RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, June 18, 2012

Kau Tercipta Untukku bab 1 part 3



TOK..TOK..
“Masuk,”
Qistina memulas tombol perlahan sebelum menolak pintu itu. Kepala terjengah di muka pintu.
“Tak tidur lagi..?” Qistina bertanya. Syahila mengangkat kepala dari bukunya manakala Syakira sedang berbaring di atas katil Syahila sambil membaca buku.
“Belum lagi Kak Ina..banyak homework,” balas Syahila.
“Boleh akak masuk?”
“Masuklah,”
Qistina menolak pintu lebar-lebar sebelum melangkah memasuki bilik sederhana besar itu. Qistina berdiri di samping Syahila yang sedang khusuk mengulangkaji pelajaran.
“Ila buat homework apa?” Qistina bertanya. Syahila mengangkat kepala.
“Chemistry.,”
“Ohh...Ira...study apa?”
“Sejarah...bosanlah kak..banyak benda nak kena ingat,” Rungut Syakira perlahan. Qistina tersenyum sebelum berjalan mendekati Syakira yang masih lagi membaca buku dalam keadaan berbaring. Qistina melabuhkan punggung di hujung katil.
“Macam mana nak ingat kalau Ira baca macam tu...silap-silap boleh tertidur nanti,”
“Ira kalau study sejarah atau geografi..memang akan macam ni...pasal dua subjek tu kena banyak baca..banyak menghafal,”
Qistina tersenyum lagi.
“Siapa cakap nak study sejarah dan geografi kena hafal saja...subjek ni jugak kena buat banyak latihan...baru senang faham..bila senang faham...baru senang nak ingat,”
“Ye ke?tapi cikgu kat sekolah selalu cakap sejarah kena hafal..kena ingat,”
Qistina tersenyum lagi.
“Betullah cikgu cakap tu..tapi kita kena ada cara macam mana nak hafal dan ingat..takkan nak baca je..letih kalau macam tu..baca lepas tu hafal..esok lusa dah lupa balik..kena baca balik..pastu lupa balik..kan susah macam tu,”
Syakira bangun lalu menyandarkan tubuh pada dinding.
“Habis tu...Ira nak buat macam mana supaya tak lupa?”
Qistina terdiam seketika.
“Ira ada buku latihan?”
“Ada..nanti Ira ambil,” Syakira bangun lalu keluar dari bilik tersebut menuju ke biliknya di sebelah. Qistina merenung Syahila yang sedang tunduk khusuk membuat latihan kiminya.
“Ishhh....apesal tak dapat pulak ni...?” rungut Syahila perlahan. Dia merenyukkan kertas yang digunakan untuk mengira itu lalu dicampak ke bakul sampah berhampiran. Gumpalan sampah tersebut tidak mengenai sasarannya dan hanya tergeletek di atas lantai. Qistina mengeleng kepala lalu bangun dan memasukkan kertas gumpalan tersebut ke dalam tong sampah. Qistina berjalan menghampiri Syahila.
“Ila..ada masalah ke? Boleh Kak Ina tolong..?” tanya Qistina lembut. Matanya memerhati Syahila yang sedang menekan kalkulator sambil merungut perlahan.
“Kak Ina pandai buat kimia ke?” Tanya Syahila sambil mengangkat kepala.
“ Bolehlah sikit-sikit...dulu masa sekolah ada jugak Kak Ina belajar..sini akak cuba tengok..kalau akak tak lupa..akak tolonglah,”
Syahila menolak buku latihan kimianya ke arah Qistina. Qistina mencapai buku latihan tersebut.
“Bagi pensel...dan kertas conteng,”
Syahila menghulurkan pensel dan kertas kosong seperti yang di minta. Dia mengeliat lalu tersandar pada kerusi tersebut.
“Apa masalaj Ila untuk soalan ni? Equation boleh buat?” Tanya Qistina.
“Boleh..problemnya bila nak kira bilangan mol dalam karbon monoksida dalam persamaan ni...Ila tak tahu macam mana nak kira,” Syahila menjawab sambil menenyeh mata dengan tangan.
“Okey..cuba Ila buat persamaan dulu,” Qistina menghulurkan pensel ke arah Syahila. Syahila mencapai pensel tersebut lalu menulis persamaan kimia berdasarkan soalan yang diberikan.
“Dah,” Syahila menolak kertas tersebut ke arah Qistina.
“Dah siaplah tu?”
Syahila mengangguk perlahan.
“Kenapa? Salah ke?” Tanya Syahila sambil menarik kembali kertas putih tersebut sambil menyemak dengan teliti.
“Rasa macam betul dah equation ni,”
Qistina mencapai pensel di tangan Syahila.
“Ila dah lupa ya..kalau dah buat equation...mesti kena seimbangkan dulu bilangan molnya di kiri dan kanan equation...bila dah seimbang....baru boleh cari bilangan mol sebenar berdasarkan maklumat yang diberi.,”
“Aduhhh..Ila lupalah Kak Ina...patut dari tadi Ila buat tak dapat-dapat...thanks Kak Ina,” jawab Syahila sambil menepuk dahi. Qistina ketawa kecil sambil mengeleng.
“Lain kali kalau nak buat..kena periksa betul-betul..Ila bukan tak boleh buat soalan ini..cuma careless je...salah sikit..habis salah semua..betul tak?”
Syahila mengangguk sambil mencapai pensel.
“Kak Ina..ni buku latihan sejarah,” kata Syakira sambil membawa beberapa buah buku sejarahnya lalu diletak di atas katil.
“Banyaknya...Ira tak pernah buat satu pun buku latihan ni?” Tanya Qistina sambil membelek buku latihan sejarah tersebut. Syakira mengeleng sambil tersengih.
“Papa beli je..tapi Ira tak pernah buat pun,”
“Okey...kalau macam tu..mulai dari hari ini...setiap kali Ira study sejarah..Ira kena buat latihan...tak nak baca je lepas tu hafal....boleh?”
“Kalau tak hafal..macam mana nak ingat?” Tanya Syakira.
“Macam ni..masa Ira buat latihan sejarah ni...Ira tengoklah buku teks atau buku rujukan..sambil-sambil tu Ira hafal...sejarah ni macam buat latihan matematik juga..bila dah lama-lama kita buat latihan...automatik kita akan ingat...dulu Kak Ina paling malas nak baca sejarah...mengantuk...asal nak buka sejarah je..mengantuk..asal cikgu sejarah masuk kelas nak mengajar je...mata terbayang tilam dan bantal kat rumah,” Qistina senyum. Syakira turut tersengih.
“Kak Ina pun sama? Ingat Ira sorang je..betullah Kak Ina..baca sejarah ni mengantuk..tu yang asyik fail je subjek sejarah ni,” Syakira menjawab.
“Tak apa..boleh cuba lagi..gagal sekali tak bermakna akan gagal selamanya..betul tak? Yang penting kita nak berusaha dan memperbaiki kelemahan kita tu,”
“Dah tu..Kak Ina buat macam mana?”
“Kak Ina buat macam apa yang akak cakap tadi...buat banyak-banyak latihan...habis semua buku latihah akak buat sampai nak termuntah orang cakap..dah habis satu buku..buat buku lain...sampaikan bila semua buku dah habis akak buat...akak ulang semula buat latihah yang akak pernah buat...soalan peperiksaan sejarah ni dia selalu berulang..tak banyak lari jauh..pusing-pusing situ jugak..cuma mungkin bentuk soalan yang diubah sikit...tapi masih tanya benda yang sama...jadi bila kita dah familiar dengan bentuk soalan..automatik kita akan ingat...bila dah ingat..senang je nak jawab,”
“Wahhh..dasyatlah Kak Ina...dah tu..kak Ina dapat berapa masa PMR dan SPM..?”, Tanya Syakira. Qistina terdiam seketika sebelum tersengih.
“Ala..biasa-biasa je...akak bukan pandai pun,”
“Yeke tak pandai? Kalau akak tak pandai...macam mana akak boleh solve soalan chemistry ni?” Tanya Syahila sambil memusingkan badan mengadap ke belakang.
“Ala..soalan itu senang je..Ila tak boleh jawab sebab careless...cuba kalau tak careless...sure boleh solve punya,”
Syahila dan Syakira saling berpandangan.
“Err...Kak Ina...umur berapa?” Tanya Syahila.
“Kenapa tanya?”
“Err..saja nak tahu,”
“Cuba teka..?” Qistina mengangkat kening.
“Err...takkan 18 kot,” Syakira menjawab teragak-agak.
“Kenapa pulak? Akak ni nampak tua sangat ke?” Qistina bertanya.
“Err..tak adalah..cuma akak nampak matured...23?” Teka Syahila.
Qistina ketawa kecil
“Akak nampak muda eh,” Qistian ketawa mengusik. Syahila dan Syakira saling berpandangan.
“Takkan umur Kak Ina 29 kot?” Tanya Syakira teragak-agak. Qistina ketawa lagi.
“Amboi...tua sangat ke Kak Ina ni, hmm?”
“Ala kak Ina ni main-main pulak...bebetullah,” Syakira berkata.
“Hmm..akak umur 25,”
“Betul ke?” Tanya tanya Syahila.
“Betullah..kenapa? tak percaya?”
“Tak adalah...kira kak Ina ni muda dua tahun dari abanglah kan,” Syakira berkata sambil berfikir. Kening Qistina terangkat.
“Abang? Siapa?”
“Abang Reza...abang kami...akak tak tahu ke kami ada abang?” Tanya Syakira.
“Err..tahu..Mak Siti ada bagitahu...tapi tak cakap pun umur berapa,”
“Ohh...abang memang tak duduk sini...balik weekend je...itu pun kalau dia tak sibuk,”
“Hmm..tak apalah...Ila dan Ira cepatlah siapkan homework tu....hari dah lewat ni..nanti terbabas pulak esok nak pergi sekolah,”
“Baik,” Syahila dah Syakira menjawab serentak.
“Kak Ina keluar dulu ya..jangan berjaga lewat sangat....good night,” kata Qistina sebelum menutup pintu bilik.
“Kak Ila...Kak Ila rasa..siapa Kak Ina tu sebenarnya ye?” Tanya Syakira sambil membelek buku latihan sejarahnya. Syahila mengangkat kepala dari buku latihan kimianya.
“Kenapa Ira tanya?”
“Tak adalah..Kak Ila tak nampak ke..cara dia explain tadi tu..macam gaya apa je...siap boleh speaking bagai lagi...mana ada orang gaji boleh speaking macam tu..siap boleh ajar Kak Ila kimia lagi tu,”
Syahila terdiam turut sama terfikir.
“Entah...mungkin betul dia masih ingat lagi apa yang dia belajar kat sekolah dulu,”
“ Kak Ina tu mesti budak pandai kan...tapi kenapa dia tak sambung belajar? Kenapa nak kerja jadi orang gaji pulak..?” Syakira berkata sambil mencapai pensel dan buku latihannya.
“Entahlah...dahlah..Ira buatlah latihan macam Kak Ina cakap tu...nanti lewat pulak kita berjaga,”
“Okie dokie,”






0 140 tukang karut:

Post a Comment