RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Monday, December 5, 2011

Kompleks Sejarah Pasir Salak


Kompleks Sejarah Pasir Salak dibina bagi memperingati perjuangan Dato Maharaja Lela menentang undang2 British dan juga merupakan lokasi pembunuhan Residen British yg pertama di Perak iaitu J.W.W. Birch. Dibuka setiap hari kecuali Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha bermula jam 9.30 pg hingga 5 ptg. Tiket masuk dewasa berharga RM4 dan kanak2 RM2, anda boleh mengunjungi Terowong Sejarah, Galeri Keris, Rumah Kutai, tapak Birch dibunuh, Tugu Pahlawan Perak, Tugu Peringatan Inggeris, Tugu Lela Rentaka, menara pandang dan pentas belotah. Anda bleh bersiar2 menikmati pemandangan sungai perak yg pasti tidak mengecewakan kunjungan anda.

Pondok pengawal merangkap kaunter tiket

Rumah Kutai?

Ada jambatan kecil tebing sungai

Sampan lama

Menara Pandang dan wakaf.

Antara benda2 lain yg ada kt skitar kompleks ni. kih2. Ada kubur Si Puntum dan galeri sejarah. boleh lawati tgk2 n sdekah alfatihah. jika anda belok kiri ikut lorong tu anda jumpa perkmpungan kecil yg rumah mereka sgt historical binaanya. (P/s: Sedikit cerita pasal Si Puntum akan menyusul dlm artikel mendatang.)

Tanah Perkuburan Islam P.Salak (Gmbr blur)

Rumah Dato Maharaja Lela?

Galeri Sejarah

Akhir sekali jika anda masih berat hati untuk meninggalkan tempat ni, jgn kuatir krn ada resort yg dibangunkan betul2 di kwsn kompleks ni. Dari tmpt paking tu, belok ke kiri lorong kampung dan anda trus dlm 250 m. Kira sebelah mlm anda xde masalah nak ronda n hayati suasana pada waktu malam. if anda tgk kt website dia mmg cantik mcm 6-star chalet, tp jgn terkejut if anda tgk sendiri nnt.hu. Kunjungan penulis 3 minggu lepas tgk tempat ni mcm tak terurus, terbiar, dan seram...mybe krn tiada pengunjung. Tp binaan bangunan sgt unik n berseni. kolam pun ada n dibina betul2 tpi sungai Perak. Standard Chalet yang lengkap dgn balkoni ni berharga RM157 semalam + brekfast 2 org (musim cuti skolah dan hujung minggu)

Pasir Salak Resort

Chalet Standard. Hari biasa RM105 jer smlmn

______________________________________________________

Rujukan:
1. Catatan lawatan penulis pada 23-Nov 2011.
2. Website Perpustakaan Negara Malaysia-/sejarahmalaysia
3. Website Pasir Salak Chalet

0 140 tukang karut:

Post a Comment