RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, February 26, 2012

"Entri di hari ahad.."

Assalamualaikum..selamat hari ahad, rasa dah lama sangat tak tulis kat blog ni. bukan apa. sejak kerja ni..asal pukul 9-10 malam je dah lena. pantang nak stay up lama sikit tengok running man, sure terlena depan lappy. penat yang ampunn..kalau time cuti pun sama je. tak boleh nk tidur lambat. sitilah 'malam masih muda' memang tak ada lagi dalam kamus hidupku. moodnak menulis pun hanya tinggal separuh jalan. stuck sampai kat situ jelah. sejak bermigrate ke sini ni, memang tak sentuh langsung dah manuskrip tu. entah bila nk sambung. idea untuk manuskrip lain tu datang mencurah2 pulak. tapi malas pulak nk menulis. buat draf dulu dalam note book. sejak duduk sini, banyak perubahan yang berlaku. salah satunya berat badan dah naik. tapi kalau ikut BMI, masih lagi normal ya. ;). duduk sini best tapi duit banyak habis. pasal kalau keluar tu ada je yg nk diborongnya. mgu lepas je 3 helai blous aku borong, dua minggu sebelum tu empat helai tudung. adusshhh..bikin bangkrap saja.huhu..okeylah, jumpa next time kalau mood kerajinan tu datang. tata.

Wednesday, February 15, 2012

"Wordless saturday : glad that i have him"

Saturday, February 11, 2012

" Bila keupayaan kita diragu hanya kerana kita ada kaitan dengan seseorang.."

                                                                         Assalamualaikum...
hari ni aku nak bercerita sikit tentang sifat manusia. kenapa ye dalam manusia ni ada sifat dengki walaupun benda tu tak memberikan keuntungan dan kerugian? pendek kata tak berkaitan langsung dengan orang berkenaan? contohnya kalau kita masuk dalam sesuatu bidang atas rekomen sedara mara kita yang merupakan orang atasan. di sini bukan guna kabel ya. kita sememangnya layak dan direkomenkan. bila dah dapat masuk jabatan tersebut, kita memang mengharapkan layanan yang sama rata. tak perlu nak memuji atau melayan ala-ala vvip hanya disebabkan kita bersedara dengan orang atasan. paling sakit hati bila keupayaan kita diragui dan semua hasil kerja kita hanya bergantung kepada 'ala, dia anak sedara si polan, bolehlah dia dapat mcm tu blah2..".
cerita yang ingin aku sampaikan kat sini memang ada berkaitan dengan aku. semalam ada perarakan sempena maulidul rasul. macam biasa aku akan buat sepanduk untuk dibawa oleh budak2..sepanduk tu aku buat biasa2 je kut tapi guna warna yang striking. aku suka bermain dengan warna..lepas tu masa perarakan, kelas aku memang jalan mula2 sekali. kira kita oranglah kepala perarakan itu. aku memang jaga budak2 ni supaya berjalan ikut barisan. bagi cantik sikit. lepas tu last2, kelas aku menang keseluruhan perarakan untuk kategori kelas. ramai cikgu2 kelas yang terkejut n tak percaya pasal diorang dah jangka kelas satu lagi akan menang pasal sepanduk dia cantik. bila kelas aku menang, diorang berbunyik kat belakang. tapi aku tak ambik pot pasal aku cuma tukang buat sepanduk. cikgu kelas yang jadi guru kelas aku tu memang kesianlah pasal cikgu2 yang berbunyik ni selamba je cakap depan2 dia. nasib baik aku tak ada time tu. ada cikgu tu ckp 'entah2 cikgu yani yang jadi panel..". cikgu yani tu mak cik aku merangkap guru hem. aku mcm kecik hati aa dengar. lepas tu aku terus tanya mak cik aku dia ke yang jad panel, dia ckp bukan. dia tak tahu siapa yg jadi panel. bukan pentadbir yang jadi panel. kat sini aku nak cakap yang hanya orang pentadbir dan kerani yang duduk kat pejabat je tahu aku ni anak sedara guru hem. cikgu2 lain semua tak tahu siapa aku. memang sengaja aku tak ckp, kalau orang tanya, aku ckp je jawatan aku apa..mak cik aku ckp cikgu yang buat mulut memang celupar sikit mulutnya. dah banyak kali kena tegur. tapi sedih gak bila orang ckp mcm tu. lepas ni aku nak hias kelas cantik2..kalau ada pertandingan keceriaan kelas, biar aku jugak yg menang. puas hati.huhu..

Wednesday, February 8, 2012

Hari yang memenatkan..

Assalamualaikum..
hari ni penat sangat. hari2 aku akan pergi kerja pukul 6.30 pagi dan balik pukul 5 petang. sampai rumah dlm pukul 6 petang pasal time tu sesak jammed. memang penat sangat. balik mesti akan landing dulu sebelum solat asar. tak larat derr..tapi hari ni paling penat kut pasal sampai rumah dekat pukul 7. bayangkan 6-30 pagi hingga 7.00 petang..penat + letih. balik pulak lepas mandi n magrib terus ke dapur masak nasik goreng. ni baru nak duduk atas katil.nasib baik baju dah gosok sampai hari sbt. lega sikit. mata pun terasa berat lepas kenyang makan. tapi ingat nak layan running man dulu. lama tak tengok sejak baca AWAK SUKA SAYA TAK? aku malas nak buat review novel ni. apa yg aku boleh katakan. novel ni memang best gila. tak caya try baca. memang boleh jatuh cinta dengan watak hilman yong. lelaki sejati barangkali...

Monday, February 6, 2012

"Girls day out "

Assalamualaikum...
hari ni cuti kan sempena maulidur rasul semalam? esok pun cuti kan sempena thaipusam? wahwahwah...cuti sakan kome ye..aku tak balik kuantan pasal baru minggu pertama kat sini..lagipun aku tak pandai nak naik bus@ktm dari sini ke stesen bus. nak ke stesen bus pun tak tahu yg mana satu? duta ke? putra?. kalau dari kuantan, memang aku akan turun ke perkeliling je. la ni aku kena rojer2 ngan kawan2. so walaupun cuti lama, aku tak balik. sobs..huhu.
tapiii..
aku telah merancang plan semalam. aku dan sepupu aku yang dua orang tu plus kawan aku masa kat matrik tu berjalan-jalan di mid valley. sebenarnya aku ada hajat nak keluar tu. cari barang. kebetulan pulak budak2 ni nak pergi kedai buku nak menghabiskan baucer. amboi sakat deme ni borong novel. aku pergi MPH kat mid. memang ramai gila umat manusia. sampai nak bayar pun que panjang. nasib baik aku bayar cash. yelah, aku mana layak nak tuntut baucer tu pasal aku bukan student. sobs lagi. huhu..sementara tunggu sepupu aku tu borong novel yang entah berapa banyak novel dia nak beli( hari sebelum tu dah bawak balik tujuh buah novel), aku dan kawan aku ni pergi jalan2 kat dalam MPH. aku nak cari sesuatu. dan kebetulan terjumpa novel BKTP. hehe..sempat berposing kejap.
pic ni kwn aku yg tolong ambik..hehe..saje enterframe ngan novel sendiri..jangan marah ye..;p

lepas tu, dah tunggu lama punya tunggu ( sepupu que untuk byr guna baucer) kitorang pun rush pergi cari surau. dah solat bagai semua, smabung berjalan lagi. kwn aku nak cari kasut. ada sale kat kedai kasut mana tah. rm 10 sepasang wa ckp sama lu...aku berkenana dengan kaust kaler putih tapi tak ada saiz. dia memang nak habiskan stok je tu. but sampai lutut pun 2 pasang rm 80. kalau pk2 memang nak je rembat satu. tapi pk, aku nak pergi mana pakai but ala-ala k-pop mcm tu. hehe..lepas tu singgah nose n vinci lagi. saje je. kawa aku nak cari kasut tapi tak ada yg berkenan di hati. lepas tu aku ajak makn aiskrim. lupa pulak nak snap booth ais krim tu..mcm baskin robin jugak tapi aku tak minat BR tu..hehe..batuk2 pun layan je aiskrim, mana tahu dah seminggu batuk+selesema tak baik2, makan aiskrim terus baik je. tapi tak baik pun..huhu..entah bila nak baik..


ktm delay 2x. haisg..n aku tertinggal ktm 2x gak..heh.

gerabak wanita..pic asal tak ada kale biru ni entah kenapa bila uplod sini, jadi lain..
blogger cemburu padaku barangkali..hmmm..


stesen hujung sekali..memang bahagia tak ramai org..

leka melihat akak cashier menjalankan tugas memasing. 
sampai pen silver aku pun cicir entah kemana. terkilan..

aiskrim...my treat..sedap gak..perisa hazel...kot?

kami..;P

penat mennggu ktm tak muncul tiba. sampai bersila aku kat sini..

p/s: gambar tak disusun. maleh nak susun. hehe..
sedih pen silver pilot aku tercicir masa kat MPH. terkilan sangat. mungkin tak ada rezeki.

Wednesday, February 1, 2012

" Hari pertama di tempat baru.."

                                                                      Assalamualaikum,
hari ni hari pertama aku mula bekerja. wahwahwah..memang tersangatlah besttt! dan aku kat sini dipanggil kak long? okey tak? spesel requst dari aku. haha..saja teringin dari dulu nak orang panggil kak long.hehe..walaupun aku dipanggil kak long, aku yang paling muda tau kat sini.hehe.*sengihlebarsampaiketelinga*. hari ni aku banyak belajar benda yang kena buat kat sini. kerja sangatlah senang. tapi penat sikit. but im happy. aku rasa ni kali pertama aku kerja dengan happy. tak tensyen macam kerja kat tempat lama walaupun skopnya agak sama. wahahaha,.tetttt...sila terjah blog saya kepada yang berkenaan. lepas tu leh dapat email surat cinta lagi. kuang.kerja kat sini best. dari orang atasan sampailah bawahan semua best2. siap leh buat lawak jenaka lagi. aku happy. serius. aku tak sangka aku akan happy mcm ni sebab sebelum nak datang sini, macam2 aku hadapi. serabut sampai tak boleh nak fikir. banyak pulak tu yg aku kena fikir. alhamdulillah. bila dah datang sini, aku nampak mcm2 kebaikan yang Allah kurnia. aku tak sangka. sungguh aku tak sangka. aku bersyukur sangat2. rasa berdosa dan menyesal sangat2 sebelum datang sini. yelah, bila dah kepala serabut tak boleh nak fikir. mulalah syaitan mencucuk sana sini. tapi apa-apa pun aku bersyukur yang Allah masih sayangkan aku. thanks Allah. terima kasih di atas kurniaan-Mu ni. semoga aku menjadi hamba-Mu yang solehah. bimbinglah dan berilah aku petunjuk. Amin.