RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, May 14, 2012

Dia Putera Mahkota :Bab 1



BAB  1

“Mana anak bujang kesayangan dinda tu?”  Tanya Tengku Darwish Haikal sambil membelek Ipad di tangan. Sesekali stylus pen yang digunakan untuk menyentuh skrin Ipad itu terhenti sejenak ketika dia membaca artikel mengenail dunia luar yang terpapar pada skrin tersebut.  
“Entahlah. Kanda macam tak tahu perangai anak bujang kita itu dan ingat, anak kesayangan dinda, anak kesayangan kanda jugak.” Jawab Tengku Alissah Irdina pula. Kadangkala hati rasa tersindir setiap kali suaminya bertanyakan tentang anak lelaki mereka itu.
“Dinda bondanya, takkan dia tak cakap ke mana dia pergi? Bukankah dia selalu dengan dinda?” Tengku Darwish Haikal bertanya lagi masih tidak mengalihkan pandangan dari skrin Ipadnya. Tengku Alissah Irdina memandang ke arah suaminya itu.
“Dia dah besar panjang kanda, takkan selamanya nak berkepit aje dengan dinda. Bukankah sepatutnya kanda yang perlu beri perhatian lebih pada dia?Dia kan bakal penganti kanda. Bakal mentadbir kerajaan Indera Mahkota ini?”
Tengku Darwish Haikal merengus perlahan.
“Macam mana nak suruh dia belajar selok- belok pentadbiran kalau batang hidung pun tak nampak. Usahkan batang hidung, bayang-bayang pun tak nampak.”
“Bagilah dia masa. Lagi pun dia masih muda. Masih mentah. Biasalah budak-budak muda sekarang, asyik nak berseronok aje. Sampai masa dia akan tahu juga tanggungjawab dia.” Tengku Alissah Irdina menjawab lembut, cuba memujuk hati suaminya itu.
“Huh! Sampai bila nak enjoy aje? Nak berseronok aje? Umur dah 28 tahun pun masih nak berperangai macam budak-budak. Asyik keluar malam aje. Entah kemana dia pegi. Jangan-jangan dia ke disco atau ke kelab malam. Malu kanda kalau media dapat tahu.”
Tengku Alissah Irdina menghentikan anyaman benang yang dikaitnya. Itulah yang selalu dia buat untuk mengisi masa lapang jika tidak terlibat dengan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.
“Dinda yakin anak kita bukan jenis macam itu. Walaupun dia selalu keluar malam, suka berseronok dan membuang masa macam itu, dinda yakin dia tak buat perkara-perkara yang boleh merosakkan nama baik kita. Nama baik kerajaan Indera Mahkota ini.”
“Kanda pun harap macam itu.” Tengku Darwish Haikal mengeluh perlahan. Tengku Alissah Irdina kembali menyambung mengait. Lega apabila suaminya itu tidak lagi bercakap tentang anak lelaki mereka namun dalam hatinya turut tertanya-tanya, kemana perginya anak lelaki mereka itu?

“Bosanlah!”
Amir Fitri memandang ke arah sebelah.
“Sejak bila pulak kau pandai rasa bosan bila datang lepak sini?” Tanya Amir Fitri sambil memetik gitar.
“Aku bosan dengan life aku.” Tengku Shah Putra menyandarkan tubuh pada sofa. Bola keranjang di tangan, diputar-putar dengan hujung  jari. Amir Fitri sedang memetik gitar kepunyaan Tengku Shah Putra itu, mengangkat kepala.
“Kau tahu tak? Ramai orang dekat luar sana yang nakkan life macam kau. Apa kau nak, semua dapat. Tapi kau.” Amir Fitri mengeleng kepala sambil kembali memetik gitar. Tengku Shah Putra melontarkan bola keranjang ke dinding. Bola tersebut kembali melantun ke arahnya lalu disambut kemas.
“Apalah yang hebat sangat dengan life aku ni. Apa yang aku nak buat, semua diperhatikan, semua jadi tumpuan. Tak boleh salah sikit. Wartawan pula berebut nak tulis kisah tentang aku sampai satu tahap aku rasa tak ada privasi, tak ada life. Hidup tertekan dan terkongkong.”
Jari Amir Fitri terhenti daripada memetik gitar. Dia memandang tepat ke wajah murung lelaki itu.
“Itulah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang putera mahkota dan juga bakal pewaris tahta kerajaan  Indera Mahkota.”
Tengku Shah Putra mengeluh panjang. Bola keranjang dilantun lagi ke dinding.
“Aku tak minta dilahirkan sebagai seorang putera mahkota. Aku hanya mahukan kehidupan seperti manusia biasa yang lain. Bebas ke mana sahaja. Nak buat apa pun orang tak perduli, dan yang paling penting, orang menerima aku disebabkan diri aku, bukan sebab aku bakal pewaris tahta kerajaan Indera Mahkota.”
Amir Fitri terdiam seketika. Selama dia mengenali Tengku Shah Putra, selalu juga putera mahkota itu membangkitkan hal ini. Barangkali putera raja itu sudah muak dengan kehidupannya. Amir Fitri mengeleng perlahan. Kadangkala dia rasakan dunia ni tak adil. Orang lain berebut mahukan tempat seperti Tengku Shah Putra sedangkan Tengku Shah Putra mahukan kehidupan rakyat biasa. Atau pun manusia sememangnya tak pernah bersyukur?
“Mir, aku tanya sikit boleh?”
Amir Fitri tersedar dari lamunan. Dia memandang wajah Tengku Shah Putra itu dalam-dalam.
“Apa dia? Kalau aku boleh jawab, aku jawab.”
“Hmm, best ke jadi manusia biasa?”
Kening Amir Fitri terangkat sebelah.
“Kenapa kau tanya? Setahu aku, kau pun manusia biasa jugak kan? Atau kau ni spesis alien atau makhluk asing?” Amir Fitri cuba berlawak. Tengku Shah Putra membaling bola keranjang ke arah Amir Fitri tanda geram namun Amir Fitri sempat mengelak.
“Okey-okey. Relakslah bro. Jangan marah. Aku gurau aje.” Amir Fitri mengangkat tangan tanda mengaku kalah. Tengku Shah Putra menjeling tajam.
So?”
Amir Fitri membetulkan kedudukannya seketika.
“Hmm. Bagi aku, life aku dah cukup sempurna. Ada keluarga yang menyayangi, ada kerja yang menjamin masa depan walaupun kadang kala terpaksa melayan kerenah putera raja yang berperangai macam budak-budak. Aduhh, apa ni!”
Tengku Shah Putra menjeling lagi. Amir Fitri ketawa kecil lalu mengambil bantal yang tergolek di kaki. Dilemparkan kembali ke arah Tengku Shah Putra.
Stop that nonsense.”
Fine. Hmm, entahlah. Susah nak cakap. Memang tak dinafikan yang hidup aku pun kadangkala rasa tunggang terbalik jugak. Kadangkala rasa tertekan dengan orang sekeliling. Masalah datang bertimpa-timpa tapi apa yang aku buat, aku just terima semua itu dengan hati terbuka dan rasa bersyukur. Ramai lagi orang kat luar sana yang lebih malang nasibnya daripada aku. Tak dapat makan, tak ada tempat tinggal, tak ada keluarga malah hidup dalam ketakutan akibat peperangan. Bagi aku setiap perkara dalam hidup kita ini ada sebab kenapa ia berlaku. Kita insan terpilih, remember? Kita hanya perlu pandai menangani masalah yang datang dan sentiasa menghargai apa kita ada dalam hidup kita.”
Tengku Shah Putra terdiam. Rasa sedikit tersindir dengan kata-kata pembantu peribadinya itu yang juga merangkap teman baik sejak bertahun-tahun. Hanya kepada Amir Fitri sahajalah tempat dia meluahkan segala masalah dan rasa di dalam hati. Bukan mudah untuk dia mempercayai orang lain. Sungguhpun dia ramai kawan, namun yang bergelar sahabat hanyalah sedikit dan Amir Fitri adalah salah seorang yang tergolong dalam kategori sahabat.
“Aku setuju dengan kata-kata kau tu. Mungkin aku terlalu mengikut perasaan. Terhimpit dengan segala tekanan yang aku belum bersedia untuk laluinya.” Tengku Shah Putra menyandarkan tubuh kembali pada sofa. Matanya merenung sekeliling ruang penthouse tersebut. Penthouse pemberian ayahanda dan bonda sebagai hadiah hari lahir yang ke -18. Sejak dari itu, dia selalu menghabiskan masa di penthouse ini. Baginya, dia lebih tenang di sini dari di Istana Indera Mahkota, kediaman rasmi keluarganya.
“Hmm, aku rasa kau cuma. Err.” Amir Fitri terdiam. Serba salah pula dia mahu meluahkan apa yang bermain dalam fikirannya ketika itu. Kening Tengku Shah Putra terangkat sebelah.
“Cuma apa?” tanya Tengku Shah Putra curiga.
“Err. Kau cuma kesunyian aje. Sebab tu kau rasa tertekan. Cuba kau cari seseorang yang mampu mengisi kekososngan hidup kau. Mesti hari-hari kau selalu diselimuti kebahagiaan dan keceriaan.” Amir Fitri mengangkat kedua-dua belah kening. Tengku Shah Putra membulatkan mata. Sebiji bantal melayang lagi ke arah Amir Fitri namun Amir Fitri sempat mengelak.
“Aku tak perlukan perempuan untuk membahagiakan dan menceriakan hidup aku.” Tengku Shah Putra menjawab angkuh.
“Yalah tu. Kau jangan cakap besar. Nanti kalau kau dah…” kata-kata Amir Fitri terhenti seketika apabila telefon bimbit yang terletak di atas meja berbunyi. Dia segera mencapai telefon tersebut.
“Helo.”
Tengku Shah Putra tidak mengendahkan perbualan pembantunya itu. Bola keranjang diputar-putar lagi dihujung jari.
“Nah. Untuk kau.” Amir Fitri menghulurkan telefon ke arah Tengku Shah Putra.
“Siapa?”
“Naina. Dia cakap kau dah lama tak contact dia.”
“Naina who?”
Amir Fitri mengerutkan dahi. Telefon bimbit kembali dibawa ke telinga.
“Helo, tengku mahkota tanya Naina who?”
“Dia cakap girlfriend kau.” Telefon dihulur lagi ke  arah putera tersebut.
Tengku Shah Putra melantonkan bola keranjang ke dinding.
“Cakap dekat dia aku sibuk, lagipun aku ada girlfriend nama Naina? Pelik. Aku sendiri tak ingat.” Tengku Shah Putra mengosok dagu berpura-pura berfikir. Amir Fitri mengelengkan kepala sebelum kembali membawa telefon ke telinga. Sesekali dia menjarakkan telefon tersebut beberapa inci jauh dari telinganya. Tengku Shah Putra buat  tidak  kisah.
“Fuh. Naik berapi telinga aku. Boleh tahan jugak minah ni. Nasib baik telinga aku tak pekak. Dia punya tengking tu perghhh.”
“Lain kali jangan layan call macam tu.”
“Senanglah kau cakap. Dahlah nombor tak save. Macam mana aku nak tahu panggilan mana yang perlu diangkat dan yang mana tak perlu angkat? Lagipun, macam mana mereka boleh ada nombor ni?”
Tengku Shah Putra mengangkat bahu.
“Dah kerja kau kan. Nanti aku repot pada ayahanda yang kau makan gaji buta baru tahu.”
Amir Fitri mencebik namun pandangannya terhenti apabila telefon bimbit berbunyi lagi.
“Helo. Nah untuk kau.”
“Siapa lagi?”
“Entah.”
“Tanyalah.”
Amir Fitri mengeluh perlahan sebelum membawa telefon bimbit ke telinga.
“Nabila, your girlfriend.”
“Nabila mana?”
“Manalah aku tahu.”
“Cakap aku sibuk.”
Amir Fitri menarik nafas panjang sebelum meletakkan kembali telefon ke telinga. Dia memejamkan mata seolah-olah bersedia untuk dimaki hamun. Tengku Shah Putra hanya tersenyum melihat wajah pembantunya itu yang berkerut-kerut.
“Letihlah aku macam ni. Hari-hari kena maki.”
“Kan aku kata lain kali jangan jawab call macam tu.” selamba Tengku Shah Putra menjawab.
Amir Fitri hanya diam. Malas nak menjawab.
“Aku tanya sikit boleh?” Amir Fitri membawa kembali gitar di atas ribanya.
“Apa dia?”
“Kau cakap hidup kau sunyi dan bosan. Kenapa kau tak keluar habiskan masa aje dengan girlfriend kau yang ramai tu?”
Tengku Shah Putra memandang ke siling.
“Aku bosan dengan life macam tu. Perempuan-perempuan tu semua sukakan aku hanya sebab aku putera mahkota dan bukan sebab diri aku yang sebenar.”
Okay what. Seronok apa kalau dikelilingi oleh perempuan. Trust me, hidup kau takkan pernah sunyi.” Amir Fitri tersengih namun Tengku Shah Putra hanya diam.
“Aku bukan jenis lelaki macam tu. Walaupun media selalu tulis cerita tentang aku yang playboy, tapi aku bukan jenis suka merosakkan perempuan. Aku hanya mahukan seorang gadis yang mampu menerima aku seadaanya. Yang menerima aku sebab diri aku, bukan sebab siapa aku. Seorang yang sanggup menyayangi aku, bersama aku susah dan senang, mempunyai keperibadian yang lemah lembut sehingga membuatkan aku jatuh cinta kepadanya setiap kali aku melihat wajahnya. Yang mampu membuatkan aku terpesona dengan lirikan matanya yang mengoda, membuatkan hatiku berdebar-debar setiap kali dia berada di samping aku, sentiasa tersenyum  dengan senyuman yang mampu mengugurkan jantung aku.”
Amir Fitri hanya ternganga apabila mendengar setiap kata-kata yang keluar dari mulut putera raja itu.
“Kenapa?” Tanya Tengku Shah Putra bertanya pelik.
“Tak ada apa-apa. Tak sangka, hebat juga kau ya kalau bercakap soal cinta. Aku ingat kau suka berpoya-poya aje dengan mana-mana perempuan.”
Tengku Shah Putra mendengus perlahan. Malas nak melayan kata-kata pembantunya itu.
“Dah tu, kenapa kau layan juga perempuan-perempuan ni?” Amir Fitri menunjuk ke arah telefon di atas meja. Tengku Shah Putra mengangkat bahu.
“Saja, isi masa lapang tapi aku tak pernah serius dengan mana-mana perempuan.”
Amir Fitri mengeleng kepala.
“Kau rasa, ada ke lagi perempuan yang macam aku cakap tadi?” Tanya Tengku Shah Putra. Amir Fitri terdiam sambil mengosok dagu seolah-olah berfikir.
“Ada!”
“Siapa?” Tanya Tengku Shah Putra beriya-iya.
“Suria Hana.”
“Suria Hana? Siapa tu?”
“Teman wanita aku.” Amir Fitri memejamkan mata seolah-olah membayangkan teman wanitanya itu.
“Tapi dia aku punya. Kau nak, cari yang lain.” Amir Fitri membuka mata sebelum memberikan amaran. Tengku Shah Putra mendengus.
“Bukan jenis aku nak rampas teman wanita sahabat sendiri. Lebih baik bunuh diri dari kita bergaduh sebab perempuan.” Tengku Shah Putra menjawab sambil memutarkan bola di hujung jari. Amir Fitri terdiam.
“Kau rasa, kau akan jumpa dia?” tanya Amir Fitri perlahan.
“Dia?”
“Gadis idaman kau tulah.”
Tengku Shah Putra hanya terdiam. Tak tahu nak jawab sedangkan hatinya turut sama tertanya-tanya.






0 140 tukang karut:

Post a Comment