RSS

cintailah seseorang seolah-olah kita tidak pernah dilukai

aku seorang pemerhati yang baik dan pendengar yang setia...

Wednesday, November 30, 2011

" Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar :"

Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar :

    GENETIK
    Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

    UMUR
    Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

    BILANGAN ANAK
    Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

    BERAT dan KETINGGIAN
    Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

    DIET
    Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

    PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
    Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

kredit : klik..

Tuesday, November 29, 2011

Kuala Sepetang (Port Weld)

Kuala Sepetang merupakan salah satu lokasi bersejarah di Negeri Perak. Berkeluasan 94.5 hektar, ia dihuni lebih 600 masyrakat yg majoritinya nelayan. Kawasan ini adalah letaknya landasan keretapi pertama Tanah Melayu menghubungkan Port Weld-Taiping. Dibina bermula tahun 1882 oleh Residen British di Perak, Sir Hugh Low dgn kos sekitar Rm 37 ribu & mula dibuka pd thn 1885. Berkedudukan 21 km dari Exit Taiping (U) [30 minit, 16 km dari Exit Taiping (S) [20 minit] dan 17 km dari bandar Taiping [20 minit], perjalanan menyusuri Jalan Taiping - Kuala Sepetang menyajikan pemandgn2 pkok bakau.









(Kiri) Sungai Jebong yg dulunya merupakan sebuah sungai yg besar.
(Kanan) Ketika menghampiri kuala, pokok2 paya bakau yg berakar besar akan kelihatan.









Anda dapat menyaksikan pokok2 gergasi dan pokok2 nipah di kiri kanan jalan ketika memasuki jalan ke Kuala.

Memasuki pekan, anda akan kebingungan jalan mana nak ambil pasal smua jln sempit dan tidak teratur. Kedudukan bangunan, rumah, jalan yg bersimpang siur, gerai penjual serta tmpt2 pendaratan hasil laut yang tidak tersusun menyebabkan anda mungkin was2 utk masuk ke pekan ini. Juz trus drive mlepasi bangunan batu yg pertama. Anda telah berada di pekan kecil Kuala Sepetang. Sebelah kiri jln besar...utk lihat tugu Port Weld, susur ke kanan yg jalan sempit giler mcm lorong2 gelap. haha.

Hanya ada dua warisan sejarah jer yg tinggal skrg iaitu kaunter tiket ketapi dan tugu. kaunter tiket ni skrg menjadi kedai kopi usang. Landasan ketapi? jgn tanya lar....parasit di kawasan ni telah melenyapkan peninggalan sejarah tanah melayu. Para pencinta sejarah, anda tentu tau tanah Kuala Sepetang ni adalah tanah rizab milik Keretapi Tanah Melayu sejak tahun 1941. Penduduk yg tinggal disini membayar cukai premium kpd KTM namun majoriti penduduk tinggal secara haram atau digelar setinggan. Mengikut sumber berita, awal tahun ni kerajaan Perak mengambil tanah rizab KTM melayu ini untuk diberikan percuma kepada setinggan2 haram ini tanpa sebarang pampasan kepada KTM wlpn perlembagaan mengatakan nilai tanah adalah 37 juta. Kerajaan Perak juga tidak berminat untuk memulihkan warisan sejarah ketapi pertama ini menyebabkan parasit haram yg tinggal di area sini terus berkuasa bebas melenyapkan sisa2 sejarah tanah melayu.

Bg penulis secara pribadi, tidak perlu menghalau mereka, tetapi cukuplah dengan memulihara landasan dan terminal asal ketapi ini sbb benda ni sgt berharga. Ajar geografi subjek fom2 pun ada...tp nk suh student dtg tgk, habuk pn xde. sedih... landasan ciput jer...pindahkan 4,5 kedai haram ni dari atas tapak landasan. buat pagar n bina lah smula kawasan ini. kpd pihak berkuasa tmpatan, jgn hanya krn nak pancing undi, tanah2 melayu, kwsn sejarah n rizab2 smua digadai. Kami generasi baru berharap warisan sejarah tanah melayu tidak dihapuskan. Sesiapa yg cintakan warisan sejarah negara Malaysia xkira apa bangsa dan agama sekali pun, pasti sebak melihat kemusnahan area ini.

Satu2nya kesan sejarah yg ada iaitu signbod Port Weld yg telah dibaikpulih. Kelihatan diblakangya adalah pejabat sebuah 'entiti' yg terlibat dalam membatalkan status tanah rizab KTM melayu ini.









(Kiri) Antara deretan kedai2 usang masyarakat cina.
(Kanan) Lokasi asal rel besi kretapi yg kini dipenuhi tangki2 minyak subsidi









Bangunan yang menjadi tempat pendaratan hasil laut oleh nelayan2 tempatan.

Terdapat beberapa bangunan menarik yang boleh amik gambar. Tiada di sini ialah kawasan rekreasi Hutan Paya Bakau yg dikendalikan Jabatan Perhutanan Matang. Kepada yang berminat meneroka dan bermalam di hutan paya, anda tidak seharusnya melepaskan peluang ini. Untuk ke area ni, mestilah mendapat kebenaran Pejabat Hutan Kecil Paya Laut Kuala Sepetang yang berpejabat di laluan masuk ke hutan ni. Keunikan lain ialah Charcoal Factory atau kilang arang. Anda boleh melawat kilang membuat arang yg menggunakan pokok2 bakau. Anda dibenarkan memasuki untuk melihat sendiri pekerja2 memproses. cuma agak berhabuk dan hitam lar skit kawasannya.

Kilang Arang Kayu Cin yang terletak betul2 di sebelah jalan utama.









Balai polis (blkg wakaf) dan masjid Kuala Sepetang.

Penat melawat Kuala Sepetang, jangan lupa singgah makan mee dulu sblm balik. Mee Banjir Udang merupakan tradmark utama kawasan ini. Dengan harga berpatutan dan rasa yang menyelerakan, anda dapat menikmati semangkuk mee rebusan udang dengan beberapa ekor udang. Dengan harga purata 50sen sekor utk udang saiz sederhana, mee udang ni lebih murah dan lebih sedap (bg penulis) jika dibandingkan dengan mee udang Sg Dua. Terdapat banyak kedai2 makan sepanjang jalan yg menyajikan mee banjir ni. Antara yg paling dekat dgn pekan Kuala Sepetang ialah Restoren Mak Jah. Dikatakan agak terkenal dikalangan pelancong tempatan. Ada dlm gps map, cuma dtg lar pada masa yg sesuai krn kedai ni sentiasa padat dengan pengunjung. Penulis berkunjung ke kedai Mak Teh yg ke atas skit.

Terdapat 3 peringkat harga bagi semangkuk mee udang di kedai Mak Teh ini iaitu:
1. Rm 6/mangkuk - 6 ekor udang saiz sederhana
2. Rm 10/mangkuk - 7 ekor udang saiz besar
3. Rm 12/mangkuk - 8 ekor udang saiz besar

Mee udang sepinggan RM6









Kedai makan Mak Teh

Kepada pencinta warisan sejarah negara, anda bleh datang sendiri melihat bagaimana kerakusan sekelompok masyarakat dan pihak yang 'menguasai' kawasan ini sehingga tanpa mempedulikan warisan, bangunan serta apa2 ajer kesan sejarah yg ada demi kepentingan sendiri. Dtg tengoklah dgn mata anda sendiri. Penulis sgt kecewa n hangin sbb jauh2 dtg dari KL nk visit landasan pertama malaya tapa sedari yg landasan ni dh lama lenyap. Penulis yg berjiwa sejarah ini sgt kesal dan sedih dgn apa berlaku.. cuma jgn sedih... ubatilah hati anda dgn makan mee udang banyak2... Utk lebih lanjut, layarilah web2 berkaitan utk rujukan.

Moral: Jgn leka dgn kedudukan kita sekarang kerana xmustahil parasit akan menguasai dan menghapuskan segala warisan kita sedikit demi sedikit.


________________________Sekian________________________

Kepada sesiapa yang berminat lebih lanjut tentang sejarah Port Weld, boleh merujuk kepada website di bawah.
Sembangkuala.wordpress.com: Perihal Perak (V) sistem pelabuhan dan pengangkutan air bah 1

Mereka yg teruja utk mengetahui siapa dan apa yg berlaku disebalik fenomena sehingga tergadainya tanah rizab KTM Melayu kepada masyarakat pendatang setinggan kawasan ini, boleh meyusuri website2 berikut. Lihatlah kepada fakta ilmiah, amik rasional dan berkecuali dari mana2 fahaman utk menilai sendiri.
1. Arkib-berita: Perak tidak akan bayar KTMB-zambry
2. Umnoperak.my: Masalah tanah rizab KTMB di Kuala Sepetang bakal selesai tahun ini
3. Bernama.com: news_lite.php?id=482711
4.
Utusan.com.my: Dalam_Negeri&pg=dn_04

" bila cerita tentang idea menulis..."

Assalamualaikum..
selamat hari selasa...rasa macam dah lama tak update blog. agak kemalasan sebenarnya walaupun material untuk update tu ada. simpan dulu kot. tunggu mood nak menulis tu datang. sekarang ni tengah siapkan manuskrip untuk sebuah syarikat penerbitan. draf atau kertas cadangan telah di hantar. tunggu maklum balas dari pihak mereka. cerita fiksyen atau ' sai-fai' yang aku cerita ari tu ( ada cerita ke?huhu) aku tangguhkan dulu kerana sumber rujukan tidak mengcukupi..ingat nanti bebila ada kelapangan, nak kena pergi kat tempat tu untuk kumpul maklumat. bukan senang sebenarnya nak tulis cerita sai fai ni. kena ada maklumat yang sahih.kalau cerita novel remaja biasa boleh lagi auta reka2..hihi..tapi yang tak bestnya menulis ni..bila kita sedang dalam proses menyiapkan sesuatu manuskrip, datang pula idea untuk manuskrip yang lain. kira idea ini memang tidak boleh digunakan untuk manuskrip yang sedang di tulis. so terpaksalah lari laju2 cari pen dan kertas untuk tulis terus idea yang datang tu..kira lepas siap manskrip sekarang, baru boleh mula menulis manuskrip seterusnya. itulah yang selalu terjadi kepadaku..kadang-kadang tu idea datang suka hati je tanpa mengira masa..kekadang masa makan, tengok tv, online fb, ym..nak tidur..tengah mandi..kekadang tu kol 3 pagi...pendek kata idea datang tu tak payah nak berjemput..dan boleh dikatakan aku agak bernasib baik apabila idea tu datang secara spontan tanpa perlu berfikir banyak..tapi kalau takde idea tu terperam jugak 2 3 hari..malas satu..hehe..sebenarnya aku agak berdebar juga nak tahu sejauh mana sambutan novel pertama aku tu..bulan ini dah masuk bulan ke enam..insyaAllah awal tahun depan mungkin aku akan tahu bagaimana hasil jualannya..apa-apa pun aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada yang menyokong dengan membeli novel tersebut. segala kritikan membina sangat-sangat aku hargai..

p/s: sebenarnya nak update pasal hal lain..nak luahkan sikit rasa di dalam hati ini..tapi dah hilang fokus cerita pasal lain..kira okey kot pasal kalau tak tulis entri ni..jadi entry lepas geram pulak.;P

p/s2: ada sesiapa yang minat menulis?

Thursday, November 24, 2011

VIDEO PEMAIN SYRIA SUJUD SYUKUR SELEPAS GOL PERTAMA

As

assalamualaikum..
hari n nak up sikit video perlawanan semalam di mana malaysia menetang syria dalam perlawanan olimpik pula. macam yang kita semua dah tahu, malaysia telah menang dalam perlawanan menetang indonesia dalam sukan sea. apa yg menarik tentang video kat bawah ni adalah, pasukan syria buat sujud syukur setelah memperoleh gol pertama. baguskan? pasukan kita bila lagi nak amalkan?tapi apa-apa pun, kita jangan judge orang lain, kita tengok dulu diri kita. adakah kita akan buat sujud syukur apabila memperoleh sesuatu yang kita inginkan? peringatan untuk diri sendiri juga. yang baik kita ikut dan amalkan, yang tak baik kita jauh dan minta dijauhkan..

video

Monday, November 21, 2011

Batu Pertama: Batu Delima (Ruby)

Batu Delima ‘dihargai’ sejak ratusan tahun dahulu lagi. Tersangat keras dan dengan kilauan bergemerlapan seperti bara api, batu delima kekal antara batu permata paling berharga di bumi.


Batu delima bukan sekadar cantik dan dihargai sebagai barang kemas, tetapi satu daripada material paling keras yang berguna dalam sektor industri.Delima digunakan dalam jam dan alat penguji ketepatan terutamanya laser di mana mereka dicirikan berdasarkan pancaran cahaya merah. Delima berada dalam kumpulan mineral aluminium oksida (corundum) Al2O3 bersama-sama Nilam (Sapphire). Delima banyak ditemui di Asia Selatan (Indian sub-continent) dan Selatan Asia Timur selain turut dilombong di Amerika dan sedikit di Eropah. Ciri istimewa Delima ialah kesan visual buruj (asterism) di mana pantulan cahaya menghasilkan corak gugusan bintang kesan kemasukkan cahaya. Kesan seperti jarum berkilauan akan kelihatan.

Berasal dari perkataan Latin, “ruber” yang bermaksud merah, sesuai dengan warna Delima di antara warna pink kepada merah darah. Warna merah ini disebabkan kehadiran unsur kromium. Kepekatan warna delima berbeza jika dilihat dari dari sudut atau sisi yang berlainan. Ini menyebabkan Delima asli sukar dikenal pasti warna sebenar mereka. Warna delima yang terang dan batu yang “clear” tanpa kotoran asing meningkatkan nilai harga sesebuah delima itu. Delima mempunyai kekerasan 9.0 pada skala Mohr menjadikannya tidak mudah tercalar atau rosak.


* Artikel lengkap sila rujuk gambar di bawah.

[Klik untuk pembesaran]



Sunday, November 20, 2011

Twilight saga : Breaking dawn part 1

assalamualaikum
aku rasa ramai yang tertunggu-tunggu filem twilight saga : breaking dawn part 1 kan. sejak 18 nov hari tu aku memang tercari-cari movie ni di internet pasal di wayang kita tak ada lagi. kawan aku di FB cakap malaysia hanya akan tayang 24 nov nanti. betul atau tak, aku tak pasti. tapi aku dah tengok di GSC (GOLDEN SCREEN CINEMA) punya website, memang tak ada pun movie ni. jadi kepada semua kipas susah mati filem twiligh, aku kongsikan link untuk download movie ini dan kalau tak nk download pun takpe, aku bg juga link untuk watch online. enjoy ya.


untuk 'WATCH ONLINE'

twilight saga : breaking dawan part 1

untuk download

part 1
part 2

PASWOORD : icinema3satu.com
 JANGAN LUPA KLIK SKIP ADS UNTUK DOWNLOAD ;p

P/S: dah 2x baca buku dia, tak sabar nak tengok movie ni..

Friday, November 18, 2011

" aku takut kucing...."

Assalamualaikum..selamat hari jumaat. hari ni aku nak cerita tentang kucing. aku rasa mesti ramai yang sukkaaaaaaaaaaaaaaaa sangat pada kucing kan. kucing ni haiwan yang manja dan memang sedap kalau kita boleh buat bantal peluk masa tidur. tapi entah kenapa, aku takut kucing. aku treingin nak peluk2 golek2 ngan kuicng tapi aku takut..aku takut dia cakap dan gigit aku..dulu sepupu jauh aku pernah kena gigit dengan kucing, memag berbisa gigitan kuicng ni..sampai dia kena pergi hospital. kawan kepada kawan aku pulak pernah buta sebelah mata pasal kena cakar dengan kucing. tu yang membuatkan aku takuttttttttttt sangat dengan kucing. tapi kalau dapat kuicng penyabar macam kat video bawah ni..aku pu nak.

video
p/s: mungkin kena tukar haiwan kucing jadi arnab pulak kot..hehe..

Thursday, November 17, 2011

" Family..."

Wednesday, November 16, 2011

"Wordless saturday : kahwin "

Penerokaan: Apakah Itu Mineral?

Pertanian sama ada penternakan atau perladangan dan perhutanan sangat bergandung pada tanah yang mengandungi kandungan mineral yang tinggi. Kuarza digunakan dalam sistem bunyi ultrasonik yang penting untuk keselamatan peralatan ketenteraan bawah laut. Tourmaline digunakan dalam tolok tekanan. Calcite digunakan dalam penghasilan gula-gula getah, kaca, getah dan ubat gigi. Mika menjadi bahan cat, kertas dinding dan pelincir. Bilangan kegunaan bahan mineral dalam kehidupan sangat2 tidak terkira banyaknya, namun tahu kah kita apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mineral? Artikel pertama PENEROKAAN bertajuk Apakah Itu Mineral? akan menjelaskan...

[Klik gambar untuk pembesaran]

Kisah Bumi: Sistem Solar

Artikel ke-2 KISAH BUMI bertajuk Sistem Solar. Kita akan melihat objek2 cakerawala yang terbentuk kesan dari Letupan Big Bang. Antara objek utama dalam sistem solar kita ialah Matahari, 8 buah planet, asteroid, meteorit, bulan, komet dan planet kerdil. Lebih terperinci kita akan membincangkan ciri-ciri kesemua 8 buah planet serta beberapa ayat Al-Quran yang menceritakan tentang sistem orbit planet2 disokong dengan penemuan saintifik abad ke-21. Ini lah kehebatan Al-Quran yang menjadi bukti Islam adalah satu2nya agama yang benar dan Al-Quran itu sendiri merupakan panduan kehidupan manusia yang sangat lengkap.

[Klik gambar untuk pembesaran]


Monday, November 14, 2011

" Good luck for all SPM candidates "

assalamualaikum,
just short entry. TO ALL SPM CANDIDATES...good luck for your spm. wish you all the best. terutama my EX-STUEDNT AT PBPP. 

Sunday, November 13, 2011

" bila bercerita tentang interview"

assalamualaiku...
selamat hari ahad.mesti ramai yg sedang lepaklepak kat umah or jalan2 cari makan sempena cuti hujung minggu. hari ni aku rasa macam nk citer pasal pengalaman aku pergi interview hari tu.
2 minggu sebelum interview, aku telah  dapat panggilan telefon dari asia dot.dot.dot...untuk maklumkan aku dipanggil interview. speaking kau. aku pun hentam speaking. so dia pun hantar maklumat tru email. aku cek email dan ambil masa untuk balas dan kompemkan kehadiran aku jugak pasal aku macam berbelah bahagi nak g ke tak pasal, aku sure interview mesti dalam bi..hehe..lepas tu jauh kat kl..tp pk punya pk..aku g jelah selepas mendapat sokongan kawan2..dorg ckp tak cuba mana nak tau..lepas tu. aku relx dulu malas nk study lagi..seminggu sebelum ivw tu, aku try tgk website dia.perggghhhh..! sungguh aku tak faham apa bisness dorang buat ni pasal banyak sangt. tapi semua berkaitan dengan makanan. lepas tu aku pun prepare dan cari soalan2 yang biasa ditanya kat tenet. lepas tu aku buat skrip dan hafal. hari khamis tu aku terus gerak ke kl dengan mara linear. aku sorang je penumpang dalam tu kau tahu. sepanjang perjalanan aku tak tidur pasal takut. tu kepala aku pening2 bila sampai kl. lepas sampai dan pergi makan, aku terus ke tempat interviw. bangunan dia okeylah..tapi pekerja dia banyak cina. 2 orang je aku jumpa perempuan melayu pakai tudung. yang lain semua cina. lelaki melayu aku tak perasan. kemudian aku sembang dengan sorang candidate lelaki dari terengganu. dia jawatan teknikal. dia masuk dulu. budak tu tak tau ckp bi, so ivw dia berlangsung dalam bm dengan ada penterjemah. pasal yang interview tu vice press orang thailand kot, tak paham ckp melayu. aku masuk dengan sorg budak india tu pasal kitorg position yg sama. budk india tu ada master. tapi bos syarikat tu lebih berminat nak letak dia bahagaian teknikal. tahu apa soalan yg di tanya. berapa 65% daripada 30 juta?ha kira kau manual. lepas tu kalau memandu jarak 300km dengan kelajuan 60/km, berapa jam nak sampai. mcm2 soalan math dia tanya pasal aku kan kos math. tapi dia tanya kitorg berdualah.kiralah kau manual. lepas tu ada sorg tu dia cerita bidang kerja yg aku aply tu, dia ckp memang akan stress dan ramai tak tahan, keje seminggu benti, kerja sebulan benti. dorg trekejut tengok data2 yng berjuta2, kena buat analisis, kontek cutomer, buat itu buat ini. dia tanya aku sangup tak? aku ckp sgp je padahal dlm hati dah cuak. lepas aku habis, aku pon smbil terpk2 mampu ke aku nak buat kalau ditawarkan kerja tu?aku kan mudah nk stress.huhu.tp lepas ckp ngan beberapa org kawan, dorg ckp cuba je dulu if ditawarkan. kita tak tau kita boleh buat ke tak. mana tahu kerja tu kena ngan jiwa kita ke?lain orang lain citarasa..so aku pun tawakal je lah dan berdoa, jika aku mampu buat kerja tu, aku akan ditawarkan, jika aku tak ditawarkan kerja tu, memang aku tak mampu buatlah tu..so sekian sahaja entri panjang.hehe..

p/s: ini kali pertama aku interview kerja swasta secara profesional. selama ini yang profesional semua kerja kerajaan...

Saturday, November 12, 2011

" Bebelan di malam hari "

assalamualaikum...
tiba-tiba rasa nak update blog. kemalasan yang melanda diriku ini menyebabkan blog terabai dan bersawang. tambah2 hari khamis hari tu aku pergi interview di kuala lumpur. tidur semalam di sana dan balik ke rumah hari jumaat. ini 1st time aku pergi travel (travel ke?) tanpa bawa lappy. naik bus malas nak angkut beg banyak2. berattttt. jadi hampir 24 jam aku tanpa internet. ketaq jugak pasal selama ini celik mata je bukak lappy..tapi takpelah..aku pun baru je habis tulis manuskrip kedua. dah antar pun pada editor sebelum gerak ke kuala lumpur hari tu. tak mendapat balasan lagi sama ada di terima atau tidak. dan sekarang aku dalam proses nak tulis manuskrip ketiga. manuskrip kali ni agak berlainan kerana aku nak tulis tentang genre fiksyen..memerlukan banyak rujukan sebenarnya tambah-tambah internet tidak banyak membantu.mungkin aku akan keluar untuk melawat perpustakaan..entah bila  *sigh*. tentang apa? nantilah aku cerita..
bercerita tentang menulis..memang hobi aku suka menulis.aku suka menulis apa yang aku rasa dan apa yang terlintas di hati. tapi apa yang terlintas di hati tu selalu di tapis oleh akal fikiran. sebenarnya menulis ni tak delah banyak berfikir, janji kita tahu apa yang hendak kita tulis, tidak menyalahi mana-mana undang-undang walau tak lojik. itu dinamakan kreativiti. sejauh mana akal fikiran kita boleh capai...
namun, kadang kala kita harus sensitif juga dengan persekitaran sebelum kita tulis tentang sesuatu..takut-takut terguris perasaan orang lain tanpa kita sedar. sebab tu ada pujangga berkata " mata pena lagi tajam dari mata pedang". jadi fikirlah sebelum mengeluarkan kenyataan sepert itu. aku sukakan hidup yang bebas dan tak terkongkong. maksud bebas dan tak terkongkong kat sini ialah dari segi pemikiran..aku tak suka jika orang suruh aku buat itu..buat ini dalam kehidupan peribadi..dalam kerja lain..hidup kita ini dah memang sentiasa bergaul dengan orang ramai, mungkin bos kita akan suka mengarah kita itu ini, jadi, aku tak suka kalau orang lain mengarahkan aku itu ini DALAM HIDUP AKU SENDIRI...itu sesuatu yang menyakitkan hati..selagi aku selesa, selagi itu aku tak nak berubah. itu memang aku. aku mengambil masa yang agak lama untuk selesa dalam hidup aku, jadi aku juga mahu menikmati confort zone aku selama yang mungkin sebelum aku mengambil langkah untuk keluar dari zon selesa itu...agak susah nak memahami diri ini kalau kita tak cuba..jangan hanya berani bersuara dengan alasan memberikan cadangan untuk kebaikan kerana...siapa kita untuk tentukan cadagan itu baik atau tidak terhadap seseorang? kalau baik untuk kita, tak semestinya berkesan untuk orang lain..jangan pentingkan diri sendiri...
kadangkala kita terpaksa hipokrit semata-mata untuk menyenangkan hati orang lain..adakah agak keterlaluan jika kita hanya membolot kesenangan seorang diri apabila hanya kita berusaha sediri untuk mendapatkan kesennagan tersebut?wajarkah? atau kita akan digelar pentingkan diri sendiri?

p/s: semakin laju menaip. semakin bayak kesalahan ejaan..haishhhh...!

Pantai Cherating (Part 1)

Lokasi: Pantai Cherating & Kg Geliga, Kemaman
Tempat penginapan: Cherating Beach View Inn Resort
Tarikh: 30 November 2011

#--------------------------------------------#
Gambar2 di sekitar Pantai Cherating atau lebih tepat lagi disebut Teluk Cherating. Lokasi pantai ini sebenanya berteluk, dats y ia jauh dari ombak2 besar dan laut sangat landai. anda bleh berjalan kaki sejauh 200 meter seolah2 berada dlm laut. terdapat batuan pemecah ombak yg disusun utk penahan ombak pd wktu malam. memang cantik bergambar. tapi malam jgn berada di atas batu ni sbb batu ni akan jadi pulau tengah2 laut! haha...















































Kiri: Ehem....if diperhatikan gambar kiri, penulis ada tertangkap gmbar "makcik india" yg pelik dari jauh. anda jgn terkejut plak ek if time anda berjalan tepi bukit sana anda terserempak gn objek misteri yg lepak tepi batu. dinasihatkan jgn tegur tau....wlpn ini human...not something.










#--------------------------------------------#
Ni merupakan koleksi gambar masa berjalan ke Kemaman utk beli keropok, mkn dan sebagainya. Di cherating ada kedai makan ikan bakar jer pd waktu malam...lain2 kena dtg kemaman ni lar.

Kiri: Hidangan ketam/udang/sotong besar panggang di kedai berhampiran stesen bas kemaman. Cuma hidangan kurang selera krn lauk pauk mcm yg lama.
Kanan: Kedai jual bahulu di kemaman. Mcm2 jenis bahulu yg dijual. bahulu dia sedap trutama yg chocolate. Ada jugak jual Akok Terengganu. tapi xsedap mcm akak kelantan sbb dicampur dengan kelapa n tepung banyak. mahal plak tu...50sen skeping.











Antara makanan yg famous giler area sini ialah Satar dan Otak-otak. Pergh...anda dijemput menjamah dua hidangan berasaskan ikan ini yg dihidangkan panas2. berbeza sekali dgn yg terdapat di pantai barat semenanjung. Satar ni berbentuk kon merupakan isi2 ikan, udang dan ketam yg diblender skali. manakala Otak-otak berbentuk panjang yg merupakan isi ikan yg diletakkan kuah sambal. dua2 hidangan ini dibakar panas2 sebelum dihidang. Harga 10 ketul = RM5. kira murah lar kot. disyorkan juga anda jgn beli otak2 or satar ni dikedai2 kecik yg buruk tepi jalan sbb penilis pernah tgk sendiri peniaga menggunakan ikan tambam yg dh buruk, dan berbau utk digaul dengan sambal cili. wekk.... nak makan, cari restoren yg besar skit.










Kedai keropok lekor Kemaman. Harga pelbagai sekitar 50sen-80sen sebatang.









Kiri: Pesta Pancing Joran 2011
Kanan: Kulit siput (seahell) yg beraneka jenis dijual











#--------------------------------------------#
Cherating Beach xde pape sgt yg menarik utk penggemar keropok. So anda dicadangkan pergi ke Kemaman, Terengganu yg terletak dlm 10Km jer dr pantai Cherating. Di sini anda boleh menghala ke Kg Geliga, sebuah kampung yg terkenal dgn pembuatan keropok. Terdapat kedai2 industri desa yg membuat sendiri paket keropok utk dipasarkan. so kualiti agak terjamin krn ibarat membeli terus dari kilang.














































Bersambung...
#--------------------------------------------#