RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, November 29, 2011

Kuala Sepetang (Port Weld)

Kuala Sepetang merupakan salah satu lokasi bersejarah di Negeri Perak. Berkeluasan 94.5 hektar, ia dihuni lebih 600 masyrakat yg majoritinya nelayan. Kawasan ini adalah letaknya landasan keretapi pertama Tanah Melayu menghubungkan Port Weld-Taiping. Dibina bermula tahun 1882 oleh Residen British di Perak, Sir Hugh Low dgn kos sekitar Rm 37 ribu & mula dibuka pd thn 1885. Berkedudukan 21 km dari Exit Taiping (U) [30 minit, 16 km dari Exit Taiping (S) [20 minit] dan 17 km dari bandar Taiping [20 minit], perjalanan menyusuri Jalan Taiping - Kuala Sepetang menyajikan pemandgn2 pkok bakau.









(Kiri) Sungai Jebong yg dulunya merupakan sebuah sungai yg besar.
(Kanan) Ketika menghampiri kuala, pokok2 paya bakau yg berakar besar akan kelihatan.









Anda dapat menyaksikan pokok2 gergasi dan pokok2 nipah di kiri kanan jalan ketika memasuki jalan ke Kuala.

Memasuki pekan, anda akan kebingungan jalan mana nak ambil pasal smua jln sempit dan tidak teratur. Kedudukan bangunan, rumah, jalan yg bersimpang siur, gerai penjual serta tmpt2 pendaratan hasil laut yang tidak tersusun menyebabkan anda mungkin was2 utk masuk ke pekan ini. Juz trus drive mlepasi bangunan batu yg pertama. Anda telah berada di pekan kecil Kuala Sepetang. Sebelah kiri jln besar...utk lihat tugu Port Weld, susur ke kanan yg jalan sempit giler mcm lorong2 gelap. haha.

Hanya ada dua warisan sejarah jer yg tinggal skrg iaitu kaunter tiket ketapi dan tugu. kaunter tiket ni skrg menjadi kedai kopi usang. Landasan ketapi? jgn tanya lar....parasit di kawasan ni telah melenyapkan peninggalan sejarah tanah melayu. Para pencinta sejarah, anda tentu tau tanah Kuala Sepetang ni adalah tanah rizab milik Keretapi Tanah Melayu sejak tahun 1941. Penduduk yg tinggal disini membayar cukai premium kpd KTM namun majoriti penduduk tinggal secara haram atau digelar setinggan. Mengikut sumber berita, awal tahun ni kerajaan Perak mengambil tanah rizab KTM melayu ini untuk diberikan percuma kepada setinggan2 haram ini tanpa sebarang pampasan kepada KTM wlpn perlembagaan mengatakan nilai tanah adalah 37 juta. Kerajaan Perak juga tidak berminat untuk memulihkan warisan sejarah ketapi pertama ini menyebabkan parasit haram yg tinggal di area sini terus berkuasa bebas melenyapkan sisa2 sejarah tanah melayu.

Bg penulis secara pribadi, tidak perlu menghalau mereka, tetapi cukuplah dengan memulihara landasan dan terminal asal ketapi ini sbb benda ni sgt berharga. Ajar geografi subjek fom2 pun ada...tp nk suh student dtg tgk, habuk pn xde. sedih... landasan ciput jer...pindahkan 4,5 kedai haram ni dari atas tapak landasan. buat pagar n bina lah smula kawasan ini. kpd pihak berkuasa tmpatan, jgn hanya krn nak pancing undi, tanah2 melayu, kwsn sejarah n rizab2 smua digadai. Kami generasi baru berharap warisan sejarah tanah melayu tidak dihapuskan. Sesiapa yg cintakan warisan sejarah negara Malaysia xkira apa bangsa dan agama sekali pun, pasti sebak melihat kemusnahan area ini.

Satu2nya kesan sejarah yg ada iaitu signbod Port Weld yg telah dibaikpulih. Kelihatan diblakangya adalah pejabat sebuah 'entiti' yg terlibat dalam membatalkan status tanah rizab KTM melayu ini.









(Kiri) Antara deretan kedai2 usang masyarakat cina.
(Kanan) Lokasi asal rel besi kretapi yg kini dipenuhi tangki2 minyak subsidi









Bangunan yang menjadi tempat pendaratan hasil laut oleh nelayan2 tempatan.

Terdapat beberapa bangunan menarik yang boleh amik gambar. Tiada di sini ialah kawasan rekreasi Hutan Paya Bakau yg dikendalikan Jabatan Perhutanan Matang. Kepada yang berminat meneroka dan bermalam di hutan paya, anda tidak seharusnya melepaskan peluang ini. Untuk ke area ni, mestilah mendapat kebenaran Pejabat Hutan Kecil Paya Laut Kuala Sepetang yang berpejabat di laluan masuk ke hutan ni. Keunikan lain ialah Charcoal Factory atau kilang arang. Anda boleh melawat kilang membuat arang yg menggunakan pokok2 bakau. Anda dibenarkan memasuki untuk melihat sendiri pekerja2 memproses. cuma agak berhabuk dan hitam lar skit kawasannya.

Kilang Arang Kayu Cin yang terletak betul2 di sebelah jalan utama.









Balai polis (blkg wakaf) dan masjid Kuala Sepetang.

Penat melawat Kuala Sepetang, jangan lupa singgah makan mee dulu sblm balik. Mee Banjir Udang merupakan tradmark utama kawasan ini. Dengan harga berpatutan dan rasa yang menyelerakan, anda dapat menikmati semangkuk mee rebusan udang dengan beberapa ekor udang. Dengan harga purata 50sen sekor utk udang saiz sederhana, mee udang ni lebih murah dan lebih sedap (bg penulis) jika dibandingkan dengan mee udang Sg Dua. Terdapat banyak kedai2 makan sepanjang jalan yg menyajikan mee banjir ni. Antara yg paling dekat dgn pekan Kuala Sepetang ialah Restoren Mak Jah. Dikatakan agak terkenal dikalangan pelancong tempatan. Ada dlm gps map, cuma dtg lar pada masa yg sesuai krn kedai ni sentiasa padat dengan pengunjung. Penulis berkunjung ke kedai Mak Teh yg ke atas skit.

Terdapat 3 peringkat harga bagi semangkuk mee udang di kedai Mak Teh ini iaitu:
1. Rm 6/mangkuk - 6 ekor udang saiz sederhana
2. Rm 10/mangkuk - 7 ekor udang saiz besar
3. Rm 12/mangkuk - 8 ekor udang saiz besar

Mee udang sepinggan RM6









Kedai makan Mak Teh

Kepada pencinta warisan sejarah negara, anda bleh datang sendiri melihat bagaimana kerakusan sekelompok masyarakat dan pihak yang 'menguasai' kawasan ini sehingga tanpa mempedulikan warisan, bangunan serta apa2 ajer kesan sejarah yg ada demi kepentingan sendiri. Dtg tengoklah dgn mata anda sendiri. Penulis sgt kecewa n hangin sbb jauh2 dtg dari KL nk visit landasan pertama malaya tapa sedari yg landasan ni dh lama lenyap. Penulis yg berjiwa sejarah ini sgt kesal dan sedih dgn apa berlaku.. cuma jgn sedih... ubatilah hati anda dgn makan mee udang banyak2... Utk lebih lanjut, layarilah web2 berkaitan utk rujukan.

Moral: Jgn leka dgn kedudukan kita sekarang kerana xmustahil parasit akan menguasai dan menghapuskan segala warisan kita sedikit demi sedikit.


________________________Sekian________________________

Kepada sesiapa yang berminat lebih lanjut tentang sejarah Port Weld, boleh merujuk kepada website di bawah.
Sembangkuala.wordpress.com: Perihal Perak (V) sistem pelabuhan dan pengangkutan air bah 1

Mereka yg teruja utk mengetahui siapa dan apa yg berlaku disebalik fenomena sehingga tergadainya tanah rizab KTM Melayu kepada masyarakat pendatang setinggan kawasan ini, boleh meyusuri website2 berikut. Lihatlah kepada fakta ilmiah, amik rasional dan berkecuali dari mana2 fahaman utk menilai sendiri.
1. Arkib-berita: Perak tidak akan bayar KTMB-zambry
2. Umnoperak.my: Masalah tanah rizab KTMB di Kuala Sepetang bakal selesai tahun ini
3. Bernama.com: news_lite.php?id=482711
4.
Utusan.com.my: Dalam_Negeri&pg=dn_04

0 140 tukang karut:

Post a Comment