RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, December 7, 2011

Kampung Gajah, Perak

Pada 23/11/11 penulis berkesempatan melalui Kampung Gajah, Perak semasa mengunjungi Kompleks Sejarah Pasir Salak. Jika sesapa baca entry sblm ni pasal pembunuhan JWW Birch oleh Sepuntum dan sbgainya, anda mesti igt lagi yg lokasi kejadian tersebut adalah Kg Gajah. Jika tgk google maps, Kg Gajah ni terletak blah kanan tebing Sg Perak. If dari Kuala Selangor, amik jalan ke Teluk Intan, kemudian sblm masuk masuk bandar Teluk Intan susur ke kiri ikut jalan ke Lumut. Nnt akan ada signbord belok kanan masuk jalan kampung. Follow jer jalan tu... Lebih kurang jarak dari Ipoh 80km dan T.Intan 26km.

Sebuah penempatan untuk projek tanaman nangka 1996

Kg Gajah ni kira dh menyimpan seribu satu kenangan sejak zaman dahulu lg. Kg ni menjadi tmpat pemberontakan pertama penduduk tempatan menentang kehadiran dan campurtangan penjajah British. Kg ini juga telah diserang dgn teruk oleh tentera British selepas pembunuhan Birch. Pada zaman komunis juga, berlaku Perang Sabil antara penduduk Melayu dan pendatang Cina yg disokong komunis. Nnt kita review skit sejarah perang ni. Tapi berkaitan sbb lepas perang tersebut, masy cina berhijrah ke bandar2 spt Teluk Intan, Langkap dan Setiawan membolehkan ekonomi tradisional dan kampung2 bersejarah tua ini kekal terpelihara.

Agensi kerajaan turut membantu ekonomi peduduk tempatan

Jika anda melalui jalan Kg Gajah pada waktu pagi, anda dpt merasakan keheningan suasana kampung yg tenang. Melalui kawasan penempatan peneroka, sawah padi, tanaman buah-buahan seperti durian, nangka dan rambutan, serta pokok2 kehijauan mmg memberi ketengan. Menghampiri pukul 10pg, jalan dan kedai kopi dipenuhi pakcik2 yg baru pulang dari kebun. So hati2 memandu. Org melayu di sini masih mengekalkan warisan perusahaan mereka terutamanya tanaman durian. Anda boleh lihat semangat gotong royong, amanah sopan santun dan pembersih menjadi amalan masyarakat di sini.

Salah sebuah warung kopi di tepi sawah. Mkn simple2 dlm suasana kampung.

Kampung Gajah sinonim dgn buah durian warisan. Pokok2 mencecah ratusan tahun. So jgn terkejut spanjang jalan dr Pasir Salak menghala ke Bota, anda akan melalui kawasan kebun durian yg batangnya menggapai langit mcm kayu balak. Area ni jgk berlambak-lambak kedai jual buah durian. Anda bleh stop kt kedai peraih if nak makan kt situ. nk bw balik pning kpala plak kn. Penulis smpat berenti merasa durian Kg Gajah ni. If nk bwk balik, beli kt kedai2 berpayung...situ murah psl pkok durian sendiri n mmg nak kasi habs cepat. Nama durian pling popular kat sini ialah durian Tok Paduka Raja.

Salah sebuah gerai durian yg berlambak2 tepi jalan Kg Gajah ni.

Salah satu pokok durian yg tua tapi masih subur.

Durian kampung ni mempunyai ulas bapak besar..harga RM8 sebijik..

Sambil2 mkn durian, mari kita rewind skit sejarah asal usul nama Kampung Gajah ni. Utk makluman, nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain. Idea dicetuskan Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 1986 semasa datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak kerana bg beliau perkataan 'kampung' tidak lagi sesuai. Sebelum itu nama Teluk Anson telah ditukar kepadaTeluk Intan dan Port Weld kepada Kuala Sepetang. Namun begitu ramai membantah dan tidak ada nama yang sesuai, maka nama Kampung Gajah dikekalkan sampai sekarang. Terdapat beberapa versi kisah, antaranya kerana di kampung ini tedapat banyak gajah berkeliaran mencari makan. Gajah2 ini dtg dari utan rimba berhampiran Bukit Tunggal. Ia makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior penduduk kg. Selepas makan, gajah liar ini akan minum air di sungai perak berhampiran.

Selain durian, pisang pun menjadi tanaman utama penduduk Kg Gajah.

Kisah kedua dikatakan berpunca dari kesan tapak kaki gajah yg banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di sawah2 padi. Sebenarnya tapak kaki ini milik manusia yang mendapat penyakit untut, sejenis penyakit yang menjadikan kaki dan tapak kaki membesar dan menggerutu beserta bintil-bintil besar yang menjijikkan. Penyakit ini dikatakan berpunca dari gigitan nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Tentera Siam yang hendak menyerang negeri Perak membatalkan hasrat selepas terlihat begitu banyak kesan tapak kaki menyebabkan mereka menyangka dan takut dengan kehadiran banyak gajah di kawasan ini.

Image lakaran Sang Gedembai

Cerita ketiga yg lebih dongeng, dikatakan Kampung Gajah mendapat nama daripada sebuah batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Batu ini asalnya seekor gajah yg di'tegur' oleh Sang Kelembai iaitu suatu makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising. Jika tergangu, Sang Kelembai akan menegur menyebabkan manusia atau haiwan bertukar menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang, dilarang menyapa jika terserempak dgn Sang Kelembai. Jika tidak mereka akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan camfirm tak dapat. If bernasib malang, mereka akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.

Habis sudah kesah dongeng.... Akhir skali, datanglah ke kampung bersejarah ini dan rasilah dorian perak ni. Lain pokok lain rase kot. Mayb kena gn selera anda. Next entry penulis nak share kisah Perang Sabil yg pernah berlaku di sini yg sbnrnya disembunyikan lagendanya kerana dikhuatiri menggugat keselamatan kaum. Tapi ini kisah sejarah..tiada pihak harus sakit ati or angap rasist sbb ia dah pun berlaku. So penulis akan cari2 bahan utk dikongsikan. Jom gerak kuar dr Kampung Gajah ni. Sampai di hujung jalan simpang dua, belok lah ke kiri....anda akan lalu pekan kecil kg ni dgn replika durian besar. Teruskan perjalanan dgn selamat....

Replika Buah Durian di pekan kecil Kg Gajah.
____________________________________________________

Rujukan:
1. Kunjungan penulis 23/11/11
2. Pejabat Daerah dan Tanah Kg Gajah
3. Wikipedia

0 140 tukang karut:

Post a Comment