RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Tuesday, November 29, 2011

" bila cerita tentang idea menulis..."

Assalamualaikum..
selamat hari selasa...rasa macam dah lama tak update blog. agak kemalasan sebenarnya walaupun material untuk update tu ada. simpan dulu kot. tunggu mood nak menulis tu datang. sekarang ni tengah siapkan manuskrip untuk sebuah syarikat penerbitan. draf atau kertas cadangan telah di hantar. tunggu maklum balas dari pihak mereka. cerita fiksyen atau ' sai-fai' yang aku cerita ari tu ( ada cerita ke?huhu) aku tangguhkan dulu kerana sumber rujukan tidak mengcukupi..ingat nanti bebila ada kelapangan, nak kena pergi kat tempat tu untuk kumpul maklumat. bukan senang sebenarnya nak tulis cerita sai fai ni. kena ada maklumat yang sahih.kalau cerita novel remaja biasa boleh lagi auta reka2..hihi..tapi yang tak bestnya menulis ni..bila kita sedang dalam proses menyiapkan sesuatu manuskrip, datang pula idea untuk manuskrip yang lain. kira idea ini memang tidak boleh digunakan untuk manuskrip yang sedang di tulis. so terpaksalah lari laju2 cari pen dan kertas untuk tulis terus idea yang datang tu..kira lepas siap manskrip sekarang, baru boleh mula menulis manuskrip seterusnya. itulah yang selalu terjadi kepadaku..kadang-kadang tu idea datang suka hati je tanpa mengira masa..kekadang masa makan, tengok tv, online fb, ym..nak tidur..tengah mandi..kekadang tu kol 3 pagi...pendek kata idea datang tu tak payah nak berjemput..dan boleh dikatakan aku agak bernasib baik apabila idea tu datang secara spontan tanpa perlu berfikir banyak..tapi kalau takde idea tu terperam jugak 2 3 hari..malas satu..hehe..sebenarnya aku agak berdebar juga nak tahu sejauh mana sambutan novel pertama aku tu..bulan ini dah masuk bulan ke enam..insyaAllah awal tahun depan mungkin aku akan tahu bagaimana hasil jualannya..apa-apa pun aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang menyokong dengan membeli novel tersebut. segala kritikan membina sangat-sangat aku hargai..

p/s: sebenarnya nak update pasal hal lain..nak luahkan sikit rasa di dalam hati ini..tapi dah hilang fokus cerita pasal lain..kira okey kot pasal kalau tak tulis entri ni..jadi entry lepas geram pulak.;P

p/s2: ada sesiapa yang minat menulis?

1 140 tukang karut:

Antiques Collection A1 Shop said...

saya akan menulis fisyen yang menarik dalam bahasa english, tapi i rasa kalau nak preview cerita sikit boleh sms saya :0146873963

Post a Comment