RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, November 12, 2011

Awas Pepijat...!!!

Panduan pertama kita akan mengenali spesies serangga cekik darah yang dipanggil pepijat. Pepijat merupakan sejenis serangga yang berkait rapat dengan manusia dan lain2 mamalia berbulu. Satu2nya makanan pepijat ialah darah. Pepijat adalah serangga yang tahan lasak. Ia mampu hidup selama setahun tanpa makanan serta tahan cuaca panas dan sejuk. Untuk membesar, anak pepijat memerlukan darah sebelum bertukar kulit. Jika bekalan makanan mudah didapati, anak pepijat semakin cepat membesar. Untuk menjadi matang, biasanya antara 4 – 9 minggu.

Kehadiran pepijat dapat dikenal pasti melalui baunya yang tengik. Gigitan pepijat menimbulkan kesan kemerahan pada kulit dan kadangkala gatal. Kepada mereka yang alah pada gigitan serangga, ia boleh mendatangkan kerosakan yang teruk. Selain itu, kesan tompok kecil darah atau kesan najis yang berbintik hitam pada tilam atau celahan katil menjadi bukti kehadiran pepijat.


Ciri-ciri umum pepijat:

  • Saiz 0.2” panjang dan 0.125” lebar
  • Warna coklat kemerahan
  • Berbentuk oval dan sangat leper
  • Mulut berjarum kecil untuk mencucuk mangsa bagi menghisap darah
  • Telur berbentuk panjang dan dilekatkan berhampiran tempat mangsa tidur
  • Pepijat betina bertelur 2 biji sehari dan mampu menghasilkan 200 biji telur selama hayatnya
  • Telur menetas sekitar 6-17 hari dan melahirkan anak pepijat yang tidak berwarna
  • Keadaan asas digemari ialah yang gelap dan terlindung

Darah kegemaran pepijat ialah darah manusia. Darah binatang seperti ayam, kucing, tikus dan anjing pun layan. Pepijat biasanya mencari mangsa pada waktu malam tetapi di tempat2 seperti panggung wayang dan pejabat mereka mencari makanan pada waktu siang. Pepijat tidak diklasifikasikan sebagai agen penularan penyakit kerana tiada bukti nyata peranan mereka dalam penyebaran penyakit. Walau bagaimanapun, penyelidikan makmal membuktikan pepijat mampu menjadi agen pembawa penyakit seperti anthrax, plague, tularemia, demam kuning dan typhus.

Pada waktu siang, pepijat menyorok di rekahan struktur bangunan seperti lantai dinding, celah2 perabot dan sebagainya. Tempat yang sempit tiada malah kerana badan mereka leper. Kebiasaannya pepijat berada di tepian tilam, celah spring katil atau mana2 ruang sekitar katil. Begitu juga sekitar bilik tidur seperti kerusi, celahan sofa dan kabinet. Bagi kawasan yang teruk diserang pepijat, hampir semua tempat mereka menyorok termasuk di frame2 gambar.


Membanteras pepijat

Langkah pertama mengawal pepijat ialah melakukan pemeriksaan. Kita akan mengenal pasti kawasan mana lubuk persembunyian, pembiakan dan seterusnya melakukan rawatan di kawasan tersebut. Terdapat 2 kawasan yang perlu diambil perhatian iaitu kawasan yang berlaku sentuhan langsung dengan penghuni seperti tilam, kusyen dan bantal; serta kawasan tiada sentuhan langsung seperti bahagian katil, kerangka/celahan perabot, lipatan karpet dan skirting bilik tidur.

Cara terbaik menghapuskan pepijat adalah dengan menggunakan cecair atau debu semburan yang hanya boleh dikendalikan oleh pakar sahaja. Dalam kes teruk, rawatan fumigasi menggunakan gas beracun akan digunakan. Tetapi bagi kita di rumah yang mana tiada serangan ketara berlaku, kita boleh menggunakan racun serangga aerosol biasa yang dijual di pasaraya. Kita Cuma perlu melihat bahan “Perawis Aktif” apakah yang digunakan. Bahan yang dapat membunuh pepijat ialah permethrin, resmethrin dan pyrethrins.

Kebanyakkan aeresol ni tidak meninggalkan kesan pada tempat semburan, namun jika ada tinggal sisa seperti aerosol lipas, pastikan kita jangan sembur di kawasan yang ada sentuhan dengan kita secara langsung. Sembur dengan kadar sedikit boleh di kawasan ikatan tilam, lipatan jahitan atau bahagian bantal dan cadar. Jika disembur pada tilam, pastikan semburan kering dijemur sebelum disarung cadar untuk digunakan semula. Seterusnya kita semburlah di kawasan berhampiran katil atau tempat rehat serta celahan lantai, rekahan dinding serta regangan perabot. Rawatan selama seminggu diperlukan dan Inya-Allah masalah pepijat di rumah akan diselesaikan.

6 140 tukang karut:

Anonymous said...

pesal pulak x bole copy!!!kami nak copy sebagai bahan rujukan!!!kalau x boleh copy baik jangan share ilmu ngan orang lain!!!kedekut ler awak nih!!! :(

Qaiza said...

ada masalah pepijat dirumah, boleh layari http://qaizashop.blogspot.com/2013/06/masalah-pepijat-di-rumah.html

Mohd Salman Mohd Salman said...

Ada masalah pepijat? Call kami atau whatssapp kami 01117557442

aisyah said...

saya aisyah...dari umi esah enterprisešŸ˜Š
anda mengalami masalah pepijat ke
mesti anda terfikir nak buang tilam,sofa,bantal...
ehhh jgn membazir nak beli barang baru korang...tetapi tetap ada juga...mesti harian kan...guna pelbagi cara dn petua...tapi tak ada asil..
jgn bimbang kami boleh membantu anda mengatasi masalah pepijat tu...

saya yakin anda pasti berpuas hati...
jika berminat boleh wassp atau telefon saya...aisyah 0129549985
nak testimoni boleh lihat facebook saya umi esah enterprise...

aisyah said...

saya aisyah pest control service..
anda mengalami masalah pepijat ke...
kami sedia membantu anda..
anda perlu ke nak buang perabot atau tilam atau bantal anda..toto anda ..saya rasa tak perlu kot...kami boleh membantu..tak perlu buang pun...jika nak testimoni ni facebook kami umi esah enterprise..anda boleh lihat testimoni kami,jika anda berminat boleh wassp saya aisyah 0129549985..
harga service tak mahal..murah je,saya yakin lepas ni saya pasti anda berpuas hati dengan service kami...

aisyah said...

SUDAH PUAS ANDA MENGUNAKAN PETUA UNTUK
MEMBUNUH SERANGGA PEROSAK..
JIKA ANDA DI LUAR MAHU CARI PEST CONTROL

SAYA BOLEH MEMBANTU ANDA,
JANGAN RISAU TENTANG MASALAH ANDA
ADAKAH ANDA BERMASALAH DENGAN
SERANGGA PEROSAK SEPERTI DI BAWAH

PEPIJAT
ANAI ANAI
SEMUT
LIPAS
TIKUS
NYAMUK

JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH ITU.. ANDA BOLEH COLL @WASSP SAYA
0129549985

MAHU LIHAT TESTIMONI

FACEBOOK KAMI
UMI ESAH ENTERPERISE
SERVICE
PEST CONTROL

HARGA MURAH ANDA PASTI BERPUAS HATI

AREA KL, SELANGOR

Post a Comment