RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, November 29, 2012

SHOPPING BAJU CANTIK PADA HARGA YANG MURAH..

Assalamualaikum,

selamat hari khamis. adui mengantuk pagi2 ni. hari ni tak ada kelas. nota pun dah habis buat semalam. hari ni plan nak buat jawapan untuk tutorial. kalau tak bosan tahap cipan sebab asyik online je. kalau dh online selalu pun bosan jugak sebab selain fb and baca artikel-artikel, aku tak tahu nak buat apa. kat rumah pun selalu aku guna lappy untuk download movie and layan movie+running man. so sekarang ni aku nak cerita sikit pasal sesuatu. biasalah aku kan suka berkongsi. hik2. hari ni aku nak cerita pasal blogshop yang aku selalu beli baju. aku suka beli baju kat sini sebab murah berbanding dengan blogshop yang lain. baju pun lebih kurang je dengan blogshop lain.


ni baju pertama yang aku beli. sangat murah. harga rm56 je. murah kan. kat luar around rm 90

 ni pula item kedua yang aku beli. harga rm49 tak silap. sangat best kain dia.
 ni baju ketiga aku beli. rm56. 3 in 1 tau. cardigan, maxi polkadot and belt. murah kan?
kelmarin aku beli.semalam dh dpt.
next baju aku target yang ni. harga pun murah,kurang dari rm60. semua free postage tau. maybe bj ni bulan depan kot. huhu.
p/s: ini bukan iklan berbayar. just sharing apa yang aku rasa baik.
bye!
P/SS: kalau korang nak discount rm 5 voucer, korang leh tinggalkan email, first name n last name untuk aku masukkan as referrer aku. so once korang dh mask dlm list aku, korg akan dpt voucer rm 5. 

Monday, November 26, 2012

MOVIE: BRAVE

Assalamualaikum,
selamat hari isnin, hari ni aku agak monday blues sikit. dah bgn pg pastu bley tido balik. mentang-mentang tempat kerja 5 minit je dari rumah. heh. pagi2 tadi mood aku agak tak baik sebab ada si polan dah buat aku marah. sampai skg masih sakit dada menahan kemarahan pagi tadi. even marah dah hilang sikit tapi rasa sakit tu masih ada. hmm..
so aku decide nak buat review sikit pasal movie yang aku tengok malam tadi. aku jarang tengok wayang sebab agak membosankan duduk lama2 dalam panggung. paling habis aku tengok wayang pun aku tengok narnia je. so hari ni aku nak review movie kartun Brave. kartun ni aku tahu sebab ada kawan FB yang update pasal movie ni. aku pun google cari kat tenet and download. jimat!

movie ni best and agak kelakar tapi penuh dengan mesej. bergenang jugak air mata bila tiba part2 last. huhu. cerita ni pasal seorang puteri ( gambar) yang tak suka hidup di kongkong oleh emak dia. mak dia suruh dia jadi puteri sebenar tapi dia lebih suka kepada aktiviti lasak sampailah satu hari, ada 3 kerajaan datang ke negeri dia untuk berkahwin dengan puteri ini. puteri ini tidak bersetuju lalu pergi berjumpa dengan ahli sihir dan minta jampi untuk ubah emak dia. dia kata kalau mak dia berubah, jadi takdir dia juga berubah. ahli sihir tu bagilah kek yang telah dijampi lalu puteri ni balik ke istana dan bagi mak dia makan. nak tahu mak dia bertukar jadi apa? jadi beruang. memang agak kelakar juga masa ni sebab walaupun mak dia dah bertukar jadi beruang, perangai 'emak' itu masih ada dalam diri beruang itu. jadi puteri ni telah bawa mak dia ke dalam hutan untuk cari balik ahli sihir tu tapi ahli sihir tu tak ada dan tinggal pesan kalau mak dia tak berubah jadi manusia menjelang matahari terbit keesokan harinya, mak dia kekal jadi beruang.
nak menjadikan cerita ini tragik, ayah puteri ini aka suami mak dia merupakan seorang pemburu beruang yang sangat handal. jadi korang boleh fikir dan bayang sendiri bila ayah dia jumpa beruang aka mak dia. masa ni lah yang agak sedih bila saat matahari nak terbit, si emak masih lagi beruang. kata-kata yang diucapkan oleh puteri kepada emaknya sangat menyentuh hati. masa ni baru dia tahu dia perlukan emak dia.
apa jadi pada beruang ni? kena tengok sendiri lah. nak link donwload ke? ala google je. tak pun try masuk website yang aku ada provide link twilight hari tu. sume aku download dari situ je. nak tengok pun boleh kalau tenet korang laju gile.
okeylah. aku nak bersiap untuk ke kelas. hope mood aku baik jap lagi. kalau tak anak-anak muridku bakal jadi mangsa.muahahahahha.

Wednesday, November 21, 2012

TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN PART 2 MEMANG SUSPEN

Assalamualaikum...
tadi baru je habis tengok twilight saga breaking dawn part 2. pearghhh. terbaik dari ladang. memang saspen. kalau ikut buku dia, memang agak bosan sebab takde yang menarik sangat pun even masa time kemuncak. tak ada unsur saspen jugak. kalau dalam buku, cullen clan dengan vitory clan lebih banyak berbincang + membebel pasal renesmee. pasal status renesmee, apa jadi pada renesmee bila dh besar, sampai bila renesmee akan hidup dan blah3...masa memula aku tahu twiligt ni akan keluar, aku ingat mesti boring tahap cipan sebab mesti banyk dialog yang membosankan. rupa-rupanya pengarah cukup bijak nak jadikan cerita ini sebagai satu cerita yang saspen sampai aku pun hampir tertipu. bukan hampir tapi dah tertipu pun. belum habis cerita aku dah rasa geram sebab pandai-pandai betul pengarah ubah cerita sampai buat aku rasa sedih. yelah, sapa tak sedih kalu last2 cerita carlise dan jasper mati kan? haha. aku dah terpecah rahsia ke?hehehe. maap ye. :P. tapi bila dah nak habis dan aku rasa baru nak meluahkan ketidakpuasan hati aku kat FB, terus cerita sebenar berlaku. fuhhh! selamat.

jadi pada siapa yang nak menjeleaskan kawan2 korang tu, silalah tengok dan download di blog aku ni. aku dah bg link. subtitle boleh download di www.susbsine.com. ambik yang english punya sebab sound dia tak berapa jelas melainkan pakai headphone. jadi, aku malas nak ulas panjang sebab nanti ada orang marah walaupun aku sangat teringin nak cerita every details supaya korang yang tak tengok lagi tu terbakor. hahahaha. tak rugi pun tak tengok kat wayang kan. download free je. boleh lepak golek2 atas katil sambil makan nasik. dalam wayang tak leh makan nasik.hehe.

so pape pun, selamat menonton dan selamat membako kawan2 yang masih berkeras mahu menonton di wayang esok.

bye.

DOWNLOAD : THE TWILIGHT SAGA: BREAKING DAWN PART 2

Assalamualaikum,
selamat hari rabu. hari ni relax sikit sebab kelas dah tak ada untuk minggu ni. kelas aku setiap hari isnin dan selasa je. 3 jam seminggu. haeven tak kerja aku? hehe. sem ni kira okeylah jadual tak pack. kalau sem lepas haruslah habiskan silibus dlm masa 7 minggu. gila tak gila.
hari ni aku bukan nak cerita pasal kerja. tapi pasal sesuatu yang pasti menterujakan korang semua. ahahaha. yakin sangat. kenapa aku yakin? sebab aku tahu ramai peminat the twilight saga: breaking dawn part 2 kan. nak tengok kn tunggu esok kan sebab kat malaysia baru keluar wayang. tapi korang percaya tak yang aku dah ada movie tu?mesti percaya kan? ahahaha..tak percaya? percayalah sebab aku dah tgk separuh malam tadi. sampai irine nampak renesme tengah berburu dengan bella dan jacob. lepas tu baru aku sedar dah pukul dua belas lebih dan aku perlu tidur untuk pergi kerja esok. tu pasal pagi td terbangun lambt. *alasan*.
ada juga yang minta link mana nak dapatkan movie tu. aku tak bg pun. ahahahaha. jahat tak?hehehe. tapi sebab hari ni aku jadi baik semacam, aku nk bagi link tu kat sini. kat blog aku sendiri. so get ready!
SILA KLIK DI LINK BAWAH:

twilight saga : breaking dawn part 2

SELAMAT MENONTON.

P/S: kalau cerita-cerita hot mcm ni memang aku akan dapat tengok awal dari wayang malaysia sebab aku tau kat US akan keluar awal lagi. so aku kira orang Malaysia pertama tengok twilight ke? heheh.

Saturday, November 17, 2012

PEPLUM ( 40 NOT INCLUDE POSTAGE)


Photobucket
 

2030 peplum

 fabric (Material): Cotton (Cotton) + Lace (Lace) 
Size (Size): Size (Free Size) 
Shoulder (Shoulder): 33 CM 
Sleeve (Sleeve): 54 CM 
Bust (Bust): 79 CM 
Waist (Waist): 66 CM 
Length (Length): 81 CM


Photobucket 
1799 PEPLUM
 fabric (Material): Milk Silk (Silk) 
Size (Size): Size (Free Size) 
Shoulder (Shoulder): 37 CM 
Sleeve (Sleeve): 51 CM 
Bust (Bust): 88 CM 
Waist (Waist): 78 CM 
Length (Length): 72 CM 

Thursday, November 8, 2012

satu lagi godaan yang tak mampu ku tolak...