RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, December 6, 2011

The Grave of Si Puntum @ Sepuntum + Pembunuhan JWW Birch


Lanjutan kepada post Kompleks Sejarah Pasir Salak, bersebelahan pagar kompleks ni jgk terdapat sebuah perkuburan Islam yg nmpak gaya mcm dh lama xguna. rumput2 dh panjang terbiar bgitu shja. Di sini bersemadinya jenazah Si Puntum dan boleh dilawati mereka yg meminati sejarah dan melihat sendiri kubur ini. Ada banyak gambar2 penulis di sekitar perkuburan ini, tapi tidak dipaparkan demi menghormati jenazah yg lain2. tapi pemandangan mmg unik dan cantik dgn rumput2 panjang, ada pokok besar, pokok2 berbatang putih yg tinggi giler serta batu2 nisan klasik myerlahkan lg keaslian warisan di sini.

Kubur Si Puntum betul2 di bwh rimbunan pokok tua ini.

Sambil2 itu, mari kita kenali siapa Si Puntum ini. Mengikut buku teks Si Puntum atau Sepuntum merupakan orang asli yang menjadi pengikut setia kepada Dato Maharaja Lela. Beliau menetak kepala Birch, mengakhiri nyawa lelaki Inggeris tersebut. Si Puntum kemudiannya ditangkap, dibicarakan pada 3 & 4 Mei1876 dan dihukum gantung sampai mati pada 20 Mei 1876 di Bandar Baru iaitu lokasi kubu utama British dan kediaman rasmi residen British.

Terlebih dahulu menyerang Birch ialah Pandak Indut yang merupakan bapa mertua kepada Dato Maharaja Lela. Beliau dikatakan pendekar paling handal di Perak. Menerima pedang daripada Dato Maharaja Lela untuk membunuh Birch yang mengarahkan menampal surat pengumuman di Pasir Salak. Beliau adalah orang pertama mengoyak surat ditampal Mat Arshad dan menikam suruhan Inggeris itu dengan lembing. Mat Arshad yg merupakan kerani dan jurubahasa Birch turut terbunuh dalam kejadian ini.

Perahu digelar "Perahu Naga" yg dinaiki JWW Birch

Kajian mengenai peristiwa pembunuhan Birch telah dilakukan lama dahulu dan anda bleh downloadnya di internet. Kesimpulan dari jurnal tersebut, rupanya telah berlaku rusuhan penduduk yang menyerang serta membunuh Birch dan 16 orang tali barutnya. Beberapa org termasuk Ngah Jabor, Panjang Bur, Kulup Ali merejam lembing ke arah tempat mandi Birch menyebabkan Birch cedera dan terjatuh dalam sungai. Ketika timbul di blakang rumah mandi, Birch ditikam dengan lembing oleh Se Tuah sebelum ditetak di kelapa oleh Si Puntum dengan parang panjang sebanyak 2x. Untuk lebih lanjut baca lah journal tulisan Abdullah Zakaria bin Ghazali setebal 72 m/s ni.

Rentetan dari kejadian, telah berlaku serangan tentera British ke atas Kg Gajah. Yg terlibat ditangkap dan dibicarakan. Saksi2 kejadian yg terdiri dari warga cina pendatang memberi nama2 mereka yg membunuh Birch membolehkan wira2 Melayu ini disabitkan kesalahan dan dihukum gantung. Mereka yang tiada bukti kukuh terlibat dlm kejadian pembunuhan dipercayai seramai 40 orang telah dibuang daerah ke Pulau Seychelles Utara Madagascar. Selepas 16 tahun, hanya Sultan Abdullah yg mendapat pengampunan Ratu Victoria dan dibenarkan pulang. Laks. Amin dan Ngah Ibrahim tidak dibenarkan pulang krn British bimbang dengan pengaruh mereka Mereka dipindahkan ke Sarawak dan terakhir ke Singapura.

Berikut diceritakan sedikit biografi sebahagian dari mereka yg terlibat dalam peristiwa penbunuhan Birch.

Sultan Abdullah
Sultan Perak ke-26 dengan gelaran Sultan Abdullah Mahmud Shah II. Menandatangani Perjanjian Pangkor bg mendapat tahkta sebelum menyedari beliau sebenarnya hanya menjadi boneka British. Beliau yg tidak berpuas ati dengan campur tgn dan kebiadapan Birch menitahkan Dato Maharaja lela mengetuai rancangan pembunuhan Birch. Baginda turut mempengerusikan mesyuarat gerakan sulit membunuh Birch di Kg Durian Sebatang pada 21 Jul 1875. 16 tahun hidup dalam buangan. Meninggal pada 1922 dan dikebumikan di Makan Diraja Bukit Chandan

Dato Maharaja Lela Pandak Lam
Seorang pembesar delapan Perak, berketurunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yg berasal dari Daerah Lukut, Sulawesi. Salah seorang drpd 5 hulubalang Negeri Perak. Daeng dilantik sbg mufti Perak pada pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III dan diberi kuasa memancung sesiapa sahaja tanpa bicara. Beliau mengetuai gerakan sulit merancang pembunuhan Birch. Dibicarakan di Matang pada 14-22 Dec 1876 sebelum dihukum gantung pada 20 Jan 1877 di Taiping. Difahamkan British mengarahkan mayat beliau dikerat 3 dan ditanam berasingan di tebing Sg Perak.

Datuk Sagor (Sri Agar)
Gelaran penuh Datuk Sagor ialah Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja yg dikurniakan sultan Perak ke 23 iaitu Sultan Jaafar. Nama beliau sebenar ialah Ngah Kamdin bin Radin lope, keturunan Bugis berdarjat Daeng. Salah seorang dari 5 hulubalang Negeri Perak iaitu Dato Maharaja Lela, Panglima Bukit Gantang, Panglima Kinta dan Seri Adika Raja. Dilahirkan di Kampung Gajah dan berhijrah ke Larut utk mengusahakan bijih timah bersama anak saudaranya Ngah Ibrahim. Memerintah wilayah tebing Sg Perak dr Kg Gajah ke Pulau Tiga. Dalam istana, beliau bertanggungjawab menaal hal ehwal istana dan membina istana serta kapal-kapal sultan.Bersenjata sundang iaitu keris panjang yg sesuai digunakan untuk melibas. Kehadiran residen menyebabkan beliau kehilangan kuasa. Beliau menolak arahan British agar membersihkan jalan ke Bukit Tunggal, Kg Gajah, mengibarkan bendera British dan membina balai di bukit tersebut. Terlibat dalam perancangan pembunuhan Birch dan kemudianya dihukum gantung bersama Dato Maharaja Lela.


Laksamana Mohamad Amin Alang Duakap

Pembesar Istana yg juga bapa mertua Ngah Ibrahim. Catatan British menceritakan Laks. Amin seorang yg bertubuh besar, telah memeluk, merampas keris dan kemudianya menikam Datuk Syahbandar yg mempunyai ilmu kebal. Pernah merancang utk membunuh Frank Swettenham di Bota. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles. Meninggal dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bidadari, Singapura pada 1908 sblm jenazahnya disemadikan semula di Makam Diraja Bukit Chandan pada 2006. Namanya diabadikan pada kapal perang Malaysia F136 KD Laksmana Mohamad Amin yg dibina di Breda, Mestre, Itali pada 22 Mac 1982.

Ngah Ibrahim
Nama penuhnya ialah Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar yg juga digelar Menteri Larut. Mewarisi kuasa untuk membangunkan daerah Larut Matang dr bapanya Long Jaafar. Membangunkan sebuah kota sbg pusat pentadbiran dan menggaji Kapten Speedy sbg pengurus. Beliau kehilangan hak memungut cukai dari pelombongan biji timah selepas kehadiran residen British. Dibuang daerah ke Pulau Seychelles. Meninggal dan dikebumikan di Makam Aljunied Jln Kubor, Singapura. (P/s: Artikel Ngah Ibrahim akan didetailkan dlm post seterusnya)


Ngah Jabor
Nama sebenarnya Mohammad Jabar bin Bardot. Merupakan org kanan Dato Maharaja Lela. Beliau berusia 17 tahun ketika terlibat dalam pembunuhan Birch di Pasir Salak dengan merejam rumah mandi Birch dengan lembing. Beliau terlepas dari sebarang hukuman berat walaupun mengaku membunuh Birch krn hakim mahkamah ketika itu ialah Raja Idris. Raja Idris adalah saudara susuan beliau apabila keluarga Diraja menyerahkan Raja Idris utk disusui ibu Ngah Jabor iaitu Unda Punta. Raja Idris yg menjadi Sultan Perak ke-28 diceritakan bertindak melepaskan Ngah Jabor secara senyap2. Beliau kemudianya menghilangkan diri selama 10 tahun. Dipercayai Kampung Jabor, Kemaman merupakan lokasi Ngah Jabor menyembunyikan diri dari British, menuntut ilmu dan bertapa. Tahun 1894, Ngah Jabor muncul semula di Perak dan menjadi watak penting dalam pembukaan Kampar. Beliau meneroka lombong bijih timah sebelum menjadi orang kaya terkenal di Lembah Kampar. Menggunakan nama Mohamed Jabar, Ngah Jabor suka mendekati alim ulama dan pemimpin agama dari seluruh nusantara. Beliau meninggal pada 1921 dan dikebumikan di Kg Gajah.

Habis membincangkan tokoh pejuang, mari kita review sedikit maklumat tentang penjajah JWW Birch ni. Nama penuhnya James Wheeler Woodford Birch dilahirkan pada 3 April 1826 di South England. Bapanya, Raverand JW Birch merupakan paderi All Saint di Hertford, England. Birch memulakan kerjaya sbg Pesuruhjaya Jabatan Jalanraya Sri Lanka seawal usia 20 tahun. Beliau diangkat menjadi penasihat Sultan Perak pada 4 Nov 1874 seperti yg ditandatangani dlm Perjanjian Pangkor 20 Jan 1874. Beliau dibunuh pada 2 Nov 1875 ketika berusia 49 tahun dan dikebumikan berhampiran kubu British di Kg Pasir Pulai, 24 km dari P.Salak.

Terlalu banyak lagi cerita disebalik yg dipaparkan. Juz amiklah iktibar...kerana pangkat dan kuasa, ada yg sangup bersahabat dgn penjajah utk kekalkan kuasa tanpa sedar kafirun ini akan menguasai dan merampas semua hak2 kita kelak. Rampasan kuasa dikalangan sultan telah berlaku sejak abad ke 18 lg di Perak, so xheran rampasan kuasa kerajaan Perak turut berlaku di zaman moden ni melibatkan institusi yg sama dan entiti yahudi biru. Nauzubillah... Muslim today...jgn trtido lg. Bangkitlah menentang mereka yg menghina Islam dan tolak al-Quran wlpn mereka nmpak seagama gn kita, tapi hati dan niat mereka dh mcm org kafir sbb sngup bt apa saja demi mempertahankan Putrajaya...eh sori...demi mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Al-fatihah utk allayarham Si Puntum

___________________________________________

Rujukan:
1. Kunjungan penulis pada 23-Nov 2011
2. Buku Teks Sejarah KBSM
3. Website Sembangkuala
4. Wikipedia


Sedikit catatan kat sini. Dlm Metro hari ni ada kuar pasal rumah Dato Maharaja Lela yg ada berhmpiran Kompleks P.Salak ni. Upanya rumah usang yg nak roboh yg penulis post dlm post sblm ni adalah rumah beliau. Penulis xterkejut laporan akhbar kata langsung tiada usaha memulihara rumah ni yg spttnya benda warisan bersejarah. Jgn lupa kerajaan yg sama menghancurkan sejarah dan tanah rizab kretapi Kuala Sepetang, so xmustahil tiada usaha nak jaga rumah ni. Sedih lg penulis....huhu

Rumah Dato Maharaja Lela yg kini dijadikan tempat maksiat


4 140 tukang karut:

Anak Chandan said...

aslmkm saya nk kongsi harap sangat

Anak Chandan said...
This comment has been removed by the author.
rizam mohamad said...

Mohamad bin mat salleh bin kulup mat ali

Amirah Maisarah said...

Rumah tu cantik jgn dibuang jadi tempat bersejarahlah sayang betul...

Post a Comment