RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, November 26, 2012

MOVIE: BRAVE

Assalamualaikum,
selamat hari isnin, hari ni aku agak monday blues sikit. dah bgn pg pastu bley tido balik. mentang-mentang tempat kerja 5 minit je dari rumah. heh. pagi2 tadi mood aku agak tak baik sebab ada si polan dah buat aku marah. sampai skg masih sakit dada menahan kemarahan pagi tadi. even marah dah hilang sikit tapi rasa sakit tu masih ada. hmm..
so aku decide nak buat review sikit pasal movie yang aku tengok malam tadi. aku jarang tengok wayang sebab agak membosankan duduk lama2 dalam panggung. paling habis aku tengok wayang pun aku tengok narnia je. so hari ni aku nak review movie kartun Brave. kartun ni aku tahu sebab ada kawan FB yang update pasal movie ni. aku pun google cari kat tenet and download. jimat!

movie ni best and agak kelakar tapi penuh dengan mesej. bergenang jugak air mata bila tiba part2 last. huhu. cerita ni pasal seorang puteri ( gambar) yang tak suka hidup di kongkong oleh emak dia. mak dia suruh dia jadi puteri sebenar tapi dia lebih suka kepada aktiviti lasak sampailah satu hari, ada 3 kerajaan datang ke negeri dia untuk berkahwin dengan puteri ini. puteri ini tidak bersetuju lalu pergi berjumpa dengan ahli sihir dan minta jampi untuk ubah emak dia. dia kata kalau mak dia berubah, jadi takdir dia juga berubah. ahli sihir tu bagilah kek yang telah dijampi lalu puteri ni balik ke istana dan bagi mak dia makan. nak tahu mak dia bertukar jadi apa? jadi beruang. memang agak kelakar juga masa ni sebab walaupun mak dia dah bertukar jadi beruang, perangai 'emak' itu masih ada dalam diri beruang itu. jadi puteri ni telah bawa mak dia ke dalam hutan untuk cari balik ahli sihir tu tapi ahli sihir tu tak ada dan tinggal pesan kalau mak dia tak berubah jadi manusia menjelang matahari terbit keesokan harinya, mak dia kekal jadi beruang.
nak menjadikan cerita ini tragik, ayah puteri ini aka suami mak dia merupakan seorang pemburu beruang yang sangat handal. jadi korang boleh fikir dan bayang sendiri bila ayah dia jumpa beruang aka mak dia. masa ni lah yang agak sedih bila saat matahari nak terbit, si emak masih lagi beruang. kata-kata yang diucapkan oleh puteri kepada emaknya sangat menyentuh hati. masa ni baru dia tahu dia perlukan emak dia.
apa jadi pada beruang ni? kena tengok sendiri lah. nak link donwload ke? ala google je. tak pun try masuk website yang aku ada provide link twilight hari tu. sume aku download dari situ je. nak tengok pun boleh kalau tenet korang laju gile.
okeylah. aku nak bersiap untuk ke kelas. hope mood aku baik jap lagi. kalau tak anak-anak muridku bakal jadi mangsa.muahahahahha.

1 140 tukang karut:

Anonymous said...

gtau jela link 2.. baik xpyh wt review..

Post a Comment