RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, January 23, 2012

"Teman sejati.."

                                                                      assalamualaikum..
mempunyai kawan baik memang susah sebenarnya pada masa ini. macam mana kita nak kenal kawan tu baik dengan kita or tak? senang je, bila kita susah..dia lah yang ada di sini. kawan ni tak kira siapa sebenarnya. suami pun boleh jadi kawan, tunang ke atai bf? entah. definisi kawan ni kita sendiri yang decide. tapi aku bersyukr ada kawan perempuan yang sentiasa dengar luahan hati aku bila aku betaul2 mental down. bila aku betul-betul tak tahu apa nak buat. apa nak fikir. bila aku rasa macam nak buat kerja bodoh tapi bila aku bercakap dengan kawan aku ni..just bercakap. tak jumpa..just bercakap melalui telefon pun hati dah terasa lega. padahal dia bukan selesaikan pu masalah tu. tapi kata-kata nasihat dan kata-kata semangat tu memang sangat2 berkesan di hati aku. aku rasa belum jumpa lagi orang yang boleh cakap macam tu pada aku bila sangat2 aku perlukan. terima kasih Allah, kau hantar dia untuk aku. terima kasih kawan. terima kasih kerana sentiasa berada di sisi aku di saat aku paling perlukan seorang teman. thanks..hanya Allah yang mampu membalasnya. kau tiada sebarang pertalian dengan ku..tapi kau dah tunjuk yang kau memang teman sejati..semoga kita sama-sama dapat melalui perjalanan yang penuh dengan liku kehidupan ini. insyaAllah apa yang kita rancang tadi, akan menjadi kenyataan. hanya kau dan aku.

0 140 tukang karut:

Post a Comment