RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, April 29, 2012

kau tercipta untukku bab 1 part 2



“Tahu masak asam pedas”.
Qistina mengeleng.
“Hari ni kita buat asam pedas dengan tomyam seafood...Ila dan Ira suka makan asam pedas dan tomyam...”. Mak Siti berkata. Qistina hanya mendiamkan diri.
“Asap pedas? Apa kebenda tu...?”. tanya Qistina di dalam hati.
“Kita buat asam pedas dulu lepas tu baru buat tomyam seafood...”.
Qistina hanya mengangguk perlahan.
“Kamu tolong kupas dulu bawang merah dan bawang putih..lepas tu buang kulit halia..dah siap semua..kamu blend kan...bubuh jugak dua tiga butir cili padi pasal Ila dan Ira suka pedas...”.
Qistina terdiam seketika sebelum mencapai sebilah pisau.
“Err...Mak Siti..kat mana bawang merah dan bawang putih..? Halia?”.
“Tu..ada kat bawah dapur dalam kabinet...”.
Qistina menghayun langkah menuju ke kabinet yang dikatakan. Tangannya menarik perlahan pintu kabinet itu. Tangannya mencapai bekas berisi bawang putih dan bawang merah dan di diletakkan di atas lantai.
“Alamak...mana satu halia ni?”. Qistina mengaru kepala yang tidak gatal.
“Err...Mak Siti...halia?”.
“Ada kat dalam tu...cuba kamu tengok elok-elok...”. Mak Temah menjawab sambil menyiang ikan pari di singki. Qistina mengalihkan pandangan ke arah kabinet.
“Mati kutu dibuatnya...mana satu ni? Adoiii...”. Qistina mengigit jari.
“Err...Mak Siti... halia ni....yang mana satu?”. Tanya Qistina teragak-agak. Mak Siti menoleh.
“Lah... halia pun tak kenal ke?”.
Qistina tersenyum kelat sambil mengelengkan kepala. Mak Siti mengeleng perlahan sebelum berjalan menghampiri Qistina.
“Yang ni kunyit...yang warna seakan-akan oren sikit ni....yang ni pulak halia...warna kuning air sikit...faham?”.
Qistina memerhatikan kunyit dan halia di tangan Mak Siti itu sebelum mengangguk perlahan.
“Kunyit warna oren..halia warna kuning air...kunyit oren...halia kuning air..”. Qistina berbisik perlahan.
“Tahu macam mana nak kupas bawang semua ni?”. Tanya Mak Siti. Qistina terdiam seketika.
“Err...rasa macam tahu..kut...”. Qistina menjawab teragak-agak.
“Cuba buat...mak cik nak tengok...”.
Qistina menelan air liur.
“Alamak....mati aku...”. Qistina mencapai pisau dan mengambil seulas bawang merah.
“Hentam jelah....”. Qistina meletakkan bawang merah tersebut pada papan pemotong sebelum dihayun pisau.
“Ehhh..kamu nak buat apa ni?”. Tanya Mak Siti cemas.
“Potong bawang?”. Qistina menjawab ragu-ragu.
“Astafirullah....apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni...kupas bawang pun tak pandai...”. Mak Siti mengeleng. Qistina tersenyum kelat. Memang seumur hidup tak pernah nak masuk dapur.
“Mak kamu tak ajar ke macam mana nak kupas bawang...?”.
Qistina mengigit bibir.
“Mak saya dah tak ada...meninggal sejak saya umur lima belas tahun...”. Qistina menjawab perlahan. Tubir mata terasa bergenang. Mak Siti terdiam.
“Mak cik minta maaf..mak cik tak tahu...”. kata Mak Siti perlahan. Qistina mengangkat muka sambil mempamerkan raut wajah ceria.
“Tak apa...saya tak kisah...”.
Mak Siti merenung Qistina dalam-dalam. Qistina gelisah.
“Err...Mak Siti tolong ajar Ina macam mana nak kupas bawang ya? Halia sekali..?”.
“Baiklah...ambil pisau satu lagi kat dapur...”.
“Baik Mak Siti...”.

                                                                          ***

Qistina mengangkat bakul berisi baju-baju kotor lalu dibawa ke belakang. Bakul diletak di atas lantai simen di sebelah mesin basih. Mata merenung butang-butang yang terdapat pada mesin basuh tersebut. Qistina membuka penutup mesin basuh lalu dimasukkan baju-baju kotor itu. Dicapainya sabun cecair lalu direnung botol berwarna ungu itu.
“Err..semalam macam mana eh Mak Siti ajar? Berapa banyak nak bubuh sabun ni?”. Qistina bertanya sendiri. Kepala di jenguk melalui tingkap dapur, mengintai jika kelibat Mak Siti kelihatan di mana-mana.
“Aaa...sudah...mati aku macam ni...”. Qistina mengaru kepala yang tidak gatal. Sesekali dia membaca discription yang tertulis pada botol tersebut.
“Alaa...tuang jelah...lagi banyak..lagi bagus...”. Qistina menuangkan separuh daripada isi kandungan botol tersebut.
Done...lepas tu..errr...”. Qistina teragak-agak seketika. Otaknya ligat berfikir langkah seterusnya.
“Semalam Mak Siti cakap..tekan butang ni..lepas tu..butang ni...”. Qistina merenung butang-butang pada mesin basuh tersebut.
“Rasa macam senang je semalam....”.
Qistina menarik nafas panjang sebelum menekan butang ‘power’. Mesin basuh berjaya dihidupkan.
“Yes..! Okey...sekarang....butang ni pulak....”. Air berjaya keluar dari dalam mesin basuh.
“Yes..! aku tahu aku memang bijak..terima kasih..terima kasih..”. Qistina membuat gaya macam orang baru lepas perform atas pentas.
“Dah siap ke basuh baju tu..?”. suara Mak Siti menerjah di telinganya. Qistina tersentak.
“Err...dah....Mak Siti pergi mana tadi..?”. tanya Qistina sengih-sengih kerang busuk. Malu kantoi berangan dengan Mak Siti. Mak Siti mengeleng.
“Ada kat halaman depan...sapu garaj sikit...kalau dah siap basuh tu..kamu pergi naik atas..kemas bilik Ila dan Ira...”.
“Baik Mak Siti...”. Qistina cepat-cepat berlalu dari situ menuju ke tingkat atas.
Qistina mengesat peluh yang menitik di dahi dengan belakang tangan. Dia menutup pintu bilik Ira perlahan.
“Bilik Ila sudah...bilik Ira pun sudah..”. Langkahnya terhenti seketika ketika memandang pintu bilik bertentangan dengan bilik Ira. Qistina mengigit bibir sebelum meninjau ke bawah. Langkah kaki diatur perlahan menghampiri pintu bilik yang dia pasti bukan bilik Tuan Syah. Tangannya memulas tombol tembaga itu perlahan. Tak berkunci. Qistina menolak pintu itu perlahan. Matanya meninjau keadaan bilik itu.
“Nak masuk ke tak..nak masuk ke tak...”. Qistina teragak-agak.
“Masuk jelah...bukan nak buat apa pun...”. Qistina menolak pintu itu perlahan sebelum kaki dihayun ketika memasuki bilik itu. Matanya terpegun melihat keadaan bilik itu. Langkah kaki dihala mendekati katil bersaiz ‘King’ itu. Qistina duduk di hujung katil sambil menghenjut-henjutkan tubuhnya. Kemudian dia bangun lalu menghampiri meja kerja yang terletak di hujung bilik. Matanya merenung keadaan meja yang kemas tersusun itu. Qistina berjalan lalu melabuhkan diri pada kerusi pusing berkulit hitam itu. Pandangannya tertumpu pada bingkai gambar yang terletak di atas meja lantas dicapai. Keningnya terangkat.
“Mungkin ni Tuan Syah...not bad...walaupun dah berumur tapi still segak...”. Qistina berkata sendiri. Matanya menyorot pula pada wajah Ira dan Ila di dalam gambar yang sama. Comel! Qistina merenung hairan pada wajah seorang wanita bertudung yang cantik.
“Ini mungkin Puan Aliah...no wonder budak berdua tu comel..mak ayah pun handsome dan cantik..”. Bisik hati Qistina. Matanya tertumpu pula pada wajah seorang lelaki di dalam gambar tersebut. Wajah lelaki itu ada iras-iras wajah Tuan Syah.
Not bad...inilah agaknya anak lelaki Tuan Syah...”. Qistina meletakkan kembali bingkai gambar tersebut di atas meja. Matanya merenung sekeliling sambil dia memusingkan kerusi itu ke kiri dan ke kanan. Tangannya mencapai buku yang terletak di sudut kanan meja itu.
“Medical Thriller by Robin Cook....” Qistina membaca tajuk buku tersebut.
“Entah buku apa-apalah yang mamat ni layan...”. Qistina meletakkan kambali novel berbahasa inggeris itu di tempatnya.
“Inaaaaaaaaaa.....!
Qistina tersentak. Cepat-cepat dia bangun dan tergesa-gesa keluar dari bilik itu lalu turun ke bawah.
“Ada apa Mak Siti...?”. tanya Qistina tercungap-cungap. Nasib baik tak jatuh tergolek masa berlari turun tangga tadi.
“Kamu tengok apa kamu dah buat ni....”. Mak Siti bercekak pinggang. Qistina memandang ke arah orang tua itu dengan raut pandangan pelik.
“Apa...errr....”. Qistina menutup mulut ketika melihat apa yang menjadi punca kemarahan Mak Siti. Mesin basuh seperti telah hilang dari pandangan ketika buih sabun memenuhi mesin basuh tersebut sehingga ke atas lantai. Qistina menelan air liur sambil tersengih dengan rasa bersalah.
“Errr...sorry..”.

Pesta buku di PWTC

assalamualaikum...
dah lama rasanya tak menjengah ke bloh ni. sibuk sebenarnya. sekarang ni pun aku dalam proses bertukar suasana baru. kontrak dah habis. alhamdulillah dapat pulak kontrak lain di tempat lain. dekat dengan rumah. so kembalilah aku ke tempat asal for good. bercerita tentang pesta buku. semalam memang 1st time pergi pesta buku. almaklumlah dah dekat dengan kl ni mudahlah nak pergi. tapi yang tak bestnya semalam ada pehimpunan bersih. banyak tempat tak boleh masuk. baru cadang nak memanjangkan langkah menyingah mana2. tapi takpe. fokus ke pwtc. semalam memang tak ada masalah dengan bersih kecuali adalah nampak masyarakat berbaju kuning dimana-mana jua anda berada. as long as depa tak kacau orang. ok kot.aku pun cuba mengelak lokasi perhimpunan tersebut sebab tak ada hati pun nak rasa semburan air percuma dan gas pemedih mata. ok! aku tak ulas pasal bersih ni. melalut ke lain pulak. kembali ke pesta buku. aku sebenarnya nak tunjuk sesuatu ni.

 cover baru  novel :BUKAN KEMBAR TAPI SAMA

cover lama vs cover baru
memang cantik cover baru tu. suka aku.hehe. hanya cover saja yang berubah. isi tetap sama. amacam?cantik tak cover baru?hik3

p/s: semalam lepas keluar dari pintu pwtc, jamal abdilah lalu sebelah. tak perasan. bila dah terlepas ke belakang baru perasan. tu pun sepupu dan adik bagitahu. kalau tak boleh mintak otograf. huhuhu..