RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, January 12, 2012

Timah oh Timah...

Assalamualaikum...

dalam sebuah kampung, ada seorang budajk perempuan bernama Timah. Timah ni sama je mcm budak-budak perempuan yang lain. dia ni cantik. putih. ramai budak2 lelaki kat kampung tu suka kat dia tapi dia tak layan pasal dia dah ada boyfriend nama abu. walaupun timan ni cantik bak kata Abu, dia tak pernah sombong dengan kecantikannya. malah dia menganggap kecantikan yang dikurniakan itu adalah satu ujian baginya. kadang-kadang tu kalau keluar rumah dia pakai selekeh je. Timah ni perangai dia pelik sikit kut. dia suka berangan. dia suka jugak baca novel. bila dia suka berangan dan suka pulak baca novel, jadi dia cuba2 tulis novel. tak tahulah jadi ke tidak. dalam keluarga, Timah ni memang antara yang pelik jugak. dia tak banyak cakap. suka duduk sendiri je. buat kerja sorang2 dan senyap je. tapi dia ada wawasan nak berjaya. dia ni cerewet jugak dalam bab2 kebersihan. kalau tarik cadar tu mesti nak tegang. kalu singki tu mesti nak bersih licin. kalau sapu tu mesti nak superb bersih. memandangkan si timah ni tak banyak cakap dalam keluarga, dia memang tak berada rapat kut dengan keluarga. entahlah. itu yang timah fikir. timah ni dia cepat terasa. sikit-sikit nak leleh. terasa sikit nak leleh air mata. tengok cerita sedih sikit nak leleh. tangok american idol pun boleh leleh. hai tak paham betul dengan si timah ni. ayah timah ni garang gila orangnya. entah kenapa setiap kali bercakap dengan timah, mesti tak reti nak cakap elok2. kerja nak tengking2 je. timah pulak cepat terasa. lepas tu mulalah leleh. sampai satu tahap tu timah rasa nak lari dari rumah. tak nak duduk rumah tu lagi. tapi kalau timah lari, timah nak pergi mana?
timah selalu tertekan bila berada di rumah. sebab tu timah selalu serabut dan marah2. tambah serabut bila abu, BF timah buat hal. kadang kala benda kecik je. tapi timah tak tahan tekanan lagi. timah rasa nak lari dari dunia ni. tapi kalau nak lari dari dunia, timah nak pergi mana? bulan? bintang? timah rasa dia nak lari tinggalkan dunia yang dia ada sekarang. timah dah tak sanggup. tapi tiba-tiba timah teringat.
Allah takkan uji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya itu. Timah sedar tu. timah tahu lama dah. tapi kenapa setiap kali timah diuji, timah rasa tewas? timah menangis banyak2. dalam bilik air. atas sejadah. atas katil sebelum tidur? kenapa ya? kenapa ya?. sebab tu timah suka membaca. timah suka menulis novel. dengan membaca, timah boleh menjadi 'orang lain'. menjadi watak dalam novel itu buat seketika. dengan menulis. timah boleh berangan. berangan mengimpikan apa yang dia nak jadi sebagai watak novel itu. sebab tu dalam novel timah, dia ada keluarga yang bahagia. kehiudpan yang bahagia walaupun tak kaya. timah tak nak jadi kaya semata-mata. timah nak jadi berjaya dan bahagia. timah ni tak adalah kuat agama sangat. solat memanglah buat tapi banyak kekurangannya. tapi timah cuba juga baiki diri. baca al-quran. berzikir. timah nak jadi hamba Allah yang baik. timah nak Allah sayang timah. sebab tu Allah uji timah banyak2 ye? sebab tu timah rasa susah sebab Allah pilih timah ya? Allah sayang timah ya? sebab tu ujian timah lebih dari orang sekeliling. memang ada lagi hamba Allah yang lain, lagi hebat dari timah dari segi ujian. tapi orang sekeliling timah tak ada ujian pun. kenapa timah yang nangis selalu? kenapa timah rasa sedih selalu? lepas tu timah terbaca tentang istidraj. apa it istidraj? istidraj ni timah baca Allah akan bagi kekayaan, kesenangan dan semua macam jenis kebaikan hanya untuk menjauhkan hamba itu dari-Nya. kira sekarang Allah tak nak timah jauh dari-Nya lah ye? Allah nak timah dekat-dekat dengan Allah? Allah nak didik timah jadi hamba yang Solehah, tabah dan cekal? betul ke? betul ke apa yang timah fikir ni?
timah selalu doa supaya ditunjukkan jalan. timah selalu doa. selalu doa. selalu doa. apa akan jadi pada timah akhirnya? timah sendiri pun tak tahu...

0 140 tukang karut:

Post a Comment