RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, November 9, 2011

Juz ONCE, bukan selamanya pun....

Memang diakui, apa yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Tiada yang kekal kerana apa yang kita ada adalah bukan hak kita. Anak2, pasangan, harta benda dan pape jelah, semuanya milik Allah yang dipinjamkan kepada kita sahaja. Allah telah menyediakan apa yang kita ada hari ini dan menghendaki kita mentadbir dengan sebaiknya.Kalu tiba2 apa yang kita miliki ditarik balik, segeralah kita sedar yg tempoh pinjaman kita telah tamat. Ibarat meminjam dari orang lain, tiba masanya tuan punya barang akan meminta balik haknya dan sebagai orang yg meminjam, suka atau tidak kita kena pulangkan semula.

Sebagai manusia, apabila diuji dgn sesuatu, kenapa mulut kita mudah sangat mempersoalkan “mengapa” sebelum sempat akal berfikir dan hati menerima yg semua itu hanya ujian Allah? Akal sampai nak pecah, dada rasa mcm nak meletup tahan perasaan dukacita n mulut dah hamburkan mcm2 sumpah seranah...sblm akhirnya kita sedar..bila Allah timpakan ujian, kita langsung tiada kuasa atau hak untuk menghalang ia terjadi. Kita terpaksa akur dgn takdir-Nya krn kita mmg tidak berdaya melawan Pencipta kita.

Begitu lemahnya iman kita sbg umat akhir zaman. Sudah terhanduk baru terngadah. Baru diuji skit, perasaan kita dh tak tentu arah. Baru diberi sedikit kesulitan, kita dh mngelabah kata xnampak jalan utk masa depan. Takdir menjadi mangsa hamburan makian kita. Nasib baik kita tidak diuji sbgaimana keluarga sahabat2 zaman kegelapan Islam dulu...if not tak tau lar mcmna. Inilah kelemahan utama kita. Kita rasa apa yg kita miliki, akan terus menjadi milik kita. Kita gembira sgt2 bila apa kita buat smua menjadi, apa kita hajati terlaksana dan apa kita mintak dimakbulkan Allah. Tapi try tgk bila Allah bg kita sedikit ujian....apabila takdir tidak lg berpihak pada kita, kita terus mempersoalkan MENGAPA?. Terus kita lupa bhawa kita ni milik-Nya dan kita berada di bawah tadbiran-Nya.

Betul diakui...tidak mudah untuk mendidik hati kita agar akur dan jgn cepat utk mempersoalkan segala ketentuan Allah ini. Tetapi sbgaimana solat, kita akan mengungkap “...Engkaulah yg kami sembah dan engkaulah yg kami memohon pertolongan” dalam al-Fatihah tu. Maka mintaklah dari Allah bantuan dan paling penting lapangkanlah dada kita dalam menghadapi ujian-Nya. Allah telah memberi jaminan yang apa sahaja doa kita Dia akan mendengarnya. So mintaklah bantuan dan tunjuk ajar Dia. Sementara itu kita sbgai hamba, jagalah fikiran utk tak buruk sangka dengan tuhan kita sendiri. Ingatlah...ujian ini hadir skali skala utk sedarkan kita, bukan selama2nya kita bergelumang dengan ujian yg sama. Be strong...!

0 140 tukang karut:

Post a Comment