RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, December 1, 2011

Sorotan Kuala Sepetang (Port Weld)

Papan tanda (tugu) stesen keretapi Port Weld.

Lanjutan kepada post sblm ni yg menceritakan pengalaman penulis yang berkunjung ke Kuala Sepetang pada minggu lepas. Banyak sejarah upanya yg menyelubungi asal usul perkembangan kawasan ini. Penulis tak berapa arif, tapi sekadar berkongsi artikel dan gambar yang dikumpul dari sumber2 internet yang diharap dapat membantu para pelajar atau sesiapa sahaja yang memerlukan. Anda bleh juga dapat jumpa di google image.

Mari meyusuri secara ringkas pelabuhan Port Weld yang dinamakan sempena nama Gabenor Sir Frederick Weld, dan kini dikenali sebagai Kuala Sepetang (Nama asal). Terletak berhampiran kuala sungai dan berada dalam daerah Taiping di Perak , ia bermula sebagai tempat perkampungan nelayan.

Laluan landasan keretapi Port Weld 1885.


Landasan keretapi Port Weld 1890.


Kereta api dalam perjalanan dari Taiping ke Port Weld.

Tujuan utama landasan dibina adalah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Landasan keretapi juga telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat bekerja.Ia menjadikan Stesyen Taiping sebagai stesyen keretapi pertama di negara ini. Landasan dibuka pada 1 Jun 1885 dirasmikan secara rasmi oleh Sir Hugh Low, Residen British Perak dengan pembiayaan £7000 (Euro) yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak. Panjang landasan ialah 13.1 Km

Stesen Simpang, Port Weld 1886

Perasmian pembukaan stesen keretapi Port Weld

Stesen keretapi Taiping 1885

Landasan keretapi di Stesen Ipoh pada akhir 1800-an

Pembinaan landasan keretapi Taiping - Port Weld adalah permulaan kepada perubahan utama yang mengubah landskap Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga telah membawa kepada kemasukan pertama masyrakat keturunan India terutamanya Tamil serta keturunan Sri Lanka ke Perak. (p/s: sejarah ni ada dlm Novel Interlok). Sir Frederick Weld sekali lagi berada di Taiping pada tahun 1883 bagi melihat dan memeriksa sendiri perkembagan kawasan ini. Beliau menghabiskan masa melawat landasan keretapi Port Weld, melihat perjalanan pembinaan dan juga menaiki trak. Beliau juga telah melaksanakan rancangan untuk membina talian telegraf di sepanjang jalan yang menghubungkan Taiping dengan Seberang Perai. Ia hampir siap dan selepas itu kereta api di sepanjang jalan yang sama akan dibina. Jika pembinaan landasan pertama ialah Port Weld, Stesen Keretapi Ipoh dicatatkan sebagai laluan keretapi penumpang pertama Malaya iaitu pada 17 Julai 1896. Keretapi ini membawa rombongan sultan Perak yang berlepas dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Conference of Chiefs of the Federated Malay States.

Sungai Larut yang menjadi tapak Port Weld.

Jeti Pelabuhan Port Weld 1885.

Pada tahun 1880, Sir Frederick Weld tiba di Negeri-negeri Selat dan beliau mula mengambil peluang bagi kepentingan peribadi dalam pembangunan Negeri-negeri Melayu. Pertengahan 1881, Weld melawat bandar Taiping, Perak. Beliau mendapati hasil yang meningkat dan segala-galanya yang berlaku dengan cemerlang ... "tetapi" tenaga buruh untuk kerja-kerja, membina jalan-jalan awam dan untuk membangunkan industri-industri lain serta sumber pendapatan selain daripada perlombongan timah, masih berkurangan.

Pelabuhan Port Weld 1890.

Pelabuhan Teluk Kertang 1880-an sebelum pembukaan pelabuhan Port Weld.

Rumah-rumah setinggan sekitar tebing sungai Port Weld

Beliau juga melaporkan bahawa: "Bekalan air bagi Taiping dari bukit (Bukit Maxwell), jalan raya Krian yang akan menghubungkan pusat bandar Taiping dengan Seberang Perai, dan keretapi serta trem dari Taiping ke pelabuhan adalah antara kerja-kerja paling utama yang akan dijalankan. Bandar Taiping semakin bertambah baik sejak kebakaran kira-kira setahun yang lalu, jalan-jalan baru telah dibesarkan kelebaranya dan sebuah class of houses telah dibina ".

Enjin yang digunakan dalam pembinaan landasan Port Weld-Taiping
PERAK (nama awal) adalah lokomotif pertama sekali diperkenalkan dalam sistem rangkaian keretapi di Tanah Melayu. Lokomotif berkuasa wap ini dibawa masuk melalui 'The Crown Agents' (Straits Settlements) , di datangkan dari England oleh pembuatnya 'Ransomes and Rapier, pada 18 May 1881 untuk Keretapi Kerajaan Negeri Perak (Perak State Railway).


Sumber maklumat:
1. Wikipedia
2. Arkib Negara Malaysia
3. http://sembangkuala.wordpress.com
4. http://www.malayarailway.com

5 140 tukang karut:

Khairul firefly said...

Bagus artikel awak, saya copy beberapa gambar

eis'antique said...

TKS ATAS INFO SETAHU SAYA LAR PORT WELD HANYA TINGGAL NAMA SAHAJA TANPA ADA SATU PUN KESAN TAPAK TINGGALAN MAHUPUN SIGN BATU YG TERTULIS PORT WELD...HANYA BOLEH DI LIHAT D GOOGLE DAN JUGA DI MEE UDANG KUALA SEPETANG..SYANG SEKALI KHAZANAH YG BERNILAI TIDAK DI JAGA SUATU KETIKA DAHUU MUNGKIN KURANG KESEDARAN AKAN PENTING NYA SEJARAH...MOHON SAYA COPY BEBERAPA GAMBAR DI BLOG ANDA UNTUK SAYA GUNAKAN. SENANG LAYARI LAG BLOG SAYA EISANTIQUE2.BLGSPOT.COM ..SAYA SEDANG USAHA MENCERITAKAN SERBA SEDIKIT BERKAITAN DGN KTM YG SEBAHAGIAN INFO BNYK DI DALAM GOOGLE DA SAYA OLAH KAN DGN CARA SAYA YG TERSENDIRI..TKS SEKALI LAGI

Cahaya said...

boleh copy gambar tapi mohon kredit atau back link ke blog ini. sekian.

Anonymous said...

Nice and superb

anuar hafizah said...

kat mana lokasi sebenar stesen simpang nih?...kat kampung lombong bijeh larut ker, dekat area petronas simpang?

Post a Comment