RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Saturday, November 12, 2011

" Bebelan di malam hari "

assalamualaikum...
tiba-tiba rasa nak update blog. kemalasan yang melanda diriku ini menyebabkan blog terabai dan bersawang. tambah2 hari khamis hari tu aku pergi interview di kuala lumpur. tidur semalam di sana dan balik ke rumah hari jumaat. ini 1st time aku pergi travel (travel ke?) tanpa bawa lappy. naik bus malas nak angkut beg banyak2. berattttt. jadi hampir 24 jam aku tanpa internet. ketaq jugak pasal selama ini celik mata je bukak lappy..tapi takpelah..aku pun baru je habis tulis manuskrip kedua. dah antar pun pada editor sebelum gerak ke kuala lumpur hari tu. tak mendapat balasan lagi sama ada di terima atau tidak. dan sekarang aku dalam proses nak tulis manuskrip ketiga. manuskrip kali ni agak berlainan kerana aku nak tulis tentang genre fiksyen..memerlukan banyak rujukan sebenarnya tambah-tambah internet tidak banyak membantu.mungkin aku akan keluar untuk melawat perpustakaan..entah bila  *sigh*. tentang apa? nantilah aku cerita..
bercerita tentang menulis..memang hobi aku suka menulis.aku suka menulis apa yang aku rasa dan apa yang terlintas di hati. tapi apa yang terlintas di hati tu selalu di tapis oleh akal fikiran. sebenarnya menulis ni tak delah banyak berfikir, janji kita tahu apa yang hendak kita tulis, tidak menyalahi mana-mana undang-undang walau tak lojik. itu dinamakan kreativiti. sejauh mana akal fikiran kita boleh capai...
namun, kadang kala kita harus sensitif juga dengan persekitaran sebelum kita tulis tentang sesuatu..takut-takut terguris perasaan orang lain tanpa kita sedar. sebab tu ada pujangga berkata " mata pena lagi tajam dari mata pedang". jadi fikirlah sebelum mengeluarkan kenyataan sepert itu. aku sukakan hidup yang bebas dan tak terkongkong. maksud bebas dan tak terkongkong kat sini ialah dari segi pemikiran..aku tak suka jika orang suruh aku buat itu..buat ini dalam kehidupan peribadi..dalam kerja lain..hidup kita ini dah memang sentiasa bergaul dengan orang ramai, mungkin bos kita akan suka mengarah kita itu ini, jadi, aku tak suka kalau orang lain mengarahkan aku itu ini DALAM HIDUP AKU SENDIRI...itu sesuatu yang menyakitkan hati..selagi aku selesa, selagi itu aku tak nak berubah. itu memang aku. aku mengambil masa yang agak lama untuk selesa dalam hidup aku, jadi aku juga mahu menikmati confort zone aku selama yang mungkin sebelum aku mengambil langkah untuk keluar dari zon selesa itu...agak susah nak memahami diri ini kalau kita tak cuba..jangan hanya berani bersuara dengan alasan memberikan cadangan untuk kebaikan kerana...siapa kita untuk tentukan cadagan itu baik atau tidak terhadap seseorang? kalau baik untuk kita, tak semestinya berkesan untuk orang lain..jangan pentingkan diri sendiri...
kadangkala kita terpaksa hipokrit semata-mata untuk menyenangkan hati orang lain..adakah agak keterlaluan jika kita hanya membolot kesenangan seorang diri apabila hanya kita berusaha sediri untuk mendapatkan kesennagan tersebut?wajarkah? atau kita akan digelar pentingkan diri sendiri?

p/s: semakin laju menaip. semakin bayak kesalahan ejaan..haishhhh...!

0 140 tukang karut:

Post a Comment