RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, September 27, 2012

Next target: COACH!


 
Mode: saving saving $$$$$$$$$

Monday, September 24, 2012

Hari pertama kuliah...

Assalamualaikum....

hari ni dah mula kelas pertama aku dengan budak sem dua. subjek pun makin mencabar. kelas pertama aku memang selalu blur tau. ish. tensi aku tapi okeylah. sem ni aku ajar satu program je. so seminggu 3 jam je. heaven tak? kelas pulak isnin dan selasa je. rabu khamis jumaat aku dah freeeee. tapi free pun aku banyk jugak kerja kena buat. kena study lagi. buat slide lagi. n aku plan sem ni nak buat something fun n new. yelah. belajar matematik sapa yang minat kan melainkan dia memang betul2 minat math. kalau budak tak minat, haish tak tahulah. setakat ni takde idea lagi nak buat apa tapi rasa mcm nak buat flash card. entah ye netah idak tu. dahlah semua students aku lelaki. tak best betul tgk senarai nama semua lelaki jatuh sikit semangat aku. huhu. esok ada sejam je kelas. kalau sempat nak habsikan baki bab 1. tapi mcm tak sempat je kalau tengok gaya kelas tadi. ish2.
ni nota tangan yg aku buat. nak muntah buat sampai bab 4 selama empat hari.
 
hope sem ni aku dapat perform dengan lebih baik lagi. aku still belajar untuk menjadi lecturer yang mampu menyampaikan ilmu dengan baik dan berkesan. semoga aku mampu deliver ilmu yang ada dan students aku juga mampu menerima ilmu yang akan aku berikan dengan baik. amin.
bye!

Saturday, September 22, 2012

ASHA OH ASHA

Assalamualaikum..
 
tadi baru balik dari berjalan-jalan dengan opis mate. plan last minit. semalam baru ajak dia keluar. plan asal nk ajak mgu depan sebab dah gaji. tapi tetiba rasa nk keluar minggu ni pulak. plan diatur dan berdesupppppppp ku drive mengambil beliau. entry sebelum ni aku ada post pasal handphone nokia n97 mini kan. rupa2nya hp tu dah takde dikeluarkan lagi. yang ada pun bukan ori dan 2nd hand. peliklah. hp best gitu nape tak kuar lagi. huhu. lepas tu aku senaraikan hp lain pulak. memula aku berkenan dengan hp sony xperia mini pro.
ni ler rupe hp sony xperia mini pro tu. harga not bad. murah.
 
tapi aku ada baca kat tenet yg hp ni pun dah tak keluar walaupun baru tahun lepas release. tensi2!. lepas tu aku pun trylah bukak web nokia cari hp yg latest. aku nk cari yg ada keypad, ada wifi and ada kamare 5 megapixel. memamg tak ada dah lah. yang lama punya model adalah.

nokia e5. memang mcm yg aku nk tapi keypad dia aku tak minat. tapi yg ni pun dah tak keluar lagi. tensi lagi.
 
lepas tu aku hampir give up, aku turunkan spesipikasi pencarian aku kepada kamera. okeylah, kasi turun sikit. 3.2 megapixel. nahhh..keluar yang ni.
 
asha 302

asha 303
 
 
aku tengok kat kedai nokia tadi yang ori beza dua harga ni rm 80 je. aku ingt nak beli yang asha 303 tapi banyak benda aku tak berkenan. satu, kale dia tak menarik. asha 302 aku berkenan merah, so asha 303 pun aku nk tengok jugak yang merah sebab ada orang kata merah lambang cinta. ye ke? haha. merah si asha 303 ni memang tak cantiklah. sumpah tak cantik. lepas tu dia touch skrin. keypad tu just untuk taip msg je. kau nak select menu sume touch skrin. yes no exit enter sume kau kena touch kat skrin tu. pergghhh. sungguh aku tak berkenan. so say hai-hai bye2 jelah. lagi pun yang lain-lain sama je dengan asha 302. beza touch skrin je.
jadi tinggap apa lagi pilihan aku yang ada?
 
ini lah dia yang dah selamat berada di dalam almari aku kerana sedang dicharge. masa nk beli ni mcm2 jugaklah aku tanya. apa beza avaxx dengan zitron n blah2. cina ni memang sabr jugak nk layan aku yg cerewet ni. haha. aku siap ckp lagi apa beza dengan c3? mcm sama je. nanti sy beli asha ni org ingt sy pakai c3. haha. dia pun ckp c3 takde kale ni. crome kat tepi pun takde. haha.maap, saya memang super cerewet ye. haha. pastu serabut sesorang.kah3.
lepas dah dapat apa yang aku hajati tu, aku pergi plak piza mak teringin nak rasa piza baru tu. dulu masa puasa nak beli takde stok je. perghh. macam jual hp plak piza sekarang ni. takde stok?haha. lepas dah tempah tu, kitorang gi plak popular. aku usha2 novel kot ada yang berkenan tapi takde pon. novel tak menarik. takde pon novel baru2. takpe. jimat duit. haha. lepas tu aku pening-pening nak cari kedai buat stiker sebab nak tempah nama. aku nak tepek kat hp baru ni. puas pk kt mana nk cari. yg aku tau ada satu kedai kat giant tapi tu last tenpat aku nk gi sebab kedai tu dah menghala keluar bandr, if takde or kedai tu tutup memang aku terpaksa jugak pusing masuk bandar balik. tapi last2 aku gi jelah dengan harapan yang menggunung tinggi. dalam hati cakap kalau takde takpelah. lain kali je. hatiku memujuk sendiri.
sampai je giant terus cari kedai tu dan ahah! ada pun tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
tapi stiker transparent yang aku nak tu tinggi yg kecik cenonet je. haihhh. takpelah dari takde. aku nak pakai satu je stiker tapi terpaksa order seratus sebab dia tak jual kurang dari tu. haha. lagi 99 keping nak campak mana? tanya hatiku sendiri. simpan jelah tepek kat botol air ke, pensel box ke. lappy ke kan. haha. dah siap tu, aku pun bergegas hantar kawan aku ni. jauh jugak ek umah dia. bila dah hantar tu, nk balik boleh sesat pulak aku. tapi sesat tak jauhlah. kol kawan aku ckp blah2.. akhirnya keluar jalan besar. terlepas temepat u turn pulak. adui. nilah dia kalau bawak kete sorang2. sesatlah kau sorang2. tapi last2 alhamdulilah sampai jugak kat rumah. sempat singgh klinik beli ubat untuk dia. ohh bahagianya bila just swap je ing card tu. kan best kalau dapat shoping baju and handbeg guna ing card tu. hehe.

bye!




Wednesday, September 19, 2012

Nokia N97 MINI: BERBALOIKAH?

Assalamualikum..
 

 
tetiba hari ni macam rajin pulak nk update blog. mgu ni masih lagi belum mula mengajar. tapi dah start pening dari hari selasa hari tu sebab tengah stadi module baru. dari pagi sampai balik memang mengadap buat nota je. nak muntah sampai. okey malas nak cerita pasal kerja. cukuplah kat pejabat dah pening, kat umah nak lepak je. aku nak cerita pasal handphone. aik? nape tetiba nak cerita pasal handphone? nak tukar handphone ke? bak kata kawan aku tadi, nak tukar smartphone ke? aku pon jawab, aku tak cukup smart nak pakai smartphone. haha. tak minatlah smart2 ni. tak reti guna tambah2 yang touch screen. pernah guna dulu tapi tak best. nak guna keypad jugak. aku kan old school. lately aku ada usha handphone nokia. aku usha handphone yang ada wifi dan camare 5 megapixel. sekarang ni terbekenan dengan handphone nokia N97 mini. tapi banyak review yang aku baca kata handphone ni tak elok. entahlah. naik pening jugak. aik? apsal aku sibuk2 usha handphone bagai ni? kata tadi tak minat touch screen bagai? sebenarnya aku plan nak hadiahkan handphone ni kat seseorang. hope dia tak tergerak hati nak baca blog aku ni setelah sekian lama dia tak jejak sini. kah3..

 
comel kan?
salah satu sebab aku suka model ni sebab ada keyboard. puas hati kalau nak msg. tak de alasn lagi nak balas msg lambt.
 
 
aku tak banyak tahu pasal handphone ni sama ada berbaloi atau tak nak beli. harga latest dalam 600-800 tak silap aku. spesifikasi dia memang berlambang kat internet tapi aku tak tahu sejauh mana kecanggihan dan kelemahan dia. kalau ada sesiapa yang pernah pakai handphone ni, tau masalah dia silalah komen ye. harap sangat sapa-sapa yang tahu. seriusly want to buy for someone spesel.
 
bye!
 


Monday, September 17, 2012

MANUSKRIP: NOTA UNTUK CINTA


BAB 1

 

“Perlu ke kita pindah ke sana?”.

Encik Latif dan Puan Zulaikasaling bertukar pandang.

“Along…kita dah bincang perkara ini banyak kali kan..”. Puan Zulaika menjawab sambil memandang anak sulungnya itu.

“Kalau mak, ayah dan angah je yang pindah ke sana..tak boleh ke? Biar along tinggal sini dengan mak teh..along boleh mohon minta tinggal di kolej kediaman..bila cuti..along akan balik rumah mak teh…”. Qaisarah menjawab sambil membelek buku-buku yang hendak dimasukkan ke dalam kotak. Puan Zulaika memandang ke arah suaminya

“Along…sanggup ke Along nak hidup berjauhan dengan kami semua..?dengan mak..dengan ayah…dengan angah…?..”.  Tanya Encik Latif pula.

“Tapi…”.

“Along…sudahlah…mak rasa lebih baik along berkemas cepat..esok lori akan datang untuk bawa semua barang-barang ni dulu..make sure tiada apa yang tertinggal…yang mana tak nak bawa tu…boleh buang dalam plastik sampah hitam yang mak dah sediakan tu…”.

Qaisarah hanya mendiamkan diri sebelum melangkah membawa diri ke tingkat atas. Puan Zulaika dan Encik Latifsaling berpandangan sebelum memandang ke arah Qaisarah yang berjalan longlai menuju ke tingkat atas.

 

                                                                         ***

 

“Tak seronoklah lepas ni kau dah tak ada…”.

“Aku nak buat macam mana..parent aku sibuk sangat nak pindah sana…”. Qaisarah mengeluh sambil mengubah posisi dari baring ke meniarap. Tangan yang memegang telefon bimbit turut  di ubah posisi dari telinga kanan ke telinga kiri.

“Kenapa parent kau nak sangat pindah tempat tu? Kampung apa nama dia?..”. Tanya Lisa, teman baik  Qaisarah.

“Hmm..Kampung Seri Desa…aku pun tak pastilah Lisa..yang aku tahu..ayah aku dapat wasiat dari nenek saudara aku yang baru meninggal hari tu….arwah nenek saudara aku tu telah wasiatkan rumah tu diberi kepada ayah aku..dan dalam wasiat tu jugak cakap yang kami sekeluarga kena tinggal di sana..”. Terang Qaisarah  panjang lebar.

Really..?? habis tu..business parent kau macam mana? Takkan nak tinggal macam tu je…”.

“Entahlah Lisa..aku dengar mak dan ayah aku dah sepakat nak kembangkan perniagaan mereka di sana..di kampung seri desa tu..”.

I see…kalau macam tu…aku rasa dah tak ada apa yang kau boleh buat..mereka dah rancang segala-galannnya…I’m gonna miss tu  Sarah…”. Lisa berkata dari sebelah sana.

Me too..boleh kau bayangkan hidup aku di sana nanti?? Arghhhh….hidup di kampung macam tu…I can’t imagine…”. Qaisarah berbaring mengiring pula. Tangannya mencapai bantal peluknya yang gebu itu.

“ How about your study..?”.

“Ayah aku cakap aku boleh sambung belajar di sini..tapi dengan syarat setiap kali cuti semester, aku kena balik kampung..”.

“Ohh….i can’t imagine my life without you…siapa nak teman aku lepak and shopping…teman aku main bowling dan macama-macam lagi…”.

“Yeahh…mungkin kau sekali sekala boleh datang jenguk aku..tak adalah aku bosan sangat…”.

“Eee…aku? Masuk kampung…? Kalau ada shopping complex and cinemamaybe I can consider…”. Jawab Lisa sambil ketawa.

“Apa yang kau jangka kan dengan nama ‘ kampung seri desa’…? Dengar pun dan macam bosan…arghhhh…Lisa..please help me…!!..aku tak nak pindah sana…”.

“Sabarlah  Sarah…it’s gonna be okey…”. Lisa berkata seolah-olah memujuk. Qaisarah mengeluh perlahan

“ Fauzi tahu kau nak pindah..?”. Lisa bertanya seketika setelah masing-masing mendiamkan diri.

Him..? nope…aku tak sempat lagi nak bagi tahu dia..the truth is…aku tak pasti macam mana nak bagi tahu dia…..mesti dia kecewa…”.

“Well…you should tell him..he’s your boyfriend..nanti takut dia merajuk pulak…”.

Qaisarah  terdiam seketika.

“Yeah..i will…eh..jum keluar..aku bosanlah sibuk mengemas rumah je...ajaklah Puad and Fahmi…the more the merrier….kita jumpa tempat biasa..boleh?”.

“Set…”.

Talian di putuskan. Qaisarah mencampakkan telefon bimbitnya ke sebelah. Matanya memandang sekeliling bilik yang separuh kosong itu. Kebanyakkan semua barang-barang peribadinya telah di masukan ke dalam kotak. Qaisarah mengeluh. Tangannya segera mencapai kembali telefon bimbit lalu mula mendial.

Hello..sayang..can we meet at alam square in 30 minutes..??”.

 

                                                                                    ***

 

“Yoo..wassup girls…”.

Qaisarah  hanya tersenyum sambil membalas sapaan yang di lemparkan oleh Fahmi. Teman sekolejnya itu.

So..girl…betul ke apa yang aku dengar…?”. Fahmi bertanya sambil duduk bersila berdekatan dengan Qaisarah.

“Sarah…sambut…”. Teriak Puad, seorang lagi teman Qaisarah.

“Thanks…”. Qaisarah  menyambut buah epal berwarna merah itu sebelum memandang Fahmi di sebelahnya.

“Apa yang kau dengar..?”. Qaisarah bertanya sambil mengigit epal di tanganya itu.

“Betul ke kau nak pindah ?”.

“Hmmm..” Qaisarah  menjawab perlahan.

“Really..? when? Pindah mana? Paris? London…?”.

“Dalam dua tiga hari lagi…kalau parent aku pindah Paris atau London..aku sedia donate semua kasut-kasut Jimmy Choo aku tu…”

Fahmi memandang pelik. Puad yang sedang membelek papan luncur atau skateboardnya itu turut sama menjeling.

“Maksud kau…?”.

“Qaisarah  kena pindah ke kampung…”.  Jawab Lisa di sebelah. Qaisarah  hanya mengigit epal tanpa perasaan.

What..??!! kampung?? You mean..”. Fahmi memandang wajah Lisa sebelum menyambung. “…the greatest and hottes Sarah will move to….kampung..??!” Fahmi memandang Lisa dan Qaisarah  tidah percaya. Puad turut sama ternganga.

Qaisarah  hanya mendengus. Lisa hanya mengangkat bahu.

“Fauzi dah tahu?”.  Puad pula menyampuk. Qaisarah mengalihkan pandangan ke arah gelanggang bola keranjang. Kelihatan Fauzi, teman lelaki Qaisarah sedang ligat bermain bola keranjang.

“Belum…”. Qaisarah menjawab sepatah.

“Kenapa..?”. Puad bertanya lagi. Papan luncur kesayangannya di letak ke tepi.

“Entahlah…aku tak tahu nak cakap dengan dia macam mana…”. Qaisarah  mengeluh lagi.

“Lebih baik kau bagi tahu cepat…kau macam tak kenal dia..”. Fahmi pula menjawab.

“Hey guys…”.

Qaisarah mendongak. Begitu juga dengan Lisa, Fahmi dan Puad.

My girl…”. Fauzi melemparkan senyuman manis kepada Qaisarah. Senyuman yang mampu membuatkan mana-mana gadis cair termasuklah dirinya. Qaisarah hanya tersenyum lemah.

“Kenapa ni…?”. Fauzi memandang wajah Qaisarah  yang agak muram itu sebelum mengalihkan pandangan pada Lisa, Puad dan Fahmi.

“Sayang…?”. Fauzi memandang wajah Qaisarah kembali, meminta kepastian.

“Honey..there is something that…you should know…”. Qaisarah memandang wajah Fauzi yang agak berpeluh itu sambil menjeling ke arah teman-temannya yang lain.

“Yes…? Apa dia..?”.

Qaisarah menarik nafas panjang.

“Aku nak pergi cari air..dahaga tekak aku..”. Puad bangun sambil membimbit papan luncurnya. Qaisarah  dan Fauzi mendongak.

“Aa..aku pun…”. Fahmi turut sama bangun.

I  pun nak join…”. Lisa pula terburu-buru bangun sebelum mengekori Fahmi dan Puad berjalan menuju entah ke mana. Qaisarah  hanya merenung kosong ke arah mereka bertiga dari belakang.

So…apa benda yang awak nak cakap tadi..?”. Fauzi memandang kembali wajah Qaisarah.

“Saya…”. Qaisarah  menarik nafas panjang sebelum lepas. “….saya terpaksa pindah..dalam dua tiga hari lagi…”. Qaisarah  menunduk. Tangannya bermain-main batu-batu kelikir tanpa sedar.

“YOU WHAT..??!!..”.  Suara Fauzi bergema. Orang ramai yang berada di Alam Square itu turut memandang. Qaisarah  menjeling ke sekeliling sebelum jatuh ke wajah Fauzi yang merah menyala itu.

“Look..honey…saya…”.

“KENAPA..?? KENAPA SEKARANG BARU AWAK NAK CAKAP..??”. Fauzi bertanya kuat. Qaisarah  menelan air liur.

“Saya tak sanggup nak cakap..saya tak tahu macam mana nak bagi tahu awak…”. Qaisarah bersuara tergesa-gesa. Fauzi terdiam seketika. Nafasnya turun naik.

“Ke mana…? Pindah mana…?”. Fauzi bertanya, cuba bertenang.

“..Kampung Seri Desa…”.

 

 

 

 

 

 

                                                                        BAB 2

 

“Eeee…macam rumah hantu je …meremang bulu roma angah…”.

“Angah…tak baik cakap macam tu..pergi tolong along angkat barang…”. Encik Latif berkata sebelum mengeluarkan segugus kunci dan memasukkan ke celah pintu.

“Along…cuba tengok rumah tu..menyeramkanlah….”. Angah atau nama sebenarnya Eddy Faidie berkata.

“Jangan merepeklah angah..nah..bawak masuk terus ke dalam…”. Qaisarah menghulurkan kotak ke arah Eddy yang masih tercegat memandang rumah banglo lama dua tingkat itu. Eddy hanya mengangkat bahu sebelum berjalan menuju ke dalam rumah.

“Bilik along yang paling besar sekali…”. Qaisarah  menjerit dari belakang.

“Ohh man….”. Eddy merungut – rungut sambil menolak pintu dengan hujung kakinya.

Qaisarah  membawa  kotak yang mengandungi buku-bukunya masuk ke dalam rumah. Kakinya terhenti tatkala melangkah masuk ke banglo lama itu. Matanya melilau ke sekeliling. Semua perabot dan hiasan di dalam banglo lama itu masih seperti biasa, seolah-olah tidak pernah diusik oleh sesiapa sejak bertahun-tahun  lamanya.

“Along…lepas letak kotak tu…boleh  ke sini sekejap… I need your help…”. Qaisarah memandang ibunya yang sedang menarik kain-kain putih yang menutupi sebahagian besar perabot. Beberapa orang pekerja yang di upah oleh ayah kelihatan sibuk keluar masuk ke ruangan itu, membawa lebih banyak barang-barang dari rumah lama mereka.

“Okey…along nak cari bilik dulu…”. Qaisarah berpaling lantas mendaki anak-anak tangga di hadapannya untuk ke tingkat atas. Matanya melilau di sekeliling. Bingkai-bingkai gambar yang berhabuk tersusun kemas di dinding sepanjang laluan tangga naik ke atas itu. Qaisarah terhenti seketika di tengah jalan. Matanya di hala ke salah satu bingkai gambar. Seorang kanak-kanak perempuan sedang ketawa gembira. Qaisarah mengangkat bahu sebelum meneruskan perjalanan.

 Tok..tok..tok..

“Masuk..”.

Qaisarah memulas tombol pintu dengan hujung jari sebelum menolak pintu dengan kaki.

“Bilik along sebelah sana….”. Eddy menjawab sambil menyusun buku-buku di atas rak yang telah sedia ada itu. Qaisarah melihat sekeliling.

“Boleh tahan…”. Ujar Qaisarah sebelum meletakkan kotak yang di bawa tadi di atas katil. Qaisarah berjalan menghampiri almari kayu yang agak berhabuk itu, menarik pemegang bersadur tembaga sebelum membuka pintunya.

“ARGHHHHH…..!!”.

Eddy di belakang ketawa terbahak-bahak. Qaisarah mengurut dada.

“Alonggg….angahhhh…apa yang bising-bising kat atas tu…?”. Kedengaran suara mak dari bawah.

“Nothinggg….”. Qaisarah menjawab. Dia merentap patung berbentuk tengkorak itu keluar dari almari kayu tersebut.

“Siapalah yang bijak sangat simpan benda-benda mengarut ni dalam almari baju ni…”. Qaisarah melemparkan patung tersebut ke muka pintu, tempat beberapa bungkus plastik sampah tersadai di situ.

“Angah rasa this stuff  is cute…”. Eddy, yang muda dua tahun darinya menjawab sambil berjalan ke muka pintu untuk melihat patung tersebut dari dekat. Sisa tawanya masih kedengaran dari bibirnya. Qaisarah mencebik.

“Dahlah…along nak tengok bilik along…lepas kemas semua barang-barang ni…”. Qaisarah memandang sekeliling sebelum menyambung. “….turun bawah..tolong mak kemas bawah pulak…”.

“Okey bos…”.

Qaisarah  mengambil kotak yang di letakkan di atas katil sebentar tadi sebelum keluar dari bilik tersebut untuk menuju ke biliknya. Qaisarah berdiri tercegat seketika di hadapan pintu berkayu jati berwana merah gelap itu. Tangannya memulas perlahan tombol tembaga tersebut. Qaisarah menjeling seketika keadaan di dalam bilik tersebut sebelum melangkah masuk. Matanya terpaku pada katil bertiang empat, lengkap dengan langsir jarang berwarna putih di sekeliling tiang tersebut. Qaisarah berjalan dan meletakkan kotak yang di bawanya ke katil. Dia melabuhkan diri di atas katil sambil tangan menyapu cadar yang di tutupi plastik jernih, yang di gunakan untuk menghindari cadar dari di selaputi habuk. Qaisarah bangun dan menarik plastik tersebut. Habuk-habuk halus berterbangan membuatkan dia terbatuk-batuk. Tangannya mengibas – ngibas ke udara untuk menghilangkan habuk yang berterbangan itu. Qaisarah mengulung plastik tersebut sebelum mencampakkan ke muka pintu. Dia berbaring seketika di atas katil sambil merenung siling yang juga di tutupi langsir jarang berwarna putih. Matanya kemudian di lemparkan ke sekeliling. Ke arah meja solek fesyen lama berkerawang motif bunga-bungaan. Kemudian dia beralih pula ke arah almari hitam yang sederhana tinggi. Ke arah meja yang sederhana besar, yang barangkali boleh dijadikan sebagai meja belajarnya dan akhir sekali ke arah tingkap berbingkai putih susu. Qaisarah bangun menuju ke arah tingkap tersebut. Dia membuka tingkap tersebut, menyebabkan angin sepoi-sepoi bahasa menerjah masuk ke dalam bilik. Matanya merenung kosong ke luar. Pemandangan yang tak mungkin ada di bandar. Sesekali matanya memandang ke arah pokok-pokok besar di sekeliling banglo tersebut. Daun-daun mati berterbangan lesu di atas tanah tatkala di tiup angin lembut. Qaisarah mengeluh. Dia kembali ke katil, membuka penutup kotak dan mengeluarkan isinya satu persatu. Matanya terhenti pada sebuah kotak lain yang lebih kecil saiznya berwarna merah jambu. Tangannya membuka kotak tersebut. Qaisarah hanya merenung terpaku seketika sebelum mengeluarkan seutas gelang tangan perak dari kotak tersebut. Di genggamnya kuat. Hatinya tiba-tiba pedih bagai di tusuk sembilu.

“Honey…what is this…?”. Qaisarah bertanya sambil merenung tajam Fauzi di hadapanya. Matanya turut menjeling perempuan di sisi Fauzi.

“What..?”. Fauzi berpura-pura tidak mengerti.

“Apa yang awak buat dengan perempuan tu…?”. Qaisarah bertanya sambil menuding jari ke arah Nataliah, perempuan yang sentiasa mencemburuinya dalam apa jua perkara.

Oh..this..everyone..kenalkan…my new sweet girlfriend…Natalia…”. Fauzi menjawab sambil memeluk pinggang Natalia. Natalia hanya tersengih jahat. Qaisarah tergamam. Lisa, Puad dan Fahmi turut sama tergamam.

What..?? can you say again..?? ”. Qaisarah bertanya cuba menahan perasan marah.

“You heard me…for now on..we finish….”. Fauzi menjawab sebelum berpaling sambil memaut Natalia di bahunya. Qaisarah mengetap bibir.

“TUNGGU…!!..”

Fauzi berhenti melangkah. Qaisarah berjalan menghampiri Fauzi.

“Why..?..”. Qaisarah berdiri tegak memandang Fauzi. Fauzi tersenyum sinis sambil memandang Natalia yang turut sama melemparkan senyuman sinis kepadanya.

“Sebab…saya tak boleh terima perempuan kampung macam awak…why not you just leave and find ‘ kampung boy’ as your new boyfriend..more suitable for you..”. Fauzi menjawab sambil tersenyum sinis. Qaisarah mengetap bibir.

“Fine…!! But just remember..saya yang putuskan hubungan kita..not you..!!”.

Qaisarah mengenggam rantai tangan tersebut dengan kuat sehingga meninggalkan bekas pada tapak tangannya. Setelah hampir tiga tahun bersama, Fauzi sanggup membuangnya terus dari hidupnya hanya di sebabkan dia terpaksa berpindah ke kampung ini. Qaisarah bangun lantas menuju ke bilik air, mencampakkan rantai tangan tersebut ke lubang tandas sebelum menarik flush. Hatinya puas melihat rantai tangan tersebut, rantai tangan pemberian Fauzi sempena ulang tahun perhubungan mereka yang ketiga beberapa bulan lepas hilang dari pandangan menuju ke tempat yang sepatutnya.

“Alonggg…dah siap berkemas ke belum..boleh tolong mak sekejap kat bawah ni…”.

“Baik mak..along turun sekarang….”. Qaisarah melaung kembali sebelum tergesa-gesa turun ke ruang bawah.

“Angah..jum turun bawah…”. Qaisarah menjenguk Eddy yang berbaring kepenatan di atas katil.

“Kejaplah…penat ni…”. Eddy mengambil bantal dan menutup mukanya. Qaisarah berjalan mendekati Eddy.

“Bangunlah angah..semua orang penat..cepatlah….”. Qaisarah menarik bantal yang menutupi muka Eddy dan di campak ke tepi. Eddy masih mengerekot. Qaisarah menarik tangan Eddy supaya bangun.

“Bangunlah angah..kesian mak kat bawah sorang-sorang tu….”. Qaisarah masih lagi menarik Eddy bangun.

“Yelah-yelah…”.

“That’s my boy…”. Qaisarah berkata sambil tersengih. Eddy hanya mendengus. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke ruang bawah.

“Sampai pun..ingat dah tak nak turun-turun sampai bila-bila….”. mak berkata sambil melipat kain-kain putih berhabuk yang di gunakan untuk menutup perabot dan perhiasan.

“Mana pekerja yang ayah upah tu?” Eddy bertanya sambil menghempas diri di atas sofa lama berwarna merah tua itu.

“Dah balik..ayah upah untuk angkat barang-barang je..” mak menjawab sambil melemparkan pembersih habuk ke arah Eddy.

“Ayah mana mak?”. Qaisarah bertanya sambil memandang sekeliling. Matanya turut memandang potret-potret lama yang tergantung kemas di dinding. Sesetengahnya masih di tutupi oleh kain putih.

“Ayah pergi pekan sekejap..uruskan fasal pemasangan semula elektrik dan air..lepas tu uruskan fasal talian telefon dan internet…”

“I see…”.. Qaisarah menjawab sepatah. matanya tertumpu pada bingkai gambar seorang gadis muda di dinding. Gadis itu sangat cantik.

“Mak…tu gambar siapa..?”. Qaisarah bertanya. Puan Zulaika memandang. Eddy turut sama memandang.

“Itulah gambar arwah nenek saudara kamu berdua…”. Puan Zulaika berjalan menghampiri Qaisarah untuk melihat gambar tersebut dengan lebih dekat. Eddy turut sama berdiri di sisi emak.

“She’s pretty…”. Qaisarah berkata sambil mata masih memaku pada gambar tersebut.

“Betul ke arwah nenek dah tak duduk rumah ni sejak bertahun-tahun dulu..?”. Eddy bertanya, turut sama memandang pada gambar tersebut.

“Entahlah..yang mak tahu..arwah nenek, lepas kahwin dia terus pindah ikut suami dia..seorang kaya raya, yang mengusahakan perdagangan minyak mentah..lepas tu..dengar cerita..beberapa tahun kemudian..lepas suaminya meninggal..nenek pernah balik sini sekejap sebelum pindah terus dan tak pernah balik ke sini balik sehinggalah nenek meninggal dan…”

“….mewasiatkan ayah dan kita sekeluarga tinggal di banglo lama ni…”. Qaisarah menjawab sambil berpaling dari bingkai gambar menuju ke hujung sebelah sana. Apa yang diketahinya, ayahnya merupakan anak saudara kesayangan arwah nenek saudaranya itu. Semasa kecil, ayahnya sempat tinggal selama setahun bersama nenek saudaranya itu ketika berumur 4 tahun memandangkan nenek saudaranya itu tidak mempunyai anak. Selepas itu nenek saudaranya itu belayar mengikut suaminya menguruskan perniagaannya.

“Emak percaya yang kamu berdua akan seronok di sini…”. Puan Zulaika hanya mengeleng sambil tersenyum.

 “Apa yang seronoknya mak..apa pun tak ada kat kampung ni….”. Qaisarah menjawab sambil menarik kain yang menutupi piano lama berwarna hitam berkilat itu. Qaisarah terbatuk-tabuk tatkala habuk berterbangan.

“Wahh….cool…”. Eddy bingkas menghampiri piano tersebut. Qaisarah memandang piano tersebut. Tangannya membuka penutup piano tersebut dan menekan-nekan khi-khi dengan jari telunjuknya. Kedengaran bunyi nyaring takkala di sentuh oleh Qaisarah, yang bermakna piano tersebut masih dalam keadaan baik lagi.

“Siapa punya piano ni..?”. Eddy bertanya sambil duduk di kerusi berhadapan dengan piano tersebut.

“Arwah nenek saudara kamu berdua….ayah dengar dia seorang pemain piano yang hebat ketika zamannya dahulu…”. Qaisarah, Eddy dan Puan Zulaika berpaling. Encik Latif tersenyum sambil berjalan memasuki ruangan tersebut.

“Abang dah balik…so macam mana?”. Puan Zulaikabertanya sambil mengambil beg bimbit dari tangan encik latif.

“Sekejap lagi akan ada datang pekerja yang akan uruskan pemasangan semula elektrik, air, talian telefon dan internet…”… jawab Encik Latif sambil menghampiri piano tersebut.

“Ayah pandai main piano..?”. Eddy bertanya sambil mendongak ke arah Encik Latif. Encik Latif hanya tersenyum.

“Tak…datuk kamu rasa lelaki tidak sepatutnya belajar main piano..tu kerja orang perempuan…”.

Eddy menyeringai.

“Tapi ayah tak kisah kalau kamu berdua nak belajar piano…”. Encik Latif tersenyum memandang Qaisarah dan Eddy.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                     BAB 3

 

“Selamat pagi…”. Qaisarah menegur sambil menarik kerusi untuk duduk.

“Mana angah..?”. Puan Zulaika menegur sambil sibuk membasuh pinggan mangkuk di singki.

“Entah..tidur lagi agaknya..”. Qaisarah menjawab sambil menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan.

“Ayah mana?”.. andrai bertanya sebelum menyudu nasi ke mulut.

“Ayah kamu ke pekan..ada urusan apa entah…”. Puan Zulaikamenjawab.

“I see…”.

“Along..nanti kalau angah tak bangun lagi..boleh tolong kejutkan angah…? Mak ingat nak kemaskan bilik bacaan..kamu berdua boleh tolong bersihkan halaman..? rumput dan lalang tu dah macam hutan rimba mak tengok…”.

“No problem…”

 

                                                                        ***

 

“Along…macam mana kita nak potong ranting-ranting pokok atas tu?”. Eddy mendongak memandang ke atas. Qaisarah yang sedang mengaut rumput-rumput yang telah di potong untuk di bakar, terhenti seketika dan berjalan mendekati Eddy.

“Angah panjatlah…”.

“Ishh…ada pulak angah nak panjat…ingat angah spiderman ke…”. Eddy menjawab sambil mengelap peluh. Cahaya matahari telah tegak di atas kepala.

“Kalau macam tu nanti along cari tangga…angah tolong kaut rumput-rumput tu dan bakar..”.

“Okey….”.

Qaisarah menanggalkan sarung tangan kainnya yang tebal itu lantas di campakkan ke tanah. Kemudian dia berjalan menuju ke belakang rumah untuk mencari tangga. Namun  tidak di jumpainya. Qaisarah masuk ke rumah melalui pintu belakang.

“Mak…ohh…mak…”. Qaisarah menjerit memangil Puan Zulaika.

“Sini…bilik bacaan…”.

Qaisarah segera berlari ke arah bilik bacaan. Dia memulas tombol pintu dan menolaknya perlahan. Kelihatan Puan Zulaikasedang sibuk mengemas dan menusun buku-buku ke rak buku yang tinggi mencecah siling itu.

“Ada apa along…?”.

Qaisarah masuk ke dalam bilik bacaan. Matanya memandang ke arah sekeliling bilik tersebut.

“Aa…along nak cari tangga…mak tahu kat mana nak cari tangga..?”. Qaisarah memandang sekeliling.

“Tangga…? Cuba cari dalam stor dekat belakang rumah…”.

“Okey..”.

Qaisarah berjalan keluar dari bilik bacaan menuju ke belakang rumah. Matanya tertacap pada pintu kayu yang agak uzur. Tangannya memulas tombol pada pintu dengan berhati-hati. Dia melangkah masuk dan memetik suis lampu di dinding. Qaisarah berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati sambil mata melilau mencari tangga. Keadaan stor yang agak sempit namun sarat dengan segala macam barang-barang itu menyukarkan pergerakannya.

“Dah jumpa..”. Qaisarah berbisik sendiri. Qaisarah cuba menarik tangga itu keluar. Namun agak sukar kerana terlalu banyak barang-barang yang di letakkan bersama-sama tangga tersebut. Qaisarah terhenti seketika. Terasa sesak nafas. Keadaan yang sempit dan sesak itu benar-benar melemaskannya. Qaisarah merentap sekuat-kuat hati tangga tersebut sehingga beberapa barang-barang jatuh dari atas, hampir sahaja menimpanya. Qaisarah mendongak memandang atas.

“Selamat tak kena kepala aku…”. Qaisarah berkata di dalam hati. Dia mengibas-ngibas habuk pada bajunya dan tunduk melihat barang-barang yang jatuh itu.

“Apa benda ni…?”. Qaisarah bertanya sambil mengambil sebuah buku yang terbuka. Tangannya menyelak secara rambang.

“Macam diari je…”. Qaisarah berkata sendiri. Dia membelek muka hadapan buku tersebut yang di perbuat daripada kulit kayu keras.

“Nota untuk cinta…”. Qaisarah membaca tajuk pada buku tersebut.

“Alonggg…alonggg…”.

Qaisarah tersentak. Cepat-cepat dia menyelit buku tersebut di dalam poket bajunya.

“Alongg…ha..puas angah cari along…along buat apa kat dalam tu? Cari tangga ke buat tangga…?”. Eddy bertanya sambil masuk ke dalam stor itu.

“Cari tanggalah angah…ni susah sangat nak bawak keluar tangga ni…”.

“Biar angah buat…along keluar dulu…”.

Qaisarah keluar dari stor yang melemaskan itu sambil menanti Eddy keluar membawa tangga.

“Dah jum…angah dah bawak keluar tangga..along pulak yang kena panjat…”.. Eddy berkata sambil memikul tangga di bahunya. Qaisarah mencebik.

“Banyak cantik lubang hidung….”.

 

                                                                       ***

 

“Sarah.….!!”.

Qaisarah menjarakkan telefon bimbit jauh dari telinganya.

“Lisa…boleh tolong tak?..tolong jangan jerit macam tu lagi..binggit telinga aku…”. Qaisarah menjulingkan biji mata. Kedengaran suara Lisa ketawa di sebelah sana.

Sorrylah Sarah…aku rindu sangat dengan kau..susah sangat nak contect kenapa..?”.

“Biasalah..kampung…sini payah nak dapat coverage….ni pun ala-ala hidup segan mati tak mahu..kejap ada kejap tak ada…”. Qaisarah menjawab sambil berbaring di atas katil.

“Really?..so..macam mana hidup kau kat sana…?”.

“Not bad..bolehlah..sekurang-kurangnya bolehlah aku bernafas..”. Qaisarah menjawab sambil memintal hujung rambutnya.

“Kau macam mana pulak? Your life…?”. Qaisarah bertanya.

“Macam biasa je..cuma bosan tak ada kau…Puad dan Fahmi pun cakap tak best hidup kalau tak ada kau…”. Lisa menjawab dari sebelah sana.

“Really…? Ala…tak lama pun…semester baru buka nanti…aku baliklah sana..tak sabar nak balik sana…”.

“Hmm..kau ada dengar cerita fasal…hmm..Fauzi…?”. Lisa bertanya perlahan. Qaisarah terdiam seketika.

“Kenapa dengan mamat tu..?”. Qaisarah bertanya malas.

“Dia..last week kena tangkap basah dengan Natalia..”.

“What..?? kau biar betul…??”. Qaisarah bertanya sambil bangun dari baringan dan duduk di atas katil sambil bersila.

“Betullah…ni Fahmi yang bagi tahu..dah tersebar dalam internet..kau tahulah..bapak si Fauzi tu siapa..so benda-benda macam ni cepat je tersebar…”. Lisa menjawab. Qaisarah mendiamkan diri.

“Dah tu apa jadi dengan mereka berdua tu? Kena paksa kahwin?” Qaisarah kembali berbaring. Tangannya mengentel hujung bantal peluknya.

“Tak…si Fauzi tu tak nak..si Natalia tu pulak beriya-iya sangat paksa si Fauzi tu kahwin dengan dia..tapi Fauzi tak nak..so bapak dia gunakan pengaruh dia..so just kena bayar denda jelah…”.

Qaisarah mengerutkan dahi.

“Kenapa Fauzi tu tak nak kahwin dengan Natalia? Kan ke Natalia tu cinta sejati dia..”. Qaisarah bertanya separuh menyindir. Lisa hanya ketawa.

“Ada orang cemburu nampaknya…”.

In your dream..lelaki macam tu tak berbaloi aku nak cemburu…”. Qaisarah mencemuh. Lisa ketawa lagi.

“Entahlah Sarah…aku pun dapat cerita dari mulut ke mulut..so tak berapa tahu sangat…”.

“Dahlah Lisa..tak payahlah cerita pasal dia..buat melambung bil telefon aku je..okeylah..nanti ada masa aku call lagi..kat tempat aku dah dapat liputan internet..so bolehkan kita chatting…”. Qaisarah berkata lagi.

“Okey..take care dear..Assalamualaikum..”

“Waalaikumsalam…”.

 

                                                                        ***

 

“Mak pergilah naik berehat…biar along dan angah je yang buat kerja ni..”. Qaisarah berkata kepada Puan Zulaika sambil membilas pinggang dan diberikan oleh Eddy untuk disusun ke rak pinggan mangkuk.

“Yelah mak..mak pergilah naik atas..mak dah penat seharian mengemas rumah ni kan..”. Eddy pula bersuara.

“Kalau macam tu…mak naik atas dulu..kamu jangan lama-lama sangat dekat dapur ni..Eddy..nanti tolong tengok pintu dah kunci ke belum ye…”.

“Baik mak…”. Eddy menjawab.

“Along….esok kita keluar tengok tempat ni..nak tak..?”. Eddy bertanya sambil ligat menyusun pinggan mangkuk mengikut tempatnya.

“Malaslah ngah..duduk rumah layan internet lagi best..lagi pun apa je ada kat tempat ni ngah…” Qaisarah menjawab sambil menghulurkan mangkuk kaca ke arah Eddy.

“Ala along…kita jalan-jalanlah..pergi pekan ke..kot lah ada Pavillion Megamall ke..”. Eddy menjawab sambil tersengih. Qaisarah mencebik.

“Yelah sangat tu..Pavillion Megamall konon..entah-entah kedai mamak pun tak ada…”.

“Ehh….along jangan cakap..mana tahu ada jual stock kasut prada kat sini..ternganga along..”

“In your dream…”.

“ Bolehlah along ek..please..lagipun angah bosanlah..tak buat apa kat rumah…”.

“Yelah-yelah…”.

“ That’s my girl..”. Eddy tersengih. Qaisarah menjulingkan biji mata.

 

                                                                 ***

 

Qaisarah memandang wajahnya ke cermin. Tangannya mencapai sikat berwarna merah jambu itu dan di sisirnya rambut. Kemudian dia meletakkan kembali di atas meja solek. Dia melangkah menuju ke atas katil, berbaring dan menarik selimut sehingga ke paras dada. Dia kemudian mencapai buku berkulit kayu yang di jumpai di stor itu. Matanya menatap kulit muka hadapan buku tersebut yang tertulis perkataan ‘ Nota Untuk Cinta’. Qaisarah membuka muka surat pertama. Bau-bauan dari kertas lama itu memenuhi ruang udara. Kertas muka surat tersebut sudah agak lama dan kekuningan. Qaisarah membaca sebaris catatan tangan yang tercatat pada muka surat pertama buku tersebut.

Untuk Lelaki yang kucintai---CINTA.

Qaisarah mengerutkan dahi membaca sebaris ayat itu. Jadi buku ini mesti milik seorang gadis. Tiada nama pemilik buku tersebut. Mungkinkah buku tersebut milik arwah neneknya?.Qaisarah bertanya sendiri di dalam hati. Qaisarah menyelak muka surat seterusnya. Matanya terhenti pada catatan pertama muka surat kedua itu.

20 julai 1931

Hari ini genap usia aku enam belas tahun. Dia memberikan aku seutas rantai perak berbatu zamrut sebagai hadiah hari lahir. Aku berasa sangat gembira menerima pemberian tersebut. Dia memakaikan rantai tersebut ke leherku. Aku sangat gembira sekali. Sesungguhnya dia adalah cinta pertamaku dan cinta terakhirku. Tiada lagi lelaki yang layak bersamaku melainkan hanya dia. Selepas majlis sambutan hari lahirku yang di adakan secara besar-besaran oleh keluargaku, kami menyelinap keluar untuk mengambil angin malam. Aku berasa sangat bahagia. Orang ramai yang memenuhi rumah banglo itu aku tinggalkan di belakang semata-mata untuk bersama-sama dia. Berjalan-jalan pada waktu malam begini begitu mengasyikkan. Aku terbuai seketika ke alam khayalan. Menikmati sinaran bulan dan bintang di atas bukit, di bawah rimbunan pokok-pokok manggis. Menikmati malam hari lahirku bersama dia lebih baik dari majlis hari jadi yang diadakan oleh keluargaku. Kami banyak membualkan tentang masa depan. Si dia ternyata mempunyai cita-cita yang tinggi. Ingin menjadi seorang juruterbang. Si dia berkata akan membawa aku terbang ke langit sekiranya dia berjaya menjadi seorang juruterbang. Aku sangat gembira mendengarnya. Kemudian, setelah beberapa lama, kami berjalan pulang. Dia menghantarku sehingga ke depan pintu pagar. Aku tidak membenarkan dia masuk ke kawasan rumahku, bimbang akan tertangkap oleh  ayahku. Pasti akan di marahinya. Setelah mengucapkan selamat malam, aku berjalan menuju ke rumah, dengan dia masih setia menanti menungguku selamat tiba di pintu rumahku.

Qaisarah menenyeh kedua belah matanya. Terasa pedih dan mengantuk. Seharian membersihkan kawasan banglo dua tingkat ini benar-benar membuatkannya  sakit-sakit belakang. Dia lantas menutup buku tersebut dan diselitkan ke bawah bantal. Dia memadamkan lampu meja di sebelah sebelum berbaring dan terus lena di buai mimpi.
BERSAMBUNG: