RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, January 5, 2013

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum, selamat tahun baru. semoga sihat-sihat selalu. apa azam tahun baru? hmm, azam tahun baru aku belum dibuat lagi. aku nak list down dulu azam tahun lepas yang telah dan belum berjaya terlaksana. alhamdulillah setakat ni banyak juga azam tahun lepas yang dah berjaya aku capai. syukur.syukur. tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal azam tahun baru. aku nak cerita tentang azam tahun lepas yang tak termasuk dalam list. ada faham ka ayat yang aku guna? tak faham? takpe. aku pun tak paham. kah3. eh, tahun ni tak leh gelak kuat2 mcm kah3. kn gelak sopan like 'hihihi'. haha. just kiding. just be yourself dahlah okey.
tadi aku sambil-sambil buat skema jawapan untuk revision final. minggu depan dah revision week. budak2 ni pening2 nk buat kelas revison waktu bila. ada yang cadang buat malam tapi aku tak setuju. penatlah nk datang buat malam. so dorg cadang aku bagi soalan n dorg buat sendiri. bagi soalan tu satu hal, diorang suh sekali dengan skema jawapan sekali. wah.wah.wah.'bagus' betul anak murid aku. memang bertuahlah lecturer mcm aku ni dapat anak murid macam diorang tu. tp kira okeylah kalau diorang nak buat kan. dorg ni pandai je bg alasan. mujur aku baik hati. kah3. opss..hihihi.
so sekarang aku tengah buat jawapan, soalan dah siap mgu lepas and dah selamat deliver pun pada class representative diorang tadi. jawapan aku suh dtg esok or lusa sebab tak siap lagi. aku tulis tangan je. malas nak menaip. banyak kot. assignemnt n kuiz tak tanda lgi ni. so hope buatlah ye anak-anak bujang kesayangan aku sume. ( students aku semua lelaki sejak dari sem lepas lagi kecuali ada satu kelas.)
sebenarnya kan...aku nak cerita pasal benda lain tau. tapi macam aku dah cakap dulu. aku fail nak buat intro. kau tengok intro aku leh buat entri yg lain kan. punyalah panjang. biasalah, dulu masa sekolah aku penah kena dengan cikgu bm aku masa ujian tingkatan 4 ke 5. dia tulis. 'karangan terlalu panjang'. kah3. sabar jelah.
okey, aku malas nak mengarut lagi. sebenarnya aku nak cerita yang aku ari tu pertama kali pergi derma darah. kesian aku kan. umur dah matang baru sibuk nak derma darah. tu yang teruja lain sikit tu. heh. sebelum ni aku nak derma darah sejak dari umur 17 tahun lagi tapi sebab mak aku tak bagi. aku tak buatlah. lepas tu kat matrik, berat aku tak lepas pulak. lepas tu sampailah aku masuk u, berat aku masih tak lepas jugak. makan banyak dh tapi still bawh 45. so bila dah masuk alam pekerjaan ni, berat aku dah okey kalau ikut BMI. dh normallah. so dua minggu lepas ada kempen derma darah dekat kolej aku. aku pun dengan semangatnya turun ke hall sambil membawa payung sebab takut hujan. sampai je kat dewan ramai student je. staff mungkin aku orang pertama. memula tak rasa apa pun tapi bila nk kena cucuk tu aku dh rasa takut. tapi so far okeylah. laju je dia keluar. mujur aku datang awal, kalau ramai segan gak.
 masa ni student pun tak ramai lagi
 
 
sebelah aku ni kosong lagi. tapi masa aku nk habis, ramai dah
yang derma darah.
 
 
so tercapailah impian aku sejak sekian lama. ubat doktor bg aku makan sekali je lepas tu malas dah. haha. buku aku tak snap lagi. jadi kepada semua di luar sana. dermalah darah. ramai yang memerlukan bekalan darah. mana tahu in future kita pula yang perlukan darah  ke kan. sekian dulu entri tak seberapa di tahun baru. nanti aku cerita pasal lecturer day dengan tema 'Back To School' pulak.
 
 
Bye!

0 140 tukang karut:

Post a Comment