RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, January 31, 2012

" Bersiaran di tempat baru"

                                                                        assalamualaikum..
hari ni aku bersiaran dari tempat baru. kat mana tu biarlah rahsia dulu..hehe..so far masih lagi cuba membiasakan diri kat tempat baru. esok baru mula masuk kerja. walaupun kat sini duduk dengan keluarga makcik, tapi still rasa..err..masih menyesuaikan diri. yelah, bukan senang nak duduk di rumah orang ini. bukan boleh buat macam rumah sendiri.*dudukdepantvsambilmengunyahpopcorntakhentihenti*. aku juga masih memikirkan sama ada nak duduk di rumah sewa atau nak stay di rumah mak cik aku ni. entahlah..aku ngak tahu..nantilah aku fikir balik. dan alhamdulilah juga kerana aku mendapat sesuatu yang tak terjanga. sebenarnya banyak jugak benda yg aku dpt tanpa disangka-sangka. memang rezeki. alhamdulillah. syukur kepada Allah..semoga kehidupan lebih baik dan diberkati di hari-hari mendatang.
over the sea ;p

Monday, January 23, 2012

"Teman sejati.."

                                                                      assalamualaikum..
mempunyai kawan baik memang susah sebenarnya pada masa ini. macam mana kita nak kenal kawan tu baik dengan kita or tak? senang je, bila kita susah..dia lah yang ada di sini. kawan ni tak kira siapa sebenarnya. suami pun boleh jadi kawan, tunang ke atai bf? entah. definisi kawan ni kita sendiri yang decide. tapi aku bersyukr ada kawan perempuan yang sentiasa dengar luahan hati aku bila aku betaul2 mental down. bila aku betul-betul tak tahu apa nak buat. apa nak fikir. bila aku rasa macam nak buat kerja bodoh tapi bila aku bercakap dengan kawan aku ni..just bercakap. tak jumpa..just bercakap melalui telefon pun hati dah terasa lega. padahal dia bukan selesaikan pu masalah tu. tapi kata-kata nasihat dan kata-kata semangat tu memang sangat2 berkesan di hati aku. aku rasa belum jumpa lagi orang yang boleh cakap macam tu pada aku bila sangat2 aku perlukan. terima kasih Allah, kau hantar dia untuk aku. terima kasih kawan. terima kasih kerana sentiasa berada di sisi aku di saat aku paling perlukan seorang teman. thanks..hanya Allah yang mampu membalasnya. kau tiada sebarang pertalian dengan ku..tapi kau dah tunjuk yang kau memang teman sejati..semoga kita sama-sama dapat melalui perjalanan yang penuh dengan liku kehidupan ini. insyaAllah apa yang kita rancang tadi, akan menjadi kenyataan. hanya kau dan aku.

Thursday, January 19, 2012

Rasa nak selak suka bila dapat "surat cinta"

                                                           Assalamualaikum..
hari ni aku rasa lega sikit pasal dah lepas benda besar kot.haha.. hari ni jugak aku terima "surat cinta" dari adalah hamba Allah ni. bagi aku memang terasa nak ketawa juga tapi tak apalah. tak lawak pun sebenarnya. apa yang buat aku nak ketawa tu sebab email itu mengandungi perkara yang boleh kata tak masuk akal juga. aku malas nak cerita panjang lebar. nak tepek ke email tu kat sini? tak perlu rasa sebab aku bukan mcm depa tu. depa rasa depa banyak duit ( kot?), depa rasa depa ada kuasa ( kot?) depa boleh buat macam tu. fine. nak lawan? fine.  aku tahu yang aku tak bersalah dan berada di pihak benar. aku ada lagi bukti yang depa tu ugut dan hina aku berdasarkan sms. ya. aku masih simpan lagi sms kejian, caci maki dan juga ugutan dalam hp aku. memang terasa sakit hati apabila terpaksa menyimpan nama makhluk2 tu dalam hp aku tapi itu adalah bukti. aku tak berniat nak melawan depa tu dengan bukti itu kerana aku tak mahu memperbesar2 kan hal ini. even kakak kepada kawan aku yang bekerja sebagai pegawai polis pun suruh buat report kerana itu dah kira mengugut. tapi aku tak nak. memang membuang masa betul kalau nak buat report polis bagai kan. biarlah Allah yang balas. tapi kalau depa dah buat 'kuang ajaq' macam tu..fine..nak lawn? insyaAllah bukti ini akan dikeluarkan sedikit masa lagi. depa tu tak fikir panjang...tapi tak apa..aku malas nak cakap banyak..tgu dan lihat jelah nanti...

Monday, January 16, 2012

mood kelaut..

Assalamulaikum..
mood nak berblog and bermanuskrip sekarang ni dah kelaut. pasal sibuk tengok running man and this week ada perkara besar yang akan berlaku..so kena buat preparation. power point siap, tgl nak buat nota sikit and stadi mane2 yang patut. wish me luck!

Thursday, January 12, 2012

Timah oh Timah...

Assalamualaikum...

dalam sebuah kampung, ada seorang budajk perempuan bernama Timah. Timah ni sama je mcm budak-budak perempuan yang lain. dia ni cantik. putih. ramai budak2 lelaki kat kampung tu suka kat dia tapi dia tak layan pasal dia dah ada boyfriend nama abu. walaupun timan ni cantik bak kata Abu, dia tak pernah sombong dengan kecantikannya. malah dia menganggap kecantikan yang dikurniakan itu adalah satu ujian baginya. kadang-kadang tu kalau keluar rumah dia pakai selekeh je. Timah ni perangai dia pelik sikit kut. dia suka berangan. dia suka jugak baca novel. bila dia suka berangan dan suka pulak baca novel, jadi dia cuba2 tulis novel. tak tahulah jadi ke tidak. dalam keluarga, Timah ni memang antara yang pelik jugak. dia tak banyak cakap. suka duduk sendiri je. buat kerja sorang2 dan senyap je. tapi dia ada wawasan nak berjaya. dia ni cerewet jugak dalam bab2 kebersihan. kalau tarik cadar tu mesti nak tegang. kalu singki tu mesti nak bersih licin. kalau sapu tu mesti nak superb bersih. memandangkan si timah ni tak banyak cakap dalam keluarga, dia memang tak berada rapat kut dengan keluarga. entahlah. itu yang timah fikir. timah ni dia cepat terasa. sikit-sikit nak leleh. terasa sikit nak leleh air mata. tengok cerita sedih sikit nak leleh. tangok american idol pun boleh leleh. hai tak paham betul dengan si timah ni. ayah timah ni garang gila orangnya. entah kenapa setiap kali bercakap dengan timah, mesti tak reti nak cakap elok2. kerja nak tengking2 je. timah pulak cepat terasa. lepas tu mulalah leleh. sampai satu tahap tu timah rasa nak lari dari rumah. tak nak duduk rumah tu lagi. tapi kalau timah lari, timah nak pergi mana?
timah selalu tertekan bila berada di rumah. sebab tu timah selalu serabut dan marah2. tambah serabut bila abu, BF timah buat hal. kadang kala benda kecik je. tapi timah tak tahan tekanan lagi. timah rasa nak lari dari dunia ni. tapi kalau nak lari dari dunia, timah nak pergi mana? bulan? bintang? timah rasa dia nak lari tinggalkan dunia yang dia ada sekarang. timah dah tak sanggup. tapi tiba-tiba timah teringat.
Allah takkan uji hamba-Nya melebihi kemampuan hamba-Nya itu. Timah sedar tu. timah tahu lama dah. tapi kenapa setiap kali timah diuji, timah rasa tewas? timah menangis banyak2. dalam bilik air. atas sejadah. atas katil sebelum tidur? kenapa ya? kenapa ya?. sebab tu timah suka membaca. timah suka menulis novel. dengan membaca, timah boleh menjadi 'orang lain'. menjadi watak dalam novel itu buat seketika. dengan menulis. timah boleh berangan. berangan mengimpikan apa yang dia nak jadi sebagai watak novel itu. sebab tu dalam novel timah, dia ada keluarga yang bahagia. kehiudpan yang bahagia walaupun tak kaya. timah tak nak jadi kaya semata-mata. timah nak jadi berjaya dan bahagia. timah ni tak adalah kuat agama sangat. solat memanglah buat tapi banyak kekurangannya. tapi timah cuba juga baiki diri. baca al-quran. berzikir. timah nak jadi hamba Allah yang baik. timah nak Allah sayang timah. sebab tu Allah uji timah banyak2 ye? sebab tu timah rasa susah sebab Allah pilih timah ya? Allah sayang timah ya? sebab tu ujian timah lebih dari orang sekeliling. memang ada lagi hamba Allah yang lain, lagi hebat dari timah dari segi ujian. tapi orang sekeliling timah tak ada ujian pun. kenapa timah yang nangis selalu? kenapa timah rasa sedih selalu? lepas tu timah terbaca tentang istidraj. apa it istidraj? istidraj ni timah baca Allah akan bagi kekayaan, kesenangan dan semua macam jenis kebaikan hanya untuk menjauhkan hamba itu dari-Nya. kira sekarang Allah tak nak timah jauh dari-Nya lah ye? Allah nak timah dekat-dekat dengan Allah? Allah nak didik timah jadi hamba yang Solehah, tabah dan cekal? betul ke? betul ke apa yang timah fikir ni?
timah selalu doa supaya ditunjukkan jalan. timah selalu doa. selalu doa. selalu doa. apa akan jadi pada timah akhirnya? timah sendiri pun tak tahu...

Tuesday, January 10, 2012

Istidraj

Istidraj... Istidraj...  Istidraj...  Istidraj...  Istidraj... 
 

Saya telah merujuk Kamus Al-Muhit karangan Al-Fairuz Abadi tentang asal perkataan "istidraj"ini. Pengarang kamus ini berkata:
" Istadrajahu- membawa makna ia menipu dan ia merendah-rendahkannya".
Jika dikata:" Istidrajullah al-abda"(Allah menIstidrajkan hambanya) membawa erti/makna setiap kali hambaNya (insan) membuat/ menambah/ membaharui kesalahan yang baru maka setiap kali itu juga Allah akan membuat/ menambah/ membaharui nikmatNya ke atas hambaNya itu dan setiap itu juga Allah membuatkan hambaNya itu lupa untuk memohon ampun atas dosa yang dilakukan terhadapnya dan setiap itu juga Allah akan mengambilnya sedikit demi sedikit(ansur-ansur) dan Allah tidak mengambilnya dengan cara yang mengejut!
Allah berfirman di dalam ayat 182 Surah Al-A'raf yang bermaksud(sila rujuk untuk kepastian) :"Orang2 yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami { binasakan mereka itu dengan beransur-ansur } sedang mereka tidak tahu."
Cuba anda lihat maksud ayat Alquran yg berada di dalam isyarat { }. Itu adalah maksud "istidraj" yang sedang kita bincang sekarang. Iaitu ia membawa makna "Istidraj" suatu perkara yang di luar adat kebiasaan yang belaku terhadap seseorang insan bertujuan untuk membinasakan 'insan' tersebut dengan cara berangsur-ansur atau tidak disedari atau sedikit demi sedikit dan bukan mengejut. Jika kita beriman benar-benar pada Allah, Insya Allah takkan terjadi "istidraj" pada kita. Percayalah.. :)
 
 
Imam AlQurtubi telah berkata di dalam buku tafsinya yang bernama Tafsir Jamie' Al-Ahkam. Antaranya:-
Seorang ulamak tafsir yang bernama 'Add-Dhohhak' telah mengulas mengenai ayat 182 Surah Al-a'raf ini. Katanya: "Allah berfirman :Setiap kali mereka menambah/membuat/membaharui maksiat yg baru maka setiap itu Aku(Allah) membaharui/menambah/membuat nikmat ke atas mereka".
*** Dr.Abd.Qadir As-Sa'di(bekas pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata mengenai asal usul pemberian nama"Add-Dhohhak-ulamak tafsir" tadi : "diberi beliau nama tersebut kerana... beliau berada dalam kandungan ibunya selama 2 atau 4 tahun. Pabila dilahirkan beliau lahir dalam keadaan yang sudah pun bergigi(tumbuh gigi) dan pabila dilahirkan beliau terus ketawa".  Subhanallah...  begitulah keajaiban penciptaan Allah.
Ketika mana Tentera Islam mendapat harta Kisra(Maharaja Parsi) maka Saidina Umar Al-Khattab telah berkata:  ["Wahai Tuhan! Aku ingin meminta perlindungan dari engkau dari menjadi orang yang mendapat "Istidraj" kerana aku mendengar Engkau berfirman(maksud ayat 182 Surah Al-A'raf) :Orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami(Allah), nanti akan Kami binasakan mereka itu dengan beransur-ansur sedang mereka tidak tahu" ]
Istidraj: "diberi kepada mereka nikmat dan dihilangkan kepada mereka erti kesyukuran".
 
 
Professor Dr.Qahtan Ad-Duri(salah seorang pensyarah di Universiti Al al-Bayt, Jordan) telah berkata di dalam bukunya Usuluddin Al-Islami:
Al-Istidraj :-
Iaitu perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang Fasik atau Kafir sebagai tipu daya buat mereka. Ia akan menambahkan lagi kejahilan dan kebodohan mereka sehinggalah balasan Allah s.w.t menimpa mereka di dalam keadaan mereka lupa.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam ayat 44 - 45 surah Al-An'am yang bermaksud: (sila rujuk untuk kepastian)
"Tatkala mereka lupa akan apa yg diperingatkan kepada mereka, Kami bukakan bagi mereka beberapa pintu tiap-tiap sesuatu (nikmat dan kesenangan), sehinggalah apabila mereka telah bersuka ria dengan (kesenangan)yang mereka perdapat itu, lalu dengan se-konyong-konyong Kami siksa mereka, sehingga mereka berputus asa." -44- "Maka dihapuskanlah akhirnya kaum yang aniaya; dan pujian-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam" -45-
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ". Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayat tadi 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud... (sila rujuk makna ayat 44 dan 45 pada perenggan yg tersebut tadi).
 
Tamat Cerita "Istidraj". Semoga anda faham dan berwaspada atau berhati-hati dalam setiap langkah anda !!!

sumber : sini

Monday, January 9, 2012

Yang mana satu pilihan kalbu?

Assalamualaikum..
selamat pagi, saje nak update blog..selalu memang time2 mcm ni aku akan tidur menaip manuskrip. hehe..okey, aku nak tanya antara dua baju kat bawah ni..mana lagi cantik? apa? apa? baju sama je takde beza? silapppp. cuba tengok bebetul..pic 1st tak ada blink2 kat dada, pic kedua ada..pastu pic 1st ada blink2 tebal kat hoodie dia..yang 2nd tak berapa tebal jugak..aku berkenan pic 1st tapi habis..so terpaksa replace yh 2nd..yang 1st ada soft pink di manaka aku suka jugak tapi tgk mcm transparent je..so terpaksa memilih 2nd pic..huhu..hope cantiklah nanti..


Sunday, January 8, 2012

kematian itu sesuatu yang pasti

assalamualaikum..

selamat hari sabtu, entah kenapa hari ini aku terasa macam agak sedih dan terkejut. takut pun ada. dipendekkan cerita, tadi smabil-sambil aku menulis manuskrip terbaru aku, aku on FB. aku jarang on FB dan tinggal macam tu je. tapi hari ni memang sengaja aku on FB pasal aku tengah tunggu jawapan balas dari ada sorang owner blogshop. aku ada tanya pasak maxi dress hoodi. okey, itu cerita lain kali. aku terbaca komen kawan sekolah rendah aku..dia berbalas2 komen dengan kawan sekolah yang lain, ada satu tu cakap seorang kawan lawa aku telah jadi arwah. serius aku terkejut gila. kawan yang jadi arwah tu lelaki. dulu dia suka kat aku. kira cinta monyet zaman budak2 hingusanlah. aku memang satu kelas dengan dia ni. handsome budaknya. tapi masa tu kecik lagi.darjah enam. apa pun tak tahu, so aku just main2 jelah..masa tu fokus aku belajar je pasal aku budak baru pindah...jadi budak baik kejap.hehe..lepas pindah ke perak, terus lost contect ngan dia..sampailah sekarang. kadang kala aku tertanya2 jugak apa jadi denga dia..tup2 hari ni dengar dia dah tak ada. serius aku terkejut. takut pun ada. yelah, siapa tak takut mati. kekadang tu aku selalu pikir mati tu macam mana?sakit tak?huhu. kalau dalam kubur tu rasa macam mana? memang seramlah..apa-apa pun, kematian itu adalah sesuatu yang pasti. nak tak nak memang kena terima. sama ada kita bersedia atau tidak, semua itu bergantung pada amalam. 
3 rahsia kematian yang Allah rahsiakan daripada kita iaitu tempat kematian, masa mati dan cara kita mati.
Ya Allah..berilah kami peluang untuk bertaubat kepadamu, panjangkan lah umur kami, ampun kanlah dosa-dosa kami, berilah hidayah da petunjuk kepada kami..Amenn...

Gosip: Amber Rose: Kim Kardashian seorang perampas!

5 Jan – Model dan juga bekas kekasih kepada penyanyi rap Kanye West, Amber Rose telah mendakwa bahawa bintang televisyen realiti terkenal, Kim Kardashian adalah seorang perampas sehingga memusnahkan hubungannya dengan Kanye pada pertengahan 2010.
Dalam satu temubual bersama majalah Star, Amber memberitahu Kim yang ketika itu sedang bercinta dengan teman lelakinya, Reggie Bush, mempunyai hubungan sulit dengan Kanye pada waktu yang sama.
"Dia adalah seorang perampas! Mereka berdua menipu. Mereka berdua menipu terhadap saya dan Reggie."
Malah Amber turut mendakwa Kim seringkali menghantar gambar-gambar seksi kepada Kanye selain daripada menelefon dan menghantar pesanan ringkas.
Amber memberitahu dia pernah meminta penjelasan kepada sosialit berusia 31 tahun itu melalui emel tetapi tidak dibalas.
"Saya ingatkan dia akan berani untuk memberi respon kepada saya. Malangnya tidak.
"Ianya sangat penting untuk kaum wanita sentiasa bersama dan tidak menikam belakang antara satu sama lain seperti itu."
Walaubagaimanapun sebelum Kim menegaskan hubungannya dengan Kanye tidak lebih sebagai rakan kerana sudah mengenali sejak beberapa tahun lalu.
Kanye pernah muncul dalam musim pertama program televisyen realiti Kim, "Kourtney & Kim Take New York" tahun lalu.

sumber: sini

Saturday, January 7, 2012

Entri bergambar : Hadiah tahun baru

Assalamualaikum..
selamat malam. dah lama rasanya blog ni tak berupdate. macam biasa..malas kot..hehe..hari ni terasa nak mengapdet blog. selama ni memnag kerja menaip je 24 jam siapkan manuskrip. bila dah siap, mula manuskrip baru pulak..itu jelah kerjanya hari2..hari ni nak curi masa sikit nak cerita tentang aktiviti tahun lepas. rasa macam lama sangat bila ckp tahun lepas. haha..takdelah, masa 27 Dec hari tu aku ada join trip ke penang. sebenarnya bukan ke peneng je..tapi bermula di bukit frase-penang-kedah-penang-perak dan last sekali singgah cameron..sebenarnya tak berapa ingat mana dulu mana kendian..haha..banyak sangat tempat yang pergi. singgah kejap2 je..sempatlah jenguk sekolah lama di kuala kangsar. tak banyak berubah. tengok dari luar je pasal takut tak boleh masuk. alhamdulillah..lepas hajat. trip kali ni rasa trip yang paling best pasal masa tak terkejar-kejar macam amazing race tu..kalau dulu buat trip memang letih teramat pasal rushing..tapi trip kali ni best..n puas hati pasalnya...hehe..pasal dapat hadiah sempena tahun baru..nak kata sempena tahun baru pun tak jugak pasal lama dah tunggu..kebetulan rezeki nak masuk tahun baru...dapat handbag carlo rino dan tiga jambang roses..hehe..sukeeee..
kat bawah ni ada tunjuk 3 keping handbeg..bukan beli tiga-tiga tau pasal tokey balak pun leh bengkrap kalau rembat tiga-tiga sekali...misi nak mencari handbeng ni memang susah..lenguh kaki nak cari yang berkenan di hati..tapi akhirnyaaaaaaaaaaaa.....penat lelah berbaloi..jumpa juga yang berkenan di hati..hehe..



sebenarnya agak berkenan yang ni jugak..tapi mahal kot..hehe..tak tengok pun harga..bukan
jenama CR..jalan dulu cari CR (memang nak cari brand CR pun)


yang ni jenama CR.. sangat cantik dan elegen..tapi kale putih..ada less 20%
memang berkenan yang ni jugak tapi kalau kotor tak boleh basuh dengan air
salegirl tu ckplah..

last2 ambik yang ni..harga lagi mahal dari yang putih tadi..
tapi salesgirl cakap yang ni boleh cuci dengan air pasal kulit..
so ambik yang ni je..tak sabar nak melaram g memana..
buat sementara ini, beg duduk dalam almari..hehehe..

p/s: itu sahaja kali ini..nanti cerita tentang lain pulak..banyak nak cerita..tapi mansukrip sedang memangil2..hehe...

Wednesday, January 4, 2012

" wordless wednesday : dari atas sampai ke bawah.."

p/s: my family..itu pun ayah n adik sorang lelaki tak ada..aku pulak tukang snap pic..kalau tak memang boleh runtuh benda ni..hehe..

Monday, January 2, 2012

" hair style of the year 2011 "

Assalamualaikum
hari ini aku nak cakap pasal hair style..bukan hair style sangat pun..hehe..hari tu aku ada pergi trip ke kubang kerian kan..malam tu kitorang satu family singgah mydin cari makanan mentah untuk buat breakafast esok..aku tukang tolak troli..sungguh bila berada di dalam mydin mall yang besar tu, aku tak ingt berada di bumi kelantan..bila dengar orang kelilik kecek kelante baru perasan..hehe..kat bawah ni aku sajikan beberapa keping pertunjukan fesyen hiasan rambut..ini adik aku yg pompuan( nursing tu) tu punya idea..sampai merajuk budak kecik ni asyik kena posing..beli idak jugak pasal tetiba budak kecil ni tak nak pulak scaf yang kitorang plan nak beli..cerewet sungguh.

light blue style

bulu putih ala bebiri style

anak nyonya style..ni dah nak merajuk..hehe



dark purple style..i loike dis colour ;P

pinki style..rambu ramba..

flower style..merajuk sudah..kahkahkah..
sekian dulu pertunjukan fesyen kali ini..jumpa lagi next time..;)

Sunday, January 1, 2012

" Trip to kubang kerian"

Assalamualaikum.
selamat tahun baru...dah lama rasanya tak update blog..sibuk jugak 2 3 minggu ni..malas pun iya walaupun ada banyak benda nak cerita..hari ni nak update blog pasal trip to kubang kerian, kelantan...hari tu lagi nak update tapi entah kenapa blogger guna mozilla tak boleh upload pic..ni pun guna IE je..aku suka guna dua ni je kalau online pasal tak berat lappy nak load...
okeylah..aku tak nak cerita banyak pasal trip ni..dah banyak tempek pic..so tgk jelah pic..aku dan family pergi ke kubang kerian pasal ambik adik aku yang dah habis belajar kat sana..dia ambik nursing..lepas ni bulan 3 or 4 terus posting kalau lesen lulus, katanya. kitaorang pergi ari tu 15 dec kot.semalam saja di sana..tido homestay..kitaorang memang suka homestay instead hotel pasal lebih bebas dan tenang..so enjoylah pic2 sekitar homestay..best pasal dalam hutan..ada taman kelip2 lagi tapi tak tengok pon pasal kelip2 leh tgk waktu malam je..malam tu pulak hujan lebat..so lepak dalam bilik tengok cerita merlin kat lappy aku..



ni antara koleksi peralatan lama untuk pameran

taman kelip-kelip

ada permainan jugak..congkak dan carom

 
taman burung mini dekat pintu masuk homestay

cuba teka ini buah apa?macam petai tapi mak aku ckp bukan

budak dua orang ni sibuk jugak nak ikut..dah pandai nak posing jugak ni..

ni diambil dari tingkap bilik homestay..cantik kan?taman belakang bilik..

ni pun antara tempat yang dijadikan pameran

budak2 ni tengok burung..maklumlah..memasing tak pernh tgk burung..hehe..

lariiiiiiiiii....siapa yang kejar pun tak tahu..hehe..

antara nama2 homestay yang terdapat disitu..

ni berselubung senyap2 bawah selimut pasal sejuk katanya..

ni anak yang mak aku jaga..tapi dah mcm adik beradik aku jugak..sama jugak yang budak kecil satu lagi..