RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, January 10, 2013

Masalah..

Assalamualaikum, selamat hari khamis. marilah ceria2 sebab aku semalam rasa down sikit. banyak perkara yang berlaku lately yang membuatkan aku rasa penat teramat sangat sampai sakit-sakit belakang aku. dia cakap mungkin aku kekurangan darah sebab aku pergi derma darah hari tu. ada kaitan ke? entahlah.

hari ni insyaAllah selesai satu masalah. yang aku rasa major problem jugak rasanya. sebanya aku kan kena jaga exam jadi head invigilator untuk tiga kali. sebelum ni aku dah apply cuti sebab nak ke singapore, tapi entah macam mana jadual exam berganjak sebab ada revison week pulak. fine, aku tak ada masalah lagi sebab aku dah pakat-pakat dengan exam unit tak nk jaga exam masa aku cuti tu. kira hari lain letaklah aku kat mana pun. tu yang bantai aku kena jadi head sampai 3x tu. huhu. lepas tu, jadual exam berganjak lagi sebab go-kart. yang ni memang masalah sebab aku asalnya jaga exam hari selasa, jadi teranjak hari isnin padahal isnin tu aku cuti. dahlah exam pagi petang aku kena jaga. lepas tu mengagau aku kn cari ganti. pening+serabut+stres. lepas nak dapat cari penganti, aku hantar ke exam unit. masa ni ada lagi masalah sebabnya nama yang aku nk tukar tu rupanya dah tukar dengan nama orang lain. kau nampak tak sekarang macam mana dasyatnya masalah aku?berselirat dan bersimpang siur kat situ. huhu. so aku pun macam aduhhhh. pening tak boleh nak fikir. last2 kawan aku cakap apa kata aku ganti je orang yang nak aku ganti tu, tapi orang yang ganti aku tu tak payah ganti aku. kira aku ganti lebihlah. aku pun malas fikir, terus setuju je. jadi setel masalah aku kat situ. alhamdulillah. tolonglah jangan ada masalah lagi. aku dah tak larat nak fikir. banyak masalah yang aku nak fikir. pasal ayah aku nk ke IJN, pasal kereta lagi. penat.penat.penat.

0 140 tukang karut:

Post a Comment