RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, October 25, 2012

Trip to Kuala kangsar (gambar)

Assalamualaikum,
hari ni nak cerita pasal trip to kuala kangsar. last few weeks aku dan keluarga telah berangkat ke kuala kangsar tepat jam 3.00 petang hari jumaat 12 oktober 2012. so jumaat tu aku terpaksa mengambil cuti half day. ( ingt ayh nk gerak lepas aku balik kerja. adusss. cuti tingal berapa je ni.) so bermulalah perjalanan kitorang. oh ya, tujuang gi kuala kangsar ni sebab adik aku konvo dekat ulu kinta. dia amibik nurse. dah dekat 6 bulan kerja dekat hkl baru nk konvo sekarang.
kitorang memang tidur dekat rumah opah di kuala kangsar. cadang nak tdo homestay area ulu kinta. tapi biasalah adik aku suka cari last minutes. aku dah cari awal-awal baik punya tempat n murah, dia gi bagi kawan dia pulak. last2 kitorang tdo kat rumah opah. dekat dua jam juga lah dari kuala kangsar ke ulu kinta tu. masa masa hari pertama sampai, dah malam dalam 10 lebih. so tak buat apalah. terus balik rumah opah dah gedebummmmmmmmmm berbaring di atas katil. dah lama tak balik kampung tetiba rumah opah dah lain. ada tambahan dua bilik. heh.




esok pagi, kitorang gi lepak dekat tepi sungai kuala kangsar makan rojak+abc+laksa+cendol. aku makan abc dengan mee rebus je. aku memamg kureng sikit laksa n rojak ni. abc dia sangat pergghhh1 sedap macm biasa. lepas makan kitorang lepak gi tangkap gambar tepi sungai. sila belek sendiri gambar tanpa caption ye. hehehe












 
 
gambar kat atas semua sekitar sungai kuala kangsar. dekat sini aku hanya beli beberapa keycahain untuk kenangan. tak banyak pilihan untuk cenderamata. banyk pasu sayung kecik2. tapi agak mahal juga. walaupun bersekolah kat sini, aku masih tak tahu mana tempat best untuk beli cenderamata. sobsss..
lepas tu kitorang pergi ke premis menjual perfume HOT PERFUME. kalau korang perasan perfume yang style gantung botok kecik bertali kasut tu, kat sinilah HQ dia. memang puas cari mana kedai dia. telefon adik aku yg kat melaka tu mintak alamat sebab dia ada beli n ada alamat. aku pun sebelum ni ada beli dua, english rose tp tak tahu kat sini kilangnya.
 
 





 
pic kat atas tu pulak masa kitorang dekat HQ hot perfume..perfume ni mcm one drop perfume cuma botol dia lain sikit.
 





kat atas ni pulak masa dekat kedai yg jual perfume tu. HQ tak jual. just proses je. nak masuk ahli rm 100. lepas tu dpt 8 barang free. aku beli 3 perfume. 2 botol kecik n satu botol besar. total termasuk ahli just 65 je sebab kongsi dengan adik aku. harga ahli dia sangt murah. perfume 50ml harga 50ingit dpt rm 35 je. perfume sangt best n wangi inspired by perfume luar negara. aku beli white musk by body shop, victoria pink by victoria secret and fantacy by britney spears. memang best tau..hehe..

ni antara yg aku dan adik aku beli. adik aku giler perfume. dia memang rembat habis. tapi taste dia aku tak suka. keras dan menyengat bau.grrrrggg...


 tibalah masa nak balik...gambar dekat tempat adik aku konvo tu masih dlm kamera hp aku dan kamera satu lg. aku malas nk bwk keluar lagi. lagi pun masa dia konvo aku tak ikut pun. duduk rumah opah je jaga adik2 aku yg lain. yelah, mak ayah je boleh masuk dewan tu. klah babai..






0 140 tukang karut:

Post a Comment