RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, February 11, 2012

" Bila keupayaan kita diragu hanya kerana kita ada kaitan dengan seseorang.."

                                                                         Assalamualaikum...
hari ni aku nak bercerita sikit tentang sifat manusia. kenapa ye dalam manusia ni ada sifat dengki walaupun benda tu tak memberikan keuntungan dan kerugian? pendek kata tak berkaitan langsung dengan orang berkenaan? contohnya kalau kita masuk dalam sesuatu bidang atas rekomen sedara mara kita yang merupakan orang atasan. di sini bukan guna kabel ya. kita sememangnya layak dan direkomenkan. bila dah dapat masuk jabatan tersebut, kita memang mengharapkan layanan yang sama rata. tak perlu nak memuji atau melayan ala-ala vvip hanya disebabkan kita bersedara dengan orang atasan. paling sakit hati bila keupayaan kita diragui dan semua hasil kerja kita hanya bergantung kepada 'ala, dia anak sedara si polan, bolehlah dia dapat mcm tu blah2..".
cerita yang ingin aku sampaikan kat sini memang ada berkaitan dengan aku. semalam ada perarakan sempena maulidul rasul. macam biasa aku akan buat sepanduk untuk dibawa oleh budak2..sepanduk tu aku buat biasa2 je kut tapi guna warna yang striking. aku suka bermain dengan warna..lepas tu masa perarakan, kelas aku memang jalan mula2 sekali. kira kita oranglah kepala perarakan itu. aku memang jaga budak2 ni supaya berjalan ikut barisan. bagi cantik sikit. lepas tu last2, kelas aku menang keseluruhan perarakan untuk kategori kelas. ramai cikgu2 kelas yang terkejut n tak percaya pasal diorang dah jangka kelas satu lagi akan menang pasal sepanduk dia cantik. bila kelas aku menang, diorang berbunyik kat belakang. tapi aku tak ambik pot pasal aku cuma tukang buat sepanduk. cikgu kelas yang jadi guru kelas aku tu memang kesianlah pasal cikgu2 yang berbunyik ni selamba je cakap depan2 dia. nasib baik aku tak ada time tu. ada cikgu tu ckp 'entah2 cikgu yani yang jadi panel..". cikgu yani tu mak cik aku merangkap guru hem. aku mcm kecik hati aa dengar. lepas tu aku terus tanya mak cik aku dia ke yang jad panel, dia ckp bukan. dia tak tahu siapa yg jadi panel. bukan pentadbir yang jadi panel. kat sini aku nak cakap yang hanya orang pentadbir dan kerani yang duduk kat pejabat je tahu aku ni anak sedara guru hem. cikgu2 lain semua tak tahu siapa aku. memang sengaja aku tak ckp, kalau orang tanya, aku ckp je jawatan aku apa..mak cik aku ckp cikgu yang buat mulut memang celupar sikit mulutnya. dah banyak kali kena tegur. tapi sedih gak bila orang ckp mcm tu. lepas ni aku nak hias kelas cantik2..kalau ada pertandingan keceriaan kelas, biar aku jugak yg menang. puas hati.huhu..

0 140 tukang karut:

Post a Comment