RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, December 8, 2011

" Sayang Diari..."


15 Ogos 1931
Hari ini aku telah dijemput oleh Rio dan keluarganya ke majlis sambutan hari lahir Rio yang ke 21. Sambutan tersebut sudah tentulah telah diadakan secara besar-besaran memandangkan Rio merupakan satu-satunya anak tunggal dalam keluarganya. Ibu dan ayahku sangat teruja dengan jemputan tersebut dan aku tahu mengapa. Keluarga Rio merupakan keluarga yang sangat kaya dan berpengaruh. Menjadi antara jemputan keluarga itu memang sentiasa diimpikan oleh ibu dan ayahku. Aku pada mulanya enggan mengikut ibu dan ayahku ke masjlis tersebut namun ibu berkeras kerana Rio telah berpesan beberapa kali kepadanya yang kehadiran aku adalah diwajibkan. Sebelum itu Rio sempat berpesan secara berkias sekiranya aku tidak hadir ke majlis hari lahirnya itu, rahsia aku yang satu itu pasti akan sampai ke pengetahuan kedua ibu dan bapaku. Mahu tidak mahu aku terpaksa juga mengikut kehendaknya. Entah sampai bila Rio mahu mengugutku dengan perkara itu.
Aku tidak benar-benar mengenali kedua ibu dan bapa Rio. Apa yang aku tahu, bapa Rio merupakan saudagar kaya yang mengusahakan perniagaan minyak mentah. Itu sahaja. Seperti biasa, ibuku agak kecoh dengan pakaian yang mahu dipakai lantas membuat temu janji dengan kedai pakaian kegemarannya di pekan. Aku mengigatkan ibu tentang beberapa helai pakaian yang masih belum dipakainya lagi kali terakhir kami membeli belah. Pada mulanya ibu agak keberatan untuk menyelongkar almari bajunya itu dan menyatakan yang baju baru tentu nampak anggun di tubuhnya, dan baju di dalam almarinya itu tentu telah ketinggalan zaman namun aku berjaya memujuknya supaya membatalkan aktiviti yang membuang masa itu. Aku mengatakan yang cuaca yang tidak menentu akan membuatkan ibu mudah jatuh sakit dan kulit akan menjadi pucat, sekaligus akan menjejaskan kecantikan ibu pada malam berlangsungnya majlis itu. Ibu kelihatan dapat menerima alasanku itu untuk tidak keluar membeli belah. Aku mengeluh lega. Membeli belah bersama ibu merupakan aktiviti terakhir yang akan aku lakukan. Ibu cenderung menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk memilih pakaian yang dirasakan sesuai. Belum termasuk dengan perhiasan yang lain.
Seperti biasa, setibanya kami di kediaman agam tersebut, kami disambut oleh penyambut tetamu yang mempersilakan kami masuk ke dalam rumah banglo tersebut. Aku agak terpegun kagum apabila melihat hiasan dalaman rumah yang seperti istana itu. Rumah itu terlalu besar untuk keluarga seperti Rio kerana mereka hanya tinggal tiga beranak sahaja. Namun aku membuat kesimpulan yang pembantu rumah mereka yang ramai itu mampu membuatkan rumah tersebut seolah-olah berpenghuni. Aku hanya berdiri tercegat memandang lukisan-lukisan yang tergantung di dinding. Ibu dan ayahku kelihatan sedang sibuk berbual entah tentang apa dengan tetamu yang lain. Aku tidak ambil pusing akan hal itu kerana urusan perniagaan bukanlah minatku. Setelah menghabiskan masa selama beberapa minit meneliti lukisan yang pelbagai itu, aku berjalan menghampiri meja yang menghidangkan makanan. Seperti biasa, meja panjang tersebut penuh dengan pelbagai jenis makanan. Aku hanya tercegat di tepi meja tersebut. Tidak benar-benar tahu apa yang perlu dibuat. Suara pengumuman oleh ayah Rio menarik perhatianku seketika. Ayah Rio mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada tetamu yang hadir ketika itu. Aku sempat menjeling ke arah Rio yang berdiri megah di sisi ayahnya. Aku segera mengalihkan pandangan ke arah lain apabila pandanganku bertembung dengan pandangan Rio. Setelah menyampaikanan ucapan yang panjang lebar, ayah Rio memberikan peluang kepada Rio pula untuk menyampaikan ucapan. Aku hampir memutarkan bebola mata apabila Rio seperti biasa, akan memuji dirinya sendiri dan bermegah-megah seperti selalu. Aku tidak ambil pusing akan apa yang dikatakan oleh Rio itu lantas mula menikmati pembuka selera yang terdapat di situ.
Rio datang menghampiriku ketika aku sibuk memilik hidangan berat. Dia melahirkan ucapan terima kasihnya kerana kesudianku untuk hadir. Bagiku ucapan tersebut kedengaran tidak ikhlas ditelingaku. Mungkin kerana Rio tahu yang aku tidak akan datang jika tidak dipaksa. Rio kelihatan bersungguh-sungguh untuk mengajakku berbual dan aku hanya melayannya berbual dengan ala kadar. Ria mengajakku menari namun aku menolak dengan alasan kakiku sakit. Alasan yang aku reka itu telah mambantutkan keinginan Rio untuk menari. Rio bertanya aoa yang tidak kena dengan kakiku. Aku memberikan alasan yang aku terjatuh beberapa hari yang lalu. Ria kelihatan percaya dengan alasanku itu dan tidak melanjutkan hasratnya untuk menari. Aku memberikan cadangan kepadanya supaya mempelawa beberapa orang gadis yang hadis di situ untuk menari namun Rio enggan. Katanya dia tidak berminat dengan mana-mana gadis di situ kecuali aku. Aku agak terkejut mendengar kata-kata berterus terang dari Rio itu dan rasa kurang selesa mula menular di dalam diriku. Aku cuba berlagak biasa dan menghabiskan makanan di pingganku namun seleraku telah hilang. Aku memandang sekeliling, mencari-cari kelibat  kedua ibu dan ayahku dan berharap dapat pulang sahaja ke rumah. aku kemudian teringat yang aku ada membawakan hadiah untuk Rio. Aku membuka beg tanganku dan mengeluarkan bungkusan sederhana besar itu  dan menghulurkan kepada Rio. Rio terkejut dengan pemberian tersebut namun gembira. Aku hanya mampu tersneyum dengan rasa serba salah melihat reaksi Rio yang agak berlebih-lebihan itu apabila menerima hadiah harijadi daripadaku kerana aku sebenarnya tidak benar-benar menganggap pemberian itu adalah istimewa. Sekadar pemberian sebagai kawan. Tidak lebih tidak kurang. Untuk melindungi rasa serba salah yang semakin mencengkam perasaanku, aku berterus terang sahaja tentang kandungan hadiah tersebut namun Rio tidak peduli untuk memberikan perhatian pada kata-kataku. Perhatiannya tertumpu kepada hadiah ditangannya dan mula membuka bungkusan hadiah itu dengan tidak sabar-sabar. Dia mengeluarkan isi dalam kotak tersebut dengan berhati-hati. Aku hanya mampu merenung dengan sayu. Walaupun Rio kadangkala menjengkilkanku, namun aku yakin dia lelaki yang baik, yang layak memperoleh apa yang dia peroleh sekarang ini. Dia memuji hadian pemberianku itu sebagai ‘cantik’. Aku tersenyum kecil. Pen pemberianku sebagai hadiah harijadinya itu disemak di poket luar sutnya. Aku mengatakan kepadanya yang dia tidak perlu berbuat begitu hanya kerana ingin mengambil hatiku namun dia tidak mengendahkan dan menjawab dia akan menghargai apa sahaja yang diberikan olehku walau sekecil mana pun pemberianku itu. Aku mula terfikir yang Rio mungkin bukanlah seteruk yang aku sangkakan. Ketika mahu pulang, Rio menghadiahkan sekumtum bunga mawar merah kepadaku. Pada mulanya aku agak ragu-ragu untuk menerimanya namun akhirnya aku menerima pemberian tersebut dengan menyatakan di dalam hati yang Rio sekadar berkelakuan sopan terhadapku. Aku juga sempat menemui ibu bapa Rio yang menerima baik kehadiranku. Aku hanya mampu membalas kata-kata pujian mereka itu dengan tersenyum. Apa yang aku mahu adalah pulang ke rumahku sendiri.

0 140 tukang karut:

Post a Comment