RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Sunday, January 8, 2012

kematian itu sesuatu yang pasti

assalamualaikum..

selamat hari sabtu, entah kenapa hari ini aku terasa macam agak sedih dan terkejut. takut pun ada. dipendekkan cerita, tadi smabil-sambil aku menulis manuskrip terbaru aku, aku on FB. aku jarang on FB dan tinggal macam tu je. tapi hari ni memang sengaja aku on FB pasal aku tengah tunggu jawapan balas dari ada sorang owner blogshop. aku ada tanya pasak maxi dress hoodi. okey, itu cerita lain kali. aku terbaca komen kawan sekolah rendah aku..dia berbalas2 komen dengan kawan sekolah yang lain, ada satu tu cakap seorang kawan lawa aku telah jadi arwah. serius aku terkejut gila. kawan yang jadi arwah tu lelaki. dulu dia suka kat aku. kira cinta monyet zaman budak2 hingusanlah. aku memang satu kelas dengan dia ni. handsome budaknya. tapi masa tu kecik lagi.darjah enam. apa pun tak tahu, so aku just main2 jelah..masa tu fokus aku belajar je pasal aku budak baru pindah...jadi budak baik kejap.hehe..lepas pindah ke perak, terus lost contect ngan dia..sampailah sekarang. kadang kala aku tertanya2 jugak apa jadi denga dia..tup2 hari ni dengar dia dah tak ada. serius aku terkejut. takut pun ada. yelah, siapa tak takut mati. kekadang tu aku selalu pikir mati tu macam mana?sakit tak?huhu. kalau dalam kubur tu rasa macam mana? memang seramlah..apa-apa pun, kematian itu adalah sesuatu yang pasti. nak tak nak memang kena terima. sama ada kita bersedia atau tidak, semua itu bergantung pada amalam. 
3 rahsia kematian yang Allah rahsiakan daripada kita iaitu tempat kematian, masa mati dan cara kita mati.
Ya Allah..berilah kami peluang untuk bertaubat kepadamu, panjangkan lah umur kami, ampun kanlah dosa-dosa kami, berilah hidayah da petunjuk kepada kami..Amenn...

0 140 tukang karut:

Post a Comment