RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, February 6, 2012

"Girls day out "

Assalamualaikum...
hari ni cuti kan sempena maulidur rasul semalam? esok pun cuti kan sempena thaipusam? wahwahwah...cuti sakan kome ye..aku tak balik kuantan pasal baru minggu pertama kat sini..lagipun aku tak pandai nak naik bus@ktm dari sini ke stesen bus. nak ke stesen bus pun tak tahu yg mana satu? duta ke? putra?. kalau dari kuantan, memang aku akan turun ke perkeliling je. la ni aku kena rojer2 ngan kawan2. so walaupun cuti lama, aku tak balik. sobs..huhu.
tapiii..
aku telah merancang plan semalam. aku dan sepupu aku yang dua orang tu plus kawan aku masa kat matrik tu berjalan-jalan di mid valley. sebenarnya aku ada hajat nak keluar tu. cari barang. kebetulan pulak budak2 ni nak pergi kedai buku nak menghabiskan baucer. amboi sakat deme ni borong novel. aku pergi MPH kat mid. memang ramai gila umat manusia. sampai nak bayar pun que panjang. nasib baik aku bayar cash. yelah, aku mana layak nak tuntut baucer tu pasal aku bukan student. sobs lagi. huhu..sementara tunggu sepupu aku tu borong novel yang entah berapa banyak novel dia nak beli( hari sebelum tu dah bawak balik tujuh buah novel), aku dan kawan aku ni pergi jalan2 kat dalam MPH. aku nak cari sesuatu. dan kebetulan terjumpa novel BKTP. hehe..sempat berposing kejap.
pic ni kwn aku yg tolong ambik..hehe..saje enterframe ngan novel sendiri..jangan marah ye..;p

lepas tu, dah tunggu lama punya tunggu ( sepupu que untuk byr guna baucer) kitorang pun rush pergi cari surau. dah solat bagai semua, smabung berjalan lagi. kwn aku nak cari kasut. ada sale kat kedai kasut mana tah. rm 10 sepasang wa ckp sama lu...aku berkenana dengan kaust kaler putih tapi tak ada saiz. dia memang nak habiskan stok je tu. but sampai lutut pun 2 pasang rm 80. kalau pk2 memang nak je rembat satu. tapi pk, aku nak pergi mana pakai but ala-ala k-pop mcm tu. hehe..lepas tu singgah nose n vinci lagi. saje je. kawa aku nak cari kasut tapi tak ada yg berkenan di hati. lepas tu aku ajak makn aiskrim. lupa pulak nak snap booth ais krim tu..mcm baskin robin jugak tapi aku tak minat BR tu..hehe..batuk2 pun layan je aiskrim, mana tahu dah seminggu batuk+selesema tak baik2, makan aiskrim terus baik je. tapi tak baik pun..huhu..entah bila nak baik..


ktm delay 2x. haisg..n aku tertinggal ktm 2x gak..heh.

gerabak wanita..pic asal tak ada kale biru ni entah kenapa bila uplod sini, jadi lain..
blogger cemburu padaku barangkali..hmmm..


stesen hujung sekali..memang bahagia tak ramai org..

leka melihat akak cashier menjalankan tugas memasing. 
sampai pen silver aku pun cicir entah kemana. terkilan..

aiskrim...my treat..sedap gak..perisa hazel...kot?

kami..;P

penat mennggu ktm tak muncul tiba. sampai bersila aku kat sini..

p/s: gambar tak disusun. maleh nak susun. hehe..
sedih pen silver pilot aku tercicir masa kat MPH. terkilan sangat. mungkin tak ada rezeki.

0 140 tukang karut:

Post a Comment