RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, January 31, 2013

Aku dan fobia tidur malam

Assalamualaikum...

hari ni aku nak kongsi sesuatu yang aku baru tahu. sebenarnya dah lama nak tulis entri tentang benda ni tapi macam biasa aku sibuk + malas. lagi pun rasanya benda ni dah lama orang tahu. cuma aku je baru tahu.

Dulu aku memang tak boleh tidur kalau lampu terpasang even lampu samar2 pun. aku jadi tak boleh tidur. aku lebih suka tidur dalam gelap. biar tak nampak apa-apa pun. sebab bagi aku dalam gelap memang takkan nampak apa-apa. kalau samar-samar or terang benderang ni boleh nampak apa yang aku tak nak nampak kan. huhu. aku memang tidur dalam gelap sampailah suatu malam. jengjengjeng. malam yang membuatkan aku fobia tidur malam dan tidur dalam gelap. nak tahu apa yang jadi?

ada satu malam tu aku tidur dalam keadaan marah. benda ni berlaku dalam tahun 2009 tak silap aku. penghujung tahun. paham-paham jelah kalau dah tidur dalam keadaan marah ni jadi apa. aku mimpi ada benda melompat-lompat atas badan aku smabil tergelak2. benda apa aku tak tau tapi bukan manusia. mimpi tu macam real sampai aku terjaga, jantung aku berdegup kencang. aku jadi takut gila terus bukak lampu. lepas tu aku kol seseorang dan cerita apa aku mimpi. lepas dah letak telefon, aku terus tak boleh tidur sampai pagi. sejak malam tu, aku sering diganggu oleh mimpi-mimpi menakutkan yang seolah-olah berlaku secara realiti. bila aku terjaga, memang jantung aku akan berdegup kencang. sampai satu tahap, aku mimpi benda tu main tarik selimut yang aku tutup muka aku lepas tu dia tarik kaki aku nak gantung aku. bila aku terjaga, kedudukan aku dalam mimpi itu adalah sama cuma kaki aku je tak tergantung. aku tak tahu benda apa yang kacau aku tu. lepas pada tu, aku memang tak tidur malam hampir setahun. aku jadi fobia. aku akan tidur lepas subuh. hampir setahun kau tahu aku tak tidur malam. aku jadi normal bila adik aku balik bercuti. kira aku tak takut nak tidur malam dah. tapi lepas adik aku balik U. aku balik semula jadi kelawar. memang tension hidup aku masa tu. aku tak cerita pun pada mak dan ayah aku. huhu. sejak dari itu sampailah dua bulan lepas, aku memang tidur dengan lampu menyala. lepas aku dapat kerja tahun 2010, barulah bneda tu tak kacau aku lagi. korang bayanglah, aku dah baca ayat-ayat sebelum tidur, ambik wudhuk sebelum tidur pun benda tu still kacau aku. sampai aku kena letak al-quran tepi aku buat teman tidur. tahap penakut aku memang sampai maksimum dah masa tu. benda tu macam tahu aku paling lemah masa tidur. fikiran aku mudah dimasuki semasa tidur. maksudnya aku ni mudah mimpi. selalu dapat pentunjuk pun melalui mimpi jugak.

jadi sejak dari hari tu, aku memang tidur bukak lampu melainkan aku ada teman tidur, barulah aku berani nak tutup lampu. kalau sorang-sorang jangan haraplah. tapi semua ini berubah bila dalam dua bulan lepas, aku terjumpa satu artikel menceritakan yang bahaya tidur dalam lampu. aku macam whatt?? dah dua tahun aku tidur pasang lampu dan aku baru tahu yang benda tu bahaya? lepas tu aku terus tidur tutup lampu. alhamdulillah, benda tu tak kacau aku lagi. dan aku agak berani sikit dari sebelum ni. sikit jelah. kira takdelah penakut sangat-sangat. 

HATI HATI jangan TIDUR dgn LAMPU MENYALA….BAHAYA!!!

Anak-anak yang tidur dengan lampu menyala beresiko mengidap leukemia.

Para ilmuwan menemukan bahwa tubuh perlu suasana gelap dalam menghasilkan zat kimia pelawan kanker. Bahkan ketika menyalakan lampu toilet, begadang, bepergian melintas zona waktu, lampu-lampu jalanan dapat menghentikan produksi zat melatonin.

Tubuh memerlukan zat kimia untuk mencegah kerusakan DNA dan ketiadaan zat melatonin tersebut akan menghentikan asam lemak menjadi tumor dan mencegah pertumbuhannya.

Prof. Russle Reiter dari Texas University yang memimpin penelitian tersebut mengatakan “Sekali Anda tidur dan tidak mematikan lampu selama 1 menit. Otak Anda segera mendeteksi bahwa lampu menyala seharian dan produksi zat melatonin menurun”.Jumlah anak-anak pengidap leukimia naik menjadi dua kali lipat dalam kurun 40 tahun terakhir. Sekitar 500 anak muda dibawah 15 tahun didiagnosa menderita penyakit ini pertahun dan sekitar 100 orang meninggal.

Sebuah konferensi tentang anak penderita leukimia diadakan di London menyatakan bahwa orang menderita kanker akibat terlalu lama memakai lampu waktu tidur dimalam hari dibanding dengan yang tidak pernah memakai lampu waktu tidur.

Hal ini menekan produksi melatonin dimana normalnya terjadi antara jam 9 malam s/d jam 8 pagi. Penelitian terdahulu telah menunjukkan bahwa orang-orang yang paling mudah terserang adalah para pekerja shift yang memiliki resiko terkena kanker payudara.

Pada kenyataannya, Orang-orang buta tidak rentan terhadap melatonin memiliki resiko yang lebih rendah mengidap kanker. Maka para orang tua disarankan utk menggunakan bola lampu yang suram berwarna merah atau kuning jika anak-anaknya takut pada kegelapan.


kredit : SINI





p/s: Cerita aku itu bukan rekaan semata-mata ye. kisah benar. huhu.

Wednesday, January 30, 2013

Wordless Wednesday : Akmal


Tuesday, January 29, 2013

Review : long dress. feeling like princess.

Assalamualaikum,

Best tak tajuk entri aku? :p
Sebelum ni kan aku ada buat review pasal website http://arlene.my/ kan. semalam aku dapat mesej dari owner tu kata dia bagi voucer 50% sebab aku tulis review pasal baju2 kat blog dia. serius aku tulis tu takde niat pun nak minta apa-apa. aku tulis sebab bagi aku memang baju2 dia murah dan berbaloi sebab kualiti dia ok dan murah. aku tak tahu mana owner tu tahu aku ada tulis review blog tersebut. yang penting next aku akan dapat half price. hik2. aku dah target nak beli maxi hoody kale biru tapi tunggu bulan depan sebab aku baru je beli pepel ni. memang puas hati. aku plan nak pakai dengan cardigan yang aku baru order tadi.

aku beli yang black dan turqous. memula nk beli black ngan light grey tapi tak ada. aku ambik aa kale turqous. kira wishlist aku masa dalam entri NI dan tercapai


oklah. kali ni aku nak cerita pulak kat mana selalu aku beli maxi dress yang boleh pakai pergi function or dinner. setakat ni aku beli je tapi tak pakai lagi. tak tau bila nak pakai sebab aku pun suka beli dah mudah jatuh hati dengan benda2 cantik macam tu. antara baju yang aku beli ialah jengjengjeng.






 cantik tak? bila pakai tu feeling2 princes tau. tapi aku tak pernah pakai lagi sebab tak ada function best. simpan dulu.

 yang ni kain dia sangatttt. tak tahu nak kata. lembut dan berat. memang best je pakai sebab dia ada hood. aku memang suka benda2 yang ada hood ni. bila nak pakai pun tak tau lagi. ;p
 
baju yang atas ni aku tak beli lagi. tapi aku ada beli set maxi and blazer macam kat atas tu. tadi cari tak jumpa lak gambar tu. dah habis kot. yg atas ni aku berkenan jugak. memang duit aku habis banyak kat shopping online je. nak berjalan keluar pergi shopping complex tak jumpa mcm yang aku berkanan. so kalau korang nak tahu aku beli kat maan, bolehlah beli kat sini

p/s: nyesal tak borong dress kat singapore. murah2. 10 dolar sepasang. rugiiiiiiiii!!

Alone...

sila menyanyi dengan ikut melodi 'patah seribu'.

aku rasa kesunyian,
disaat mahu berkongsi sesuatu berita,
kau tak ada di sisi...
ku tiada tempat meluahkan..
hati cuba tabah dan memahami,
situasimu,
tapi siapa mahu memahami hatiku?
kadangkala aku mengharapkan,
seseorang akan muncul mengantikan tempatmu...
jahatkah aku kerana inginkan kebahagian..
aku cuba memahami..
adakah ini terjadi kerana
aku sentiasa ada di sisimu,
membuatkan kau tak menghargaiku..
perlukah aku menghilangkan diri,
supaya kau sedar bagaimana
rasanya bila sendiri....


Thursday, January 24, 2013

Trip to singapore : the mystery part!

Assalamualaikum...
salam maulidur rasul.

hari ni aku nak sambung cerita tentang trip ke singapore tu. sementara mood tengah ada dan masa pun ada ni, moleklah aku cerita sikit pasal hari kedua aku di singapura. oh ya, sebelum aku pergi jauh. aku nak cerita satu benda yang bagi aku agak menakutkan. menakutkan sebab benda ni tak pernah lagi terjadi pada aku. nak dijadikan cerita, bilik tempat aku menginap tu ada 6 katil. aku pilih female only. yelah, takkan naka mix pulak kan. masa sampai tu hanya ada dua katil kosong. sepatutnya kawan aku duduk sorang tapi dah dia tak datang, tgl dua. masa kitorang balik dari chinatown malam tu, dah masuk sorang girl(?). kitorang memang takde nak sembang sangat sebab most of the time bebudak bilik aku tu akan lepak luar (kat ruang santai) dengan mat saleh yang lain. kira sembanglah sambil bertukar-tukar cerita. aku n kawan aku memang duduk dalam bilik buat hal sendiri. tambahan pula dah penat kan. lepas kemas barang-barang yang dibeli, kitorang pun makan megi kejap. aku dah kenyang sebenarnya tapi kawan aku tu lapar pulak. so kitorang pun keluarlah makan kat dapur. boleh nampaklah geng mat saleh ni kat depan tu.

nilah megi cup kalau korang tak pernah tegk. hik3.

bila dah siap makan semua, kitorang pun masuklah tidur. alhamdulillah aku takde masalah tak leh tidur walaupun tempat baru. selalu tu takut jugaklah kan. tapi maybe sebab penat sangat kut. lepas tu korang nak tahu tak ape terjadi pada aku pukul 6 pagi? jengjengjeng. kita bersambung pada entri akan datang. hahaha.







oklah acah je. aku sambunglah ni. janganlah marah. hik. masa pukul 6 pagi tu, ada sorang girl (?) dari taiwan kejut aku. kau tahu sebab apa dia kejut aku pagi2 buta tu? bukan nak kejut subuh sebab aku rasa dia bukan islam. tapi sebab dia nak jual selendang hitam kat aku. gila tak gila. dalam gelap kot. mahu tak terkejut aku. nasib baik aku tak menjerit dan tak mamai jugak. aku terus sedar dan tolak tangan ke arah dia and said please i dont. tapi dia sibuk suruh aku try. aku cakap i dont want! barulah dia cakap okey2 dan naik semula atas katil dia. pastu aku terus terduduk atas katil. capai jam tengok dah subuh. aku baring kejap sambil beristifar sebab otak aku dah fikir bukan-bukan. aku fikir dia nak pukau aku ke apa kan. pastu dlm 6.30 aku bangun terus ke tandas dan subuh. aku cepat2 kejut kawan aku untuk subuh dan cerita sikit kat dia. kawan aku tu ckp mungkin pompuan tu mengigau. tapi aku tak rasa pun dia mengigau.  entahlah. aku cuba berjaga-jaga je dan terfikir. aku ada semalam lagi kat sini. takut tu takdelah sangat tapi yelah. anything can happend kan. lepas subuh tu aku baring kejap sampai tertidur dekat pukul 8. huhu. 

nanti aku sambung pula day kedua ek. haha.

Monday, January 21, 2013

TRIP TO SINGAPORE: DAY 1

Assalamualaikum,
okey. ni aku nak sambung cerita pasal singapura. aku cerita sikitlah suasana kat singapura tu. tempat dia selamat tau. sebab semua tempat ada cctv even dalam bus pun. nanti aku akan tunjuk gambar dia. lepas tu guard pun ada kat mana-mana. even korang nak lintas jalan pon dorang tolong guide. kat sana korang jangan hentam langgar peraturan macam kat malaysia. ada jejnatas tapi pakai lintas jalan bawah ke. tak boleh. tapi kalau ada lampu insyarat dan lalaun pejalan kaki tu, bolehlah lintas tanpa guna jejantas.


nampak tak CCTV kat dalam bus? lagi satu driver bus kat sini tak dipanggil drive tapi dipanggil captain bus. canggih tak?mcm bawak kapal je. hik2.
 

sebelum ni aku ada cerita apa yang aku bawa ke singapura, sekarang aku nak cerita apa yang aku buat sebelum ke singapura. sebelum korang ke singapura, better korang study dulu. ni sangat penting sebab jalan dia banyak dan kalau korang tak tahu mana nak pergi, korang akan sesat. even aku dah study habis macam nak ambil exam pun, aku tersesat jugak. tersesat sebab keliru dan tak tahu mana nak turun dan aku tersalah tulis gambar bustand yang patut aku turun sebelum ke hostel. hampir dua jam sesat. tapi alhamdulillah. semuanya selamat. lepas tu aku terus master dengan sistem pengangkutan songapure. hik3.

apa yang aku buat bila study pasal singapura ialah, aku plan dulu mana aku nak pergi. aku buat draf guna excel.

ni antara draf yang aku buat. 

bila korang dah tahu mana korang nak pergi, korang cari pulak hotel mana nak mneginap. macam aku, aku menginap di happy snail hostel. rate dia agak murah compared to other backpakers hostel yang lain kat singapore. aku sengaja tdo kat singapore sebab senang nak gerak ke mana-mana. hostel tu korang boleh tengok kat sini happy snail hostel . korang boleh view dulu. memang aku rekomen lah tempat ni. breakfast dia roti, buha-buahan, nutella, peanut butter. korang boleh makan roti2 tu tak kira masa. pagi ke, petang ke, malam ke. dia memang letak atas meja. korang bantai sampai habis satu buku pon takpe dan tak payah bayar. cuma air tin dalam peti sejuk je kena bayar dan laundy. 

okey, setelh hostel. sebelum tu jangan lupa beli flight ticket. haha. bila dah setel tempat tidur dan dah tahu nak ke mana. korang kena study juga pasal lalaun ke tempat2 yang korang nak pergi tu. mcm aku memang aku guna maps.google tu sepenuhnya. study jalan. dan aku prefer guna MRT sebab senang. bus dia pun sangat efisyen dan tepat. aku tak guna pun teksi tau. sebab nak jimat. ini antara tempat-tempat yang aku plan nak pergi.

Day 1:

11.45- Bertolak ke singapura dengan AirAsia. perjalanan mengambil masa selama 1 jam.
12.45- sampai, terus setel kastam dan sebagainya. terus ke hostel.
4.30- sampai hostel. selesai urusan daftar masuk. solat dan mandi.
5-00- keluar ke vivocity untuk makan. lepas tu terus ke chinatown.
11.00- balik hostel.

sebenarnya, ini bukanlah plan asal. tapi kalau korang perasaan tempuh masa nak sampai hostel tu macam lama gila kan. kalah perjalanan dari kl-singapura yang ambil masa sejam je. ni sebab aku tersesat. kitorang turun dia stesen ke depan dam bila puas tanya orang dan tengok papan tanda perjalanan bus. kitorang naik bus. lepas tu saja nak make sure, tanya driver bus. dia cakap bus tak lalu sini padahal. so kitorang turunlah kat depan. bila tanya lagi dan tengok balik papan tanda. memang betullah bus yang kitorang naik dari awal tadi. jadi kitorang dah habsikan masa banyak sangat dekat tunggu bus je. nasib bus tu cepat gila kan. selang lima minit je tak salah aku. plan asal aku akan sampai ke hostel dalam pukul 2.30 paling lewat. lepas tu terus ke sentosa island untuk main play pass. nasib baik tak beli siap2. kalau tak nangeslah sebab dah lambat sampai. lepas tu asalnya aku pergi tiga orang, tapi sorang kawan aku tak dapat join last minit. sedih sangat sebab kitorang dah plan benda ni lama dulu. berbulan2. memang excited kwn aku tu tapi malam tu dlm kol 12 aku dpt msg dr adik dia yg dia eksident. terkejut aku. dahlah yg sorang lagi tu aku tak kenal. dia kawan kepada kwn aku. aku terfikir nak cancel dah trip ni. tapi aku tengok kalau cancel, hostel kena byr full. aku msg kwn kepada kwn aku tu, dia kata pergi berdua jelah. aku takut sebenarnya nak pergi berdua sebab. yelah, korang ada tengok cerita taken tak? dia pergi eropah berdua je. uhhuhu. tapi aku fikir positif dan beringat selalu jadi trip diteruskan. tapi memang sedihlah. yelah, bayangkan kau pergi bercuti dengan orang yang kau tak kenal. di mana keseronokannya? memang seronoklah jugak tapi takkan sama kalau kau pergi dengan bestfriend kau sendiri.

okey, kita sambung balik. bila korang study jalan tu, make sure korang view tempat tu guna maps. google tu. maksudnya ada life picturelah. aku siap print lagi sebab senang tahu tempat tu mcm ne.

 ni chinatown bahagian luar. kalau korang naik mrt, memang akan terus masuk dalam chinatown. so jangan risau. aku cadangkan korang mabik mrt je dari outram park. dua stesen je pun.
 ni outram park. dari changi airport. korang ambik mrt ke tanah merah lepas tu tukar mrt ke outram. dari sini korang ambik bus or teksi nak ke hostel tempat menginap. mcm aku ambik bus je.

 ni simpang masuk laluan hostel. ni jalan depan. aku masuk ikut belakang. tu yang sesat tu sebab aku kompius. hehe.
 ni pearl central. dari outram, korang akan naik bus dan akan trun kat sini dulu. lepas tu, lintas jalan pergi seberang dan ambik bus 124 untuk ke hostel
inilah dia vivocity. aku selalu makan kat sini je sebab sini aku tahu ada makanan halal. tempat lain tak sure.

oh, aku lupa nak cakap satu benda penting. aku nasihatkan, korang beli tourist pass. mcm aku beli tourist pass untuk 3 hari. benda ni mcm touch n go untuk MRT, BUS DAN LRT sahaja. kira korang naik turun 3 transport ni berapa kali pun tak kisah. jimat. kalau korang tersesat sampai hujung singapore pun, korang tak payah risau duit habis kat tambang je sebab pass ni memang unlimited untuk 3 hari. harga 30 dolar dan korang akan dapat refund 10 dolar bila korang pulangkan balik kad ni.

nilah dia tourist pass nya.

bila dah sampai hostel. kitorang rehat kejap sebelum ke vivocity untuk makan dan shopping. belum pape lagi dah sibuk nak shopping hik3.

 barang2 ku humban ats katil sebab penat. haha.
 loker yang disediakan. jangan lupa bawa kunci sendiri.
katil double deacker.

bila dah setel semua. kitorang terus ke vivocity untuk makan dan posing2 kejap.

 ni bustop belakang hostel aku. memang tunggu bus kat sini je.
 makanan pertama di singapura. nasi ayam kat chicken rice shop. haha.

 jalan keluar ke MRT





lepas dah makan tu, terus ke chinatown untuk beli barang sebab esok dan lusa rasa macam tak sempat dah nak pergi. dari vivocity, kotang kena berjalan ke herbourfornt untuk ambil monorel ke chinatown. vivocity ke herbourfront tu dalam 5 minit berjalan je. tapi agak besar dan boleh buat korang hilanag arah tujuan sebab tak jumpa jalan keluar. apa lagi, tanyalah orang. jangan malu bertanya nanti sesat jalan dan buang masa. orang singapura ni friendly. so tanya je lah.











so, korang layan jelah gambar2 kat atas, malas nak tulis caption. hoh. sorry kalau kualiti gambar tak best. tak ramai yang pandai guna kamera ku itu. huhu.

nilah hasil rembatan hari pertama. hari pertama okey. hari kedua belum lagi. barang-barang kat chinatown ni memang murah gila dan kualiti dia memang bagus. aku beli keychain 30 untuk 10 dolar. tshirt 3 helai 10 dolar. ada jugak 4 helai 10 dolar. rata2 yang jual barang2 suka buat mcm beli 3 untuk 10 dolar. 4 10 dolar. kualiti memang best.murahlah bg aku sebab kalau kita convert ke duit malaysia pun, korang mungkin takkan dapat harga macam tu dengan kualiti mcm tu kat malaysia.contoh keycahi, lepas convert dalam RM, korang akan dapat satu keychain dalam 80sen. cuba carik kat malaysia ada tak jual keycahin satu 80sen?? aku tak pernah jumpa lagi. paling cikai pun rm1.50. jadi kalau datang singapura tu, jangan lah asyik nak convert ke RM je. memang korang takkan beli punya sebab fikir mahal. tapi cuba fikir kualiti. sure berbaloi. aku ada beli clutch dinner harga 7.90 dolar. comvert duit malaysia dapat dlm 18 ingit. tak jumpa wei kat malaysia harga macam tu untuk kualiti mcm tu. jadi, jangan teragak2 nak pergi ke sana. aku pun rasa mcm nak pergi lagi. tak puas shopping. kat kl pun aku tak shopping mcm tu. bawak duit bukan banyak pun  240 dolar je tapi last2 dapat jugak duit baki dalam 200++ bila convert ke RM. kira tak habishlah duit tu sebab aku pk tak tau nk bawak balik mcm ne nanti kalau banyak barang.

p/s: nanti aku cerita hari kedua pula. hari kedua ke USS dan juga chinatown. hik3. shopping lagi..

belum baca entri sebelumnya berkaitan singapura? klik sini.



















































TRIP TO SINGAPORE: PREPARATION

Assalamaualaikum,
selamat hari isnin dan selamat hari bekerja yang masih lagi bekerja. aku cuti hari ni sebab semalam baru sampai KL dari singapore. so entry kali ni nak cerita pasal trip ke singapore. trip bajet dan backpaker je pon. so aku akan cuba cerita details yang mungkin. mana tahu lepas ni ada yang nak pergi ke singapore ke.
apa yang korang perlu tahu, singapore ni negara yang sangat strict. maksudnya, penduduknya memang sangat mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan tak kiralah orang tua ke, muda ke, bebudak ke. semua ikut peraturan dan well organized dari segi bangunan. tersusun je semua dan aku lihat bangunan dia macam sama je. warna pun sama. so korang kena tengok betul-betul landmark sesuatu tempat untuk korang mudah ingat. satu lagi yang aku suka tentang singapore ni tempat dia bersih je. tukang sapu sampah tepi jalan pun sentiasa ada di mana-mana. lepas tu banyak pokok-pokok. macam bandar dalam hutan. pokok pulak tersusun je. kira memang redup je. kebetulan aku pergi ke singapore tu, time hujan. memang sejuk jelah. penduduk dia sangat friendly dan sentiasa nak membantu. cuma slek sikit bila jumpa makcik bekeng masa nak beli tourist pass dekat changi airport. makcik tu orang melayu tak silap aku. islam dan pakai tudung tapi mulut dia. perghhh. agak sakit hatilah jugak kan tapi kita biarkan dia terjun dengan labu-labunya.
okeylah. entri ni aku akan cerita persiapan sebelum ke singapore. tak banyak aku buat persiapan since ayah aku masuk IJN mgu yang sama aku nak pergi ke Singapore. so kelang kabutlah jugak. nasib baik dua tiga minggu sebelum tu aku dah beli barang sikit-sikit. so just packing jelah the day before tu.
barang-barang yang aku bawa :
1.pakaian mengikut keperluan.

2. alatan mandi. ( make sure kuantiti tak lebih 10ml untuk cecair. aku beli bekas kecik2 kat mydin yang boleh letak cecair dan pencuci muka. senang. bwk je yang tu.)
nampak tak benda bulat panjang tu?ha tu lah yg aku guna untuk letak pencuci muka, sanitizer, olay dan scrub muka. tapi aku just pakai dua je. hik3.

3. passport. yang ni paling penting. hmm, patut aku letak kat nombor satu tadi,
4. kain batik untuk mandi. ni terpulanglah. cuma tempat orang kita tak tahu. mana tahu ada hidden camare ke kan. sebab aku bermalam di singapore.
5. kasut yang sesuai untuk berjalan jauh. aku pakai kasut bum je.
6. payung atau baju hujan. ( aku tak bawak pun payung sebab kat flight tak leh bawak payung naik flight. tapi kawan aku selamba je bawak dan lepas. aku pinjam payung dekat owner hostel tu. baik kan dia. hehe)
7. duit secukupnya. better korang tukar siap-sipa duit dolar singapura tu. kalau tukar kat sana dia jadi lagi mahal. so tukarlah kat malaysia. bawa juga duit malaysia sikit. mana tahu akan guna nanti.
8. bawalah makanan ringgan sikit. aku bawk dua meggi dan biskut serta 3 in 1 vico dan nestum. aku guna 1 meggi, dua vico je. yang lain aku tinggal hostel separuh, n bawak balik separuh sebab beg tak muat.
9. sejadah berkompas. penting untuk tahu arah kiblat.
10. apa lagi ek? aku pun tak ingat apa aku bawak. tapi yang paling penting, bawa baju yang sesuai. tak payah banyak2 tapi make sure boleh mix and match untuk jimat ruang. ramai yang kata bila ke singapura, korang takkan dapat shopping sangat. sebenarnya tak betul tu. aku bawak 6 ratus je tapi boleh beli cenderamata untuk family dan kawan2 sampai aku kena beli beg baru nak bawa balik tahu. yang penting, korang tahu kat mana korang nak cari barang murah tapi kualiti dia perghhhhh. kat malaysia pun tak dapat harga tu untuk kualiti tu even korang convert duit malaysia. serius!

okeylah. lain kali aku cerita kat sana by part okey. jumpa nanti. bye.

Wednesday, January 16, 2013

satu hari di pejabat fajar pakeer

Assalamualaikum,
selamat petang rabu. hari ni 1st day dlm mgu ni aku masuk kerja. isnin dan selasa aku ambik emergency leave sebab ayah aku masuk IJN. masa kat IJN tak snap pic pun sebab aku sibuk ke hulu ke hilir ditambah kena jada budak kecik pasal budak kecil boleh masuk pukul 6 petang je. penattt. masa hari tu aku datang pukul 11 dan gilir-gilir jaga budak kecik tu untuk naik atas tengok ayah aku. kali ni memang tak dapat nak operate sebab kena panggil pakar dari australia. so dijangka hujung bulan 5 baru boleh bedah. masa hari isnin hari tu, aku dapat panggilan dari Fajar pakeer jemput untuk tanda tangan novel aku. masa tu aku rasa mcm alamak, macam  mana nak buat ni. bila aku bincang dengan mak, mak kata pergi jelah. kalau tunggu situ pun tak boleh masuk sebab kn jaga budak kecik n boleh bawak sekali budak2 tu. so aku pun pergilah ke pejabat fajar pakeer. sush jugak nk cari pejabat tu sebab katanya tu pejabat baru. sepatutnya kn buat temujanji dulu tapi aku pakai belasah je datang sebab minggu ni aku dah tak naik kl plus weekeed ni aku akan berangakt keluar negara. ahahah. so layankan je gambar2 yang ditangkap oleh.errr...lupa nak tanya. tapi 1 of the editorial member lah.






Thursday, January 10, 2013

Masalah..

Assalamualaikum, selamat hari khamis. marilah ceria2 sebab aku semalam rasa down sikit. banyak perkara yang berlaku lately yang membuatkan aku rasa penat teramat sangat sampai sakit-sakit belakang aku. dia cakap mungkin aku kekurangan darah sebab aku pergi derma darah hari tu. ada kaitan ke? entahlah.

hari ni insyaAllah selesai satu masalah. yang aku rasa major problem jugak rasanya. sebanya aku kan kena jaga exam jadi head invigilator untuk tiga kali. sebelum ni aku dah apply cuti sebab nak ke singapore, tapi entah macam mana jadual exam berganjak sebab ada revison week pulak. fine, aku tak ada masalah lagi sebab aku dah pakat-pakat dengan exam unit tak nk jaga exam masa aku cuti tu. kira hari lain letaklah aku kat mana pun. tu yang bantai aku kena jadi head sampai 3x tu. huhu. lepas tu, jadual exam berganjak lagi sebab go-kart. yang ni memang masalah sebab aku asalnya jaga exam hari selasa, jadi teranjak hari isnin padahal isnin tu aku cuti. dahlah exam pagi petang aku kena jaga. lepas tu mengagau aku kn cari ganti. pening+serabut+stres. lepas nak dapat cari penganti, aku hantar ke exam unit. masa ni ada lagi masalah sebabnya nama yang aku nk tukar tu rupanya dah tukar dengan nama orang lain. kau nampak tak sekarang macam mana dasyatnya masalah aku?berselirat dan bersimpang siur kat situ. huhu. so aku pun macam aduhhhh. pening tak boleh nak fikir. last2 kawan aku cakap apa kata aku ganti je orang yang nak aku ganti tu, tapi orang yang ganti aku tu tak payah ganti aku. kira aku ganti lebihlah. aku pun malas fikir, terus setuju je. jadi setel masalah aku kat situ. alhamdulillah. tolonglah jangan ada masalah lagi. aku dah tak larat nak fikir. banyak masalah yang aku nak fikir. pasal ayah aku nk ke IJN, pasal kereta lagi. penat.penat.penat.

Wednesday, January 9, 2013

DUNIA...

Jika diberi peluang, aku ingin lenyap seketika dari dunia aku ni dan masuk ke dalam dunia yg aku ciptakan sendiri. cuma sebentar sahaja. sekadar ingin mencari semangat untuk meneruskan hidup dalam dunia yang semakin hari semakin memenatkan dan melalaikan. tolonglah, cuma sebentar sahaja. kerana aku tak tahu ke mana harus ku paling, kemana harus ku pergi dan kemana harus aku luahkan rasa hati ini. kalaulah blog ini mampu berbicara kembali kepadaku, alangkah baiknya. aku penat. sangat penat dan aku rasa sendirian. tiada tempat mengadu.

Permulaan Tahun baru yang agak hmmmmm.

Assalamualaikum,
hari ni dah 9 jan 2013 dan ini bermaksud dah 9 hari kita berada di tahun 2013. macam mana permulaan tahun baru korang? okey? tak okey? relaks je sudah. tapi memang mudah nak cakap 'relaks' lah. benda kecik je. memang mudah nk cakap macam tu kan sebab kita tak mengalami apa yang orang tu alami. macam aku, permulaan tahun baru ni ada yang tak okey, ada yg okey. yang okey sebab novel dah terbit. yang tak okey banyaklah. jadi kesimpulan awal yang aku boleh buat, permulaan tahun baru ni bagi aku tak berapa okey sangat. serabut + stress. minggu depan insyaAllah aku akan mula bercuti. bercuti ke mana tu nantilah aku cerita. tapi nak boleh ke bercuti tu memang serabutlah. mula-mula aku dpt tahu cuti dibekukan, tapi mujurlah tarikh aku apply cuti tu tak kena dengan frozen time tu. lega satu. yang kedua, semalam aku dapat tahu final exam budak2 ni dianjakan awal sebab ada Go-Kart. yang buat aku stressnya. time aku jaga exam yang dianjakkan tu, kena masa aku cuti. pastu serabut aku nk cari replacement. tension aa. bagi tahu last minit. huh. bila aku dah dapat lecturer yg nak ganti, aku kol Exam unit, dorg kata jangan tukar dulu. dorang akan finalize jadual balik. so sekarang aku terpaksa tunggu. pening aa. sakit kepala otak aku pikir. lepas tu exam kali ni aku jadi head invigilator dekat dewan. 3 x pulak tu. manalah aku reti. tapi yg tu aku malas pk. hentam jelah. belasah je. ni antara tugas-tugas ketua pengawas :
 
Responsibilities of Head of Invigilator. 
a.        The Head of Invigilator must report to the Examination Officer or his / her representative at examination’s office at least THIRTY (30) minutes before the examination starts. The Head of Invigilator will get sealed envelope containing the examination question papers and a list of names of students sitting for the examination.
b.       The Head of Invigilator will verify the attendance of the Invigilators and Assistant Invigilators (runner).
c.        The Head of Invigilator has to instruct the Invigilators to distribute the answer booklets, attendance forms, and other necessary document needed to all desks. The distribution must be completed the latest FIFTEEN (15) minutes before examination starts.
d.       The Head of Invigilator has to instruct the students to enter the examinations room/hall FIFTEEN (15) minutes before the examinations starts.
e.        The Head of invigilator has to ensure that the students’ attendances are recorded correctly.
f.         The Head of Invigilator will announce the start and end of the examination time. He also needs to announce to the students when there is only FIFTEEN (15) minutes left before the examination ends.
g.        The Head of Invigilator is to remind the students about the examination misconduct.
h.       If any student is allowed to leave Examination hall/room for a specific purpose and then return to the hall, the Head of Invigilator must ensure that the student is under close observation while he is outside the hall/room.
i.         The Head of Invigilator is allowed to bar students who disobey the examination regulation from sitting for the examination.
j.         The Head of Invigilator must report any incident which is against the examination regulations to the Examination officer or the representative immediately after the examination.
k.       The Head of Invigilator may allow any student to leave the examination hall if the student wishes to submit the answer booklet earlier than 15 minutes before the examination ends.
l.         The Head of Invigilator must instruct the invigilators to collect the answer booklets/papers while students remain seated. Empty or unused answer booklets/papers must be collected separately.
m.     The Head of Invigilator is responsible for counting and verifying the number of answer booklets/papers collected.
n.       The head of Invigilator is responsible for handing over the answer booklets/answers to the Examination Director or his representative. Answer booklets/papers that are empty or unused are also to be submitted.
o.       The Head of Invigilator is not allowed to suspend, postpone or cancel any examination without the agreement of the Registrar.
p.       The head of Invigilator has to verify the attendance of the Invigilators and Assistant Invigilators to the Examination Officer or his representative at the Examination’s office after the examination.
q.       The Head of Invigilator has to gather all information/evidence pertaining to any case related to the violation of the examination regulation and to surrender the information/evidence to the Examination Officer or his representative.
r.        The Head of Invigilator is responsible to make sure that the examination runs smoothly.
s.        The Head of Invigilator is given the authority to take necessary action in order to prevent any misconduct.
 
cuba kau fikir, dengan masalah lain lagi, macam mana aku tak stress? nak bercuti pun tak tenang. huh!
 
bye!
 

Monday, January 7, 2013

Teaser 3: Seandainya, aku jatuh cinta lagi...

Assalamualaikum, saja nk post sesuatu sebelum pergi training for the whole day jap lagi.
****************


“Ariana umur berapa?”

Ariana terdiam. Rasa serba salah nak jawab soalan tersebut. Bimbang mama Akmal tak suka apabila mengetahui yang dia lebih tua daripada Akmal.

“Saya umur 23 aunty...” Ariana menjawab perlahan. Tak berani nak angkat muka.

“Hmm, kerja apa?”

“Saya mengajar. Err...cikgu di sekolah Akmal....” Ariana menjawab perlahan.

“Hmm, naughty betul anak mama ni. Kacau cikgu sendiri ye...” Mama mencubit pipi Akmal. Akmal hanya tersengih. Sempat Ariana menjeling ke arah Akmal yang dari tadi asyik tersengih je. Sukalah tu tengok orang malu macam ni. Bukan nak cakap apa-apa.

“Ala mama, kalau dah suka. Bukan boleh kira pun cikgu ke apa kan...” Akmal menjawab selamba. Ariana tertunduk malu. Ya Allah Akmal ni. Mulut tu. Ish!

Mama Akmal hanya ketawa kecil.

“Hmm, patutlah sejak kebelakangan ni, abang suka sangat ke sekolah. Ada buah hati rupanya...” usik mama Akmal. Akmal ketawa besar. Ariana dah tak tahu nak kata apa dah. Dada pula dari tadi berdegup kencang je.

“Ariana, aunty minta maaf ye kalau Akmal ni ada buat Ariana marah ke, suka kacau Ariana ke. Dia memang macam ni. Tapi hati dia baik. Harap Ariana jangan ambil hati ye...”

Ariana hanya tersenyum. Tak sanggup nak pandang muka Akmal yang asyik tersengih dari tadi. Lemah jantung dibuatnya.

“Ariana duduklah dulu. Aunty nak ke dapur kejap. Abang duduk diam-diam. Jangan nakal-nakal...” sempat mama Akmal berpesan. Ariana hanya tersenyum ketika melihat mama Akmal berlalu dari situ.

“So..?”

Ariana menoleh memandang ke arah Akmal. Hilang terus senyuman yang terukir di bibir tadi. Dia menjeling tajam ke arah Akmal.

“Awak ni kan. Memanglah. Kenapa tak cakap awal-awal nak bawa saya jumpa mama awak?” Ariana berbisik keras. Bimbang didengari oleh mama Akmal.

“Kenapa pulak? Kalau saya bagitahu, belum tentu awak nak datang kan?” Akmal menjawab tanpa rasa bersalah. Dia duduk menyandar di kerusi sambil memerhatikan wajah Ariana yang dah kelat macam mempelam muda itu.

“Tapi at least bagitahulah awal-awal. Bolehlah saya prepare ke apa. Tangok, baju saya pun tak sesuai tahu..” Ariana menjawab tak puas hati. Akmal memandang pakaian pada tubuh Ariana. Ariana terasa tak selesa direnung sebegitu oleh Akmal.

“Apa pulak tak sesuai? Okey je. Blouse lengan panjang warna purple, jeans hitam. Okeylah tu. Bukan awak pakai seksi pun. Kalau awak pakai seksi, saya tak bawa awak datang sini..” Akmal tersengih nakal. Ariana membulatkan mata. Berderau darah naik ke muka.

“Ka..kalau saya pakai seksi, awak nak bawa saya ke mana?” Ariana bertanya namun dalam hati dah boleh rasa jantung tu jatuh sampai ke usus besar.

“Saya bawa awak terus jumpa tok kadi. Nikah terus lepas tu bawa awak pergi honeymoon jauh-jauh..” Akmal mengangkat kening sambil tersengih nakal. Ariana mencebik geram namun dalam masa yang sama muka dah tak tahu nak hala ke mana.

“Awak ni kan. Cakap tu tak reti nak cover langsung. Buat malu je...”

Akmal ketawa kecil. Ariana menjeling. Dia memandang ke sekeliling. Baru dia perasaan.

“Cantiknya tempat ni. Macam taman bunga. Itu..tasik ke?” Ariana bangun lalu berjalan sehingga ke hujung halaman berbumbung.

“Boleh kata tasik jugaklah. Tu mama punya idea. Mama suka suasana macam ni. Tenang katanya. Nak ke taman tasik selalu mama tak larat. Jadi saya buatlah taman tasik untuk mama macam ni...” Akmal yang berdiri di sebelah menjawab. Ariana menoleh.

“Awak yang buat? Maksudnya awak buat semua ni? Serius?” Ariana bertanya hampir tak percaya. Biar betul. Mat rempit plus samseng macam Akmal ni boleh hasilkan seni sebegini indah?

“Kenapa? Tak percaya? Tulah. Rugi awak tak nak jatuh cinta dengan saya...” Akmal menjawab selamba sebelum berjalan memijak stepping stone menuju ke arah tasik buatan. Ariana mencebik sebelum mengekori Akmal. Terasa sakit tapak kakinya apabila memijak batu-batu tersebut. Dia melihat Akmal selamba je pijak batu-batu tu.

Saturday, January 5, 2013

Kempen Derma Darah

Assalamualaikum, selamat tahun baru. semoga sihat-sihat selalu. apa azam tahun baru? hmm, azam tahun baru aku belum dibuat lagi. aku nak list down dulu azam tahun lepas yang telah dan belum berjaya terlaksana. alhamdulillah setakat ni banyak juga azam tahun lepas yang dah berjaya aku capai. syukur.syukur. tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal azam tahun baru. aku nak cerita tentang azam tahun lepas yang tak termasuk dalam list. ada faham ka ayat yang aku guna? tak faham? takpe. aku pun tak paham. kah3. eh, tahun ni tak leh gelak kuat2 mcm kah3. kn gelak sopan like 'hihihi'. haha. just kiding. just be yourself dahlah okey.
tadi aku sambil-sambil buat skema jawapan untuk revision final. minggu depan dah revision week. budak2 ni pening2 nk buat kelas revison waktu bila. ada yang cadang buat malam tapi aku tak setuju. penatlah nk datang buat malam. so dorg cadang aku bagi soalan n dorg buat sendiri. bagi soalan tu satu hal, diorang suh sekali dengan skema jawapan sekali. wah.wah.wah.'bagus' betul anak murid aku. memang bertuahlah lecturer mcm aku ni dapat anak murid macam diorang tu. tp kira okeylah kalau diorang nak buat kan. dorg ni pandai je bg alasan. mujur aku baik hati. kah3. opss..hihihi.
so sekarang aku tengah buat jawapan, soalan dah siap mgu lepas and dah selamat deliver pun pada class representative diorang tadi. jawapan aku suh dtg esok or lusa sebab tak siap lagi. aku tulis tangan je. malas nak menaip. banyak kot. assignemnt n kuiz tak tanda lgi ni. so hope buatlah ye anak-anak bujang kesayangan aku sume. ( students aku semua lelaki sejak dari sem lepas lagi kecuali ada satu kelas.)
sebenarnya kan...aku nak cerita pasal benda lain tau. tapi macam aku dah cakap dulu. aku fail nak buat intro. kau tengok intro aku leh buat entri yg lain kan. punyalah panjang. biasalah, dulu masa sekolah aku penah kena dengan cikgu bm aku masa ujian tingkatan 4 ke 5. dia tulis. 'karangan terlalu panjang'. kah3. sabar jelah.
okey, aku malas nak mengarut lagi. sebenarnya aku nak cerita yang aku ari tu pertama kali pergi derma darah. kesian aku kan. umur dah matang baru sibuk nak derma darah. tu yang teruja lain sikit tu. heh. sebelum ni aku nak derma darah sejak dari umur 17 tahun lagi tapi sebab mak aku tak bagi. aku tak buatlah. lepas tu kat matrik, berat aku tak lepas pulak. lepas tu sampailah aku masuk u, berat aku masih tak lepas jugak. makan banyak dh tapi still bawh 45. so bila dah masuk alam pekerjaan ni, berat aku dah okey kalau ikut BMI. dh normallah. so dua minggu lepas ada kempen derma darah dekat kolej aku. aku pun dengan semangatnya turun ke hall sambil membawa payung sebab takut hujan. sampai je kat dewan ramai student je. staff mungkin aku orang pertama. memula tak rasa apa pun tapi bila nk kena cucuk tu aku dh rasa takut. tapi so far okeylah. laju je dia keluar. mujur aku datang awal, kalau ramai segan gak.
 masa ni student pun tak ramai lagi
 
 
sebelah aku ni kosong lagi. tapi masa aku nk habis, ramai dah
yang derma darah.
 
 
so tercapailah impian aku sejak sekian lama. ubat doktor bg aku makan sekali je lepas tu malas dah. haha. buku aku tak snap lagi. jadi kepada semua di luar sana. dermalah darah. ramai yang memerlukan bekalan darah. mana tahu in future kita pula yang perlukan darah  ke kan. sekian dulu entri tak seberapa di tahun baru. nanti aku cerita pasal lecturer day dengan tema 'Back To School' pulak.
 
 
Bye!

Friday, January 4, 2013

STRESS...

Assalamualaikum,
sekarang tengah stress. sebab :
1: exam nanti aku kena jadi ketua pengawas ( head of invigilator) untuk final. dekat dewan okey. students 100++. haih. aku pulak kena conduct bebudak ni in english lak tu. TIGA KALI PULAK TU.
2: bonus asb dapt sikit je. separuh dr aku kira ari tu. grrrrr.
3: aku apply master tapi kena reject! nk tahu sebb apa kena reject? sebab mode yg aku pilih tu tak wujud sebenarnya. arghhhhh! dah tu kenapa masa isi ada je mode tu. lepas tu duit regester rm 30 tu burn mcm tu je. mana aku tak sakit hati.

p/s: semua berlaku pada hari ini. stresss. mujurlah esok cuti. dan aku plan nak keluarkan bonus asb semuaaaaaaaaaaaa sekali nak buat beli heels kat nose. gerammmmmm!!

Thursday, January 3, 2013

I'm Falling in Love..

Asalamualaikum,
sekarang aku dah jatuh cinta. aduii, tak boleh gini. hatiku jadi cair. aku boleh berjam-hjam menatap wajah dia. mendengar suara dia. aku rasa bersemangat dan dalam masa yang sama rasa terbuai-buai perasaanku bila aku menghabiskan masa dengannya. dulu aku tak minat dia. serius gila. like very serius okey! orang kata dia sangatlah hensome tapi aku jatuh cinta dengan dia bukan sebab rupa okey. jadi aku naklah show off kat korang siapa kah gerangan orang yang aku dah jatuh cinta tu..

video

see? best gila lagu ni kan. aku dulu ada dengar lagu ni kat somewhere tapi tak tau tajuk, so aku pun just let go jelah. selalu kalau aku dengr lg n aku suke, memang aku akan youtube and download masuk dlm playlist pastu repeat sampai lebam. aku start kenal Big Bang ni masa tgk running man. sebelum tu serius tak kenal. aku mana minat sangat korea ni. sebabnya korea ni mcm penyakit berjangkin yang takde ubat tau. melarat-larat dan terus melarat. kau takkan boleh nak berhenti once kau dah start layan korea. mcm aku dulu. aku tak minat running man, tapi sekali aku dah tengok, aku dah tak reti berhenti. tiap2 mgu akan download citer tu. jadi macam yg aku cakap tadi, aku minat lagu ni je. bukan minat penyanyi dia. aku suka suara diorang masa nyanyi lagu ni. lagu lain aku tak minat sangat. fantastic baby sound okey lagi. Lagu Blue ni memang meresap dalam hati aku sampai aku download english version and female version lagi. haha. itulah aku. once aku dah minat gila, sampai lubang cacing aku cari. hehe.

video
ni english version. yg female version tu korang carilah sendiri.

p/s: boleh tambah lagu dlm my playlist yg aku tengah main sekarang khas untuk ambik mood menulis. masa menulis wajib pasang lagu dlm playlist yg aku dh pilih2.
p/s 2: Hmmm. jatuh cinta dengan 'Akmal' lak. haih.