RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, December 10, 2012

Pengalaman ke Kuala Lumpur dengan bus tercabut tayar

Assalamaualaikum, selamat hari isnin. ada yang monday blues ke hari ni? aku alhamdulillah tak rasa nak monday blues sangat sebab jumaat dah cuti dan hujung minggu lepas memang banyak berjalan. aku ke kuala kangsar untuk memenuhi jemputan kenduri kawin kawan sekolah. perjalanan kuantan-kuala lumpur-kuala kangsar-kuala lumpur-kuantan. memang puas hati tambah-tambah aku bawa balik 'orang baru' hik3.

tapi aku tak nak cerita tentang 'orang baru' tu. apa aku nak cerita ialah pengalaman menaiki bus ke kl dari kuantan. aku rasa ramai je kot yang ada pengalaman naik bus kan. aku sebenarnya dah lama tak naik bus ke mana-mana. selalu drive je. tapi memandangkan aku ke kl untuk ambil 'orang baru' aku tu, so kenalah ke kl dengan bus. so hari jumaat aku ambil cuti. pukul 7.30 pagi aku gerak ke kuantan dan ambil tiket pukul 8.45 dengan bas bulan restu. aku sebenarnya tak prefer naik bus pelik-pelik ni. selalu main bus aku ada maralinear. kalau tak ada baru transnasional. yang lain tu memang aku takut nak naik sebab yelah. kan sekarang ni banyak je kes kemalangan bus. so bus2 yang aku naik ni kira rasmilah kot. huhu. tapi pada hari tu disebabkan aku nak sampai kl cepat, aku terpaksa juga naik bus bulan restu. bas lain semua pukul sembilan ke atas.

masa naik tu aku dapat seat belakang sekali. memang selesalah sebab ruang besar dan tak melambung-lambung. so aku pun menikmati perjalanan ke kl sambil tertidur-tidur. bila nak masuk karak aku okey lagi. laluan karak memang laluan yang menakutkan bagi aku sebab agak mengerikan dan kereta suka bawak laju2. bila bus dah masuk terowong pun aku okey lagi tapi rasa takut jugak sebab bus laju kan. bila keluar dari terowong, nak naik bukit tetiba bus bergegar dan terhenti. aku duduk tepi tingkap nampak tayar bergolek-golek ke sebelah sana. ada satu mpv tu lalu sipi-sipi je nak langgar tayar tu. aku dah tutup mulut dengan tangan sebab takut ada kereta belakang yang terlanggar. ngeri wei. tapi alhamdulillah, bus selamat berhenti ke tepi dan tayar pun selamat landing dekat divider. orang dalam bus tak habis-habis cakap nasib baik nasib baik. ni memang pengalaman pertama aku naik bus jadi mcm ni. macam takut lak nak naik bus lagi. huhu.

 macam ni lah rupanya
 

sila zoom untuk tgk tayar tu bergolek ke mana.
 
 
orang cakap kalu tercabut tayar depan ni bahaya sebab boleh terbalik bus. tapi alhamdulillah tak jadi apa-apa maybe sebab masa tu bus tengah slow sebab mendaki bukit kan. huhu. walau apa-apa pun itu pengalaman. apa-apa je boleh terjadi kan. syukur umur masih panjang.
 
p/s: masih cuba menyesuaikan diri untuk terima kehadiran 'orang baru'.


0 140 tukang karut:

Post a Comment