RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, December 30, 2012

Hasil rembatan shoping hari ini.

Assalamualaikum,
ada yang belum tidur lagi ke malam-malam minggu ni? aku biasalah selalu time cuti ni lah nak maraton movie pastu sambung taip novel baru. ya, walaupun novel aku akan launch tahun depan in jan, tapi idup harus diteruskan. begitu juga novel aku. ahaha. hobi aku kan suka buang masa depan lappy sambil berangan. lepas tu terhasillah novel dalam bentuk cetakan. ahaha.
 
okeylah malas nak mengarut malam-malam ni. aku cuma nak tepek dua tiga keping gambar je. hari ni aku dating dengan mak aku. shoping sikit cari barang untuk persiapan ke singapura tahun depan. pejam celik tak sampai tiga minggu aku akan fly ke sana. fly lah sangat kan padahal seberang laut je. okeylah hari ni aku keluar dengan mak aku dalam pukul satu lebih kurang macam tu. dalam kepala aku dah bayang sure sale berlambak gila sebab balu lepas banjir kan. soa ku pun semangatlah memandu ke tempat yang di tuju. bila dah sampai megamall, perghh orang ramai gila. nak berhenti tepi beli tiket parking pun tak lepas sebab orang ramai sangat. kereta belakang pulak macam tak berani nak lalu mungkin takut tak lepas. yelah kereta aku bukan kecik. huahuahuha. lepas tu terpaksalah aku mintak mak aku turun tolong beli tiket parking sementara aku pulak kena tawaf pusing balik satu megamal tu nak ambik mak aku. bila dah pusing, aku pun jalan dan terus ke tempat paking yang aku nampak sebelum ni. agak jauh jugak nak menapak sebab luar kawasan. nak naik parking dalam bangunan aku kurang konfident sebab dia pusing-pusing. mau pening aku dalam kereta tu nanti.
 
lepas dah setel apa semua, aku pun berjalan dengan mak ke ke dalam megamall. memula aku turun ke pakson sebab tu tempat paling teruk dilanda banjir. kah3. tapi bila masuk je rasa macam eh, betul ke banjir minggu lepas? siap sampai pinggang lagi. ni tak de apa pun. macam biasa je. so aku ngan mak aku pun jalan-jalan tengok kasut. memanglah tulis sale 70% tapi aku tak mudah tertipu. dah kau up harga dua kali ganda pastu kau letak signboard 70% tu ingat aku nak percaya? pastu aku singgah booth carlo rino tengok heels. aku memang suka carlo rino. aku ada dua handbeg carlo rino and ada member card dia lagi. tapi tak pernah beli kasut dia lagi. aku ada berkenan satu heel tu tapi aku hold dulu sebab nak cari snikers dulu. tu tujuan utama. pastu jalan lagi jumpa booth larry. ha yang ni aku memang dah aim nak beli.
 
                                                      ni kasut larrie yang aku nak beli. harga rm 109.90
 
 
bila aku nampak kasut ni memang aku nak beli lah. tapi aku tak berkenan pulak bila dah tengok depan-depan sebab gam dia tak kemas. even kalau tengok gambar ni pun nampak gam dia yang terkeluar. harga mahal kot tapi kenapa rasa macam standard beli kat pasar malam je? kalau pakai memang selesa tapi gam? orang yang buat ni macam tak pandai je. gam terkeluar kot untuk harga seratus lebih? haruslah aku tak beli tapi aku cakap kat mak aku kalau dah takde sangat kasut lain, aku akan beli jugak. pastu aku naik ke popular. dalam pakson tu ada tangga yang bersambung ke popular. misi seterusnya aku aim yang ni lak..
 
 
 yang ni pun aku memang nak cari. nampak macam best je. lagi pun aku rasa gelisah pasal bahan bacaan sebelum tidur dah takde. asyik ulang baca hikayat cinta/ contengan jalanan je. novel lain tu aku malas nk ulang baca sebab aku sebenarnya style baca sekali je kalau novel cintan ni even novel aku tulis sendiri. kalau baca pun aku akan skippppp banyakkkk muka surat. bosan wei baca banyak-bantak kali. tapi kalau buku harry potter tu beratus ratus kali pun aku tak muak. tapi ksg nk selak baca harry potter sebab nanti jadi tak leh tidur. haha. im obses with harry potter okeyyy!
 
lepas tu aku ajak mak aku naik tingkat atas, aim seterusnya ke butik carlo rino tambah-tambah ada sale macam ni.
 
 cuba cakap siapa yang tak teruja? even tak terpikir nka beli sebelum ni pon sure korang akan nak beli jugak kan? tambah-tambah branded kot.
kasut brand carlo rino ni woi. rm 19 dapat dua lagi.
 
tapi dah lumrah alam. apa yang kita nak tak semua dapat. lepas cuba 5 6 pasang kasut. aku akhirnya membuat keputusan tak beli kasut ni sebab tak ada saiz. ada saiz pun tali dia mcm nak terputus. nampak tak amoi dalam gambar atas tu? sian dia. sabar melayan aku. dia terpaksa cek saiz kasut dalm stor 5 6x. hoho tp last2 aku tak beli. dah takde saiz kan. nak buat macam mana. lepas tu aku gi vincci dan rucini sekadar mencuci mata sebab aku tak suka sangat design vinci. tak berapa cantik di mata aku. lepas tu aku kembali sedar akan matlamat utama aku ke megamal hari ni. cari sneakers!
 
 
aku pun ajak mak aku jalan ke wing sebelah sana. tapi sempat singgah kedai apa tah untuk tengok kasut bum. ada yang aku berkenan tapi aku hold dulu. jalan lagi sampai kedai verns. macam tadi, 4 5x cuba kasut kat situ. aku minta kasut bum kale itam tali merah. pakai punya pakai mintak saiz lain n pakai lagi pastu gi kat cermin posing sana sini. pastu aku ambik kasut lain kale pepel n pakai. mintak saiz lain pastu mula keliru. mana lagi cantik? aku tanya mak aku. mak kata yg pepel ok sebab yg itam mcm nak tercabut je sebab permukaan dia tak cover sangat. aku kompius lagi. aku nk itam merah sebab mencapap sikit tapi dalam masa yg sama feveret kale aku ialah pepel. rasa mcm aku bakal mengkianati diri sendiri sebab pilik itam merah. sekarang ni pun dah rasa dikhianati hati sendiri sebab bnyk barg aku kale pink sebab pepel sush nk cari. pink is my second choice. sampai opis mate aku pun ingt aku ske pink. haih. aku die hard pepel tau.
\setelah perpikir sabil berposing dalam butik macam butik tu aku punya, last2 aku ambik...
 
nilah kasut bum aku beli. comel di mata, comel juga di hati. ( jgn dikenan kasut hitam merah itu. itu namanya curang)
 
dalam masa aku dok berposing di hadapan cermin tanpa menghiraukan orang ramai, aku tergrab kasut yang lain pulak. wedges ni aku berkenan sebab ada pepel. (seee i told you that i'm die hard fan pepel. percayalah...) yg ni aku tak pk panjang sgt sebab tak ada saingan. haha. ada satu lg kale putih itam. totally not my taste. yakssss.

kasut ni beli sebab my gladiator dah tercabut tapak. sedihhh sebab nak boleh ke jumpa kasut mcm my teste tu punyalah susah. aku memang cerewet gila bab kasut. cantik kat mata orang belum tentu cantik kat mata aku. cantik kat mata aku maybe cantik kat mata orang jugak sebab aku teste aku tinggi. ahaha. just joking.
 
jadi itulah hasil rembatan aku untuk hari ini. ada plan nak beli pelapik brake kaki tapi tak jumpa yang sesuai. hold dulu. kalau korang nak tahu, aku bajet untuk snikers je rm120. tapi sebab kasut bum tu harga rm49.90, tu aku rembat wedges tu. harga pun sama. so termasuk novel harga semua sekali rm 120 kan. seee? asal aku bajet untuk SEPASANG KASUT ialah rm120. sekarang dengan rm120 aku dpt 3 barang. mana den tak puas hati kan?
 
 
so bila dah setel semua, aku pun ajak mak balik tapi nak singgah bayar duit kereta kat ambank. ambank ni aku tahu satu tempat je. mak pulak nak beli towel so aku pun nk gi giant. tapi sebelum gi giant tu aku nk byr duit kereta dulu tapi yang tak boleh bla nye boleh dah sampai giant mak aku ckp kata nk bayr duit kete. terus aku rasa mcm nak hempuk kepala kat cermin tingkap. macam mana boleh lupa padahal tu antara tujuan utama jugak. jadi terpaksalah aku pusinggggggg balik. jauh kot. giant pun ramai. aku give up dulu. nak bayr kete pun satu hal. 1st time byr aku tak tau nk buat apa. nasib baik ada kapel malay-cina kot tolong. diorg tgu sampai aku dpt buat bayarn sebelum pergi. sempat say thanks kat dorg. kalau dorg takde memang aku blur dah. bila dh setel, aku gi giant semula. sampai giant ya ampunnnn! ramai gila orang. kat sini mak aku tak jadi beli towel sebab tak ada yg best. brg aku pon takde jugak jadi aku just beli satu dua benda je sebelum balik. sampai rumah dekat 7 lebih. memang puas hati hari ni. haha. sampai sakit kaki aku tekan brek, minyak. gear neutral tu memang aku guna setiap kali berhenti kat traffik light. lenguh kaki nk tekan brake je.
 
jadi sekianlah cerita aku kali ini. next tima aku cerita pasal hal lain pulak. skg ni malas lagi lah. tengah semangat maraton drama gokusen untuk kali kedua. dulu dah tgk pastu delete n ni download balik sebab novel terbaru aku pasal budak skolah vs cikgu skolah. kan ke sekarang ni sibuk nak 'back to school'? so aku pon nak kembali ke sekolah lah. hehe.
 
ok bye.!

 
 
 

Friday, December 28, 2012

Jonas brothers follow aku kat twitter?

Assalamualaikum,
 
saja nk tunjuk sesuatu. tak taulah ni fake account or original. tapi aku memang tersangatlah tak layan twitter ni. sampai kekadang kn reset password sebab lama tak bukak. tp td tergerak nk bukak, ada satu request follower. tgk2..

tgk atas sekali. muahaha.
 
 
p/s: tak sabar nk peluk my second baby. ;p

Wednesday, December 26, 2012

Kerana dia suamiku, dah keluar lah.

Assalamualaikum, saja nak kongsi satu cerita.


dah keluarrrrr! yeye.
nak tahu lebih lanjut pergi sini.
 
sedikit tentang novel.
 
Alia, seorang pensyarah Matematik yang bertugas di salah sebuah kolej di ibu negara, terpaksa menghadapi takdir hidup apabila ibu dan ayahnya ingin mengahwinkannya dengan anak kenalan mereka. Disebabkan Alia tidak berani untuk mengatakan tidak, dia mengambil keputusan untuk meminta bantuan daripada bakal suaminya, Syah. 
Memanglah rancangan saya… Tapi, awak dah setuju nak tolong saya. Awak cakap yang awak akan pastikan mak dan ayah awak batalkan rancangan ni…” 
Saya dah buat apa yang termampu…” 
Syah yang kononnya bersetuju untuk membantu, membuat agenda tersendiri. Berpura-pura seperti dirinya tidak mampu untuk membatalkan rancangan kedua-dua keluarga itu. Hakikatnya, hati Syah sudah terikat saat melihat Alia sebelum ini. 
Rela dalam terpaksa, Alia terpaksa terima kenyataan yang takdirnya sudah tertulis begitu. Mereka sah bergelar suami isteri. Namun, hubungan suami isteri itu hanya pada nama. Alia yang mempunyai kisah silam, tidak mampu untuk menerima Syah. Namun, Syah berusaha sedaya mungkin untuk memiliki hati Alia sepenuhnya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, hubungan Alia dan Syah semakin baik. Timbul rasa sayang di hati Alia. Ada rasa rindu yang dirasa Alia buat Syah. Namun, kebahagiaan yang baru mahu berputik tercalar saat Kerol, kawan sepermainan Alia, muncul dalam hidup mereka. 
Mampukah Alia dan Syah mempertahankan rumah tangga mereka? Kisah silam apa yang disimpan Alia? Apakah agenda Kerol yang sebenarnya? Mampukah Syah mengekalkan statusnya sebagai suami?

Shoes.

Assalamualaikum. saja nak tunjuk sesuatu.

cantik kan?
 
arghhh! hari ni dah gaji. sabar.sabar.sabar.....arghhhh! tak leh sabarrrr.

yang ni?haih.

ni pun? haih.haih.haih.
 
time hujan-hujan ni best pakai. haih. boleh kot pakai bwk gi kerja sebab sekgr pun memang pakai boot paras buku lali. haih lagi.
 
 

Teaser. Teaser. Teaser...

Teaser :

Kalau terlajak update status FB boleh bagi alasan kena hack, tapi kalau dah terlajak kata nak bagi alasan apa?~~~~ Ariana.

Teaser 1:
 
Kawasaki Ninja 1000
 
 Teaser 2 :
 
 
 
 
Red Sport
 
 


Thursday, December 20, 2012

......

Masalah dan konflik yang terjadi dalam kehidupan membuatkan aku nak get out from my daily life. sumpah aku tak sabar nak pergi singapura. bila ke sana secara automatik orang kat sekeliling aku takkan dapat kontek aku sebab aku malas nak roming DG aku. dulu ada jugak plan nk roming tapi nak buat apa. biar orang-orang kat sini rasa sikit bila aku tak ada. bila aku ada keje nk sakitkan hati aku je.

p/s: satu lagi entri lepas geram. haih..

revenge is sweet

pernah dengar quotes ' revenge is sweet '?. memang best pun kalau dapat balas dendam. puas hati kan. tambah-tambah kalau dia dah buat kita sakit hati kan. kita dah terlalu banyak bersabar dengan perangai buruk dia tu, memang best kalau dapat balas dendam sekali sekala. kepada reader ( if any) jangan ikut perangai buruk ini.

p/s: hanya sekadar entry lepas geram.

Saturday, December 15, 2012

Merah itu menawan

dia ckp kale merah nanti jadi h***** pulak. dh kaler hitam tak ada i rembat jelah kale merah. lagi pun lain dari yang lain apa. mencapap sikit kan. kuang. bila dh pasang rasa cantik jugak kan. *sedapkan hati* memang cantik apa. takdelah hitam yang biasa tu. so lame. hoh.

Wednesday, December 12, 2012

Nafsuku bergelora dan membuak-buak

Assalamualaikum.
nak cakap sikit je. kepada cik nafsu. sila kawal keinginan membuak-buak anda dari berbelanja. tuan punya badan ni dah sengkek sebab dh habis untuk deposit kereta. silalah kawal. plzzzzz.

                                                    simply vera by vera wang. (limited edition)


p/s: melayang lagi fulus. uhuhu..

WORDLESS WENESDAY: kerana dia suamiku

Assalamualaikum,




 
 
 
p/s: semoga dipermudahkan.


Monday, December 10, 2012

Dia Putera Mahkota?(Bab 2)


BAB 2
 “ DAHLIA! BANGUN!”
Dahlia masih enak dibuai mimpi. Dalam mimpi tersebut seorang putera raja sedang menunggang kuda putih mengejarnya. Tersenyum-senyum dia seketika.
“DAHLIA! BANGUN! KAMU TAK NAK PERGI KULIAH KE?” Suara ibu di luar hampir merobohkan pintu biliknya namun Dahlia seolah-olah tidak sedar. Dia begitu asyik dibuai mimpi indah.
“DAHLIA DARINA ERYNA! KALAU KAMU TAK BANGUN SEKARANG, IBU AKAN PECAHKAN PINTU NI!
Dahlia akhirnya membuka mata. Dia mengeliat perlahan. Senyum masih lagi terukir di bibir. Bestnya dapat mimpi macam tu.
“DAHLIA! IBU KIRA SAMPAI TIGA. SATU...”
“Yelah. Lia bangunlah ni...” Dahlia duduk sambil mengeliat diatas katil. Tangan menahan kuap di mulut. Dia menjeling jam di atas meja belajar. Bulat matanya apabila menyedari yang dia telah lewat ke kuliah. Hampir melompat dia turun dari katil lalu mencapai tuala sebelum berlari ke pintu. Wajah garang ibu menyambutnya di muka pintu.
“Kenapa ibu tak kejut Lia. Lia ada test hari ni...” Kelang kabut Dahlia berlari menuju ke bilik air. Ibu mencekak pinggang.
“Amboi-amboi. Bertuah betul anak dara ni. Kita punya nak terkeluar anak tekak jeritkan dia dari tadi. Boleh dia salahkan kita pula...”
“Apa dia yang awak membebel pagi-pagi buta ni. Saya nak minum pun tak senang...”
“Anak kesayangan awak tulah. Dah besar panjang pun tak terurus. Nak ke kuliah pun asyik nak berkejut je. Esok lusa dah nak kawin. Entah macam manalah jadinya nanti. Tunggang langgang..!” Ibu masih lagi menyambung bebelannya di ruang makan. Ayah hanya mengeleng perlahan.
“Dahlia tu kan masih budak-budak lagi. biarlah dia. Esok lusa berubahlah dia tu nanti...” ayah macam biasa membelanya. Ibu mencebik.
“Budak-budak apa kalau umur dah dekat 22. Dah boleh kawin pun...”
“Kawin? Siapa yang nak kawin?” Dahlia yang sudah siap berpakaian berjalan ke meja makan. Alang-alang dah lambat, baik lambat terus. Pandai-pandailah dia goreng dengan pensyarah nanti. Dahlia menarik kerusi sebelum duduk di sebelah ayahnya.
“Minum Lia. Nanti lapar pula kat kelas...” Ayah mencedokkan nasi goreng di pinggannya.
“Thank you ayah. Ni yang buat Lia sayanggggg ayah ni...” Dahlia tersengih. Ayah turut tersenyum sebelum berdehem seketika apabila melihat raut wajah isterinya yang masam mencuka.
“Yang kamu ni, bukan ke tadi kamu kata dah lambat nak ke kelas? Kenapa duduk sini lagi?” Ibu dah mula nak berleter lagi.
“Ala awak ni. Biarlah dia nak makan dulu. Depan rezeki ni tak baik nak bertekak. Nanti apa-apa jadi pada Lia ni, siapa nak tanggung...” Ayah membela dirinya lagi. Senyum Dahlia semakin lebar.
“Saya bukan apa bang, saya risau dengan si Lia ni. Boleh dikatakan hari-hari dia ni lewat ke kelas. Pensyarah kamu tak bising ke?”
Dahlia mengaru kepala yang tidak gatal.
“Ala ibu. Pandai-pandailah Lia goreng. Lagi pun Lia ni pelajar harapan. Lecturer tak kisah punya...”
“Pandai cakap. Kalau ibu dapat laporan....”
“Hmm, Lia dah kenyang. Lia pergi dulu. bye Ibu, ayah...” Lia mencium pipi ayah dan ibunya sebelum berlari ke pintu. Kunci Myvi dicapai.  Sempat dia membetulkan shawl yang terbuai bebas di bahunya.
“Lia pergi dulu..!” Dia menjerit sebelum kelibatnya hilang dari pandangan. Ibu hanya mampu mengeleng.
“Saya risaulah pasal Lia tu bang...”
“Tak payahlah awak nak risau. Saya yakin dia pandai jaga diri. Bagi dia masa. Lagipun Reza kan ada.”
“Itu lagi saya risau...”
“Kenapa pula?” tanya ayah sambil menanbah lagi nasi goreng di pinggan.
“Lia dengan Shahreza tu. Hubungan diorang macam mana? Dah tiga tahun berkawan. Saya risau kalau-kalau...”
“Ish awak ni. Ke situ pula fikir. Cuba fikir yang baik-baik. Saya yakin budak-budak tu tahu batas-batas agama. Lagi pun kita bukan tak kenal budak Reza tu. Mak ayahnya tu bukan ke kenalan rapat kita. Awak jugak yang sibuk nak jodohkan anak kita tu dengan anak Mansor tu, sekarang ni dah lain pulak ke?”
“Saya bukan apa bang, cuma risau je...”
“Tak payahlah nak fikir banyak sangat. Dari awak fikir hal tak berfaedah tu. Baik awak layan saya makan. Ada juga faedahnya...”
Ibu terdiam seketika. Dalam hatinya berdoa supaya anaknya itu sentiasa dilindungi dari apa-apa jua niat jahat manusia di atas muka bumi ini.

                                                                        ***

“Kau dari mana ni? Lecturer tanya tadi...” Suria bertanya. Dahlia mengeluarkan buku nota sambil tunduk. Cuba menyembunyikan wajah dari dilihat oleh pensyarahnya. Jam di tangan dijeling. Dia dah lewat sejam. Kuliah tersebut memakan masa dua jam. Dia dah rugi sejam.
“Nanti pinjam nota kau eh...” Dahlia berbisik perlahan. Suria mengeleng perlahan.
“Nah. Kau studylah dulu. Puan MiIi cakap kejap lagi ada test...” Suria menghulurkan nota yang disalin sejam pertama kuliah tadi ke arah Dahlia.
“Hah! Test kita bukan topik semalam ke?” tanya Dahlia mengelabah. Suaranya agak kuat sehingga menarik perhatian satu dewan. Suria menyiku lengan Dahlia. Dahlia memandang ke sekeliling sebelum jatuh pada wajah Puan Mili.
“Ha Dahlia. Awal sampai. Awak dari mana?” Puan Mili bertanya separuh menyindir. Dahlia tersengih dengan rasa bersalah. Muka dah tebal lima inci.
“Err. Saya...err...saya....err...” Dahlia memandang ke arah Suria seolah-olah meminta bantuan.
“Sebenarnya puan, Dahlia ni tadi ada hal. Kucing dia bersalin. Jadi dia terpaksa jadi bidan terjun. Tu yang dia lambat...” Selamba Suria menjawab. Serta merta satu dewan kuliah riuh dengan gelak ketawa. Puan Mili hanya mengelengkan kepala.
“Ada-ada jelah awak ni. Ingat, ini amaran saya yang terakhir...”
Dahlia mengangguk. Dia menjeling tajam ke arah Suria di sebelah.
“Thanks to you...”
“Apa pulak. Kira okey apa puan tak marah kau...”
“Yelah. Tapi aku jadi bahan gelak kan. Sure jadi bualan bertahun-tahun...” Dahlia menjawab sambil tunduk merenung nota yang dipinjamkan oleh Suria. Dia harus fokus kalau tak mahu kantoi test pada hari itu.
“Yelah. Sorry. Itu perkara pertama yang terlintas kat kepala otak aku. Jangan marah eh...”
“Apa-apa jelah...”
Suria mengeleng perlahan ke arah sepupunya itu sebelum kembali memandang ke hadapan. Setelah hampir empat puluh lima minit berlalu, bermulalah test selama 15 minit sebelum kelas tamat.
“Susah gila lah test tadi. Apa aku study satu pun tak masuk dalam kepala otak...” Dahlia merungut perlahan ketika dia dan Suria berjalan menuju ke kelas seterusnya.
“Jangan cakap kau, aku yang datang awal tadi pun tak boleh jawab. Ini kan pula kau yang tak ada dalam kelas tadi. Relakslah. Dunia belum nak kiamat lagi..” Surai menjawab.
“Senanglah kau cakap. Kalau ibu aku tahu, mati aku...”
“Bercakap pasal ibu kau, aku nak tanya ni. Kenapa kau datang lambat tadi? Bangun lambat lagi?”
“Hmm....”
“Aku hairanlah. Kau buat apa malam-malam? Bergayut dengan Reza ke?”
“Mana ada. Kau ingat aku ada masa nak buat kerja tak berfaedah tu ke? Lagi pun Reza tu bukan free je memanjang. Asyik oncall je...”
“Dah tu?” Suria menghulurkan biskut ke arah Dahlia.
“Adalah...” Dahlia menjawab sambil mengunyah biskut coklat yang diberikan oleh Suria.
“Dengan aku pun kau nak berahsia...”
“Ala, nanti-nantilah aku cakap. Dah jum kita ke kelas. Nanti lambat lagi...”
“Fine...”
                                                                        ***

“Assalamualaikum. Sibuk ke?”
Dahlia membetulkan letak telefon pada telinga.
“Waalaikumussalam. Tak sangat. Awak tak kerja ke?” Tanya Dahlia pula. Pen di tangan diputar ligat seperti helikopter.
“Tengah kerjalah ni. Boring tak ada benda nak buat. Teringat awak, tu yang telefon. Awak buat apa tak tidur lagi? teringatkan saya ye...” Suara Shahreza lembut bertanya namun ada nada mengusik. Dahlia tersenyum bahagia.
“Tengah studylah. Exam dah nak dekat...”
“Hmm. Study tu study juga. Tapi jangan sampai menjejaskan kesihatan...”
“Baik doktor Reza. Ada pesanan apa-apa lagi ke?”
Shahreza ketawa kecil.
“Awak ni makin lama makin nakallah. Tapi saya suka...” Shahreza mengusik. Dahlia memuncungkan bibir.
“Mengadalah awak ni. Okeylah awak. Saya nak sambung study ni. Nanti tidur lewat ada orang membebel pula...”
“Membebel tu tanda sayang, tanda cinta. Faham?”
“Erk...” Dahlia tertelan air liur sendiri. Wajah dah terasa panas.
“Hmm, awak. Hujung minggu ni saya cuti. Boleh saya ke rumah awak?”
“Nak datang rumah saya? Buat apa?” tanya Dahlia kalut.
“Nak jumpa awaklah. Lagi pun saya dah lama tak melawat ibu dan ayah awak...”
“Hmmm, ikut awaklah. Saya okey je...”
“Okeylah. Pergilah sambung study tu. Tapi ingat, jangan lewat sangat. Nanti esok lewat ke kuliah pula...”
“Okey. Nite. Assalamualaikum...”
“Nite. Waalaikumussalam...”
Dahlia meletakkan kembali telefon bimbit di atas meja. Jam di hadapan di pandang sekilas. Hampir tengah malam. Mata dah terasa berat namun perasaan mengantuk itu cuba ditahan. Dia masih ada satu topik lagi yang perlu dihabiskan. Dia menarik nafas panjang sebelum mencapai pen lalu mula tunduk dan menulis.
P/S: TO BE CONTINUED.

Pengalaman ke Kuala Lumpur dengan bus tercabut tayar

Assalamaualaikum, selamat hari isnin. ada yang monday blues ke hari ni? aku alhamdulillah tak rasa nak monday blues sangat sebab jumaat dah cuti dan hujung minggu lepas memang banyak berjalan. aku ke kuala kangsar untuk memenuhi jemputan kenduri kawin kawan sekolah. perjalanan kuantan-kuala lumpur-kuala kangsar-kuala lumpur-kuantan. memang puas hati tambah-tambah aku bawa balik 'orang baru' hik3.

tapi aku tak nak cerita tentang 'orang baru' tu. apa aku nak cerita ialah pengalaman menaiki bus ke kl dari kuantan. aku rasa ramai je kot yang ada pengalaman naik bus kan. aku sebenarnya dah lama tak naik bus ke mana-mana. selalu drive je. tapi memandangkan aku ke kl untuk ambil 'orang baru' aku tu, so kenalah ke kl dengan bus. so hari jumaat aku ambil cuti. pukul 7.30 pagi aku gerak ke kuantan dan ambil tiket pukul 8.45 dengan bas bulan restu. aku sebenarnya tak prefer naik bus pelik-pelik ni. selalu main bus aku ada maralinear. kalau tak ada baru transnasional. yang lain tu memang aku takut nak naik sebab yelah. kan sekarang ni banyak je kes kemalangan bus. so bus2 yang aku naik ni kira rasmilah kot. huhu. tapi pada hari tu disebabkan aku nak sampai kl cepat, aku terpaksa juga naik bus bulan restu. bas lain semua pukul sembilan ke atas.

masa naik tu aku dapat seat belakang sekali. memang selesalah sebab ruang besar dan tak melambung-lambung. so aku pun menikmati perjalanan ke kl sambil tertidur-tidur. bila nak masuk karak aku okey lagi. laluan karak memang laluan yang menakutkan bagi aku sebab agak mengerikan dan kereta suka bawak laju2. bila bus dah masuk terowong pun aku okey lagi tapi rasa takut jugak sebab bus laju kan. bila keluar dari terowong, nak naik bukit tetiba bus bergegar dan terhenti. aku duduk tepi tingkap nampak tayar bergolek-golek ke sebelah sana. ada satu mpv tu lalu sipi-sipi je nak langgar tayar tu. aku dah tutup mulut dengan tangan sebab takut ada kereta belakang yang terlanggar. ngeri wei. tapi alhamdulillah, bus selamat berhenti ke tepi dan tayar pun selamat landing dekat divider. orang dalam bus tak habis-habis cakap nasib baik nasib baik. ni memang pengalaman pertama aku naik bus jadi mcm ni. macam takut lak nak naik bus lagi. huhu.

 macam ni lah rupanya
 

sila zoom untuk tgk tayar tu bergolek ke mana.
 
 
orang cakap kalu tercabut tayar depan ni bahaya sebab boleh terbalik bus. tapi alhamdulillah tak jadi apa-apa maybe sebab masa tu bus tengah slow sebab mendaki bukit kan. huhu. walau apa-apa pun itu pengalaman. apa-apa je boleh terjadi kan. syukur umur masih panjang.
 
p/s: masih cuba menyesuaikan diri untuk terima kehadiran 'orang baru'.


Thursday, December 6, 2012

Vintage Bracelet With Ring

Assalamualaikum,
selamat hari khamis. ehh, belum jumaat ke?huhu. minggu ni tak sabar nak tunggu ujung minggu sebab ada dua benda aku nk buat. satu nak berjalan ke kuala kangsar untuk attend kenduri schoolmate aku and lagi satu nak ambil miss biru my baby girl. tak sabar pulak tapi takpe. sabar.
hari ni aku nak tunjuk pasal sesuatu. semalam tengah aku khusuk online, aku terjumpa satu fanpage ni. dia jual barang2 dari china dan aku terbekenan dengan benda ni. vintage kot.
cantik tak? harga rm 29. murah?

ni pun sama harga rm29.

ni pun sama harga.
 
aku dah selamat rembat dua gelang yang atas tu. sebenarnya nak beli yang putih tu. yelah, biar beli yang hitam dan putih kan tapi yang putih tu dah habis. yelah. cantiklah kan. sebab tu cepat habis. so aku beli lah bracelet yang cincin dia kale pepel tu. bolehlah.
sebenarnya aku memang dah lama nak cari bracelet macam ni. kalau ada yang silver memang aku beli dah tapi tak ada. so bila dah ada depan mata macam ni terus aku rembat dua. rembat dua dapat free postage sampai 31 dec 2012 ( cewah promoto ni!)
aku ada search dekat google bracelet mcm ni. rata-rata harga 30++ ke atas dia jual tak termasuk postage. so kalau dah dpt harga murah ni, rasa macam sayang nak lepaskan pulak walapun saya tengah berjimat-jimat sebab by jan 2013 aku nak ke singapura untuk backpaker trip. hewhewhew. yang tu nanti lepas balik dari singapura aku cerita dari awal sampai akhir.
 
okeylah, aku nak buat kerja dulu. kang kantoi pulak dengan bos. huhuhu.

Tuesday, December 4, 2012

MY BRAIN 15

Assalamualaikum,
selamat petang selasa. sekarang aku tengah struggle nak study subjek statistik untuk mengajar minggu depan. nampak macam lambat lagi kan. memang pun, tapi kalau prepare awal takde lah aku gelabah nanti. lagi pun kang kalau duduk saja melayari tenet kang dicop makan gaji buta pulak. tapi aku bukan nak cerita pasal kerja. aku nak cerita pasal my brain 15. aku rasa sape2 yang nak smabung belajar nanti or sedang or telah sambung belajar rasanya tahu kut my brain 15 ni apa. bukan otak aku 15 ye. kuang2. aku cuma nak tanya sesiapa yang pernah apply my brain 15 ni, selalunya lambat tak dia proses? lepas tu kalau sem satu tak sempat nk guna my brain 15, duit yang kita guna untuk byr yuran sem 1 tu akan di bayar balik pada kita ke? sekarang ni tengah pening kepala. yelah, kerja pun tak sampai 6 bulan lagi tapi dah kn sambung belajar as part time. weekend kena ulang alik naik kl. duit sume tu. huhu. so ada sesiapa tahu tak pasal my brain 15 ni? silalah komen ye. bantuan anda sangat2 dihargai.

Monday, December 3, 2012

Pening kepala

Assalamualaikum,
hari ni dapat berita gembira. tapi nantilah baru aku bgtau. sekarang ni rasa pening kepala sebab tadi kena hujan. aduiii. tadi baru sembang-sembang dengan opismate nak tangguh buat master tapi dalam pukul 3.30 pm ada meeting nak cakap pasal further study. top managment nak push cekap sambung belajar sebab dorang nak tukar dari kolej terus ke universiti. dorang tak nak jadi kolej universiti. pening-pening.

Saturday, December 1, 2012

download : istambul aku datang full

Asalamualaikum,
selamat hari sabtu dan selamat satu december. nothing much to say but aku nak kongsi sesuatu. again! pada sesiapa yang tengah tercari-cari link istambul aku datang, inilah aku nak bagi. heeee. malas cakap banyak/ nk review pun tak tengok lagi tapi dengar citer best and tak sama macam citer melayu lain. so why not kita try tgk kan. nak pi wayang takde sape nak teman. sobs...
so here we go..
istambul aku datang
selamat mendonwload dan menonton.