RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, December 10, 2012

Dia Putera Mahkota?(Bab 2)


BAB 2
 “ DAHLIA! BANGUN!”
Dahlia masih enak dibuai mimpi. Dalam mimpi tersebut seorang putera raja sedang menunggang kuda putih mengejarnya. Tersenyum-senyum dia seketika.
“DAHLIA! BANGUN! KAMU TAK NAK PERGI KULIAH KE?” Suara ibu di luar hampir merobohkan pintu biliknya namun Dahlia seolah-olah tidak sedar. Dia begitu asyik dibuai mimpi indah.
“DAHLIA DARINA ERYNA! KALAU KAMU TAK BANGUN SEKARANG, IBU AKAN PECAHKAN PINTU NI!
Dahlia akhirnya membuka mata. Dia mengeliat perlahan. Senyum masih lagi terukir di bibir. Bestnya dapat mimpi macam tu.
“DAHLIA! IBU KIRA SAMPAI TIGA. SATU...”
“Yelah. Lia bangunlah ni...” Dahlia duduk sambil mengeliat diatas katil. Tangan menahan kuap di mulut. Dia menjeling jam di atas meja belajar. Bulat matanya apabila menyedari yang dia telah lewat ke kuliah. Hampir melompat dia turun dari katil lalu mencapai tuala sebelum berlari ke pintu. Wajah garang ibu menyambutnya di muka pintu.
“Kenapa ibu tak kejut Lia. Lia ada test hari ni...” Kelang kabut Dahlia berlari menuju ke bilik air. Ibu mencekak pinggang.
“Amboi-amboi. Bertuah betul anak dara ni. Kita punya nak terkeluar anak tekak jeritkan dia dari tadi. Boleh dia salahkan kita pula...”
“Apa dia yang awak membebel pagi-pagi buta ni. Saya nak minum pun tak senang...”
“Anak kesayangan awak tulah. Dah besar panjang pun tak terurus. Nak ke kuliah pun asyik nak berkejut je. Esok lusa dah nak kawin. Entah macam manalah jadinya nanti. Tunggang langgang..!” Ibu masih lagi menyambung bebelannya di ruang makan. Ayah hanya mengeleng perlahan.
“Dahlia tu kan masih budak-budak lagi. biarlah dia. Esok lusa berubahlah dia tu nanti...” ayah macam biasa membelanya. Ibu mencebik.
“Budak-budak apa kalau umur dah dekat 22. Dah boleh kawin pun...”
“Kawin? Siapa yang nak kawin?” Dahlia yang sudah siap berpakaian berjalan ke meja makan. Alang-alang dah lambat, baik lambat terus. Pandai-pandailah dia goreng dengan pensyarah nanti. Dahlia menarik kerusi sebelum duduk di sebelah ayahnya.
“Minum Lia. Nanti lapar pula kat kelas...” Ayah mencedokkan nasi goreng di pinggannya.
“Thank you ayah. Ni yang buat Lia sayanggggg ayah ni...” Dahlia tersengih. Ayah turut tersenyum sebelum berdehem seketika apabila melihat raut wajah isterinya yang masam mencuka.
“Yang kamu ni, bukan ke tadi kamu kata dah lambat nak ke kelas? Kenapa duduk sini lagi?” Ibu dah mula nak berleter lagi.
“Ala awak ni. Biarlah dia nak makan dulu. Depan rezeki ni tak baik nak bertekak. Nanti apa-apa jadi pada Lia ni, siapa nak tanggung...” Ayah membela dirinya lagi. Senyum Dahlia semakin lebar.
“Saya bukan apa bang, saya risau dengan si Lia ni. Boleh dikatakan hari-hari dia ni lewat ke kelas. Pensyarah kamu tak bising ke?”
Dahlia mengaru kepala yang tidak gatal.
“Ala ibu. Pandai-pandailah Lia goreng. Lagi pun Lia ni pelajar harapan. Lecturer tak kisah punya...”
“Pandai cakap. Kalau ibu dapat laporan....”
“Hmm, Lia dah kenyang. Lia pergi dulu. bye Ibu, ayah...” Lia mencium pipi ayah dan ibunya sebelum berlari ke pintu. Kunci Myvi dicapai.  Sempat dia membetulkan shawl yang terbuai bebas di bahunya.
“Lia pergi dulu..!” Dia menjerit sebelum kelibatnya hilang dari pandangan. Ibu hanya mampu mengeleng.
“Saya risaulah pasal Lia tu bang...”
“Tak payahlah awak nak risau. Saya yakin dia pandai jaga diri. Bagi dia masa. Lagipun Reza kan ada.”
“Itu lagi saya risau...”
“Kenapa pula?” tanya ayah sambil menanbah lagi nasi goreng di pinggan.
“Lia dengan Shahreza tu. Hubungan diorang macam mana? Dah tiga tahun berkawan. Saya risau kalau-kalau...”
“Ish awak ni. Ke situ pula fikir. Cuba fikir yang baik-baik. Saya yakin budak-budak tu tahu batas-batas agama. Lagi pun kita bukan tak kenal budak Reza tu. Mak ayahnya tu bukan ke kenalan rapat kita. Awak jugak yang sibuk nak jodohkan anak kita tu dengan anak Mansor tu, sekarang ni dah lain pulak ke?”
“Saya bukan apa bang, cuma risau je...”
“Tak payahlah nak fikir banyak sangat. Dari awak fikir hal tak berfaedah tu. Baik awak layan saya makan. Ada juga faedahnya...”
Ibu terdiam seketika. Dalam hatinya berdoa supaya anaknya itu sentiasa dilindungi dari apa-apa jua niat jahat manusia di atas muka bumi ini.

                                                                        ***

“Kau dari mana ni? Lecturer tanya tadi...” Suria bertanya. Dahlia mengeluarkan buku nota sambil tunduk. Cuba menyembunyikan wajah dari dilihat oleh pensyarahnya. Jam di tangan dijeling. Dia dah lewat sejam. Kuliah tersebut memakan masa dua jam. Dia dah rugi sejam.
“Nanti pinjam nota kau eh...” Dahlia berbisik perlahan. Suria mengeleng perlahan.
“Nah. Kau studylah dulu. Puan MiIi cakap kejap lagi ada test...” Suria menghulurkan nota yang disalin sejam pertama kuliah tadi ke arah Dahlia.
“Hah! Test kita bukan topik semalam ke?” tanya Dahlia mengelabah. Suaranya agak kuat sehingga menarik perhatian satu dewan. Suria menyiku lengan Dahlia. Dahlia memandang ke sekeliling sebelum jatuh pada wajah Puan Mili.
“Ha Dahlia. Awal sampai. Awak dari mana?” Puan Mili bertanya separuh menyindir. Dahlia tersengih dengan rasa bersalah. Muka dah tebal lima inci.
“Err. Saya...err...saya....err...” Dahlia memandang ke arah Suria seolah-olah meminta bantuan.
“Sebenarnya puan, Dahlia ni tadi ada hal. Kucing dia bersalin. Jadi dia terpaksa jadi bidan terjun. Tu yang dia lambat...” Selamba Suria menjawab. Serta merta satu dewan kuliah riuh dengan gelak ketawa. Puan Mili hanya mengelengkan kepala.
“Ada-ada jelah awak ni. Ingat, ini amaran saya yang terakhir...”
Dahlia mengangguk. Dia menjeling tajam ke arah Suria di sebelah.
“Thanks to you...”
“Apa pulak. Kira okey apa puan tak marah kau...”
“Yelah. Tapi aku jadi bahan gelak kan. Sure jadi bualan bertahun-tahun...” Dahlia menjawab sambil tunduk merenung nota yang dipinjamkan oleh Suria. Dia harus fokus kalau tak mahu kantoi test pada hari itu.
“Yelah. Sorry. Itu perkara pertama yang terlintas kat kepala otak aku. Jangan marah eh...”
“Apa-apa jelah...”
Suria mengeleng perlahan ke arah sepupunya itu sebelum kembali memandang ke hadapan. Setelah hampir empat puluh lima minit berlalu, bermulalah test selama 15 minit sebelum kelas tamat.
“Susah gila lah test tadi. Apa aku study satu pun tak masuk dalam kepala otak...” Dahlia merungut perlahan ketika dia dan Suria berjalan menuju ke kelas seterusnya.
“Jangan cakap kau, aku yang datang awal tadi pun tak boleh jawab. Ini kan pula kau yang tak ada dalam kelas tadi. Relakslah. Dunia belum nak kiamat lagi..” Surai menjawab.
“Senanglah kau cakap. Kalau ibu aku tahu, mati aku...”
“Bercakap pasal ibu kau, aku nak tanya ni. Kenapa kau datang lambat tadi? Bangun lambat lagi?”
“Hmm....”
“Aku hairanlah. Kau buat apa malam-malam? Bergayut dengan Reza ke?”
“Mana ada. Kau ingat aku ada masa nak buat kerja tak berfaedah tu ke? Lagi pun Reza tu bukan free je memanjang. Asyik oncall je...”
“Dah tu?” Suria menghulurkan biskut ke arah Dahlia.
“Adalah...” Dahlia menjawab sambil mengunyah biskut coklat yang diberikan oleh Suria.
“Dengan aku pun kau nak berahsia...”
“Ala, nanti-nantilah aku cakap. Dah jum kita ke kelas. Nanti lambat lagi...”
“Fine...”
                                                                        ***

“Assalamualaikum. Sibuk ke?”
Dahlia membetulkan letak telefon pada telinga.
“Waalaikumussalam. Tak sangat. Awak tak kerja ke?” Tanya Dahlia pula. Pen di tangan diputar ligat seperti helikopter.
“Tengah kerjalah ni. Boring tak ada benda nak buat. Teringat awak, tu yang telefon. Awak buat apa tak tidur lagi? teringatkan saya ye...” Suara Shahreza lembut bertanya namun ada nada mengusik. Dahlia tersenyum bahagia.
“Tengah studylah. Exam dah nak dekat...”
“Hmm. Study tu study juga. Tapi jangan sampai menjejaskan kesihatan...”
“Baik doktor Reza. Ada pesanan apa-apa lagi ke?”
Shahreza ketawa kecil.
“Awak ni makin lama makin nakallah. Tapi saya suka...” Shahreza mengusik. Dahlia memuncungkan bibir.
“Mengadalah awak ni. Okeylah awak. Saya nak sambung study ni. Nanti tidur lewat ada orang membebel pula...”
“Membebel tu tanda sayang, tanda cinta. Faham?”
“Erk...” Dahlia tertelan air liur sendiri. Wajah dah terasa panas.
“Hmm, awak. Hujung minggu ni saya cuti. Boleh saya ke rumah awak?”
“Nak datang rumah saya? Buat apa?” tanya Dahlia kalut.
“Nak jumpa awaklah. Lagi pun saya dah lama tak melawat ibu dan ayah awak...”
“Hmmm, ikut awaklah. Saya okey je...”
“Okeylah. Pergilah sambung study tu. Tapi ingat, jangan lewat sangat. Nanti esok lewat ke kuliah pula...”
“Okey. Nite. Assalamualaikum...”
“Nite. Waalaikumussalam...”
Dahlia meletakkan kembali telefon bimbit di atas meja. Jam di hadapan di pandang sekilas. Hampir tengah malam. Mata dah terasa berat namun perasaan mengantuk itu cuba ditahan. Dia masih ada satu topik lagi yang perlu dihabiskan. Dia menarik nafas panjang sebelum mencapai pen lalu mula tunduk dan menulis.
P/S: TO BE CONTINUED.

2 140 tukang karut:

baby mio said...

BEST.

Cahaya said...

baby mio>>thanks dear :)

Post a Comment