai ke usus besar.

“Saya bawa awak terus jumpa tok kadi. Nikah terus lepas tu bawa awak pergi honeymoon jauh-jauh..” Akmal mengangkat kening sambil tersengih nakal. Ariana mencebik geram namun dalam masa yang sama muka dah tak tahu nak hala ke mana.

“Awak ni kan. Cakap tu tak reti nak cover langsung. Buat malu je...”

Akmal ketawa kecil. Ariana menjeling. Dia memandang ke sekeliling. Baru dia perasaan.

“Cantiknya tempat ni. Macam taman bunga. Itu..tasik ke?” Ariana bangun lalu berjalan sehingga ke hujung halaman berbumbung.

“Boleh kata tasik jugaklah. Tu mama punya idea. Mama suka suasana macam ni. Tenang katanya. Nak ke taman tasik selalu mama tak larat. Jadi saya buatlah taman tasik untuk mama macam ni...” Akmal yang berdiri di sebelah menjawab. Ariana menoleh.

“Awak yang buat? Maksudnya awak buat semua ni? Serius?” Ariana bertanya hampir tak percaya. Biar betul. Mat rempit plus samseng macam Akmal ni boleh hasilkan seni sebegini indah?

“Kenapa? Tak percaya? Tulah. Rugi awak tak nak jatuh cinta dengan saya...” Akmal menjawab selamba sebelum berjalan memijak stepping stone menuju ke arah tasik buatan. Ariana mencebik sebelum mengekori Akmal. Terasa sakit tapak kakinya apabila memijak batu-batu tersebut. Dia melihat Akmal selamba je pijak batu-batu tu.

2 140 tukang karut:

nusha fasha said...

cerita kah ini?

p/s: Bntl tu ikut design juga awak.. bleh tgk page Nurul Yui Collection. =__=

Cahaya said...

nusha>>my next story insyaAllah. nanti sy tengok2 ye bntl tu..

Post a Comment