RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Thursday, December 15, 2011

Perang Sabil Sungai Manik

Ketika zaman kemuncak kegemilangan daerah Larut di bawah pimpinan Ngah Ibrahim, ramai imigran Cina dibawa masuk untuk bekerja di lombong bijih timah. Kemasukan ini diuruskan oleh Kepten Speedy seperti yg penulis cerita sblm ni. Semasa kedatangan Birch, maysrakat Cina berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga kedai runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar. Masyarakat Cina turut mendiami Kampung Cina di mukim Bandar, Kg Gajah. Pertelingkahan 2 kumpulan kongsi gelap Gee Hing dan Hai San menjadi salah satu punca campur tangan British kerana pengeluaran bijih timah terjejas.

Ketika penjajahan Jepun, tentera Jepun bertindak baik dengan org Melayu. Jepun mengajar org Melayu berjuang menentang penjajahan Barat dan melatih penduduk tempatan mentadbir negara sendiri. Pemuda Melayu diambil dan dilatih menjadi tentera Jepun, ada yang dihantar ke Sumatra bagi menjadi buruh di sana. Bagaimanapun, tentera Jepun menyiksa dan membunuh kaum pendatang seperti org Cina dan Inggeris. Bagi Jepun, org Cina tiada jati diri dan xpeduli dgn landskap politik tempatan. Selepas kekalahan Jepun, pihak komunis melalui Bintang Tiga dan Kuomintang bertindak mengganas serta menimbulkan huru hara di Tanah Melayu sehinggakan perintah darurat diisyhtiharkan. Anggota komunis yang kebanyakkan berbangsa Cina telah bertindak membunuh orang Melayu yang menjadi kakitangan kerajaan Jepun di Tanah Melayu.

Anggota komunis yg lengkap bersenjata

Zaman darurat menyaksikan serangan-serangan komunis Cina ke atas penduduk2 Melayu. Ada yang mengatakan terdapat orang Melayu yang menjadi tali barut komunis. Penduduk asal Melayu terpaksa hidup dalam ketakutan sampai ke suatu tahap, kemarahan org Melayu memuncak dan mula bertindak balas dengan melancarkan Perang Sabil iaitu singkatan fi-sabilillah pada tahun 1948-1960. Pendekar2 Melayu yg terpaksa mempertahankan kampung Melayu, mula menyerang masyarakat Cina yg menjadi tali barut komunis di sekitar Sungai Manik, Chui Chak, Langkap, Hilir Perak, Kampung Gajah, Bota dan merebak hingga ke Parit, Perak. Kemuncak Perang Sabil apabila berlaku pertempuran di jambatan Sungai Tunku, Teluk Intan antara sekumpulan pengganas komunis yang naik tongkang, dari Langkap dan Chui Chak dengan pendekar-pendekar Melayu. Ketika ini, orang Melayu yang berketurunan Banjar telah bertindak menyatukan orang Melayu dengan ilmu kerohanian dan kebatinan. Hanya menggunakan pedang atau parang lading, org Melayu berhabis-habisan mempertahankan diri menentang komunis Cina yg lengkap bersenjata senapang. Seluruh pemuda Melayu dikatakan telah mengambil air tawar, ilmu kain merah dan ayat-ayat hafazan dari seorang guru yang berketurunan Banjar.

Komunis Cina menyerang penduduk Melayu kerana tidak dilayan baik oleh Jepun.

Mengikut Wikipedia, Sungai Manik terletak 5 KM dari Teluk Intan. Berjiran dengan Kampung Gajah dan pekan Tapah Road. Sungai Manik mendapat nama dari penemuan sejumlah manik-manik di tepi sungai yang dipercayai digunakan orang zaman purbakala. Amukan org Melayu dalam Perang Sabil di Sungai Manik, Perak dan sekitarnya, menyaksikan org Cina telah berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap dan Setiawan.Ini mengembalikan kampung2 tradisional Melayu seperti Kampung Gajah kembali aman dan terpulihara dari penjajahan ekonomi masyarakat Cina yg pernah menjadi tali barut komunis. Jika anda berpeluang pusing2 kampung sini, anda dapat menyaksikan kedamaian dan ketenangan semulajadi. Seperti yg kita tahu, masyarakat peniaga Cina dari ideologi China ini, bertunjangkan kongsi gelap dan jenayah dalam mengembangkan bisnes seperti yg kita dapat tengok dalam filem2 mereka. Jadi tak hairan jika anda merasa semacam jer if berjalan di pekan kecil Kuala Sepetang. Paham2 lar asal usul penduduk setinggan kawasan ni kan.

Tuan Guru Haji Bakri - menjadi guru ilmu kebatinan Banjar

Pemerintahan MPAJ Bintang Tiga Komunis 14 hari menyaksikan penderitaan yang memberi kenangan perit kepada penduduk Tanah Melayu. Juga menyaksikan penyatuan masyarakat Melayu mempertahankan diri dari kekejaman suatu kaum yang asalnya hanya pendatang, tetapi lupa diri dan menyerang penduduk asal. Seperti yang ditakuti pihak Jepun ketika melatih org Melayu memerintah dahulu. Apa2 pun, artikel ini hanyalah REVIEW kepada tulisan2 lain dlm blog, forum dan mini artikel bersumberkan internet lain. Tiada yang baru. Pembaca boleh mencari dan membuat rujukan lebih detail untuk mengetuhui hidden history ini. Tiada provokasi, tiada perkauman, tiada prejudis....hanyalah penulisan sejarah yg pernah berlaku di negara kita. Cintakan negara, cintakan lah sejarah. Semoga kita bangsa Malaysia terus bersatu dan menjaga keharmonian kaum tanpa lupa asal usul dan sejarah masing2.

_____________________________________

Sumber:
1) Wikipedia
2) Forum

3) Blog

2 140 tukang karut:

idraki.irdina said...

aku adalah salah seorang anak cucu dr sg manik yg brkturunan bugis bengkahulu,wlaupun aku bkn dr kturunan banjar,nmun aku tetap brbangga mnjd sbahagian dr anak cucu dr sg manik.aku msih mnyimpan sjarah yg dktahui dr ayahku krn atok moyangku juga sbahagian dr pjuang amukan wrga sg manik.ALFATEHAH utk datuk ku PANGLIMA ITAM&moyangku PENDEKAR KENTE.moga rohmu dicucuri rahmat.

Anonymous said...

Moga orang melayu tetap bersatu dan bertauhid Allah Yang Maha Esa

Post a Comment