RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Friday, March 30, 2012

"novel| kau tercipta untukku...| bab 1 part 1"


BAB 1

QISTINA hanya tercegat di depan banglo dua tingat itu. Matanya turun naik memerhatikan reka bentuk rumah mewah tersebut. Air liur ditelan berkali-kali. Dengan satu tarikan nafas panjang dan dalam, kaki dihayun merapati pintu pagar berwarna keemasan itu. Loceng ditekan sekali. Masih tiada jawapan. Loceng ditekan beberapa kali.
“Nak cari siapa?”. suara pada interkom di pintu pagar berbunyi. Dia teragak-agak seketika. Jari menekan butang sebelum menjawab.
“Saya nak cari Mak Siti..”.
“Siapa ni?”. Tanya suara itu lagi.
“Err...saya..Ina..”. Dia menarik nafas panjang.
“Tunggu sekejap...”.
Dia menunggu beberapa ketika sebelum pagar gergasi keemasan itu terbuka dengan sendirinya. Dia melangkah masuk menuju ke halaman rumah. Matanya memandang sekeliling memerhatikan hiasan taman. Matanya dikecilkan ketika memandang gelanggang bola keranjang di hujung halaman luas itu. Pandangannya turut dihala pada kolam ikan yang terletak di suatu sudut sebelum perhatiannya terganggu dengan bunyi yang datangnya dari pintu depan.
“Ina..? orang gaji baru..?”. Perempuan tua itu menyapa.
Dia tersentap seketika. Orang gaji?
“Ya...saya Ina..Mak Siti? ”. Dia menyalami perempuan tua itu. Orang tua itu mengangguk perlahan.
“Masuklah...”. Mak Siti mempelawa. Dia melangkah mengekori perempuan tua itu. Matanya melilau memandang hiasan dalaman rumah banglo itu.
“Duduk...”.
Dia akur. Matanya masih memandang sekeliling, dari siling batu kapur yang terukir halus sehinggalah perabot kayu jati buatan Indonesia. Mak Siti memerhatikan dia dari atas hingga ke bawah. Dia mengigit bibir. Spontan dia memerhatikan pakaian yang tersarung di tubuh. Skinny Jeans dan t-shirt lengan pendek.
“Kenapa nak kerja sini?”. Tanya Mak Siti sambil duduk dihadapannya. Qistina terdiam seketika.
“Err..sebab nak cari duit?”.Qistina menjawab teragak-agak sambil mengaru kepala yang tidak gatal. Mak Siti memerhatikan dia sekali lagi. Dia gelisah. Tidak selesa diperhatikan seperti itu.
“Kamu betul-betul nak kerja sini? Mak cik tak nak nanti, kerja dua tiga hari dah berhenti..tak tahan....”.
Qistina mengangguk perlahan.
“Saya betul-betul perlukan kerja ini....err...saya..orang susah...”. Qistina menelan air liur yang dah terasa seperti berpasir. Mak Siti merenungnya dengan raut pandangan curiga. Qistina menarik nafas panjang. Dalam hatinya terasa berdebar.
“Baiklah...memandangkan mak cik dah tak sempat nak cari penganti mak cik yang lain...kamu diterima bekerja..gaji rm 600...tuan rumah ini, Tuan Syah telah mengamanahkan mak cik supaya mencari orang gaji yang baru..jadi..mak cik nak kamu fikir betul-betul sebelum terima kerja ini...”.
Qistina menelan air liur perlahan.
“Saya yakin saya mahu kerja ni....saya janji saya akan kerja betul-betul...”.
Mak Siti terdiam.
“Baiklah..kalau macam tu..kamu boleh mula kerja esok...tugas kamu ialah memasak, membasuh dan mengemas rumah...”.
Qistina terdiam. Dalam hati terasa gerun.
“Boleh?”. Mak Siti bertanya. Qistina mengangguk lambat-lambat.
“Err..boleh saya tanya sesuatu..?”.
“Apa dia?”. Mak Temah bertanya.
“Dalam rumah ni...berapa orang yang tinggal..?”.
“Ohh..lupa mak cik nak cakap..rumah ni Tuan Syah yang punya..dia ada tiga orang anak...seorang lelaki dan dua orang perempuan...tapi anak lelaki tak tinggal di sini...dah kerja....balik jarang-jarang....yang perempuan pula memang tinggal di sini...masih bersekolah..seorang tingkatan empat, seorang lagi tingkatan dua..”.
Qistina terdiam.
“Isteri Tuan Syah?”.
Giliran Mak Siti pula terdiam.
“Puan Aliah...meninggal dunia tiga tahun lepas...barah payudara...”.
“Ohh...”. Qistina mengigit bibir.
“Ada apa-apa lagi yang kamu nak tanya?”.
Qistina mengeleng perlahan.
“Baiklah...kalau macam tu...kamu boleh datang esok..bawa beg pakaian sekali..dan jangan lupa...bawa pakaian yang lebih sesuai...”.
Qistina terkedu seketika.

                                                               ***

Qistina merebahkan tubuh di atas katil. Rasa macam nak tercabut pinggang. Matanya dipejam seketika. Rasa mengantuk mula menguasai namun dia bangun seketika lalu mencapai Iphone 4 yang terletak di dalam laci meja. Tangannya menyentuh nombor pada skrin Iphonenya sebelum dibawa ke telinga.
“Helo...siapa ni?”.
“Akulah...BFF sendiri pun dah lupa ke?”. Qistina kembali merebahkan tubuh.
“Hah...ada apa call aku malam-malam buta ni?”.
“Lah..nak call kawan baik sendiri pun dah tak boleh ke sekarang ni?”. Qistina bertanya sambil mengurut urat lehernya yang dah rasa macam nak terputus dua.
“Yelah..gurau je...so..how’s your work?”.
“Penat gila...rasa macam nak mati je..”. Qistina merungut perlahan. Naaz ketawa kecil di sebelah sana.
“Gelak pulak...aku serius ni...rasa macam nak berhenti je..”. Qistina menarik rambut depan yang terjuntai di dahinya perlahan.
“La...relakslah...baru sehari kerja...takkan dah nak give up...ni ke Is yang aku kenal?”. Naaz menjawab. Qistina mengeluh.
“Seriuslah aku tak tahan....tak sangka susah jugak nak jadi orang gaji ni....rasa nak tercabut segala sendi....”.
Naaz ketawa lagi.
Chill lah babe...kau buat kerja apa hari ni?”.
“ Hmm...mengemas rumah dengan basuh baju...hari ni Mak Siti ada lagi...jadi kerja memasak tu dia yang buat...tapi nanti kalau dia dah tak ada...aku kena take over semua..arghhhh....serabut aku...menyesal aku terima kerja ni dulu....”. Qistina merungut.
“Is...Is...relakslah....takkan nak mengaku kalah macam tu je...dulu kau jugak yang beriya-iya sangat nak kerja..”
Qistina terdiam. Sakit belakangnya masih tidak hilang lagi.
“So..kenapa Mak Siti tu nak pakai orang gaji baru?”.
“Entah...katannya dia nak berhenti..anak-anak dia tak bagi kerja...suruh duduk rumah je berehat...”.
“Hmm..tak apalah Is....kau cuba dulu bertahan dua tiga hari...kalau tak larat jugak...hantar je surat resign..habis cerita...”.
“Hmm..yelah...okeylah...aku nak tidur dulu...esok kena bangun awal..siapkan budak-budak tu pergi sekolah...entah bangun ke tak aku esok pagi esok...mahu terbabas macam selalu naya je...”.
Naaz tergelak.
“Okeylah...pergilah tidur...aku pun dah mengantuk tahap gaban...night..”.
“Night...”. Qistina menjawab sebelum memutuskan talian. Iphone diletak ditepi. Matanya cuba dipejam. Bilik terasa panas. Maklumlah guna kipas siling je. Tak ada air cond. Dah nama pun bilik orang gaji, takkan nak pakai air cond bagai. Qistina menyingsing lengan t-shirt sehingga ke bahu. Panas yang amat. Matanya dipejam dan akhirnya dia terlena.

                                                                        ***

“Kak Ina ye? Orang gaji baru?”.
Qistina mengigit bibir. Agak tersentap dengan gelaran barunya itu. Dia mengangguk perlahan.
“Ohh..saya Syahila...panggil Ila...yang ni Syakira...panggil Ira...”. Syahila memperkenalkan diri. Qistina tersenyum sambil menuangkan air coklat panas pada cawan Syahila dan Syakira.
“Ila..form four ya?”. Tanya Qistina. Syahila mengangguk.
“A’ah...Ira form two...semalam kami ada program di sekolah...”.
“Ohh...patut tak nampak semalam...”.Qistina membalas.
“ Tak apalah...kami pergi sekolah dulu..Mak Sitiiii....kami pergi duluuu...”. Syahila melaung sebelum berlari menuju ke ruang depan.
“Yelah...hati-hati...”. Mak Siti menjawab dari dapur sambil mengelap tangan dengan tuala good morning. Qistina menghantar dua orang gadis itu sehingga ke muka pintu.
“ Bye Kak Ina...”. Syakira melambai. Qistina turut membalas lambaikan tersebut.
“Dah pergi ke?”. Mak Siti keluar dari dapur. Qistina menoleh lalu berjalan menuju ke ruang makan.
“Dah tadi...”.
“Kalau macam tu...kamu tolong kemas meja ni dulu...lepas ni tolong mak cik masak...esok lusa kalau mak cik dah berhenti...kamulah yang kena buat semua kerja rumah ni...”.
Qistina mengigit bibir.
“Baik Mak Siti...”. Qistina menjawab lemah sambil mengemas meja makan.
“Err...Mak Siti..?”.
Mak Siti menoleh.
“Err...Tuan Syah tak ada ke? Tak nampak pun...”.
“Ohh...Tuan Syah ke Penang...ada kerja di sana...”.
“Ohh.....”.
“Dahlah...cepat kemas meja tu...lepas tu terus ke dapur....”.
“Baik Mak Siti....”.

                                                                        ***

“Tahu masak asam pedas”.
Qistina mengeleng.
“Hari ni kita buat asam pedas dengan tomyam seafood...Ila dan Ira suka makan asam pedas dan tomyam...”. Mak Siti berkata. Qistina hanya mendiamkan diri.
“Asap pedas? Apa kebenda tu...?”. tanya Qistina di dalam hati.
“Kita buat asam pedas dulu lepas tu baru buat tomyam seafood...”.
Qistina hanya mengangguk perlahan.
“Kamu tolong kupas dulu bawang merah dan bawang putih..lepas tu buang kulit halia..dah siap semua..kamu blend kan...bubuh jugak dua tiga butir cili padi pasal Ila dan Ira suka pedas...”.
Qistina terdiam seketika sebelum mencapai sebilah pisau.
“Err...Mak Siti..kat mana bawang merah dan bawang putih..? Halia?”.
“Tu..ada kat bawah dapur dalam kabinet...”.
Qistina menghayun langkah menuju ke kabinet yang dikatakan. Tangannya menarik perlahan pintu kabinet itu. Tangannya mencapai bekas berisi bawang putih dan bawang merah dan di diletakkan di atas lantai.
“Alamak...mana satu halia ni?”. Qistina mengaru kepala yang tidak gatal.
“Err...Mak Siti...halia?”.
“Ada kat dalam tu...cuba kamu tengok elok-elok...”. Mak Temah menjawab sambil menyiang ikan pari di singki. Qistina mengalihkan pandangan ke arah kabinet.
“Mati kutu dibuatnya...mana satu ni? Adoiii...”. Qistina mengigit jari.
“Err...Mak Siti... halia ni....yang mana satu?”. Tanya Qistina teragak-agak. Mak Siti menoleh.
“Lah... halia pun tak kenal ke?”.
Qistina tersenyum kelat sambil mengelengkan kepala. Mak Siti mengeleng perlahan sebelum berjalan menghampiri Qistina.
“Yang ni kunyit...yang warna seakan-akan oren sikit ni....yang ni pulak halia...warna kuning air sikit...faham?”.
Qistina memerhatikan kunyit dan halia di tangan Mak Siti itu sebelum mengangguk perlahan.
“Kunyit warna oren..halia warna kuning air...kunyit oren...halia kuning air..”. Qistina berbisik perlahan.
“Tahu macam mana nak kupas bawang semua ni?”. Tanya Mak Siti. Qistina terdiam seketika.
“Err...rasa macam tahu..kut...”. Qistina menjawab teragak-agak.
“Cuba buat...mak cik nak tengok...”.
Qistina menelan air liur.
“Alamak....mati aku...”. Qistina mencapai pisau dan mengambil seulas bawang merah.
“Hentam jelah....”. Qistina meletakkan bawang merah tersebut pada papan pemotong sebelum dihayun pisau.
“Ehhh..kamu nak buat apa ni?”. Tanya Mak Siti cemas.
“Potong bawang?”. Qistina menjawab ragu-ragu.
“Astafirullah....apa nak jadi dengan budak-budak zaman sekarang ni...kupas bawang pun tak pandai...”. Mak Siti mengeleng. Qistina tersenyum kelat. Memang seumur hidup tak pernah nak masuk dapur.
“Mak kamu tak ajar ke macam mana nak kupas bawang...?”.
Qistina mengigit bibir.
“Mak saya dah tak ada...meninggal sejak saya umur lima belas tahun...”. Qistina menjawab perlahan. Tubir mata terasa bergenang. Mak Siti terdiam.
“Mak cik minta maaf..mak cik tak tahu...”. kata Mak Siti perlahan. Qistina mengangkat muka sambil mempamerkan raut wajah ceria.
“Tak apa...saya tak kisah...”.
Mak Siti merenung Qistina dalam-dalam. Qistina gelisah.
“Err...Mak Siti tolong ajar Ina macam mana nak kupas bawang ya? Halia sekali..?”.
“Baiklah...ambil pisau satu lagi kat dapur...”.
“Baik Mak Siti...”.

Sunday, March 25, 2012

Entri malas-malasan

assalamualaikum...
hari ni 1st update lepas 3 minggu laptop aku tak boleh bukak.hard disk rosak.nasib baik manuskrip terbaru dapat recover. kalau tak ralat jugak awalaupun mood nk sambung manuskrip tu dah lepas ke laut. entah apalah aku nk update ni. saje gatal nak update. oh ya. hasil my 1st baby born dah dapat mgu lepas. alhamdulillah. bolehlah nk buat simpan2. klah..tata.
p/s: tak tau nak tulis apa. cerita banyak tapi moooddddd tu elekkkk...

Friday, March 16, 2012

"Selamat hari jumaat"

assalamualaikum...
selamat hari jumaat. aku rasa memang perghhhhhhh lama jugak au tak update blog ni..dah bersawang2 jugak ni. co-admin pun lama jugak tak jenguk blog ni. maklumlah orang dah sibuk belajar. latey aku memang tak ada mood nk update blog. bahan cerita ada je cuma malas. penat sebenarnya. penat mental dan fizikal. laptop aku pulak rosak, so mcm2 kerja tergendala dan menyukarkan urusan harian aku. mgu ni aku cuti seminggu. so sekarang aku tenegah cutilah tapi dah kembali ke selangor sebab lepas ni nak ke seremban pulak. sepupu aku kahwin. laptp aku pulak ingtkan boleh hidup malam tadi. tgk2 tak boleh jugak. so incik bezit kena bawk balik jugak tgk apa yg rosak. kira objektif tak tercapai jugak. hmmmmm...
p/s: bulan ni duit mengalir mcm air...